Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lactose Intolerance antara Penyebab Utama Bayi mengalami Alahan Susu

Eh, bayi pun boleh mengalami lactose intolerance? Bukan yang dewasa je tau, bayi pun boleh dapat lactose intolerance sejak mereka kecil. Walaupun susu merupakan ‘teman baik’ bayi sejak mereka lahir, tapi ia juga penyebab alahan susu yang utama pada bayi kita.

Apa itu Lactose Intolerance?

Highlighted


Lactose intolerance atau alergi susu terjadi apabila bayi anda tidak dapat menghadam susu dengan sempurna. Lactose ialah sejenis gula yang terkandung dalam susu dan produk tenusu yang lain seperti aiskrim, keju, gula-gula dan lain-lain.

BACA: Bayi Derita Penyakit Kulit akibat Sentuhan Pelawat

Lactose Intolerance VS Alahan Susu Lembu

  • Sama ke kedua-dua alahan ni? TIDAK.

Alahan susu lembu biasanya terjadi akibat sistem imun badan yang lemah terhadap protein yang terkandung dalam susu lembu. Lactose Intolerance pula berkaitan dengan sistem penghadaman bayi anda terhadap susu.

  • Alahan kepada susu lembu pula biasanya terjadi sejak mereka masih kecil. Manakala lactose intolerance pula boleh bermula sejak kecil dan menjadi lebih obvious apabila meningkat dewasa.

Dapatkan produk bayi yang best hanya di motherhood.com.my!

Bagaimana Lactose Intolerance terjadi?

Bayi yang mengalami lactose intolerance tidak menghasilkan enzim lactase yang mencukupi – iaitu, satu enzim semulajadi yang terdapat dalam badan bayi, yang membantu mencerna lactose.

Macam mana nak tau anak saya lactose intolerance atau tidak?

Tanda-tanda bayi anda mengalami alahan susu:

Selalunya, anak anda akan mula menunjukkan reaksi terhadap susu 30 minit ke 2 jam selepas mereka minum susu atau makan produk tenusu berkenaan.

  1. Kerap buang air besar dan angin dalam badan.
  2. Cirit-birit yang berpanjangan.
  3. Kembung perut, loya.
  4. Ruam-ruam merah dan kerap demam.
  5. Proses buang air besar yang bising.
  6. Kejang dan sakit di bahagian perut yang berpanjangan.

Reaksi dan alahan ini juga bergantung kepada kadar susu yang diminum mereka – lebih banyak lactase yang diambil, lebih jelas alahan dan simptom-simptom yang bakal berlaku ke atas bayi anda.

Bagaimana pula kalau ibu yang mengalami lactose intolerance?

Tak perlu risau kalau anda si ibu sendiri yang mengalami lactose intolerance. Anda boleh teruskan menyusu anak anda tanpa risau. Lactose intolerance yang anda alami tidak akan meningkatkan risiko bayi anda untuk turut dijangkiti alahan yang sama.

Diagnosis dan Rawatan

Secara umumnya, doktor pakar kanak-kanak akan jalankan ujian Dimona atau pernafasan Hidrogen ke atas bayi anda jika dia disyaki lactose intolerance. Jika tinggi kadar hidrogen dalam pernafasan bayi, maka bayi anda menunjukkan dia lactose intolerance.

Selain itu, ada juga doktor yang memilih untuk melakukan ujian asid pada najis bayi. Kalau pH najis bayi anda kurang dari pH 5.5, dia mungkin mengalami lactose intolerance.

Jika anak anda mengalami simptom-simptom di atas, cuba kurangkan kadar susu dan produk tenusu mereka. Namun, adalah lebih baik untuk bawa anak anda berjumpa pakar dan mendapatkan rawatan yang menyeluruh.

Dapatkan produk bayi yang best hanya di motherhood.com.my!