Bangkok atau juga dikenali dengan nama Krung Thep adalah ibu negara bagi negara ‘gajah putih’, Thailand. Sebuah ibu negara yang padat dan pernah mendapat jolokan antara kota yang paling sesak di dunia. Ingin tahu apa kelebihan, kecantikan dan tempat-tempat menarik di Bangkok ini pastikan anda baca sampai habis!
Di Bangkok ini jika anda nak tahu, 90% rakyatnya adalah beragama Buddha dan oleh sebab itulah dapat dilihat banyak binaan-binaan kuil yang dibina di sekitar kota budaya ini.
Ini termasuklah, sebuah patung Buddha emas terbesar di dunia. Bangkok menerima jumlah pelancong yang ramai pada setiap tahun kerana kecantikan dan keunikan ibu kota Thailand ini.
Bagi anda yang merancang untuk datang ke sini, di bawah kami kongsikan beberapa tempat menarik di Bangkok yang wajib dikunjungi!
Senarai Tempat Menarik di Bangkok
#1. Safari World Bangkok – Tempat Menarik di Bangkok
Ingin melihat binatang liar dengan lebih dekat? Safari World Bangkok adalah tempat wajib yang perlu anda kunjungi jika ke Bangkok.
Anda akan dibawa untuk mendekati haiwan-haiwan yang terdapat di sini menggunakan kenderaan yang telah disediakan.
Bukan itu sahaja, malah terdapat juga pertunjukan haiwan seperti pertunjukan singa laut, ikan lumba-lumba dan juga gajah.
- Alamat: 99 Panyaintra Road, Samwatawantok, Klongsamwa, Bangkok, Thailand
- Waktu Operasi: Safari Park (9 pagi – 5 petang) | Marine Park (9 pagi – 6 petang)
- Tiket masuk: Berbeza mengikut pakej (Semak harga tiket di sini)
#2. SEA Life Bangkok Ocean World
Selain Safari World Bangkok, anda juga boleh berkunjung ke SEA Life Bangkok Ocean World yang menawarkan tarikan dan keunikan hidupan laut.
Tempat ini terletak di pusat membeli belah Siam Paragon. Terdapat lebih daripada 30,000 jenis hidupan laut yang ditempatkan dalam 3 buah kolam renang bersaiz Olimpik.
Hidupan-hidupan laut ini dibawa dari seluruh dunia dan datang dari pelbagai kedalaman laut.
- Alamat: 991 Rama I Rd, Khwaeng Pathum Wan, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10 pagi – 9 malam)
- Tiket masuk: Berbeza mengikut pakej (Semak harga di sini)
#3. Dreamworld Bangkok
Terletak 47 kilometer dari pusat bandar Bangkok, Dreamworld Bangkok adalah salah satu taman tema yang telah menarik ramai pelancong ke sini.
Dikatakan Dreanworld Bangkok ini hampir sama seperti taman tema Disney World yang terdapat di luar negara.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya ialah persembahan ‘The Animal Show’ dan ‘Hollywood Action’, juga boleh bermain permainan seperti Tornado Ride, Viking Ride, Hurricane Ride, Super Splash dan banyak lagi.
- Alamat: 62, Moo 1, Rungsit-Ongkarak Road, Bang Yitho, Thanyaburi 12130, Thailand
- Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 5 petang)
- Tiket masuk: Berbeza mengikut pakej (Semak harga di sini)
#4. Pasar Terapung Damnoen Saduak – Tempat Menarik di Bangkok
Tempat makan menarik di Bangkok yang harus dikunjungi ialah Pasar Terapung Damnoen Saduak. Thailand sememangnya sangat terkenal dengan konsep perniagaan di atas air.
Terdapat banyak tempat di Thailand yang mempunyai pasar terapung. Salah satunya ialah Pasar Terapung Damnoen Saduak yang terdapat ramai peniaga yang menjual barang dagangan mereka dari dalam sampan.
Dari makanan hinggalah cenderahati semuanya ada di sini. Menarik dan sangat unik!
- Alamat: Damnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130
- Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 12 tengahmalam)
#5. Bangkok Night Lights Tuk Tuk Tour
Thailand terkenal dengan pengangkutan awam mereka iaitu Tuk Tuk. Jika anda ke Bangkok, anda boleh cuba menaiki Tuk Tuk sambil dibawa mengelilingi kota Bangkok.
