Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tanda awal autism

baby

parenting image

Tanda awal autism

Susah untuk mengetahui jika seseorang itu mempunyai autism kerana kebanyakan kanak-kanak mempunyai kelakuan yang sama. Kebanyakannya tidak diperiksa jika mereka  mempunyai autism sehingga mencapai 4 tahun keatas.

Tetapi U.S Centers untuk pengawalan penyakit mengatakan ia mustahil untuk mendapat pemeriksaan autism seawal 2 tahun. Dan kebanyakan ibubapa mengesan tanda ini sebelum anak mereka mencapai  umur setahun dan mengesan sesuatu yang berlainan apabila anak mereka mencapai 18 bulan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Semakin awal anak tersebut mendapat rawatan, semakin baik hasilnya. Jika anda mengesan tanda-tanda atau ingin tahu tentang perkembangan anak anda, berbincanglah dengan doctor.

Tanda Autism Pada Bayi Seawal 12 Bulan

Pada peringkat ini, ambil perhatian sepenuhnya untuk mengetahui perkembangan anak anda. Terdapat beberapa yang perlu diberi perhatian:

Tidak menunjuk  sebarang reaksi

  • Tidak membuat eye contact, tidak senyum, dan hanya memerhatikan anda.
  • Tidak memberi reaksi pada bunyi. Tidak respon pada namanya, tidak melihat arah bunyian tersebut, atau tidak terkejut apabila dijerkah. Dalam keadaan lain, pendengarannya agak baik.
  • Tidak suka disentuh.
  • Tidak suka permainan tipikal seperti peekaboo.
  • Tidak bercakap atau menunjukkan tanda awal bercakap.
  • Tidak menggunakan reaksi tubuh, seperti ingin memeluk anda.

Baca lebih lanjut untuk umur 1 hingga 6 bulan dan 7 hingga 12 bulan.

Tanda awal autism pada 12 hingga 24 bulan

  • Tidak menggunakan gerak tubuh. Tidak mengangguk, melambai atau menunjukkan sesuatu yang dia mahukan.
  • Tidak menujuk sebarang keghairahan tentang sekelilingnya. Apabila umurnya 14-16 bulan, kebanyakan kanak-kanak menunjukkan sebarang reaksi jika mahukan sesuatu.
  • Tidak menggunakan sepatah perkataan setelah berumur 16 bulan atau 24 bulan.
  • Hilang skill social. Hanya bercakap beberapa perkataan atau tidak lagi menunjukkan sebarang keterujaan pada sekelilingnya.
  • Berada didunianya sendiri.
  • Berjalan menggunakan jarinya atau tidak berjalan langsung.

Baca lebih lanjut untuk umur 13 hingga 24 bulan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tanda autism pada kanak-kanak berumur 2 tahun keatas

  • Susah buatnya untuk bercakap. Sesetengah dari mereka tidak bercakap langsung, dan sesetengahnya mampu bercakap tetapi mempunyai kesukaran untuk membina ayat.
  • Mempunyai kelainan dalam bentuk ayat. Bercakap dengan nada tinggi atau nada biasa. Gunakan 1 perkataan berbanding ayat atau mengulangi perkataan. Mengulangi soalan tanpa menjawabnya.
  • Tidak memahami apa yang dicakapkan. Tidak memberi respon apabila namanya disebut atau tidak boleh boleh mengikut arahan. Ketawa, menangis, atau menjerit tidak seperti biasa.
  • Hanya boleh fokus pada satu perkara, objek (mainan).
  • Tidak boleh meniru perbuatan dan tidak boleh bermain dengan baik.
  • Lebih gemar bermain sendiri. Tidak suka berkongsi.
  • Berkelakuan yang sukar dijangka. Sangat teratur pada rutinnya.
  • Bermain dengan permainan dengan cara yang pelik. Mereka akan terhibur bermain dengan pintu. Atau leka menekan butang mainan atau tayar kereta mainannya.
  • Akan mencederakan dirinya sendiri, seperti mengigit atau memukul dirinya sendiri.
  • Mengulangi perbuatan yang sama.
  • Sangat sensitif. Tidak mahu disentuh, tidak selesa dengan hidungnya, sensitif terhadap bau, enggan makan makanan yang banyak.
  • Bertindak secara keterlaluan pada kesakitan dan sebagainya.
  • Takut pada sesuatu yang tidak patut ditakutkan dan berani pada perkara yang perlu ditakutkan. Sebagai contoh, mereka takut pada belon, tetapi tidak takut pada ketinggian.
  • Kesukaran untuk tidur. Kebanyakan mereka yang mempunyai autism mempunyai kesukaran untuk tidur.
  • Mempunyai masalah tingkahlaku. Tidak akan berkerjasama, atau terlebih aktif. Hyperaktif, atau agresif.

Baca lebih lanjut untuk umur 25 hingga 36 bulan.

Artikel ini dipetik dari BabyCentre