Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jenis Bahan & Makanan Yang Tak Sesuai Disimpan Dalam Peti Sejuk, Tapi Masih Ramai Lakukan!

Masih ramai yang belum alert tentang tidak semua jenis makanan dan bahan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Kelalaian ini akan memberikan kesan kepada bahan atau makanan tersebut mudah rosak serta dapat menghilangkan khasiat yang sepatutnya.

Mari min kongsikan kepada Mommy beberapa bahan yang selalu digunakan tapi masih keliru dengan cara penyimpanan yang betul.

12 Jenis Bahan & Makanan Yang Tak Sesuai Disimpan Dalam Peti Sejuk

1. Telur

Telur perlu diletakkan di tempat kering untuk memastikan jangka hayat yang lebih lama. Jangan simpan dalam peti sejuk ye, Mommy!

Highlighted


2. Roti

Roti yang disimpan dalam peti sejuk memang akan tahan lebih lama tetapi berisiko akan menjadi keras dan kering.

Sebaiknya, balut dalam plastik berzip dan letak di atas meja untuk mengekalkan rasa dan tekstur roti tersebut.

3. Tembikai

Tahukah Mommy, buah tembikai yang simpan terlalu lama dalam peti sejuk akan menyebabkan hilang sifat antioksidannya.

4. Oren 

Buah yang berasid boleh rosak jika disimpan didalam suhu yang rendah. Kulit buah juga boleh berubah menjadi pudar dan jadi berintik-bintik apabila disimpan di dalam peti sejuk.

Buah oren mempunyai kulit yang tebal dan keras, ia boleh tahan jika disimpan pada suhu yang biasa.

5. Lada Hitam

Semua jenis rempah seperti lada hitam biasanya lebih baik disimpan dalam suhu bilik. Suhu dingin boleh menjejaskan rasa dan teksturnya.

6. Bawang

Elakkan menyimpan bawang dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi bawang yang sudah dipotong.

Bakteria mudah melekat dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

7. Terung

Terung merupakan sejenis sayuran yang sangat sensitif dengan suhu apabila disimpan pada suhu bawah 10 darjah celsius akan mengalami kerosakan pada tekstur dan rasannya.

Justeru itu, terung perlulah disimpan pada suhu bilik dan diasingkan daripada buah dan sayuran lain.

8. Tomato

Tomato yang disimpan dalam peti sejuk akan menyebabkan mengalami perubahan dari segi tekstur dan hilang rasa masamnya.

Ia lebih sesuai disimpan di luar dengan suhu bilik yang sesuai bagi mengekalkan kualiti tomato.

9. Madu 

Madu asli tidak mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan rosak.

Untuk mengekalkan rasa dan kualiti madu, ia perlu diletakkan di tempat yang tidak terdedah dengan haba.

10. Sos Cili 

Sos cili yang disimpan dalam peti sejuk boleh menjejaskan rasa sos tersebut serta pengaliran dalam botol menjadi perlahan.

11. Ubi Kentang 

Ubi kentang perlu disimpan di luar sahaja seperti dalam raga berlubang dan persekitaran yang kering.

Jika disimpan dalam peti sejuk, ia akan mempercepatkan proses pereputan ubi kentang.

12. Jem Kacang 

Jem kacang lebih mudah digunakan jika disimpan dalam suhu bilik. Namun, jika anda amat jarang menggunakannya, eloklah disimpan dalam peti sejuk.

Semoga perkongsian ini membantu dan dapat memberi pengetahuan baru kepada Mommy dan sekeluarga.


Dapatkan lebih banyak artikel tentang tips pemakanan yang menarik di SINI.