Apabila dah masuk trimester ketiga, Mommy pasti berdebar-debar tunggu hari untuk melahirkan bukan? Tinggal beberapa minggu atau hari je lagi sebelum bayi Mommy dilahirkan di dunia. Bagaimana kalau ini merupakan pengalaman pertama Mommy? Setiap orang berbeza pengalaman dan tanda-tanda bersalin bagi setiap kehamilan. Antara tanda-tanda bersalin yang sering dikongsikan Mommy lain ialah turun darah, kontraksi, pecah ketuban dan banyak lagi.
Ibu hamil akan mula mengalami pengecutan rahim atau dipanggil Braxton Hicks seawal 28 minggu usia kandungan. Bezanya, kerap dan terlalu kuat atau sangat jarang dan ‘bearable’ lagi tahap kesakitannya.
Mommy boleh ikuti panduan dibawah ini untuk mengenal pasti tanda-tanda bersalin untuk anda yang hanya menunggu hari.
Highlighted
Tanda-tanda Bersalin Yang Sering Dialami Bakal Ibu
#1 Perut kelihatan ‘jatuh’ atau sangat ke bawah.
- Ketika ini, bayi kita sudah turun ke bahagian pelvis dan bersedia untuk keluar dari rahim.
- Kepala bayi akan berada di bawah dan hampir dengan pintu rahim.
- Kepala bayi yang ke bawah dan menekan pundi kencing ibu akan menyebabkan anda ingin membuang air kecil lebih kerap dari biasa.
- Yang baiknya ialah Mommy akan rasa lebih mudah bernafas berbanding sebelumnya kerana paru-paru kita mempunyai lebih banyak ruang. Inshaallah lebih mudah nak bernafas semasa bersalin nanti.
#2 Pintu rahim semakin membuka.
- Tanda ini bukanlah jaminan yang kelahiran akan berlaku dengan segera. Ketika ini, pintu rahim akan mula menipis dan membuka laluan untuk bayi kita keluar.
- Doktor akan periksa dan mengukur saiz bukaan servis dari semasa ke semasa sekiranya sudah ada bukaan.
#3 Kerap rasa kejang dan sakit belakang.
- Tanda bersalin yang ini sering dialami Mommy yang baru pertama kali bakal melahirkan anak.
- Sakit belakang berlaku kerana kepala bayi menekan tulang belakang, pangkal paha dan bahagian bawah punggung.
#4 Rasa menggigil seluruh badan.
- Mommy yang bakal bersalin tak lama lagi akan mudah rasa menggigil pada waktu malam, walaupun keadaan tidak sejuk. Sebenarnya, badan Mommy sedang melepaskan tekanan, sebab tu sampai menggigil.
#5 Sendi meregang dan beralih.
- Ketika hamil, badan kita akan menghasilkan hormon relaxin yang boleh menyebabkan ligamen dan sendi menjadi lembut dan longggar. Hal ini yang membuatkan ibu hamil sentiasa berasa inginkan rehat yang secukupnya.
#6 Kerap cirit-birit.
- Kerap cirit-birit pada trimester ketiga sebenarnya normal. Cirit-birit yang berlaku selalunya bukanlah sebab tersalah makan. Tetapi, ketika ini otot dalam badan seakan ‘berehat’ untuk persediaann kelahiran, termasuk otot di bahagian usus besar yang menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih lancar.
#7 Badan sentiasa rasa letih.
- Di minggu-minggu terakhir kehamilan, Mommy akan rasa lebih cepat penat dan letih. Perut besar menyukarkan pergerakan kita, akan berasa kerap kencing dan tak dapat tidur lena pada waktu malam kerana sakit tulang belakang.
#8 Berat badan tidak lagi naik!
- Mungkin satu berita gembira buat si ibu, tetapi ini juga merupakan antara tanda-tanda bersalin. Semakin hampir dengan tarikh bersalin, berat badan Mommy mungkin akan turun, tetapi berat bayi dalam kandungan akan bertambah kerana kuantiti air ketuban yang semakin berkurang.
#9 Contraction semakin kerap dan kuat.
- Kalau pada awal trimester ketiga Mommy mungkin sudah mula alami Braxton Hicks, kini pada masa-masa terakhir Mommy akan mula rasakan contraction yang lebih kuat dan semakin kerap. Contraction sebenar ini tidak berhenti dan juga tidak kurang rasa sakitnya walaupun kita duduk, baring, atau apa sahaja.
#10 Lebih mudah marah.
