Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25 Tempat Honeymoon Di Malaysia Yang Romantik Dan Menyeronokkan

tempat honeymoon di Malaysia

Kredit gambar: istockphoto

Waktu honeymoon adalah waktu yang penting untuk pasangan suami isteri kan? Sama ada baru berkahwin ataupun sudah lama, momen ketika honeymoon inilah yang dapat mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semula keintiman suami isteri.

25 Tempat Honeymoon Di Malaysia Yang Romantik Dan Menyeronokkan

Jadi tempat yang dipilih untuk honeymoon memainkan peranan penting juga ya. Jom, kita jelajah ke seluruh Malaysia, negeri demi negeri, ke tempat honeymoon yang best:

#1. Stong Herritage Eco Resort

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @Stong Heritage Eco Resort

Di Kelantan, ada sebuah resort berdekatan dengan Gunung Stong yang bertemakan kampung tradisional. Selain daripada suasananya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti eksplorasi gua, berkelah, mandi manda di sungai yang berdekatan dan macam-macam lagi.

Alamat: Gunung Stong Kg Jelawang, 18200 Dabong, Kelantan
Waktu operasi: 24 jam
Tel: 013-838 3828
Akaun Facebook: Stong Herritage Eco Resort

#2. Lalang’s Resort and Spa

Kredit gambar: Facebook @Lalang’s Resort & Spa

Di sini pula, resortnya memang cantik dan ada pelbagai design bilik. Menu makanan di restorannya dikatakan sedap-sedap belaka, terutamanya tomyamnya.

Selain itu, banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti mandi manda di Lata Keding dan menaiki ATV.

Alamat: Lalang’s Chalet & Campsite, Ayer Lanas, Kelantan
Waktu operasi: 24 jam
Tel: 016-964 9177
Akaun Facebook: Lalang’s Resort and Spa

#3. La Hot Spring

Kredit gambar: libur.com.my

Memang seronok bermandi manda bersama, tambah-tambah kalau ke La Hot Spring ni. Mandi air panas dapat menyegarkan badan dan kalau nak mandi air sejuk pun, ada air terjun di kawasan atas La Hot Spring ni tau.

Tak payah rushing, di sini ada chalet untuk penginapan dan dijual makanan di gerai-gerai dalam kawasannya.

Alamat: 56 Kg.La, Ulu Besut 22010 Jerteh, Terengganu
Tel: 013-976 5723

#4. Pulau Kapas

Kredit gambar: Facebook @Pulau Kapas Pakej

Dah di Terengganu ni, alang-alang tu, kalau ke Pulau Kapas sehari dua pun best ni! Berbanding dengan pulau lain di Terengganu, Mommy dan Daddy hanya perlu naik bot selama lebih kurang 10 minit je tau dari Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas.

Senang cerita, kalau rasa tak nak bermalam pun tak apa. Snorkeling bersama pasti romantis!

#5. Pulau Langkawi

Kredit gambar: kosmo.com.my/

Jom, kita tour pula ke Pulau Langkawi. Nak shopping ke, berjalan-jalan ke, boleh tengok di sini senarai tempat-tempat yang menarik di Langkawi ya?

Memang sakan berseronok Mommy dan Daddy nanti.

#6. Air Terjun Teruna Dara

Kredit gambar: tripadvisor.com.my

Selain daripada makan-makan di Penang, jangan lupa untuk singgah di Air Terjun Teruna Dara. Memang cantik air terjunnya.

Alamat: Air Terjun Teruna Dara, Unnamed Road, 11000 Balik Pulau, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 7.00 mlm

#7. Bukit Larut

Kredit gambar: penang-insider.com/

Jom ke Perak pula, Bukit Larut yang seakan-akan Cameron Highlands ni dikenali juga sebagai Maxwell Hill. Suasana yang indah kehijauan dengan suhu yang sejuk memang sesuai untuk honeymoon.

Ia merupakan salah satu hidden gem di negeri Perak.

Alamat: Pegawai Penjaga Bukit Larut, Perak, 34000 Taiping
Tel: 05-807 7241

#8. Air Terjun Geruntum

Kredit gambar: rajacutiasia.com/

Kalau singgah di Gopeng, jangan lupa untuk ke Air Terjun Geruntum. Ramai yang kata air terjun ni cantik. Nanti bolehlah Mommy dan Daddy tengok sendiri ya? Aktiviti air pun boleh dilakukan di sini kalau nakkan sedikit cabaran.

Alamat: Air Terjun Geruntum, 31600 Gopeng, Perak
Harga tiket: Caj kemasukan RM3

#9. Cameron Highlands

Kredit gambar: klook.com

Cameron Highlands memang antara destinasi pilihan untuk honeymoon kan? Suasana dan keindahan bukit-bukaunya, memang banyak tempat best di Cameron Highlands ni untuk meluangkan masa bersama.

#10. Genting Highlands

Kredit gambar: trivago.com.my

Tak kurang famous, Genting Highlands yang juga terletak di negeri Pahang, sering menjadi tumpuan pengunjung untuk bercuti dan honeymoon.

Macam-macam aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Mommy dan Daddy boleh tengok di sini ya.

#11. Bukit Fraser

Kredit gambar: diarisiketambatu.blogspot.com/

Satu lagi destinasi di Pahang yang berbukit-bukau dan beriklim sejuk adalah Bukit Fraser. Ia juga merupakan destinasi pilihan untuk honeymoon di Pahang.

