Hari Malaysia merupakan sambutan tahunan untuk meraikan ulang tahun pembentukan Malaysia secara rasmi pada 16 September setiap tahun.
Pada 16 September 1963, adalah hari yang menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Jadi, sempena cuti Hari Malaysia ini, boleh la Mommy bawa anak-anak pergi melawat tempat-tempat yang bersejarah untuk memupuk semangat patriotik dalam diri mereka.
5 Bangunan Bersejarah di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi
1. Tugu Negara (Kuala Lumpur)
Tugu Negara adalah simbolik kepada perjuangan askar yang telah melawan penjajah dan menjadi kebanggaan negara.
Tugu Negara yang tersergam indah di tengah-tengah ibu kota, mempunyai tujuh patung lelaki yang menggambarkan kejayaan askar Tanah Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Ukiran Felix de Weldo dari Austria ini telah siap dibina pada 8 Februari 1966. Ia dibina sebagai tanda memperigati dan menghargai jasa 11 ribu perajurit tanah air yang telah terkorban dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua serta semasa Darurat berlaku (dari 1948 hingga 1960)
Tahukah anda, setiap satu patung ini mempunyai wataknya yang tersendiri dengan melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.
Highlighted
2. A Famosa (Melaka)
“A Famosa” bererti “Yang Terkenal” dalam Bahasa Portugis.
Di mana, di situ mempunyai gerbang “Porta de Santiago” yang merupakan satu-satunya bahagian benteng yang masih bertahan hingga saat ini.
Bekas kubu Portugis, A Famosa ialah salah satu peninggalan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia Tenggara.
3. Muzium Negara (Kuala Lumpur)
Muzium Negara ialah sebuah muzium yang terletak berhampiran Taman Tasik Perdana di Jalan Damansara di Kuala Lumpur, Malaysia.
Muzium ini memberi gambaran keseluruhan sejarah dan budaya masyarakat di Malaysia yang dibangunkan di atas tapak Muzium Selangor semasa tahun 1906-1945.
Reka bentuk bangunan Muzium Negara adalah berdasarkan seni bina istana Raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu tempatan.
4. Bangunan Abdul Samad (Kuala Lumpur)
Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
Bangunan ini juga turut menjadi saksi bendera Jalur Gemilang pertama kali dikibarkan pada 31 Ogos 1957.
Gaya seni bina bangunan digambarkan sebagai Mughal Eclectic dan mempunyai kubah tembaga dan menara jam setinggi 40m.
Walaupun, gaya seni bina tidak begitu bercirikan Malaysia dan lebih seperti bangunan di India, tetapi gaya seni bina adalah simbolik Malaysia dan memainkan peranan penting dalam sejarah negara ini.
5. Fort Cornwallis (Pulau Pinang)
Fort Cornwallis merupakan kubu peninggalan penjajah yang terbesar di Malaysia dan terletak berdekatan dengan Esplanade dan Penang Clock Tower.
Tujuan kubu ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris adalah sebagai tembok pertahanan daripada serangan musuh selepas Captain Francis Light mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.
Perimeter kubu ini berbentuk bintang dengan lima penjuru dan reka bentuk ini dianggap sebagai sistem pertahanan yang baik daripada serangan yang pelbagai arah.
Kota Cornwallis yang berusia lebih 200 tahun ini menjadi antara kota yang masih utuh dan terpelihara sebagai tarikan pelancongan bersejarah.
Ia sangat menarik untuk anda mempelajari sejarah negara dengan lebih mendalam dan meluas.
Boleh la, Mommy rancang untuk bawa anak-anak pergi berkunjung ke tempat bersejarah ini pada cuti Hari Malaysia nanti.
Semoga perkongsian ini membantu dan memberi manfaat kepada Mommy sekeluarga.
Dapatkan lebih banyak info tentang tempat yang menarik di SINI.