Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Anak Kembar?! Betul ke?” Cuba Lihat 10 Tanda-Tanda Hamil Anak Kembar Ini

hamil kembar

Sumber: istockphoto

Saya memang seakan-akan boleh rasa yang saya hamil anak kembar.

Para ibu yang hamil anak kembar pernah tak rasa macam ni sebelum disahkan doktor? Kadang-kadang, perasaan tu macam kuat sangat. Sebenarnya, rasa sebegitu tidaklah timbul dengan tiba-tiba sahaja.

Ada sebilangan ibu yang hamil anak kembar perasan beberapa tanda yang berbeza ketika hamil, sama ada pada awal kehamilan ataupun ketika memasuki trimester kedua.

Apakah tanda hamil anak kembar itu ya?

10 Tanda Hamil Anak Kembar

1. Bacaan hCG yang tinggi

Highlighted

Sumber: istockphoto

Human chorionic gonadotropin atau dikenali sebagai hCG adalah hormon yang dihasilkan oleh badan wanita apabila ia hamil.

Jika anda hamil anak kembar, hormon ini akan dihasilkan lebih banyak dan lebih lama berbanding dengan kehamilan biasa.

Perbandingan ini telah disahkan dalam satu kajian pada tahun 2018.

Untuk menentukan tahap hCG, anda hendaklah mengambil ujian darah terlebih dahulu.

Namun menurut Genevieve Howland, paras hCG adalah berbeza bagi setiap ibu hamil.

Walaupun anda hamil anak kembar, paras hCG anda tidak semestinya tinggi ya dan sebaliknya.

2. Morning sickness yang teruk

Sumber: istockphoto

Selain itu, jika anda mengalami morning sickness yang teruk dan berlanjutan, ia juga boleh menunjukkan tanda anda hamil anak kembar.

Jika anda pernah hamil, anda boleh membuat perbandingan antara pengalaman kali ini dengan yang sebelumnya.

Anda mungkin perasan yang rasa mual anda lebih teruk dan kekerapan anda muntah adalah lebih dari sebelumnya.

Menurut Sara McTique, rasa seperti ini terjadi mungkin disebabkan oleh peningkatan hormon hCG.

Jika ini berlarutan dan bertambah teruk, seeloknya berjumpalah dengan pakar kesihatan untuk memeriksa tahap kesihatan anda dan bayi.

Ia mungkin menandakan bahawa anda mempunyai masalah kesihatan yang lain dan juga untuk memastikan kesihatan anda dan bayi di tahap optimum.

Ingat ya, ketika hamil, badan anda memerlukan khasiat dan nutrisi yang mencukupi untuk anda dan bayi kedua-duanya.

3. Keletihan yang melampau

Sumber: istockphoto

Memang para ibu sedia maklum yang anda akan selalu merasa letih dan tidak bermaya ketika hamil.

Ini adalah kerana proses kehamilan itu sendiri. Bukankah badan anda sedang menampung perkembangan si comel pada setiap masa?

Bayangkan jika terdapat lebih dari seorang bayi yang sedang membesar. Secara logiknya, rasa itu akan berlipat kali ganda kan?

Anda mungkin mengalami gangguan tidur, rasa kepenatan yang berpanjangan dan kerap membuang air kecil lebih dari kebiasaannya.

4. Sensitiviti payudara yang kuat

Sumber: istockphoto

Apabila anda hamil, payudara anda akan mengalami beberapa perubahan dalam proses untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu kepada si manja kelak.

Ini akan mengakibatkan rasa kurang selesa pada ibu hamil seperti rasa nyeri, sakit dan membengkak di payudara.

Perubahan ini mungkin lebih ketara jika anda hamil anak kembar kerana payudara anda kini harus bekerja untuk menghasilkan lebih susu.

5. Bacaan AFP yang tinggi

Seperti hCG, AFP (alpha-fetoprotein) juga boleh menandakan bahawa anda hamil.

Terdapat kajian yang telah memastikan ini ya. AFP adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh bayi di dalam kandungan dan ia boleh memasuki saluran darah anda.

Jika anda menjalani pemeriksaan dan bacaan AFP anda adalah tinggi dari kadar normal, anda mungkin harus menjalani ujian susulan untuk mengetahui puncanya.

Antaranya ialah, kehamilan anda adalah kehamilan kembar!

6. Degupan jantung kedua

Sumber: istockphoto

Tanda yang lain adalah, degupan jantung yang kedua. Melalui fetal dropper sebagai contoh, doktor boleh mendengar degupan jantung bayi anda yang kedua.

7. Peningkatan berat badan yang luar biasa

Apabila anda hamil, sudah tentunya berat badan akan meningkat untuk menampung si comel yang sedang membesar dan mungkin ditambah pula dengan keinginan dan selera makan yang bertambah.

Namun, ia juga boleh menandakan yang anda hamil kembar ya. Maklumlah. Badan anda kini perlu menampung lebih dari seorang si comel kan?

Kebiasaannya, perubahan ini boleh dlihat ketika kandungan anda memasuki trimester kedua.

8. Saiz dan bentuk perut yang besar dan awal kelihatan

Sumber: istockphoto

Kebiasaannya, saiz dan bentuk perut hamil anak kembar boleh menunjukkan usia kandungan anda.

Ada ibu yang pernah mengandung anak kembar mengatakan saiz dan perut mereka kelihatan lebih ke depan dan lebih besar dari jangkaan waktunya. Betul ke?

9. Naluri

Kadang-kadang, anda dapat merasakan yang kehamilan anda adalah kehamilan kembar tanpa tanda apa pun.

Perasaan tu kuat sangat. Mungkinkah itu hanya perasaan ataupun sememangnya naluri keibuan anda?

10. Ultrasound

Sumber: istockphoto

Yang boleh mengesahkan sama ada kehamilan anda adalah kembar ataupun tidak adalah dengan ultrasound scan.

Segala tanda hamil anak kembar boleh dipastikan dengan prosedur ini.

Kebiasaannya, doktor anda sememangnya akan membuat ultrasound scan apabila kandungan anda mencecah usia tertentu iaitu paling lewat pada sekitar minggu ke 20.

Ketika doktor scan rahim anda, anda akan dapat melihat bilangan bayi anda melalui monitor dan imej sonogram kemudiannya.

Biasanya dengan teknologi yang terkini, imbasan ini adalah sekurang-kurangnya 90 peratus tepat.

Sumber: istockphoto

Sebelum dipastikan oleh doktor, untuk mengetahui peratusan sama ada kehamilan anda adalah kembar ataupun tidak, anda boleh mencuba kuiz ini dari mamanatural.com.

Ia agak menyeronokkan dan mungkin boleh menjadi panduan kepada anda.

Berdasarkan keputusan kuiz itu, anda boleh melihat ciri-ciri yang meningkatkan peratusan anda untuk hamil kembar.

Jika ini bukan kehamilan pertama anda, anda bolehlah membandingkan pengalaman kali ini dengan sebelumnya.

Namun apa pun tanda yang anda alami, sebaiknya dapatkanlah nasihat dan panduan dari pakar kesihatan.

Boleh jadi tanda-tanda itu adalah simptom kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Pemeriksaan awal mungkin boleh mencegah sebarang risiko untuk kehamilan anda.

Apa pun keputusannya kelak, berapa pun bilangan bayi anda, yang penting adalah kesihatan anda dan kandungan terjaga.

Jom positifkan diri dan cari kebahagiaan di mana-mana dan pada bila masa sahaja!