#12. Colmar Tropicale

Kredit gambar: colmartropicale.com.my

Colmar Tropicale memang antara sensasi terkini di negeri Pahang. Kalau ke sini, seolah-olah berada di tempat lain seperti di luar negara tau.

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-221 3666
Laman web: Colmar Tropicale

#13. Japanese Village

Kredit gambar: tripadvisor.com.my

Dari Colmar Tropicale, Mommy dan Daddy boleh ambil bas untuk ke Japanese Village ni. Cantik sangat taman di dalamnya, memang sesuai untuk berjalan-jalan dan bergambar.

Alamat: Taman Jepun, Jln Bukit Tinggi, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-2422 0686

#14. Cherating

Kredit gambar: booking.com/

Dah di Pahang tu, eloklah berjalan-jalan di tepi pantai bersama pasangan. Kalau nak bermalaam pun, banyak sangat resort dan chalet best kat sini.

#15. Tempat Honeymoon di Malaysia: Pulau Tioman

Kredit gambar: bharian.com.my

Kalau nak honeymoon ke pulau di Pahang pula, Pulau Tioman adalah destinasi yang sesuai untuk Mommy dan Daddy.

#16. Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik

Kredit gambar: Facebook @Tiarasa Escapes

Salah satu tempat penginapan yang cantik dan sesuai untuk honeymoon di Janda Baik adalah di Tiarasa Escapes Glamping Resort.

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Tel: 012-887 7777

#17. Gambang Water Park

Kredit gambar: pahangtourism.org.my/

Nak mandi manda di sini pun boleh. Memang banyak juga pasangan yang memilih untuk ke sini ketika honeymoon mereka, bukan kanak-kanak je yang suka tau!

Tel: +6 09 – 548 8000 Bukit Gambang Resort City

#18. Bukit Broga

Kredit gambar: tripadvisor.com.my

Jom, kita ke Selangor pula dan hiking di Bukit Broga? Trek kat sini tak adalah susah sangat, jadi kalau untuk beginner pun sesuai je hiking.

Alamat: Jalan Broga, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: 24 jam, Setiap hari
Tel: +603 8925 1992 (Pejabat Daerah Hulu Langat)
Caj tempat letak kenderaan: RM1 (setiap orang)
Caj kemasukan: RM1
Caj tandas: RM1

#19. Sky Mirror

Kredit gambar: malaysia.travel

Ramai juga pasangan yang ke sini ketika honeymoon. Sesuai dan cantik untuk bergambar dengan pelbagai gaya.

Alamat: Jalan Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor
Waktu operasi: 8.00 pg hingga tengahari
Tel: +603 3289 1439 / +603 3289 1549 / 2423 / 4328 (Kuala Selangor District Council)

#20. Tempat Honeymoon di Malaysia: District 21

Kredit gambar: tripadvisor.com.my

Tak semestinya tempat yang romantik je kan? Kalau lakukan aktiviti lasak bersama pun best juga!

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 12.00 tghari –  8.00 mlm | Sabtu dan Ahad, 10.00 pg – 8.00 mlm
Tel:
+603 8328 8888

#21. Pantai Desaru

Kredit gambar: maisinggah.com/

Pantai Desaru di Johor memang terkenal dengan keindahan dan kecantikannya. Rugi kalau tak ambil peluang ke sini masa honeymoon.

Alamat: Pantai Desaru, 81600, Bandar Penawar, Johor

#22. Desaru Coast Birdwatching

Kredit gambar: klook.com

Kalau Mommy dan Daddy sukakan keindahan alam yang dipenuhi flora dan fauna, bolehlah pilih pakej Desaru Coast Birdwatching ni. Tentu seronok!

Alamat: Junglewalla Desaru, Natural History Tours – KKP/LN 4852, Information Center, River Side, Desaru Coast
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 pg – 10.00 pg | 4.00 ptg – 6.00 ptg, cuti hari Isnin
Tel: +60192252300
Harga tiket:
RM200 seorang dengan tempahan minimum 2 orang per trip | RM100 seorang kanak-kanak

#23. Air Terjun Kota Tinggi

Kredit gambar: ceriasihat.com/

Kalau air terjun di Johor pula, Air Terjun Kota Tinggi antara yang sering menjadi pilihan pengunjung.

Alamat: Air Terjun Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 07-8831004
Harga tiket:
Dewasa – RM5
Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 Tahun – RM3
Kanak-kanak berumur 3 hingga 5 Tahun – RM2
Warga emas berumur 60 Tahun ke atas – RM3
OKU – Percuma

#24. Pantai Teluk Kemang Port Dickson

Kredit gambar: petitgo.com

Dah tiba di Negeri Sembilan, pantai yang best adalah Pantai Teluk Kemang. Kalau dating kat sini, memang sesuai.

Alamat: 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

#25. Tempat Honeymoon di Malaysia: Dickson Dragon Cruise

Kredit gambar: Facebook @Dickson Dragon

Ramai juga yang memilih untuk naik cruise bersama pasangan. Dengan pemandangan alam yang begitu indah, memang romantik tau pelayaran cruise ni. Lebih-lebih lagi, kalau ketika sunset.

Alamat: Kampung Baharu, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 012-900 8200

Di mana-mana negeri, semuanya mempunyai banyak destinasi yang menarik untuk Mommy dan Daddy luangkan masa bersama.

Semoga percutian honeymoon Mommy dan Daddy menjadi kenangan indah yang tersimpan selamanya!