- Mommy yang nak bersalin akan lebih menjadi lebih mudah marah dan sukar untuk mengawal emosi. Harap encik suami banyakkan lagi bersabar ya. Biasalah, Mommy tengah sakit-sakit badan tu.
#11 Cecair keluar dengan banyak.
- Tanda-tanda bersalin seterusnya ialah Mommy akan mendapati lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Hal ini adalah disebabkan pintu rahim yang mula membuka. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
#12 Pecah air ketuban.
- Ini merupakan tanda bersalin yang paling ketara. Sekiranya air ketuban anda sudah pecah, segera ke hospital yang berdekatan.
Pada Peringkat Awal Kelahiran
- Rasa sakit-sakit di bahagian bawah belakang dan abdomen. Mommy juga akan berasa seperti kejang dibahagian abdomen seolah-olah senggugut.
- Ada tompokan darah yang seakan-akan berwarna coklat. Kalau ada tanda ni, maknanya Mommy dah berada diambang kelahiran yang mungkin akan berlaku dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
- Kontraksi lebih kerap berlaku, dalam jangka masa yang pendek. Masa ni, Mommy kena kira betul-betul jarak waktu kontraksi tau.
- Air ketuban sudah pecah, disertai dengan kontraksi.
Sekiranya Mommy baru merasai tanda-tanda bersalin di atas, Mommy harus bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Jangan panik! Tarik nafas dalam-dalam, dan beritahu pada suami atau mereka yang berdekatan.
Anda juga boleh berjalan perlahan-lahan di dalam rumah untuk memudahkan pintu serviks terbuka. Mandi atau rendam dalam air suam untuk mengurangkan rasa kesakitan. Cuba untuk rehat dan dapatkan tidur yang secukupnya sebelum bersalin kerana anda perlukan tenaga yang banyak ketika meneran dan menolak bayi keluar nanti.
Mommy juga harus makan walaupun berada dalam kesakitan. Makan dan minumlah sekiranya lapar dan dahaga. Boleh bantu tambah tenaga ketika meneran bayi.
Segera ke Hospital sekiranya…
- Air Ketuban Pecah! Sekiranya air ketuban Mommy sudah pecah, segera ke hospital kerana bimbang bayi akan lemas dalam perut.
- Bayi tidak aktif bergerak seperti selalu. Ini juga merupakan tanda-tanda bersalin yang menunjukkan tinggal masa beberapa hari je lagi sebelum bayi anda dilahirkan.
- Berlaku pendarahan faraj yang agak banyak.
- Sakit kepala, demam dan sakit di bahagian abdomen yang berterusan.
Untuk pengetahuan Mommy, untuk bukaan serviks mencapai ukuran 10sm ketika melahirkan anak pertama biasanya mengambil masa kira-kira 12 hingga 18 jam. Untuk memudahkan proses bersalin, apa kata Mommy cuba teknik ‘Mindset’ yang dikongsikan selebriti sosial media, Asyallie.
Tips Mudah Bersalin
- Mindset
- Walaupun sakit ketika nak bersalin, Mommy perlu cuba untuk berfikiran positif. Niat baik-baik agar dipermudahkan urusan bersalin. Fikir positif, yang baik-baik dan akan dipermudahkan. Inshaallah, Allah bantu permudahkan urusan bersalin kita.
- Doa
- Doakan senjata utama umat Islam. Sepanjang kehamilan dan proses mengandung, Mommy harus sentiasa berdoa agar dipermudahkan kehamilan dan proses bersalin. Doa dengan bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan bantu permudahkan urusan bersalin.
- Senaman
- Bersenam juga dapat memudahkan proses bersalin. Antara senaman yang popular dalam kalangan ibu hamil ialah kenama Kegel. Yang paling simple dan mudah untuk dilakukan ialah senaman kemut. Senaman kemut dapat membantu menguatkan otot pelvik Mommy, lalu memudahkan bersalin.
- Teknik pernafasan
- Teknik pernafasan yang betul dapat membantu proses meneran. Teknik bernafas yang betul ketika bersalin ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan hembus seperti meniup. Bukan buka mulut besar-besar tau! Ulang beberapa kali dan jangan tahan nafas semasa meneran.
Semoga tips-tips dan maklumat di atas menjadi panduan tanda-tanda bersalin dan untuk Mommy. Semoga dipermudahkan semuanya, inshaallah.
Untuk memudahkan persediaan bersalin Mommy sebagai ibu, jom ajak encik suami sertai ParentCraft Class anjuran Motherhood.com.my. Daftar segera!