Pastinya menjadi pengalaman yang sangat menarik terutamanya pada waktu malam. Anda akan dapat melihat kota raya Bangkok dilimpahi cahaya yang berwarna warni.
Nikmati percutian terbaik yang lebih terurus tanpa banyak masalah dengan memilih agensi pelancongan HolidayGoGoGo yang merupakan pilihan yang tepat. Boleh terokai sekarang!
- Alamat: Lawatan Bermula Dari Klong San Market – Khlong Ton Sai, Khlong San, Bangkok 10600
- Waktu Operasi: Setiap hari (7 malam – 11 malam (4 Jam))
#6. Rumah Agam Vimanmek
Anda seorang yang sukakan sejarah? Kunjungan anda ke Rumah Agam Vimanmek ini pastinya membuatkan anda terpaku melihat muzium yang mempamerkan artifak purba juga perabot antik yang masih cantik ini.
Untuk pengetahuan anda, Rumah Agam Vimanmek ini asalnya adalah sebuah rumah yang diperbuat dari kayu jati.
Mempunyai 31 buah bilik dan ianya adalah sebuah rumah yang diperbuat dari kayu jati terbesar di dunia.
- Alamat: 16 Ratchawithi Rd | Dusit, Bangkok 10300, Thailand
- Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (8.30 pagi – 4.30 petang)
#7. Muay Thai di Stadium Lumpini/Stadium Ratchadamnoen
Jika orang melayu dengan silatnya, cina dengan kung funya, Thailand pula dengan Muay Thainya.
Jika anda seorang peminat Muay Thai jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi sukan mempertahankan diri ini di Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamnoen.
- Alamat: Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamnoen
#8. Siam Paragon – Tempat Menarik di Bangkok
Kalau dah nama melancong, aktiviti wajib mestilah membeli belah bukan? Apa kata untuk aktiviti ini anda pergi ke Siam Paragon. Siam Paragon ialah sebuah pusat membeli belah terkenal yang menjual pelbagai barangan mewah.
Jika anda seorang yang sukakan barangan mewah jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di sini. Terdapat banyak jenama antarabangsa dan butik pakaian pereka fesyen terkenal di sini.
Selain itu, terdapat juga panggung wayang multiplex, pusat akuarium, Wax Museum dan banyak lagi tarikan lain di sini. Pastikan Siam Paragon termasuk di dalam itinerari anda ke Bangkok.
- Alamat: 991, Rama 1 Road | Pathum Wan, Bangkok 10330
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10 pagi – 10 malam)
#9. Sungai Chao Phraya
Menurut kepercayaan rakyat Thailand, Sungai Chao Phraya ialah punca kemajuan Bangkok pada hari ini. Sungai ini sangat penting bagi rakyat Thailand sehingga sungai ini dinamakan sebagai Chao Phraya yang bermaksud Sungai Raja atau sungai milik tuhan.
Jika anda ke sini, anda boleh menaiki feri untuk merentasi sungai ini dan anda akan dapat saksikan kepesatan pembangunan di sini.
- Alamat: 780/488 Charoen Krung Road, Bang Kho Laem, Bangkok 10120
#10. Chatuchak Market
Bagi kaki shopping antara tempat shopping di Bangkok yang boleh anda singgah ialah di Chatuchak Market.
Mempunyai keluasan sekitar 27 ekar, Chatucak Market ini termasuk dalam senarai salah satu pasar terbesar di dunia.
Mempunyai lebih daripada 8000 gerai pasti membuatkan anda rambang mata.
- Alamat: 587/10 Kamphaeng Phet 2 Rd, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900
- Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (9 pagi – 6 petang) | Jumaat (6 ptg – 12 tengahmalam)
- Seksyen Tumbuhan: Rabu & Khamis (7 pagi – 6 petang)
#11. Lumpini Park
Jika anda ingin relaks selepas seharian berjalan-jalan, Lumpini Park adalah tempat paling sesuai.
Di sebalik bangunan pencakar langit, terselitnya sebuah taman yang menghijau dengan ukuran keluasannya 500,00 kaki persegi dengan pelbagai haiwan yang menarik.
