Telur & Bakon Daging Bakar Dalam Mangkuk Kentang

BAKED EGGS AND BACON IN POTATO BOWLS

Sedapnya! Dengar nama menu ni je pun dah rasa terliur bukan? Kali ini, Motherhood ingin kongsikan resipi Telur & Bakon Daging Bakar bersama kentang! Mudah dan ringkas sahaja cara-cara hendak membuatnya:

  • JUMLAH MASA : 30 Minit
  • WAKTU PENYEDIAAN : 5 Minit
  • WAKTU MEMASAK : 25 Minit

Bahan-Bahan

  • 2 kentang yang dibakar sepenuhnya*
  • 1 sudu mentega
  • 2 telur
  • 2 bakon daging, dimasak dan dicincang
  • 2 sudu hirisan keju cheddar atau gouda
  • 1 sudu pasli segar, dicincang
  • Garamg dan lada hitam

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Cara-Cara Membuat Telur & Bakon Daging Bakar

  1. Baringkan kentang secara melintang dan potong bahagian atas. Menggunakan sudu, keluarkan isi kentang untuk menjadikan bentuk mangkuk. Ulang dengan kentang yang kedua.
  2. Letakkan ½ sudu mentega di tengah mangkuk kentang. Kemudian pecahkan telur di dalam mangkuk kentang, jangan pecahkan kuning telur. Letakkan bakon daging, keju, pasli, dan tambahkan garam dan lada hitam.
  3. Bakar dengan 350 darjah F selama 20 ke 25 minit, atau sehingga putih telur masak. Hidang serta – merta.

*Saya sarankan untuk bakar kentang sehingga hampir masak. Elakkan daripada terkurang masak, tetapi dengan 20-25 minit tambahan di dalam oven dengan telur akan masak kentang sepenuhnya, dan elakkan daripada terlebih masak.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tags from the story
, , ,
Written By
More from aliah Z

Roti Zucchini Coklat

Highlighted Saya kurangkan setengah daripada minyak dan suku daripada gula, dan tukarkan...
Read More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *