Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tanda-Tanda Keguguran Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu Mengandung

Foto Kredit: The Guardian

Keguguran merupakan antara topik yang tidak menjadi pilihan ramai wanita, terutamanya bagi mereka yang sudah lama mencuba atau pernah mengalaminya.

Berikut merupakan tanda keguguran yang anda perlu tahu bagi membezakan ia daripada masalah kehamilan biasa.

Baca lebih lanjut mengenai tanda yang membimbangkan, dan ketahui apa yang harus dilakukan.

10 Tanda-Tanda Keguguran Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu Mengandung

1) Pendarahan

Highlighted

Foto Kredit: IDN Times

Ini adalah tanda keguguran yang paling biasa dialami oleh wanita yang sedang hamil.

Berdasarkan kajian daripada NHS, keadaan ini menunjukkan bahawa pendarahan yang keluar dari faraj lebih parah berbanding waktu menstruasi.

Darah berwarna merah terang yang keluar sebelum 12 minggu sebenarnya sesuatu yang umum terjadi sewaktu kehamilan dan bukanlah tanda keguguran yang utama. 

Namun, perlu berwaspada apabila pendarahan terjadi selepas 12 minggu kerana ia mungkin tidak normal, atau jika anda pernah mengalami keguguran sebanyak tiga (3) kali. 

Pendarahan yang berlaku boleh disebabkan oleh masalah kehamilan, seperti hamil di luar rahim (ektopik) atau hamil kosong. 

2) Sakit di bahagian bawah perut

Foto Kredit: Adobe Stock

Rasa sakit di bahagian bawah perut ketika hamil adalah sesuatu yang normal pada trimester pertama.

Ini kerana rahim anda sedang membesar, otot ligamen yang meregang kerana pertumbuhan janin dan juga perubahan hormon yang sedang berlaku dalam badan kita. 

Bahagian tubuh yang sering terasa sakit umumnya adalah pada area pelvis, perut, dan punggung belakang.

Namun, Mama harus berjaga-jaga sekiranya anda merasakan sakit di bahagian bawah perut yang sangat kuat sehingga menggangu aktiviti harian.

Jika sakit itu adalah parah, anda akan merasakannya seperti contraction yang muncul setiap 5-20 minit sekali. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, segera mendapatkan rawatan doktor.

3) Keluar gumpalan darah dari faraj

Jika anda melihat ada gumpalan darah yang keluar secara tiba-tiba semasa anda sedang hamil, anda harus berwaspada kerana ia boleh menjadi tanda keguguran. 

Gumpalan darah yang keluar ketika keguguran termasuk embrio yang menyatu dengan darah-darah kental dari rahim.

4) Rasa mual dan sakit payudara menghilang

Mual-mual di pagi hari atau ‘morning sickness’ dan sakit payudara biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan.

Hilangnya kesakitan pada payudara dan tanda kehamilan lain di trimester pertama secara drastik, disertai dengan gumpalan darah boleh menunjukkan bahawa anda sedang keguguran. 

5) Sakit Belakang

Foto Kredit: Adobe Stock

Sakit belakang ketika hamil sebenarnya adalah sesuatu yang normal kerana tubuh kita sedang menyesuaikan diri dengan pertumbuhan janin di dalam rahim. 

Sekiranya anda merasa sakit punggung yang teruk dan sangat sakit berbanding saat ketika sedang menstruasi, ia mungkin menunjukkan tanda yang sedang keguguran.

6) Gerakan janin berkurang

Foto Kredit: Adobe Stock

Gerakan janin yang berkurangan semasa kehamilan di usia 20 minggu mungkin menunjukkan salah satu tanda keguguran.

Kebiasaannya, ibu hamil sudah boleh merasai gerakan janin ketika kehamilan anda berada di usia 12-18 minggu.

Namun, jika gerakannya berkurang secara tiba-tiba, mungkin janin anda sedang mengalami masalah atau anda sedang keguguran. 

7) Demam

Foto Kredit: Adobe Stock

Bila ibu mengandung mengalami demam dan disertai dengan gejala-gejala di atas, seperti pendarahan, sakit perut, sakit punggung, gerakan janin berkurangan, ia mungkin menunjukkan anda sedang keguguran. 

Keadaan ini juga termasuk ke dalam komplikasi keguguran yang membahayakan janin.

Jika anda mengalami keadaan ini secara drastik, anda juga boleh mengalami komplikasi yang lain seperti demam.

8) Ujian Positif Kemudian Bertukar Kepada Negatif

Foto Kredit: Adobe Stock

Jika ujian kehamilan anda menunjukkan positif hari ini, dan kemudiannya negatif pada keesokkannya, anda mungkin keguguran atau ia menunjukkan tanda kehamilan di luar rahim.

9) Serviks Terbuka

Dalam kehamilan yang sihat dan normal, serviks biasanya kekal rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran si manja.

Namun begitu, jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu kehamilan, risiko untuk mengalami keguguran adalah agak tinggi.

10) Paras Hormon HCG Jatuh

Tanda keguguran yang terakhir adalah apabila paras hormon hCG anda berkurangan. Badan anda perlu mengekalkan tahap hormon untuk menjamin kehamilan yang sihat. 

Jika paras hormon hCG anda jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran adalah sangat tinggi.

Foto Kredit: Adobe Stock

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda keguguran di atas mahupun komplikasi lain sepanjang kehamilan, adalah lebih baik untuk anda terus mendapatkan rawatan doktor pakar.