Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Jenis Design Tembok Pagar Rumah Yang Sangat Cantik

tembok pagar rumah

Kredit gambar: dailyengineering.com

Tembok pagar rumah merupakan salah satu bahagian rumah yang akan dilihat terlebih dahulu di mana ia mampu menaikkan mood atau aura positif.

Oleh disebabkan itu, anda perlu sentiasa konsisten dalam menerapkan jenis gaya rumah walaupun pada pemilihan pagar agar ia mampu membuatkan kediaman anda tampak hebat dan menenangkan.

Bagi memudahkan anda memilih gaya serta rekaan tembok pagar, di bawah ini kami telah senaraikan beberapa pilihan untuk rujukan anda.

Jom kita lihat!

Senarai Jenis Rekaan Tembok Pagar Rumah Yang Menarik

#1. Tembok Pagar Rumah Guna Kayu

Highlighted

Kredit gambar: www.pinterest.com

Tembok pagar jenis kayu mampu memberikan suasana harmoni di perkarangan rumah anda. Kos kayu juga adalah lebih murah berbanding dengan bahan binaan lain seperti komposit atau pun vinil.

Melaluinya juga anda boleh membuat rekaan bentuk yang diingini. Namun begitu, pagar kayu ini mungkin akan menyebabkan kos penyelenggaraan tinggi kerana ia kerap menjadi serangan anai-anai.

#2. Tembok Pagar Buluh

Bagi anda yang sangat meminati alam semulajadi, boleh juga terapkannya di persekitaran rumah dengan kehadiran tembok pagar buluh ini.

Ia sangat unik, mesra alam dan mampu menjadikan kawasan rumah anda sejuk dan mendamaikan. Tembok pagar jenis ini juga mampu menjimatkan kos dan memberikan kesan dramatik.

#3. Tembok Pagar Kayu Nipis

Kredit gambar: homelilys.com

Kalau anda ingin tonjolkan halaman rumah, boleh gunakan tembok pagar kayu nipis ini. Ia seakan sama dengan pagar kayu biasa tetapi mempunyai ketahanan yang lebih baik. Papan kayu nipis akan dipasang untuk dijadikan sebagai dinding yang berfungsi untuk memberikan anda ruang privasi serta membuatkan halaman anda menjadi lebih cantik dan menarik.

#4. Pagar Besi

Pilihan tembok yang seterusnya pula adalah pagar besi. Penggunaan bahan besi tempa ini dapat memberikan anda idea pagar hiasan yang sangat menarik untuk digabungkan.

Ia mempunyai reka bentuk yang kukuh, cantik dan ceria di mana mampu membuatkan kediaman anda tampak hebat. Walaupun begitu, pagar jenis ini memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan kos penyelenggaraan yang agak mahal.

#5. Tembok Pagar Aluminium

Kredit gambar: www.alibaba.com

Antara bahan terbaik untuk membuat pagar adalah aluminium. Ia mampu tahan untuk tempoh yang lama dan kos pemasangannya juga adalah murah. Walau bagaimanapun, bagi anda yang amat mementingkan ciri keselamatan, pagar ini mungkin tidak sesuai buat anda.

#6. Pagar PVC

PVC merupakan bahan yang paling murah jika anda ingin menukarkannya dengan piket kayu. PVC mampu untuk bertahan dalam tempoh yang sangat lama tanpa ada sebarang kerosakan kerana bahannya adalah berkualiti.

Ia juga didatangkan dengan pelbagai warna dan saiz di mana anda boleh memilihnya mengikut citarasa dan keperluan anda sendiri.

#7. Tembok Dinding Bata

Kredit gambar: easydesignforhome.com

Reka bentuk pagar jenis dinding bata ini mempunyai kemasan yang padu dengan rasa yang penuh kedesaan. Tembok jenis ini akan menjadikan rumah anda kelihatan sangat menarik dan cantik. Namun begitu, pemasangannya akan membuat anda terputus hubungan dengan dunia luar sepenuhnya.

Malah, dinding bata ini juga mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan mungkin agak mahal. Kelebihan tembok ini adalah ia sangat kukuh, tahan lama serta berkesan untuk mengurangkan bunyi.

#8. Tembok Pagar Taman

Selain daripada tembok jenis kayu dan buluh, anda juga boleh jadikan tumbuhan dan bunga sebagai tembok pagar anda. Kebiasaannya bahan seperti vinil atau komposit akan digunakan disebabkan ia mudah untuk diselenggara.

Jenis pagar ini akan menjadikan kediaman anda cantik dan mempesonakan sesiapa sahaja yang memandang. Malah kawasan rumah juga akan menjadi redup dan sejuk dengan kehadiran tumbuhan dan bunga disekelilingnya.

#9. Tembok Pagar Kontemporari

Kredit gambar: easydesignforhome.com

Gabungan pagar kayu moden dan desa akan membentuk idea pagar kontemporari di mana mampu menampilkan rumah anda kelihatan canggih dengan kemasan yang bergaya. Ia akan kelihatan dengan lebih menonjol lagi jika anda sertakannya dengan lantai hijau di kawasan luar kediaman anda.

#10. Tembok Pagar Minimalis

Pagar jenis minimalis adalah pagar yang simple dengan ukurannya yang tidak terlalu besar. Pagar ini dibuat dengan sedikit atau tiada hiasan dan ukiran.

Malah, ia juga dibina dengan bentuk yang lebih geometri dengan garisan yang kukuh dengan pilihan warna neutral seperti putih dan kelabu. Tembok jenis ini selalu menjadi pilihan rumah atau pangsapuri individu.

#11. Pagar Jepun

Kredit gambar: www.pinterest.com

Pilihan pagar jenis ini semakin mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia dipercayai mampu mewujudkan keharmonian yang optimistik di persekitaran rumah. Ia menampilkan kombinasi dengan rekaan yang unik di bahagian atas pagar di mana rekaan ini mampu mencipta suasana yang menakjubkan.

#12. Batu Asli dan Besi

Pilihan tembok yang seterusnya adalah tembok batu asli dan besi. Pagar jenis ini digabungkan dengan besi yang kukuh serta sangat sesuai buat anda yang sukakan privasi. Ia juga tahan lama dan mudah untuk diselenggara.

#13. Tembok Pagar Batu Asli

Masukkan elemen alam semula jadi ke ruang kediaman anda dengan menerapkan bahan seperti batu asli untuk dijadikan tembok di sekeliling rumah. Batu asli ini mampu membuatkan rumah anda kelihatan moden dan klasik.

#14. Tembok Pagar Roster

Kredit gambar: www.viettiles.com

Tembok pagar jenis Roster ini juga turut dikenali sebagai ventilation block. Ia juga mampu memberi pengudaraan yang baik kepada kediaman anda dan pencahayaan yang bagus.

#15. Pagar Tembok Dekorasi

Tembok jenis ini menggunakan laser cut iaitu sistem komputerisasi untuk memilih motif yang anda inginkan. Pemotongan menggunakan laser akan dibuat di atas material seperti kaca, besi, logam, kayu dan sebagainya.

Pemilihan reka bentuk tembok pagar yang ideal perlulah mampu membuatkan rumah anda kelihatan bergaya dengan kemasan yang rapi dan cantik.


Dapatkan inspirasi deko rumah yang lain di SINI.