Terengganu sememangnya sering menjadi destinasi pilihan untuk percutian keluarga kerana terdapat banyak tempat menarik di Terengganu antaranya ialah di Besut.
Terkenal dengan keindahan alam termasuklah pulau yang indah, air terjun yang jernih, pantai yang bersih, terdapat 10 pilihan tempat menarik di Besut yang wajib dilawati.
Bagi anda yang ingin datang bercuti ke sini, kami kongsikan kepada anda beberapa tempat menarik di Besut yang boleh anda masukkan dalam list. Jom lihat!
Senarai Tempat Menarik di Besut
#1. Pantai Air Tawar – Tempat Menarik Di Besut
Anda ingin lari dari kebisingan dan hiruk pikuk di bandar? Pantai Air Tawar boleh menjadi salah satu destinasi pilihan anda.
Sebuah pantai yang bersih, pasir pantai yang memutih, air laut yang membiru dan pemandangan yang sangat cantik.
Pantai Air Tawar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang bakal memudahkan mereka yang bercuti di sini.
Antaranya ialah gazebo yang disediakan untuk aktiviti perkelahan, surau, tandas, taman permainan dan juga parkir yang luas. Jadi jika anda ke Besut, jangan lepaskan peluang untuk ke Pantai Air Tawar.
Alamat: 22200 Kampung Raja, Trengganu, Malaysia
#2. Bukit Kluang
Bagi yang gemarkan aktiviti hiking atau mendaki, Bukit Kluang adalah tempat wajib untuk anda. Pendakian di sini pasti menjanjikan satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Apabila sampai ke puncak anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menakjubkan iaitu pemandangan Laut China Selatan yang terbentang luas.
Aktiviti wajib apabila tiba di puncak pastilah bergambar sebagai tanda kenangan dan hadir.
Selepas itu, anda boleh ke Pantai Bukit Kluang yang terletak berdekatan dengan Bukit Kluang ini untuk menyegarkan badan dengan air laut di sini.
Alamat: 22200 Kampung Raja, Trengganu, Malaysia
#3. Lata Belatan
Selain itu, anda juga boleh ke Lata Belatan sekiranya ingin menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti perkelahan bersama keluarga.
Lata Belatan sememangnya sangat terkenal bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah dari luar juga.
Air sungai yang mengalir jernih dan dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi yang masih terpelihara pastinya sangat menenangkan untuk beriadah bersama keluarga.
Aliran di sini juga tidak terlalu laju dan sesuai untuk anak-anak kecil mandi-manda.
Namun, pastikan anda sentiasa mengawasi mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Bukan itu sahaja, di sini juga ada menyediakan tapak untuk mereka yang ingin berkhemah dan juga berbarbeku bersama keluarga.
Alamat: Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu, Malaysia
#4. Pulau Perhentian – Tempat Best di Besut
Tempat menarik di Besut yang seterusnya ialah Pulau Perhentian. Destinasi percutian ini tidak perlu diperkenalkan lagi.
Sebuah pulau tercantik di Malaysia. Sering menjadi pilihan destinasi percutian buat mereka yang ingin lari dari kesibukan di kota.
Terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kedua-dua pulau ini dibezakan dengan jenis percutian yang anda ingin.
Pulau Perhentian Besar sesuai buat anda yang inginkan percutian yang penuh dengan ketenangan manakala Pulau Perhentian Kecil pula sesuai buat mereka yang ingin merasai percutian yang happening kerana di sini terkenal dengan “Nightlife & Party”.
Jadi buatlah pilihan yang betul sebelum pergi ok!
Alamat: Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
#5. Lata Tembakah
Biasa kita dengar air terjun 1 tingkat, tetapi di Besut anda boleh jumpa air terjun 5 tingkat di Lata Tembakah. Sangat menarik dan sangat cantik.
Air yang jernih dan menyegarkan ini pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan Lata Tembakah ini. Di sini anda dapat menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti berkelah, bbq dan berkhemah.
Selain itu, tempat ini dilengkapi dengan semua kemudahan untuk pengunjung seperti chalet, pondok informasi, tapak perkhemahan dan banyak lagi.
Pasti menjadi momen yang sangat indah untuk diingati jika anda menghabiskan masa bersama keluarga di sini.
