Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Lengkap Cara Tahnik Bayi atau Bedah Mulut Bayi Mengikut Dalil Tepat

tahnik bayi

Kredit gambar: drizzlinghappiness.com

Tahnik bayi atau lebih dikenali sebagai bedah mulut bayi merupakan amalan sunnah yang dituntut agar ia dilakukan dalam tempoh tujuh hari sebaik sahaja melahirkan bayi tersebut.

Sebaiknya, waktu yang paling afdal adalah sebaik sahaja bayi tersebut dibersihkan segala kotoran di tubuhnya.

Walau bagaimanapun, jika terdapat halangan atau kekangan masa, tahnik bayi boleh dilengahkan sedikit waktu pelaksanaannya.

Bahkan menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahnik masih lagi boleh dilaksanakan walaupun setelah lebih dari tempoh kerana ia dibolehkan.

Di bawah ini, kami telah kongsikan dengan lebih terperinci berkaitan tahnik bayi dan cara-cara untuk mentahnik.

Jom lihat!

Dalil Mengenai Tahnik Bayi, Hukum dan Umur Yang Sesuai Untuk Mentahnik

Highlighted

Kredit gambar: drizzlinghappiness.com

Merujuk kepada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa hadis sahih yang menerangkan soal tahnik ini.

Untuk makluman anda, hukum tahnik adalah sunat, manakala cara untuk mentahnik bayi yang baru lahir adalah dengan sesuatu yang manis, dan seeloknya buah tamar serta ditahnikkan oleh seorang yang soleh dan bertaqwa.

Hadis daripada Anas bin Malik r.a bahawa beliau membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari kepada Rasulullah S.A.W selepas Abdullah r.a baru dilahirkan. Katanya:

ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏”‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏”‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ

Maksudnya:

“Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari r.a yang baru lahir menemui Rasulullah S.A.W pada ketika itu, baginda memakai aba’’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: ‘Ada,’ lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: ‘Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.’

(Hadis Riwayat Muslim: 2144)

Berkaitan hal ini, Imam al-Nawawi juga menyebutkan dalam syarah Muslim:

أنَّ تحنيك المولودِ يومَ ولادته سُنَّةٌ بالإجماع، ويحنِّكُه صالحٌ مِن رجلٍ أو امرأةٍ، ويُسْتَحَبُّ التحنيكُ بالتمر

Maksudnya:

“Bahawasanya amalan tahnik bayi pada hari kelahirannya hukumnya adalah sunat secara ijma’ dan hendaklah ditahnikkan bayi tersebut dengan seorang lelaki soleh atau perempuan yang solehah. Disunatkan digunakan tamar untuk bertahnik.”

(Rujuk Syarh al-Minhaj ‘ala Sahih Muslim, 14:123)

Selain itu, Imam al-Bukhari telah menamakan satu bab di dalam kitab sahihnya dengan nama:

باب تسمية المولود غداة يولد لمن لم يعق عنه وتحنيكه

Maksudnya:

“Bab pada menyatakan perbuatan menamakan bayi dan mentahniknya pada waktu petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah.”

(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9:399)

Hadis lain yang diriwayatkan dalam bab ini, iaitu daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa beliau berkata:

ولد لي غلام فأتيت به النبي صلى الله عليه وسلم فسماه إبراهيم فحنكه بتمرة ودعا له بالبركة

Maksudnya:

“Telah lahir bagiku seorang anak lelaki, maka aku datang kepada Rasulullah S.A.W dan Baginda S.A.W menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji tamar serta mendoakannya dengan keberkatan.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari: 5467)

Cara Bertahnik dan Doa Membelah Mulut Bayi

Kredit gambar: zzanyy.blogspot.com

Melalui petikan dari Kitab Ma’khuz as-Sibyan Ila Tariqat al-Jinan:

بسم الله الرحمن الرحيم

Kemudian membaca al-Fatihah sekali, sebagai hadiah kepada Rasulullah saw, kemudian membaca ia kepada kanak-kanak itu dihadapannya

فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ

sebanyak tiga kali.

وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ

sebanyak tiga kali

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الاِنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِيْنٍ, ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةَ فِى قَرَارٍ مَكِيْنٍ, ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةً عَلَقَةً, فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً, فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا, فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا, ثُمَّ أَنْشَأنَاهُ خَلْقًا آخَرَ, فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. وَإِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لِيُزْلَقُوْنَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ, وَيَقُوْلُوْنَ إِنَّهُ لَمَجْنُوْنَ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرٌ لِلْعَالَمِيْنَ.

kemudian membaca

قل أعوذ برب الفلق

sekali dan

قل أعوذ برب الناس

sekali kemudian membaca

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ, وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ, حَصَّنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ, دَفَعْتُ عَنْكَ السُّوْءَ بِأُلْفِ أَلْفِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

kemudian sambil memegang ubun kanak tersebut, berkata ia

………..سَمَّاكَ اللهُ

sebut nama budak itu yang hendak dinamakan, kemudian membaca al-Fatihah sekali kemudian

إنا أنزلناه فى ليلة القدر

hingga akhir

kemudian membaca

قل هو الله احد

sekali kemudian dilepaskan pegangan ubun tadi, kemudian berdoa dengan doa ini iaitu:

بسم الله الرحمن الرحيم, اَللَّهُمَّ انْشِئْتُهُ صَالِحًا, وَاحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً, وَاسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى, وَاجْعَلْهُ بَارًّا بِوَالَدِيْهِ غَيْرَ عَاقٍ, وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ, وَاكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ, وَالْحَاسِدِيْنَ وَأَعِذْهُ مِنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ, وَلاَ تُوَّجِّهَهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ, وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Cara Mentahnik Bayi Dengan Menggunakan Buah Kurma

Kredit gambar: zzanyy.blogspot.com
  • Mula-mula kumur mulut dan cuci tangan sehingga bersih. Kemudian, mamah sebiji kurma dan ambil sedikit kurma yang telah dimamah tadi dengan jari manis sebelah kanan.
  • Baca surah Al-Insyirah dan tiupkan pada kurma yang terdapat pada jari manis tadi.
Kredit gambar: teratakemas.com
  • Kemudian, dengan menggunakan telapak jari manis seeloknya jangan menggunakan bahagian yang ada kuku, dikhuatiri akan menyebabkan langit-langit bayi cedera.
  • Sapukan kurma tersebut pada langit-langit bayi sambil membaca doa tahnik iaitu:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِى (٢٥) وَبَسَرْ لِي أَمْرِى (٢)
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِسَانِي (٣) يَفْقَهُوا قَولي

  • Tunggu sebentar sehingga bayi mula menghisap jari anda.

Khas buat para ibu bapa terutamanya yang baru menimang cahaya mata, semoga dengan perkongsian cara tahnik bayi yang ini menjadi panduan berguna untuk Mommy dan Daddy.


Anda juga boleh rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.