Dalam sesebuah rumah tu, masalah tandas tersumbat adalah normal dan mengatasinya merupakan sebahagian daripada penjagaan seisi rumah.
Kadang-kadang tu, walaupun dah buat macam-macam, tetap juga akan tersumbat tandas di rumah. Bila dah jadi macam ni, banyak juga ongkos yang kena keluarnya.
Punca Tandas Tersumbat
Apa yang menyebabkan tandas tersumbat sebenarnya Mommy? Jom tengok beberapa punca di bawah:
#1. Pam ‘benda’ bersaiz besar
Memanglah laluan saluran tandas tu agak besar. Tak macam paip air biasa kan? Tapi kalau flush pampers sebagai contoh ke dalamnya, boleh tersumbat tau.
#2. Terlalu banyak kotoran berkumpul di saluran paip melengkung
Kalau tengok di bahagian bawah flush tandas tu, Mommy akan nampak saluran yang melengkung kan?
Kalau berkumpulnya banyak kotoran di situ, akan tersumbat nanti.
#3. Tekanan pam air yang perlahan
Boleh jadi juga, tekanan air yang menjadi puncanya. Kalau tekanan air pam tu perlahan sangat, ia tak cukup untuk flush segala kotoran masuk ke laluan besar ke tangki najis.
Tak semena-mena jadi berkumpul dan tersekat dalam tu.
7 Cara Atasi Tandas Tersumbat
#1. Tuangkan air panas
Suhu air panas yang tinggi boleh mencairkan kotoran yang menempal dalam saluran tu. Masak je air panas seperiuk dan tuangkan terus ke dalam laluan mangkuk tandas tu ya Mommy.
#2. Guna penyangkut baju
Kita tak tau juga kan apa yang tersumbat tu? Risaulah kot-kot anak buang mainan dalam lubang tandas kan?
Gunakan penyangkut baju besi untuk korek Mommy. Bentukkan ia supaya ada cangkuk yang senang nak tarik keluar apa-apa ya.
#3. Gunakan pam tandas/sinki
Dengan tekanan juga, laluan tandas yang tersumbat dapat diselesaikan. Cuba Mommy gunakan pam tandas ni dan pam beberapa kali dalam lubang tandas.
Kalau ada kotoran yang tersumbat ke, tekanan dari pam tu akan menggerakkannya naik atau keluar dari saluran tu.
#4. Gunakan bath bomb
Selain itu, bath bomb pun membantu juga. Nak beli di kedai ataupun buat sendiri, terpulanglah ya. Biarkan je ia larut dalam mangkuk tandas tu selama beberapa jam.
Laluan saluran tu akan lebih clear nanti.
#5. Gunakan sabun dan air panas
Selain daripada air panas sahaja, elok juga taburkan sabun serbuk banyak-banyak ke dalam mangkuk tandas dan lubangnya.
Kemudian, tuangkan je air panas, biarkan ia berkerja. Campuran ini akan membantu atasi tandas tersumbat.
#6. Gunakan serbuk penaik, cuka dan air panas
Boleh juga cuba selesaikan masalah ini dengan campuran serbuk penaik, cuka dan air panas. Taburkan serbuk penaik ke dalam mangkuk tandas dan lubangnya dan tuangkan terus cuka.
Biarkan ia meruap di dalam saluran tu dan flush tandas dengan air panas selepas itu.
#7. Dapatkan bantuan profesional
Kalau semuanya tak menjadi Mommy dan rasa macam nak putus asa dah, mungkin masalah ni lebih serius daripada yang Mommy dan Daddy fikirkan.
Apabila keadaan jadi macam ni, kenalah dapatkan bantuan yang pakar kan? Biasanya kalau tukang paip datang tolong, kita akan tau puncanya dan masalah pun dapat diatasi.
Apabila ada anak-anak kecil, bukanlah pelik kalau tiba-tiba terjumpa truck mainan dalam lubang tandas ke kan? Ingatkan masalah besar seperti masalah pembentungan ke apa, rupa-rupanya ada ‘benda’ yang sesat dalam saluran tu.
Bolehlah cuba tips atasi masalah tandas tersumbat daripada kami ini ya Mommy?
Cuba pelbagai tips dan hacks lain di rumah dengan klik SINI.