Tup tup, si manja pun sudah selamat dilahirkan! Mesti Mommy pun excited dan tak sabar untuk tengok dia membesar dengan bawah jagaan Mommy dan Daddy. Tunggu dulu Mommy, terdapat beberapa perkara yang Mommy boleh expect selepas setahun bayi dilahirkan.
Dr Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik yang suka menulis tentang ilmu keibubapaan, kongsikan tentang apa yang Mommy boleh jangka dalam tahun pertama bayi. Mesti Mommy akan teruja!
Take note ya Mommy!
14 Perkara Si Manja Mommy Boleh Capai Dalam Tahun Pertama Bayi
Highlighted
Inilah perkara yang anak anda boleh capai sepanjang tahun pertama selepas dilahirkan.
- Tersenyum bila terdengar suara atau ketika melihat wajah ibu (Responsive smile) seawal usia 6 minggu.
- Mata bayi mulai fokus pada wajah ibu ayah seawal usia 6 minggu. Bila wajah ibu bergerak di hadapannya, matanya mula mengikut ke mana wajah ibunya pergi.
- Bayi mula bersuara pada usia 8 minggu.
- Boleh gelak seawal usia 3 bulan.
- Tidur sepanjang malam antara usia 4-6 bulan.
- Duduk dengan sokongan atau dipegang pada usia 6-7 bulan.
- Makan biskut bayi sendiri seawal usia 7 bulan (dan bersepah).
- Duduk sendiri dengan stabil pada usia 9 bulan.
- Merangkak pada usia 10 bulan.
- Melambai ‘bye-bye’ pada usia 10 bulan
- Mula berdiri dan memapah perabut rendah dipanggil fasa ‘cruising’ pada usia 11 bulan.
- Mula berjalan sambil dipegang kedua-dua tangannya pada usia 11 bulan.
- Sebut perkataan pertama yang membawa makna pada usia 1 tahun.
- Mengutip seribu satu benda kecil di lantai dan masukkan dalam mulut pada usia 1 tahun. Anak kecil memang lasak dan sukar dijangka. Tapi itulah tanda badan mereka sihat dan otak mereka bijak.
Rajinkan diri bawa anak berjalan sekitar rumah untuk bantu latih koordinasi mata anak. Buat aktiviti fizikal yang buatkan anak berpusing, merangkak dan berdiri. Banyakkan bercakap dan bermain bersama anak. Inilah stimulasi-stimulasi yang penting untuk perkembangan anak.
Wah, tak sangka dalam setahun, anak Mommy mampu capai semua perkara ini. Pastikan Mommy pantau perkembangan mereka supaya tak terlepas detik-detik yang istimewa terutamanya sepanjang tahun pertama bayi ini ya!
Kredit: Dr Redza Zainol
Dapat lebih banyak info tentang perkembangan anak-anak di SINI!