Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10+ Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu

Kredit: verywellfamily.com

Kehamilan berlaku apabila sperma dari lelaki disenyawakan dengan telur yang dihasilkan dari ovari sewaktu kesuburan seseorang wanita. Telur yang disenyawakan ini bergerak ke dalam rahim, di mana proses implantasi berlaku.

Implantasi yang berjaya akan menghasilkan kehamilan seterusnya perkembangan janin yang berada di dalam rahim seoarng wanita. Kehamilan membawa banyak perubahan pada fisiologi tubuh wanita.

Dalam satu kajian melibatkan 221 wanita berusaha hamil, 60% daripada mereka mengalami gejala kehamilan yang biasa dalam tempoh lima hingga enam minggu selepas hari pertama haid terakhir mereka; menjelang minggu kelapan, angka ini meningkat kepada 90%.

Berikut adalah simptom dan tanda awal kehamilan yang mungkin anda alami. Namun, ingat bahawa gejala ini tidak selalu dapat disimpulkan sebagai petunjuk kehamilan.

Walaupun ujian kehamilan dan ultrasound adalah satu-satunya cara untuk menentukan sama ada anda hamil, terdapat tanda awal kehamilan lain yang boleh berikan perhatian.

11 Tanda Awal Kehamilan

1. Pendarahan implantasi.

Highlighted

Kredit: alamhamilblog.files.wordpress.com

Kadang-kadang disebut sebagai spotting, pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan yang biasanya terjadi pada saat telur yang disenyawakan menempel pada rahim.

Proses ini dikenali sebagai implantasi. Implantasi berlaku sekitar 6-12 hari selepas persenyawaan telur. Oleh itu, pendarahan mungkin berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan.

Berikut adalah beberapa tanda pendarahan implantasi:

  • Warna: Warna setiap pendarahan mungkin berwarna merah jambu, merah, atau coklat.
  • Pendarahan: Pendarahan biasanya dibandingkan dengan pendarahan semasa haid. Untuk pengetahuan anda, spotting ditentukan oleh darah yang ada hanya ketika mengelap.
  • Sakit: Kesakitan mungkin amat sedikit/ringan, sederhana, atau teruk.
  • Jangkamasa: Pendarahan implantasi mungkin berlangsung kurang dari tiga hari dan tidak memerlukan rawatan.

2. Perubahan suhu badan.

Suhu badan juga boleh dijadikan panduan sebagai tanda awal kehamilan. Bacaan suhu badan agak tinggi dari kebiasaannya, dan juga boeh meningkat dengan mudah ketika bersenam atau dalam cuaca yang panas.

Dalam tempoh ini, anda dinasihatkan untuk minum air secukupnya dan melakukan senaman yang ringan.

3. Tidak mengalami haid.

Ianya adalah salah satu gejala biasa yang berkaitan dengan kehamilan, terutamanya bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang konsisten.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur, dan oleh itu tidak datang bulan dalam jangka masa yang agak lama, yang tidak berkaitan dengan kehamilan.

4. Perubahan pada payudara.

Kehamilan akan menyebabkan perubahan hormon, di mana ada kalanya payudara anda mungkin terasa geli atau sengal, lebih lembut, atau sakit.

Ukuran payudara juga mungkin terdapat sedikit peningkatan di awal kehamilan, yang mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan pada bahagian payudara.

Jangan terlalu risau, kebiasaannya ianya akan reda dan hilang selepas trimester pertama.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan payudara akan berterusan sepanjang kehamilan kerana persediaan payudara bagi menghasilkan susu buat bayi yang bakal dilahirkan.

5. Pening dan/atau muntah.

Biasanya disebut sebagai morning sickness (mual pagi). Ia boleh terjadi pada bila-bila masa sepanjang hari dan kebiasaannya bermula daripada minggu ke-8 hingga ke-12 kehamilan.

Kredit: sehatq.com

Sebilangan wanita mungkin mengalami loya tanpa muntah.

Namun terdapat juga wanita lain yang tidak langsung mengalami gejala kehamilan ini sepanjang tempoh kehamilan.

Tetapi jangan hairan jika pasangan anda yang mengalami simptom ini kerana ia adalah normal. Namun, masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik kenapa perkara ini berlaku.

6. Keletihan.

Peningkatan kadar hormon progesteron di dalam badan boleh membuat anda merasa letih dan mengantuk.

