Berita baik Mommy! Buat ibu yang bakal melahirkan si manja, ada beberapa perkara yang Mommy harus tahu tentang tali pusat bayi ini.
Seperti yang Mommy tahu, tali pusat adalah ikatan fizikal dan emosi antara ibu dan juga janin. Ini membolehkan pemindahan oksigen dan nutrien daripada si ibu ke janin dalam kandungan, dan dalam masa yang sama, untuk mengeluarkan bahan buangan daripada peredaran janin untuk disingkirkan melalui ibu.
Hebat bukan? Itulah kuasa yang Maha Esa. Jom baca lagi beberapa fakta dan info menarik mengenai tali pusat bayi ini, yang dikongsikan oleh doktor terkenal, Dr Redza Zainol.
Info ni penting tau untuk Mommy yang akan lahirkan anak tidak lama lagi!
Apa Akan Jadi Dengan Tali Pusat Bayi?
Highlighted
1) Selepas lahir, tali pusat akan dipotong dan diclamp.
2) Tali pusat ni akan tertanggal dengan sendiri bila bayi dah berusia 5-10 hari. Kalau lebih sikit sampai hari ke 14 pun tak apa. Yang penting, bayi dalam keadaan sihat.
3) Kawasan kulit perut di sekeliling tali pusat senang dijangkiti kuman.
4) Sebab tu di hospital dan di rumah, tali pusat bayi wajib dibersihkan guna antiseptik yang dah dibekalkan.
5) Bawa bayi segera ke hospital kalau dah ada tanda-tanda ni:
- perut mengembung
- kulit sekeliling tali pusat jadi merah
- tali pusat berbau busuk
- bayi demam
- tali pusat berair dan mungkin sampai bernanah
- bayi dah tak nak menyusu dan lemah
6) Wajib untuk ibu ayah cuci tangan sebelum pegang tali pusat anak.
7) Tak perlu sapu ubat lain pada tali pusat selain yang dibekalkan oleh pihak hospital. Ubat gamat pun tak perlu disapu.
8 ) Letak tali pusat di luar pampers supaya tak tersentuh air kencing atau najis. Bahan kotor ni boleh buat kuman masuk ke dalam tali pusat.
9) Untuk orang Islam, tali pusat ni sunat ditanam.
10) Kadang-kadang, pusat bayi ada sedikit darah selepas tali pusat tertanggal.
Jangan risau, selalunya darah itu cuma sedikit dan akan berhenti dengan cepat. Lepas bayi lahir, semuanya diberi suntikan Vitamin K pada otot peha bayi. Vitamin K ni yang akan bantu untuk elakkan pendarahan yang teruk pada bayi. Tolong saya share supaya lagi ramai ibu ayah tahu.
Sekarang Mommy pun dah tahu tentang tali pusat si manja ni kan? Mujur Dr Redza kongsikan info-info berguna ini. Semoga bermanfaat untuk para ibu bapa di luar sana, terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.
Kredit: Dr Redza Zainol
Dapatkan lebih banyak tips kesihatan bayi di SINI.