Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ibu Berjaya Ubah Sikap Negatif Ke Positif Bila Anak Puasa iPad! Ibu Muda Kongsi Teknik

Kredit gambar: Shutterstock

Gajet semestinya penyelamat buat ibu bapa semasa anak makan ataupun jika mereka mula tantrum. Tetapi ramai orang pandang serong dengan ibu bapa yang memberi gajet pada anak-anak sewaktu mereka kecil kerana risau akan perkembangan anak dari segi percakapan dan sebagainya.

Malah menurut kajian pakar,

“Realitinya ialah apabila bertanya kepada ibu bapa bagaimana gajet digunakan, ia kebanyakannya untuk menduduki atau mengalih perhatian anak-anak”

Betul ke Mommy? Kalau macam tu, kita perlu ada extra effort untuk bagi mereka tidak ketagih dengan gajet.

Ikuti perkongsian daripada Puan Shahirah tentang perubahan anaknya selepas puasa iPad ini dan apa kesan positif dari segi kelakuan anaknya.

Jom kita baca dengan lebih lanjut~

Anak-anak Tak Boleh ‘Hidup’ Tanpa iPad? 

Highlighted

Kredit gambar: Twitter Shahirah Iza

Okay je sebenarnya bagi anak iPad/phone time makan sebab kita boleh relax tak pening kepala. Itu apa yang I fikir dulu. Surprisingly this week masuk minggu ketiga WITHOUT iPad untuk anak I and he’s doing well. Less tantrum and tiber suka buku, syukur.

“I start rasa kena ubah benda ni bila teacher dia kat sekolah cakap yang dia macam kurang pandai kawal emosi.”

Actually its good bila kids show emotion cuma the way dia nak calm down tu yang scared sikit. Sian teachers and friends dia kat school. I selalu je borak dengan dia main dengan dia peluk cium dia semua so pelik lah kenapa dia jadi camtu tiba tiba. Pastu I teringat yang dia ALWAYS main Roblox and mengadap iPad dalam duration yang sangat lama. Thats why.

Pengorbanan Seorang Ibu

Bila nak stop bagi anak tengok iPad/phone ni memang kita akan extra letih sebab kena melayan dia. Semua mainan, buku, art crafts I keluarkan untuk distract dia dari teringat iPad. Kadang-kadang sampai nak bertukar jadi hijau tapi kita kena sabar.

Dekat Big Bad Wolf & BookXcess banyak buku-buku best and activity books yang tak boring kalau bebudak nak buat. Mostly buku Muayyad memang I beli kat sini sebab murah and ada banyak choice!

Terima kasih Puan Shahirah kerana sudi berkongsi tentang perubahan positif yang anak alami selepas ‘puasa’ iPad ini. Memang banyak perubahan selepas kita hadkan penggunaan mereka. Jika tak hadkan, akan berlaku kesan negatif pada anak-anak Mommy jika menggunakan gajet terlalu lama.

5 Kesan Negatif Jika Mommy Tidak Pantau Penggunaan Skrin Anak-anak

Menurut kajian, terlalu banyak masa dihabiskan di depan skrin boleh memudaratkan kesihatan kita dan macam-macam lagi. Jom tengok apa akan berlaku jika keluarga Mommy asyik hadap telefon dan TV sahaja. Antaranya adalah:

1. Masalah tingkah laku: Anak Mommy yang menonton TV atau menggunakan komputer lebih dari 2 jam sehari mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami masalah emosi, sosial dan perhatian.

2. Masalah pendidikan: Jika televisyen diletakkan di dalam bilik anak-anak, ia boleh memberi kesan pada prestasi mereka di sekolah di mana anak-anak mungkin akan menunjukkan prestasi yang tidak baik.

3. Obesiti: Jika masa banyak dihabiskan seperti menonton TV dan main game, boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan pertambahan berat badan pada anak-anak.

4. Masalah tidur: Walaupun ramai ibu bapa menggunakan TV untuk berehat sebelum tidur, akan tetapi masa skrin sebelum tidur boleh menjadi seperti boomerang. Cahaya skrin akan mengganggu kitaran tidur di otak dan boleh menyebabkan insomnia.

5. Keganasan: Pendedahan kepada rancangan TV, filem, muzik dan permainan video yang ganas pula boleh menyebabkan anak-anak kita menjadi tidak peka. Akhirnya, mereka mungkin menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah dan mungkin meniru aksi yang sama di TV.

Itu adalah 5 kesan negatif yang akan berlaku jika Mommy tidak bertindak untuk hadkan masa penggunaan skrin. Lepas ni, jika anak-anak Mommy mempunyai masalah tantrum ke apa, cuba limitkan penggunaan gajet.

Mungkin akan ada perubahan yang positif dan kemudian mendorong mereka untuk lebih cintakan buku daripada gajet. Selamat mencuba~

Kredit: Twitter Shahirahzai