Kita selalu dengar tanaman hidroponik yang menjadi kaedah terbaru penanaman sekarang kan? Ramai dah yang mula beralih arah daripada penanaman konvensional kepada penanaman kaedah hidroponik ni.
Kenapa ya?
Apakah itu Tanaman Hidroponik?
Ini disebabkan penanaman secara hidroponik ni, mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Secara mudahnya, penanaman gaya hidroponik ni adalah kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah.
Daripada mendapatkan nutrien daripada tanah, tanaman hidroponik ni menyerap nutriennya daripada air yang dibekalkan bersama nutrien yang diperlukan, pada kadar yang dikawal dengan nisbah tertentu.
Sebab itulah, kalau kita tengok hasil tanaman dengan kaedah ini, hampir sama kesemua pertumbuhannya kan?
15 Tanaman Hidroponik Yang Boleh Ditanam Di Rumah
Jadi untuk Mommy dan Daddy yang tiada tanah sendiri pun, sebenarnya boleh bercucuk tanam guna kaedah ni. Di balkoni, di halaman rumah yang bersimen, jom, kita tengok beberapa jenis tanaman hidroponik yang sesuai ditanam di rumah:
#1. Sayur salad
Mudah je tanam sayur salad dengan kaedah hidroponik ni. Tetapi kaedah hidroponik ini, banyak caranya. Kalau untuk sayur salad, sesuai kaedah Nutrient Film Technique (NFT).
Yang kita tengok tanaman hidroponik yang akarnya berjuntai ke bawah tu, kaedah inilah. Melalui akarnya yang terjuntai ke dalam bekas air tu, dari situlah tanaman ini mendapatkan nutrien.
#2. Sayur sawi
Sama seperti sayur salad, sayur sawi juga sesuai ditanam secara hidroponik dengan kaedah yang sama.
#3. Bayam
Sayur bayam pun!
#4. Kangkung
Kalau sayur kangkung, kita pun selalu tengok akarnya jenis berserabut. Memang sesuai cara hidroponik ni.
#5. Kacang buncis
Kalau tumbuhan menjalar dan berjuntai, ia bukanlah memerlukan tanah sangat sebenarnya. kalau guna kaedah aeroponik, cabang dari hidroponik pun okay. Tapi kena buat batang sokongan lah ya.
#6. Brokoli
Berbunga setiap satu, memang lagi mudah kalau tanam sayur brokoli secara hidroponik.
#7. Asparagus
Akarnya berserat, pokok asparagus lebih senang nak serap nutrien dengan cara hidroponik daripada dari tanah.
#8. Pak Choy
Bakanya pun lebih kurang dengan sayur sawi, bolehlah tanam sayur pak choy ni di balkoni rumah nanti.
#9. Daun kesum
Seperti yang kita tahu, daun kesum memerlukan air yang banyak juga. Dengan kaedah hidroponik, nisbah air dan nutrien dapat dikawal dan penanamannya akan jauh lebih mudah.
#10. Daun pudina
Daun pudina tak adalah perlukan tanah sangat untuk hidup kalau Mommy tengok. Daunnya tumbuh dengan bercabang-cabang.
#11. Daun ketumbar
Kalau sentiasa gagal tanam daun ketumbar, memang kena cuba kaedah hidroponik.
#12. Daun bawang
Daun bawang pun sama. Ia tumbuhan yang memerlukan air tapi dengan kadar yang tertentu. Leceh juga nak tanam duan bawang ni. Jom cuba pula dengan kaedah hidroponik.
#13. Tomato
Tak semua kaedah hidroponik sesuai untuk tanam pokok tomato tau. Sebabnya, pokok ini lebih berat. Dahannya bercabang-cabang dan berjuntai-juntai buahnya.
#14. Timun
Sama juga seperti pokok timun, tak semua kaedah sesuai. Apa kata Mommy tanam pokok timun guna botol minyak masak yang dikitar semula?
#15. Cili
Nanti tak payah dah beli cili di pasar. Kalau tanam dengan kaedah hidroponik ni, memang merimbun pokok cili di rumah nanti.
Tanaman Hidroponik Yang Boleh Ditanam Di Rumah
Selain daripada yang dikongsikan, banyak lagi tau tanaman lain yang sesuai untuk ditanam dengan kaedah hidroponik di rumah.
Kaedah hidroponik yang berbagai, sesuai untuk pelbagai tanaman juga. Selamat belajar dan mempraktikkan kaedah penanaman ini ya Mommy dan Daddy!
Sumber: PropertyGuru