Alamat: Besut, 22010, Terengganu, Malaysia
#6. Kolam Air Panas La – Tempat Menarik Di Besut
Bosan asyik mandi laut dan air terjun je? Apa kata segarkan badan anda dengan mandi di Kolam Air Panas La yang terletak di daerah Besut.
Banyak sebenarnya kebaikan berendam di dalam air panas antaranya ialah mengurangkan rasa tegang pada urat, menyegarkan badan dan juga mengurangkan rasa sakit sendi.
Kolam air panas ini ialah kolam air panas semulajadi. Jika anda ke sini jangan risau kerana semua kemudahan ada disediakan untuk pengunjung.
Antaranya ialah tandas, tempat rehat, gerai makanan, surau dan juga chalet untuk mereka yang ingin menginap di sini.
Alamat: 22010 Jerteh, Terengganu
#7. Masjid Kayu Ulul Albab
Masjid Kayu Ulul Albab adalah salah satu tarikan yang wajib anda singgahi. Ini kerana keunikan yang terdapat pada masjid ini.
Masjid kayu ini mempunyai seni bina yang sangat cantik. Menariknya masjid ini ialah pembinaan masjid ini tidak menggunakan sebarang paku dan hanya menggunakan pasak paku sahaja.
Walaupun begitu ianya kukuh kerana menggunakan kayu yang berkualiti tinggi. Jika dilihat dari dekat anda akan dapat melihat keindahan seni bina melayu pada pembinaan masjid ini.
Oleh itu, jangan lupa untuk singgah untuk solat di masjid ini sambil menikmati kecantikan masjid kayu ini.
Alamat: Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang Jertih, 22000 Jerteh, Terengganu
#8. Besut Paragliding Park – Tempat Menarik di Besut
Ingin menikmati keindahan alam semulajadi dari sudut yang berbeza? Anda seorang yang sukakan aktiviti yang mencabar?
Apa kata anda cuba paragliding yang pastinya memberi pengalaman berbeza kepada percutian anda. Anda boleh merasai pengalaman menarik ini di Besut Paragliding Park.
Anda juga tidak perlu bimbang mengenai keselamatan anda semasa menaiki paragliding ini kerana mereka mempunyai trainer yang terlatih.
Dari atas anda akan dapat melihat keindahan laut yang terbentang luas dan bukit bukau yang menghijau. Wajib masukkan destinasi ini dalam itinerari anda ok!
Alamat: Bubus Hill, Kampung Raja, 22020 Besut, Terengganu
#9. Jeti Kompleks Perikanan LKIM
Jika anda ingin mendapatkan makanan laut yang segar dan berkualiti anda boleh ke Jeti Kompleks Perikanan LKIM.
Pada setiap hari terutamanya di sebelah pagi pemborong ikan akan berkumpul di sini untuk menjual hasil tangkapan mereka.
Jika anda ingin mencari makanan laut untuk aktiviti bbq anda sekeluarga ini adalah tempat yang sesuai. Yang penting semua hasil laut di sini segar dan murah.
Alamat: Kampung Seberang Timur, 22200 Besut, Terengganu
#10. Pantai Bukit Kluang – Tempat Menarik di Besut
Pantai Bukit Kluang adalah pusat peranginan dan pantai di Besut sering menjadi ramai orang. Pantai ini dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau, pantai yang putih bersih dan air yang jernih bak kristal. Sangat cantik!
Dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat rehat, kedai makan, tandas awam, dan banyak lagi sangat memudahkan pengunjung yang datang ke sini.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah bermandi-manda, berkelah dan melakukan aktiviti pantai bersama keluarga.
Jika anda bercuti bersama keluarga, ini adalah antara tempat paling sesuai buat anda sekeluarga.
Alamat: Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
Menarik bukan? Jika anda seorang yang sukakan kehidupan yang tenang dan dekat dengan alam semulajadi, Besut patut menjadi destinasi pilihan anda.
Banyak tarikan yang akan membuatkan anda berasa dekat dengan alam semulajadi. Pendek kata ‘the perfect place for healing’.
Anda juga boleh menikmati percutian terbaik yang lebih terurus tanpa banyak masalah dengan memilih agensi pelancongan HolidayGoGoGo yang merupakan pilihan yang tepat. Boleh terokai sekarang dan selamat bercuti!
Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan tempat-tempat percutian menarik yang lain di SINI!