Sekiranya Mommy merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi anak-anak sempena cuti sekolah ini, berikut merupakan beberapa tema yang Mommy boleh consider. Lagi menarik, tema sambutan hari lahir yang boleh diraikan bersama rakan-rakan mereka.
Pasti lebih seronok dan mereka akan ingat sampai bila-bila! Sambutan hari lahir semestinya majlis yang dapat merapatkan lagi silaturrahim antara keluarga, kawan dan jiran-jiran. Inilah masa untuk berkumpul bersama dan menikmati makanan bersama.
Sebelum merancang, mari kita tengok dahulu idea ataupun inspirasi untuk Mommy dan Daddy dapat rancang party of the century buat anak-anak kesayangan anda!
5 Tema Parti Yang Menarik Untuk Disambut Bersama Rakan-Rakan
1. Tema Superhero
Highlighted
Superhero merupakan salah satu tema yang popular dalam kalangan anak-anak. Tema yang universal untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki, sering memberi impak pada anak-anak dan untuk menjadikannya lebih menarik, anak-anak boleh memakai kostum superhero kegemaran mereka dan lihat bagaimana mereka mempunyai kenangan yang indah bersama rakan-rakan.
2. Tema Under The Sea Ikan Duyung
Antara tema yang popular buat kanak-kanak perempuan adalah tema parti mermaid. Mommy boleh sediakan alas meja, deko berwarna merah jambu atau biru pastel yang mengikut tema. Cuba Mommy tengok inspirasi parti ikan duyung dan warna yang bersesuaian. Pasti ‘berduyung-duyung’ rakan anak Mommy datang ke sambutan hari lahirnya.
3. Tema Kartun Kegemaran
Bagi anak-anak yang lebih kecil, Mommy boleh buat sambutan hari lahir yang kena dengan kartun kegemaran mereka seperti Blippi, Ejen Ali, Cocomelon, dan sebagainya. Sama seperti sambutan tema hari lahir superheroes, anak-anak dan tetamu juga boleh dress up seperti karakter kegemaran mereka. Untuk lebih menarik, sediakan kek bertemakan kartun yang sama juga!
4. Tema Zoo
Bagi anak-anak Mommy yang pencinta haiwan, Mommy boleh cuba tema zoo ini! Hiaskan dengan patung haiwan-haiwan liar, dan dekorasi pun boleh mengikut tema zoo! Baru la feeling seperti berada di hutan. Jangan lupa tambahkan warna pokok-pokok hijau dan tumbuhan untuk menambahkan lagi suasana zoo tersebut. Pemakaian baju pun haruslah bertemakan warna-warna seperti di dalam zoo atau hutan tau. Baru lebih adventurous!
5. Tema Angkasa Lepas
Bagi anak-anak yang minat tentang angkasa lepas dan angkawasan dan hanya tonton di kaca TV sahaja, apa kata kali sambutan hari lahir kali ini Mommy realisasikan impiannya dengan tema angkasa lepas?
Ianya sangat luar biasa sehingga pasti membuatkan rakan-rakannya kagum! Untuk lebih menarik, Mommy boleh tambah dekorasi sambutan hari lahir tersebut dengan makhluk asing, berpakaian seperti angkawasan dan sebagianya. Barulah lebih feel!
Menarik bukan tema-tema ini? Moga-moga ia bermanfaat untuk Mommy mencari idea dan inspirasi untuk sambutan hari lahir yang akan datang!