Setelah disahkan hamil, para ibu tentu teruja dan tertanya-tanya jantina bayi yang dikandung. Bayi lelaki atau perempuan ya? Hmm kalau nak scan, masih terlalu awal ni. Orang tua-tua cakap, kalau kandungan tu anak perempuan, ada tanda-tanda. Apakah tanda mengandung anak perempuan ya?
15 Tanda Anda Mengandungkan Anak Perempuan
1. Bentuk Perut
Para ibu yang pernah mengandungkan anak perempuan pernah tak ditegur oleh orang-orang tua macam ni:
Eh, mengandung anak perempuan ke? Nampak tinggi je perut ni.
Kebiasaannya, ibu hamil dikatakan mengandungkan anak perempuan jika kedudukan perutnya kelihatan tinggi atau di atas dan membulat. Berbeza dengan anak lelaki yang kedudukan perut ibu akan kelihatan lebih rendah.
2. Kulit Berjerawat dan Berminyak
Perubahan pada kulit ibu mengandung juga boleh menjadi salah satu tanda mengandung anak perempuan. Jika jerawat mula timbul dan kulit anda kelihatan berminyak, anda berkemungkinan mengandung anak perempuan.
Kata orang, ibu yang hamil anak perempuan kelihatan kusam kulitnya kerana cantik itu ‘diambil’ oleh anaknya. Walaupun begitu, ini mungkin juga terjadi kerana perubahan hormon ketika hamil kerana terdapat juga pendapat yang mengatakan, jika kulit anda kusam ketika hamil, anda mungkin mengandungkan anak lelaki.
3. Kulit Lebih Lembut
Jika anda mengandungkan anak perempuan, kulit anda mungkin lebih lembut. Walaupun tiada kajian yang dapat mengesahkannya, sesetengah berpendapat bahawa ia merupakan salah satu tanda bahawa kandungan itu adalah anak perempuan.
4. Morning Sickness
Para ibu yang mengandungkan bayi perempuan dikatakan akan mengalami morning sickness yang teruk. Betul ke? Hal ini dikatakan lebih teruk pada waktu pagi.
5. Emosi tidak Stabil
Jika anda mengalami ketidakstabilan emosi yang kerap dan melampau, anda mungkin hamil anak perempuan. Dalam tempoh yang singkat, anda boleh berubah-ubah perasaan. Cepat marah, cepat sedih dan sebagainya.
Ketidakstabilan emosi ini boleh menjadi salah satu tanda anda hamil anak perempuan. Sesetengah berpendapat bahawa ketika mengandungkan anak perempuan, kadar estrogen di dalam badan si ibu adalah lebih tinggi dan menyebabkan ia menjadi lebih sensitif.
6. Mengidam Makanan Manis-manis
Selain daripada itu, selera para ibu ketika mengandung anak perempuan dikatakan lebih cenderung kepada makanan yang manis. Sebagai contoh, buah-buahan yang manis, aiskrim dan coklat.
Jika anda lebih gemar makanan seperti ini berbanding dengan makanan yang masam sebagai contohnya, anda mungkin sedang mengandungkan anak perempuan.
7. Posisi Tidur
Para ibu mungkin perasan, ketika hamil, anda mungkin ada corak tidur yang tersendiri. Contohnya, anda lebih cenderung mengiring menghala ke kanan ataupun ke kiri ketika tidur. Kebiasaannya, jika anda cenderung untuk mengiring ke kanan, anda dikatakan mengandung anak perempuan.
Dan jika ke kiri, kemungkinan anak anda adalah lelaki.
8. Rambut yang Nipis dan Kurang Bermaya
Ketika hamil, jika rambut anda menjadi semakin nipis dan kelihatan kusam tidak bermaya, sesetengah orang tua-tua dahulu berpendapat bahawa anda mungkin ini merupakan tanda anda mengandung anak perempuan.
Sebaliknya, jika anak lelaki, rambut anda akan kelihatan bersinar dan lebih lebat.
9. Kadar Denyutan Jantung yang Lebih Cepat
Terdapat juga aspek lain yang sering dilihat sebagai tanda bahawa anda hamil anak perempuan iaitu kadar denyutan jantung bayi anda.
Jika denyutan jantung bayi anda adalah 140 per minit atau lebih, anda mungkin hamil bayi perempuan.
10. Warna Air Kencing
Benarkah warna air kencing si ibu boleh menjadi penanda jantina bayi? Ada pendapat yang mengatakan bahawa jika air kencing anda berwarna kuning cair, anda mungkin akan melahirkan bayi perempuan. Berbeza dengan anak lelaki, air kencing anda mungkin kelihatan lebih pekat warnanya.
11. Perubahan pada Payudara
Saiz payudara para ibu yang hamil anak perempuan dikatakan lebih besar di sebelah kiri. Selain itu, ada juga yang berpendapat jika terdapat perubahan pada saiz payudara yang drastik, ia juga merupakan tanda anda mengandung anak perempuan.
12. Pertambahan Berat Badan Suami
Terdapat juga pendapat yang mengatakan, jika hamil anak perempuan, berat badan pasangan anda akan bertambah seiring dengan anda. Jangan pelik ya jika ada yang mengaitkan pertambahan berat badan suami anda dengan jantina bayi.
13. Perubahan Bentuk Hidung
Kata orang, lihatlah pada bentuk hidung si ibu untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung. Jika hidung ibu kelihatan kembang dan melebar, itu tanda bahawa kandungannya adalah bayi lelaki. Dan jika tiada perbezaan dengan keadaan hidungnya sebelum hamil, ini mungkin tanda anda mengandung anak perempuan.
14. Penambahan Berat Berpusat di Tengah Badan
Jika ketika hamil, berat badan anda bertambah di kawasan pertengahan badan, anda mungkin hamil anak perempuan. Sebagai contoh, punggung anda bertambah lebar dan lebih besar.
15. Linea Nigra
Ada juga yang meneka jantina bayi berdasarkan linea nigra di perut si ibu. Jika linea nigra kelihatan hanya di kawasan bawah pusat atau kurang jelas dan putus-putus garisannya, itu tandanya anda mungkin hamil anak perempuan.
Sama ada bayi anda lelaki, perempuan ataupun anak kembar, itu sebenarnya tidaklah lagi penting dari kesihatan mereka. Para ibu haruslah sentiasa positif agar kandungan anda sentiasa sihat. Sentiasalah bersedia untuk sebarang kemungkinan dan pada masa yang sama, kerapkanlah berdoa semoga proses kelahiran si comel mudah dan selamat.