Gejala ini mungkin mula berlaku seawal satu minggu selepas persenyawaan terjadi.

7. Perubahan emosi.

Sekiranya anda cenderung mengalami sindrom pra-haid (pre-menstrual), anda juga berkemungkinan akan mengalami perubahan emosi pada awal kehamilan.

Perubahan emosi atau mood swing yang anda alami ini akan bercampur dan berubah dengan cepat—kejap gembira dan seronok, sekejap marah, sedih, dan juga kemurungan.

Kredit: hmetro.com.my

Perlu ditegaskan, sekiranya anda menghadapi masalah tidur, mengalami perubahan emosi, atau perubahan tabiat makan untuk jangka masa yang panjang (lebih dari 2 minggu), sila berjumpa dengan doktor anda.

Kesihatan mental anda sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda.

8. Sakit kepala.

Sakit kepala merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang paling common. Anda lebih cenderung untuk mengalaminya pada trimester pertama kehamilan.

9. Keinginan dan/atau mengelakkan makanan tertentu.

Bahasa amnya adalah mengidam. Tahap hormon yang meningkat pada awal kehamilan juga boleh menjadikan anda lebih sensitif terhadap bau tertentu.

Ini mungkin menjadikan anda menginginkan makanan tertentu. Anda juga mungkin mempunyai rasa tidak senang kepada orang lain kerana sensitif terhadap sesuatu bau badan.

Keinginan dan keengganan ini boleh berubah sepanjang tempoh kehamilan dan ada juga yang mengalaminya sepanjang anda mengandung.

10. Perubahan kulit.

Kredit: draxe.com

Satu lagi gejala kehamilan yang biasa dialami adalah perubahan pada kulit anda.

Biasanya disebut “berseri-seri dengan kehamilan atau seri mengandung” yang disebabkan oleh regangan kulit dan peningkatan aliran darah.

Ini akan menjadikan kulit anda kelihatan sedikit kemerahan.

Perubahan hormon semasa awal kehamilan juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak melanin atau pigmentasi kulit.

Walau bagaimanapun, sebilangan wanita juga mungkin mengalami Chloasma, sejenis tompok kekuningan atau coklat yang tidak rata di wajah mereka yang kelihatan seperti kesan jeragat.

Kredit: skindoc.com.au

Jangan risau ya Mama. Sebahagian besar perubahan pada kulit ini akan hilang selepas anda melahirkan.

11. Kerap membuang air kecil.

Semasa mengandung, tubuh wanita menghasilkan lebih banyak darah.

Ini menyebabkan ginjal akan mempunyai lebih banyak cecair dalam badan untuk diproses dan sisa yang akan diproses keluar melalui perkumuhan.

Hal ini juga akan membuatkan anda lebih kerap membuang air kecil daripada kebiasaan.

Terdapat juga tanda awal kehamilan ringan yang lain termasuk sembelit, sakit di bahagian bawah belakang badan, dan sakit pelvis ringan.

Walau bagaimanapun, adakalanya gejala ini tidak selalu menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Sekiranya anda merasakan ia merupakan tanda awal kehamilan, anda mungkin ingin menjalani ujian kehamilan di rumah atau berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan yang selanjutnya.

Kredit: newswise.com

Tips Menjalani Ujian Kehamilan

Sebenarnya, sangat mudah untuk anda menjalani ujian kehamilan di rumah dengan sendirinya.

Terdapat banyak kit ujian kehamilan yang dijual di farmasi. Sebaiknya, Mama lakukan ujian ini pada awal pagi, melalui ujian air kencing.

Ini adalah kerana tahap hormon HCG adalah tinggi pada waktu ini yang memberikan keputusan yang hampir tepat.

  • Sekiranya ujian kehamilan anda adalah positif, segeralah berjumpa dengan doktor bagi memastikan usia kandungan serta jangkaan tarikh kelahiran (EDD), seterusnya temujanji berkala untuk pemeriksaan bulanan kandungan anda.
  • Jangan lupa untuk memaklumkan kepada doktor sekiranya anda mengambil sebarang ubat-ubatan ya. Ini adalah supaya doktor dapat menasihatkan kuantiti yang sesuai agar ia tidak berisiko kepada kandungan dan kesihatan anda sepanjang kehamilan.