Sebagai wanita, kesihatan diri kita terutamanya yang berkaitan dengan kewanitaan kita, amatlah penting. Dengan kesibukan hidup zaman kini, ramai wanita yang sering mengabaikan kesihatan dan menangguh-nangguh untuk mendapatkan pemeriksaan apabila telah mengalami gejala-gejala tertentu.
Jangan macam tu Mommy! Sebagaimana pentingnya untuk mencorakkan kehidupan kita dan keluarga, tiada maknanya kegembiraan jika kesihatan kita merosot.
Apakah Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila terhasilnya ketumbuhan yang malignan daripada penghasilan sel kita.
Dalam proses pembahagian sel di payudara, apabila ia berkembang melebihi keperluan dan terjadinya lebihan tisu, ini yang akan membentuk ketumbuhan dalam payudara.
Jika ketumbuhan ini berbahaya, ia disifatkan sebagai malignan dan cancerous. Sel-sel ini boleh berpindah dan membiak. Ia akan menjangkiti organ dan tisu berhampiran.
9 Tanda-Tanda Kanser Payudara
Memang merisaukan. Ini disebabkan kita tidak tahu apa yang akan tiba-tiba trigger sel payudara kita untuk menghasilkan lebihan tisu.
Jadi antara langkah yang Mommy boleh lakukan adalah, memeriksa payudara Mommy dari semasa ke semasa dan lihat, apakah ada tanda-tanda ini:
#1. Ada ketulan pada payudara
Menurut perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, antara tanda-tanda utamanya ialah adanya ketulan pada payudara Mommy.
Biasanya Mommy boleh rasa je dengan jari, kecil ataupun besar.
#2. Payudara tiba-tiba membengkak
Selain daripada ketulan, Mommy kena cakna juga. Kalau payudara tiba-tiba membengkak, wajib dapatkan panduan daripada yang pakar tau!
#3. Kulit payudara berkedut seperti kulit limau
Ramai juga wanita yang menghidapi kanser payudara akan perasan, kulit pada sesetengah bahagian payudaranya berubah tekstur.
Ia menjadi seperti kulit limau. Kasar dan seakan bersisik.
#4. Ada ketulan atau benjolan di ketiak
Tanda lain yang merupakan red flag adalah, terdapatnya ketulan atau benjolan di bahagian ketiak. Bila diraba-raba tu, jika ada ketulan, Mommy akan boleh rasa dengan jari.
#5. Puting payudara masuk ke dalam
Perubahan pada puting payudara juga mungkin berlaku. Cuba tengok, puting payudara Mommy masuk ke dalam atau tidak?
Jika ya dan secara semula jadinya tidak begitu, seeloknya rujuk terus kepada yang pakar ya?
#6. Keluar cecair atau lelehan daripada puting
Secara umumnya, cecair yang akan keluar daripada puting payudara wanita biasanya susu badan je. Tetapi kanser payudara sering dikaitkan dengan keluarnya cecair daripada puting payudara wanita seperti cecair kekuningan dan mengandungi darah.
#7. Kulit dan puting payudara kemerahan
Sel kanser akan menyebabkan keradangan pada payudara wanita. Ini boleh menyebabkan puting dan kulit di sesetengah bahagian payudara kemerahan dan terasa bahang jika disentuh.
#8. Ada lekukan pada payudara
Selain itu, periksa juga jika ada lekukan di bahagian kulit. Bukan di puting sahaja, tanda kanser payudara juga boleh dikesan jika ada lekukan di bahagian kulit payudara Mommy.
#9. Rasa sakit pada payudara yang berterusan
Memang normal kalau wanita mengalami rasa sakit pada payudaranya. Terutamanya ketika sebelum dan ketika datang haid.
Yelah.. berlakunya perubahan hormon dalam badan wanita tu. Tapi kalau sakitnya berterusan dan tidak hilang, ini mungkin menandakan Mommy ada masalah kesihatan yang lain seperti kanser payudara.
Macam seolah disedut dari dalam gitu.
Cegah Kanser Payudara Dengan Pemeriksaan Berkala
Dengar je kanser payudara, memang kebanyakkan wanita akan gerun. Tapi Mommy tak perlulah risau sebenarnya.
Dengan pemeriksaan dan perjumpaan dengan doktor pakar sakit puan secara berkala, penyakit ini dapat dicegah dan tanda-tanda kanser payudara yang ada boleh dirawat jika dikesan lebih awal.
Kebahagiaan kesayangan Mommy memang penting, tapi utamakan diri Mommy dahulu ya?
Dapatkan panduan kesihatan Mommy dengan info berguna di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.