Para ibu ingat tak betapa terujanya bila dapat tahu yang anda sebenarnya sedang mengandung selepas mengambil ujian kehamilan?
Lepas dah raikan kegembiraan kerana mendapat peluang untuk mengandung, tentu ibu excited untuk tahu jantina bayi dalam kandungan, samada baby girl atau baby boy, kan?
Lagi-lagi ibu bapa yang suka membuat majlis gender reveal.
Highlighted
Walaupun pada zaman sekarang ini ibu boleh dapat tahu jantina bayi melalui teknologi imbasan ultrasound selepas minggu ke-11 atau 12 kehamilan, ketepatannya bukanlah 100%.
Malah, mengikut kajian, jika menentukan jantina menggunakan ultrasound, ketepatannya adalah dalam lingkungan 87% bagi bayi lelaki, dan 96% bagi bayi perempuan.
Kalau ibu-ibu ingin sangat tahu jantina bayi, memang digalakkan untuk periksa jantina melalui ultrasound scan ini, tetapi tak salah kalau anda masih berminat untuk meramal atau mengetahui bagaimana zaman nenek moyang kita mengetahui jantina bayi tanpa scan dan pada zaman mereka.
Bagi tanda-tanda mengandung anak perempuan, anda boleh baca disini dan dibawah merupakan antara tanda mengandung anak lelaki yang boleh dipertimbangkan.
Tanda Mengandung Anak Lelaki
1. Kedudukan & Bentuk Perut
Bentuk perut bagi ibu yang sedang mengandung bayi lelaki dikatakan selalunya berbentuk bundar atau bulat, seolah-olah buncit atau kembung perut sebelum mendapat haid.
Kedudukan perut pula dikatakan lebih rendah atau ke bawah jika mengandung bayi lelaki.
2. Seri Wajah
Ada sesetengah orang percaya salah satu tanda mengandung anak perempuan dari segi perubahan kulit ialah kulit berjerawat dan berminyak kerana dipercayai anak perempuan “mencuri” kecantikan ibu, manakala kalau tanda mengandung anak lelaki pula, satu jerawat pun tak naik, sebaliknya seri wajah ibu mengandung pula yang lebih naik!
3. Rambut Lebih Lebat dan Berkilat
Berkait rapat juga dengan seri wajah, ada yang mengatakan kalau mengandung bayi lelaki, rambut ibu mengandung akan tumbuh lebih panjang, lebat, dan kelihatan bersinar.
4. Mengidam Makanan Masin
Kalau mengandung anak perempuan ialah mengidam makanan manis, tanda mengandung anak lelaki pula adalah sebaliknya iaitu mengidam makanan yang masin-masin dan berlemak seperti kentang goreng dan steak.
Mungkin tanda ini ada kebenarannya memandangkan secara umumnya kaum lelaki memang lebih suka makan makanan yang sangat mengenyangkan dan memuaskan.
5. Kemualan/Morning Sickness
Ibu mungkin pernah dengar bahawa mual-mual atau morning sickness adalah petunjuk jantina bayi.
Kalau mengandungkan bayi lelaki, ibu tak akan rasa mual pada trimester pertama. Kalau ada pun mungkin mild sahaja.
6. Posisi Tidur
Sememangnya apabila ibu sedang mengandung, lagi-lagi apabila sudah sarat di trimester ketiga, posisi tidur ibu akan berubah dan berbeza daripada semasa tidak mengandung.
Ini adalah kerana, anda akan tidur bergantung kepada keselesaan anda dan juga bayi dalam kandungan yang membesar.
Salah satu tanda mengandung anak lelaki dari segi posisi tidur mengiku orang tua-tua adalah, anda akan cenderung untuk tidur mengiring kearah kiri.
7. Penambahan Berat Hanya di Bahagian Perut
Ada juga yang mengatakan bahawa jika ibu mengandung hanya menambah berat di bahagian perut, maknanya tiada kenaikan atau excess weight di pinggang dan pinggul, tanda anda sedang mengandungkan anak lelaki.
8. Kadar Degupan Jantung Yang Lebih Rendah
Ibu mengandung selalunya boleh mula mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan sekitar minggu ke-10 kehamilan buat kali pertamanya.
Ramai juga yang percaya bahawa pengalaman istimewa ini boleh menjadi salah satu tanda jantina bayi; kalau denyutan jantung bayi adalah 140 denyutan seminit atau kurang, maknanya bayi dalam kandungan kebarangkaliannya ialah bayi lelaki.
9. Bentuk Tengkorak
Teori ini bergantung kepada imbasan ultrasound. Walaupun ketepatan imbasan ultrasound adalah sangat tinggi, ia masih bukan 100% tepat.
Jadi kalau ibu ada gambar ultrasound, anda boleh periksa jantina bayi dengan lebih mendalam kerana dikatakan tengkorak bayi lelaki nampak lebih kepada segi empat sama manakala bayi perempuan adalah lebih bulat atau bujur.
10. Perubahan Bentuk dan Saiz Payudara
Saiz payudara ibu hamil selalunya memang akan berubah, terutamanya ketika hamil dan ia akan menjadi lebih besar kerana hormon-hormon yang terlibat, tapi ramai percaya kalau payudara sebelah kanan lebih besar daripada sebelah kiri, kemungkinan besar ibu sedang mengandungkan bayi lelaki.
Tambahan pula, jika ibu mendapati areola atau puting payudara ibu menjadi lebih gelap, itu merupakan salah satu tanda anda sedang mengandung anak lelaki.
11. Penampilan Ibu Hamil
Menurut orang-orang tua, salah satu tanda mengandung anak lelaki ialah dari segi penampilan ibu mengandung tersebut.
Sekiranya anda dikatakan malas bersiap atau berhias apabila mahu keluar rumah, itu tandanya anda sedang mengandungkan anak lelaki.
12. Sikap Ibu Hamil
Ada juga yang mengatakan, kalau mengandungkan bayi perempuan, ibu mengandung lebih cenderung untuk mendapat mood swing, manakala kalau mengandung bayi lelaki pula, anda lebih cenderung untuk bersikap degil atau keras kepala.
Harap cik suami tabahlah menghadapi kerenah isteri sepanjang kehamilan ya!
Jantina bayi sebenarnya telah ditetapkan sebaik sahaja sperma bapa bertemu dengan telur ibu.
Semasa proses inilah bayi mendapat 23 kromosom dari ibu bapa mereka, jadi ciri-ciri seperti warna mata, warna rambut, dan termasuk juga jantina bayi telah ditetapkan.
Walaupun kebanyakan tanda-tanda yang disebutkan tadi mungkin ada kebenarannya bagi sesetengah ibu mengandung, akan tetapi, ada juga yang jadi sebaliknya.
Apa yang penting ialah bayi dalam kandungan sihat dan ibu boleh amalkan doa, zikir, dan surah supaya bayi sentiasa sihat dalam kandungan dan untuk mudah bersalin.
Lagipun, kebarangkalian untuk dapat baby boy atau girl sudah semestinya 50% lelaki dan 50% perempuan bukan?