Perangai anak kita macam-macam hingga kita pun tidak tahu macam mana nak fahamkan dan mengawal situasi apabila ‘Tantrum’ dan ‘Meltdown’ berlaku.
Adakah Mommy tahu ‘Meltdown’ dan ‘Tantrum’ adalah dua perkara yang berbeza? Rupanya ada perbezaan antara kedua-duanya tau, Mommy!
Menerusi bebenang di Twitter Puan Qiela, beliau kongsikan perbezaan ‘Tantrum’ dan ‘ Meltdown’ yang telah diterangkan oleh ibu mentuanya Puan Wan Roslina Wan Yusoff, Pakar Psikologi Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Maksud ‘Tantrums’ Dan Tanda-Tandanya
Tantrum dan Meltdown, adalah dua benda yang berbeza. I dulu pun tak tahu, sampai la, ibu mentua terangkan antara keduanya.
Tantrum is basically happen when the kid wanted something and not granted.
Ini kita akan nampak bila budak tu menangis, menendang-nendang, menjerit-jerit. Bila budak ‘tantrum’, memang kita akan biarkan dorang melepaskan rasa tu. Tetapi, kita sebagai ibu bapa akan pastikan dorang dalam keadaan selamat.
Selepas dorang dah bertenang, barulah kita berkomunikasi bersama mereka dengan baik. Dan kita akan bagitahu sebab apa keinginan dia tidak dipenuhi, dan apa yang boleh kita ganti dengannya.
‘Meltdown’ Dalam Kalangan Kanak-Kanak
- Rumbling
- Stimming
‘Rumbling’ dan ‘Stimming’
‘Rumblings’ boleh dilihat apabila kanak-kanak mula gelisah dengan apa sahaja di tangan atau membuat bunyi yang menunjukkan perasaannya yang tidak selesa.
‘Stimming’ pula adalah kanak-kanak cuba mengatasi keadaan yang tidak selesa dengan melakukan tindakan ‘rangsangan kendiri’ seperti mengepak tangan, menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang, dan lain-lain.
‘Meltdown’ Berlaku Macam Mana?
‘Meltdown’ berlaku apabila keadaan rangsangan berlebihan berterusan walaupun selepas rangsangan kendiri atau ‘stimming’.
Macam mana kita nak kenal pasti ‘Meltdown’?
Apabila berhadapan dengan keadaan deria terbeban atau ‘sensory overloading’, anak akan menjerit, menjatuhkan badan ke lantai, menendang-nendang, menangis, dan menunjukkan kelakuan yang agresif.
Apakah Cara Untuk Mengatasi ‘Meltdown’?
Bila anak-anak “Meltdown”, apa patut ibu bapa buat?
- Ibu bapa kena mengenal pasti apa ‘sensory sensitivity’ yang menyebabkan anak boleh tercetusnya ‘meltdown’. Cuba elakkan atau sediakan anak dengan situasi berikut dengan kerap bercerita apa yang akan terjadi.
- Sentiasa bawa barang/permainan/makanan kesukaan anak-anak.
- Sentiasa bercerita tentang perubahan jadual yang akan berubah sedikit, terutamanya ketika raya ini.
- Bila anak-anak dah menunjukkan ‘sensory overload’ iaitu dengan ‘Rumbling’ or ‘Stimming’, bawa anak ke tempat lain. Dan biarkan mereka bertenang.
- Cuba ajar anak untuk nyatakan apa yang menyebabkan ketidak selesaan pada diri anak-anak tersebut.
- Menerima dan fahamkan perasaan anak-anak, dan sokong apa yang dia rasa. Ibu bapa boleh ubah strategi untuk menguruskan anak-anak yang ‘Meltdown’.
Semua info ini adalah daripada ibu mentua saya. Puan Wan Roslina Wan Yusoff, Pakar Psikologi Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Sekarang Mommy pun dan tahu apa beza antara ‘Tantrum’ dan ‘Meltdown’. ‘Meltdown’ mempunyai dua kategori ‘Rumbling’ dan juga ‘Stimming’. ‘Rumbling’ lebih kepada bunyi-bunyi dan ‘Stimming’ pula dikategorikan sebagai pergerakkan dan menunjukkan mereka tidak selasa.
Biasa lah, perangai anak-anak kita kan berbeza-beza. Semoga Mommy lebih memahami akan kelakuan anak supaya Mommy dan Daddy tahu apa yang harus dilakukan dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mommy sekeluarga!