Lumpini Park sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin beriadah bersama keluarga, bersenam, menenangkan fikiran dengan menghirup udara segara dan banyak lagi.
Di sini juga terdapat persembahan orchestra klasik yang dipersembahkan secara percuma.
- Alamat: Rama IV Road, antara Ratchadamri Road dan Witthayu Road
- Waktu Operasi: 5 pagi – 9 malam
#12. Terminal 21
Selain Siam Paragon, anda juga boleh ke Terminal 21 untuk membeli belah. Apa yang menariknya di Terminal 21 ini ialah konsepnya yang sangat unik iaitu setiap tingkat di sini mempunyai tema yang berbeza.
Terminal 21 ini mempunyai 7 tingkat, iaitu tingkat paling bawah atau LG, tema yang diberikan ialah Carribean, Ground Floor dengan tema Rome, Mezzanine Floor bertemakan Paris, Tingkat 1 pula Tokyo, Tingkat 2 bertemakan London, Tingkat 3 Istanbul, Tingkat 4 bertemakan San Francisco dan Tingkat 6 bertemakan Los Angeles. Datang dan lihat sendiri keunikan Terminal 21 ini.
- Alamat: 88 Soi Sukhumvit 19, Khwaeng Khlong Toei Nuea, Khet Watthana, Krung Thep Maha Nakhon 10110
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10 pagi – 10 malam)
#13. Jim Thompson House
Jim Thompson ialah seorang usahawan sutera berasal dari Amerika dan pernah dianugerahkan ‘The Order of The White Elephant’ oleh kerajaan Thailand.
Beliau adalah seorang usahawan yang banyak menyumbang kepada industri sutera di Thailand dan sebab itulah rumahnya telah dijadikan muzium sutera Thailand.
Namun, apa yang menariknya dengan kisah Jim Thompson ini ialah beliau telah hilang semasa bercuti di Cameron Highland. Sehingga hari ini jejak beliau masih beliau dapat dikenalpasti.
- Alamat: Jim Thompson House, 6 Soi Kasemsan 2, Rama 1 Road, Bangkok
- Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)
- Tiket masuk: Dewasa (200 bhat) | Kanak-kanak bawah 10 tahun (Percuma)
#14. Grand Palace
Thailand mempunyai banyak bangunan bersejarah yang wajib dikunjungi. Antaranya ialah Grand Palace yang dahulunya adalah sebuah istana.
Mempunyai keluasan 214,000 kaki persegi pasti lenguh kaki anda untuk menghabiskan penjelajahan di dalam Granda Palace ini.
- Alamat: Na Phra Lan Road, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon
- Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 pagi – 4.30 petang)
- Harga tiket: Warganegara Thailand (Percuma) | Bukan warganegara (500 Bhat)
#15. Wat Pho Temple/Wat Chetuphon – Tempat Menarik Bangkok
Tempat menarik terakhir ialah Wat Pho/Wat Chetupon. Disebabkan oleh majoriti penduduk Thailand ialah beragama Buddha, maka dengan itulah dapat dilihat banyak kuil, tokong dan patung Buddha di seluruh Bangkok.
Antaranya ialah Wat Pho/Wat Chetuphon yang terkenal dengan Tokong Buddha Berbaring. Ini ialah sebuah tokong Buddha klasik yang masih mengekalkan kecantikan rekaan dan binaan di tokong ini.
Fakta menarik berkenaan Wat Pho ini ialah ianya merupakan tokong tertua di Bangkok dan universiti pertama di Thailand.
- Alamat: 2 Sanamchai Road, Grand Palace Subdistrict, Pranakorn District
- Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6.30 petang)
- Tiket masuk: 200 Baht| (Kanak-kanak di bawah tinggi 120cm (4 kaki) – Percuma)
Menarik kan? Selain dari tempat menarik di Bangkok yang dinyatakan di atas masih banyak tempat menarik lain yang boleh anda lawati di Thailand.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buat anda jika ingin berjalan-jalan ke Bangkok tanpa tour guide.
Selamat bercuti!
Ikuti pelbagai lagi panduan tempat-tempat menarik yang lain di SINI!