Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makan Tapai Sewaktu Hamil Selamat Atau Tidak? Pakar Kesihatan Wanita Jelaskan

Makanan fermentasi menjadi kegemaran orang Malaysia, tidak kira menjadi satu bentuk lauk atau makan begitu sahaja. Makanan seperti kimchi, tempeh mahupun yogurt memang sedap tak terkata lah! Dan tapai juga salah satunya. Siapa penggemar tapai di sini?

Untuk pengetahuan Mommy, tapai berasal dari negeri Sabah dan yang menjadikannya popular sehingga ke semenanjung adalah etnik Kadazan-Dusun-Murut. Kalau Mommy perasan, tapai sering dihidangkan pada hari perayaan atau hari perkahwinan.

Walaupun rasanya yang manis dan sedap, tetapi, awas! Lama-kelamaan, tapai akan menghasilkan kandungan alkohol yang lebih tinggi. Jadi, untuk ibu yang hamil, it is a no no! 

Aik? Kenapa tak boleh pula?

Kalau Mommy nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti penjelasan Dr Muhammad Izzat. Di Twitter, Dr Izzat adalah pakar dalam kesihatan wanita dan dia juga aktif berkongsi tentang kehamilan, kesihatan untuk ibu dan macam-macam lagi tentang kesihatan wanita.

Apa Sebenarnya Kandungan Dalam Tapai? 

Highlighted


Menurut Dr Izzat, secara amnya,

Tapai terhasil dari sumber kanji – nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu. Sumber kanji yang telah dimasak akan dicampur dengan ragi. Setelah semalaman, tapai biasanya dah boleh dimakan.

Pasti Mommy semua tahu, proses penapaian sebenarnya adalah

Proses yang menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida.

Berapa Lama Proses Penapaian?

Berapa banyak alkohol dalam tapai tu sebenarnya bergantung. Lagi lama penapaian, lagi banyak tindak balas kimia, lagi banyak la kandungan alkohol terhasil. Tak kisah la kandungan alkohol dalam tapai tu berapa banyak, yang pastinya dalam tapai ada alkohol. Paling baik dan selamat, elakkan sebarang bentuk pengambilan alkohol ketika mengandung.

Tambahan pula,

TIADA kajian lagi yang cakap pengambilan alkohol selamat ketika mengandung, walaupun kuantiti alkohol tu sedikit.

Dr Izzat juga mengingatkan Mommy, jika Mommy mengambil alkohol, sebahagian alkohol akan dipindahkan ke bayi melalui tali pusat. Dan lagi banyak si ibu ambil alkohol, lagi bahaya untuk bayi. Ingat tu Mommy!

Apa Kesan Pengambilan Alkohol Yang Berlebihan?

  • Meningkatkan risiko keguguran
  • Mempengaruhi perkembangan bayi yg berkembang, lebih-lebih lagi pada otak baby
  • Perkembangan keseluruhan baby boleh terbantut, baby boleh jadi kecil (IUGR)
  • Baby boleh mati secara tetiba
  • Baby lahir secara pramatang / tak cukup bulan
  • Baby senang terkena penyakit selepas dilahirkan dan juga bila da dewasa
  • Boleh sebabkan Fetal alcohol spectrum disorder (FASD) atau fetal alcohol syndrome (FAS)

Lagi banyak ibu amik alkohol, lagi bermasalah bayi itu dan lagi kurang sihat bayi tu. Walau bagaimanapun, kalau ibu berhenti pengambilan alkohol, bayi akan start membesar macam biasa. Sungguhpun begitu, ada kesan-kesan pengambilan alkohol yg berlebihan yang tak boleh di putar balik.

Sama konsep. Ketika mengandung, plan untuk mengandung ataupun ketika menyusukan badan. JANGAN amik apa-apa alkohol, walaupun sedikit.

Saya hanya explain bahaya alkohol dari aspek perubatan sahaja. Pasal hukum hakam atau halal haram tapai ni, tanyalah pada mereka yang lebih arif.

Untuk membaca dengan lebih lanjut tentang perkongsian Dr Muhammad Izzat di Twitter, sila klik pada pautan di bawah.

Pendek kata, Mommy semestinya tidak boleh mengambil sebarang alkohol kerana ia sangat berbahaya untuk bayi dalam kandungan. Sebaliknya, Mommy hanya perlu master tips mudah pemakanan semasa hamil ini dan sila rujuk doktor pakar yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Semoga bermanfaat untuk bakal Mommy yang menunggu ketibaan si Manja!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!