Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25+ Tempat Menarik Di Cherating & Sekitarnya yang Paling Best – Rugi Kalau Tak Pergi!

Tempat Menarik Di Cherating

Kredit gambar: Instagram @bleeyw

Cherating, merupakan destinasi percutian yang menakjubkan di Kuantan, Pahang! Terkenal dengan keindahan semula jadi yang luar biasa, Cherating pastinya akan memikat hati pengunjung dengan pelbagai daya tarikan serta keunikan budayanya.

Dikelilingi oleh keunikan alam semulajadi dan berdekatan dengan Terengganu, Cherating menjadi pilihan utama bagi pelancong yang ingin menghabiskan waktu terluang dengan merasai kecantikan semulajadi dan ketenangan alam.

Jika anda sedang merancang percutian di sini, anda wajib kunjungi 25 tempat menarik di Cherating yang pastinya akan memenuhi jadual percutian anda.

Sambutlah keindahan alam dan warisan budaya yang menanti anda di Cherating!

Senarai Tempat Menarik di Cherating


Berikut adalah tempat-tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi iaitu:

#1. The Kasturi Resort Cherating

Highlighted

syarfa_abdullah

Tak payah bayar tiket kapal terbang mahal – mahal untuk ke Bali. The Kasturi Resort Cherating ini menyediakan pemandangan pantai yang sangat cantik seperti Bali.

placesmalaysia

Bukan saja sesuai untuk berbulan madu, tempat penginapan di Pahang ini juga mempunyai pelbagai kemudahan menarik dan turut menyediakan permandangan menawan dengan kolam renang yang menghadap ke pantai.

Alamat: KM32.5, Jalan Kuantan, Kemaman 26080 Cherating, Pahang.

#2. Tempat Menarik di Cherating: Villa De Fedelia

villadefedeliacherating

Suka dengan suasana klasik? Sukakan pemandangan pantai? Villa De Fedelia adalah pilihan yang sesuai. Reka bentuk tempat penginapan ala – ala klasik dan disajikan dengan pemandangan Laut China Selatan yang begitu cantik. Kawasan yang luas dan bersih ini memang sesuai untuk dikunjungi.

Untuk tempahan: https://www.villadefedelia.com/bluesky/

#3. Santuari Penyu Cherating

yeesan013

Sekiranya datang ke Cherating bersama kanak – kanak, jangan lupa untuk berkunjung di Santuari Penyu Cherating. Tempat ni kecil saja, tak sampai 30 minit pasti dah habis pusing.

Jadi boleh lah datang singgah sebelum ke tempat lain. Di sini pengunjung boleh melihat penyu – penyu yang diletakkan di luar kolam. Yang paling best adalah, tak kena bayar pun untuk masuk ke Santuari Penyu Cherating ni.

Lokasi: Pusat Penerangan & Santuari Penyu Cherating, KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman 26080 Kuantan, Pahang.

Waktu operasi: 9:00a.m – 5:00p.m / Selasa – Ahad

#4. Hafiz’s Cherating Activities

hafizscheratingactivities

Hafiz’s Cherating Activities menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah berkayak di sungai, menaiki bot pada waktu malam untuk melihat kelip – kelip di sepanjang sungai, program ATV dan banyak lagi.

Jadi, bolehlah bawa ahli keluarga atau rakan – rakan datang ke sini dan merasakan pengalaman yang menarik.

Lokasi: 7/1156, Cherating Lama 26080 Kuantan, Pahang.

Waktu operasi: 9:00a.m – 9:00p.m / Selasa – Ahad

#5. Loca Cafe

Kredit gambar: Instagram @syatymdnor_

LOCA Cherating, sebuah destinasi kuliner unggul di Cherating, menawarkan pengalaman bersantap yang luar biasa. Diketahui sebagai restoran terbaik di kawasan ini, LOCA Cherating memukau pengunjung dengan suasana yang begitu menyenangkan.

Setiap hidangan mangkuk yang disajikan di sini tidak hanya lazat tetapi juga ideal untuk santapan malam.

Antara hidangan yang wajib dicuba adalah chicken butter yang memikat selera. Staf yang mesra, harga yang berpatutan, dan persekitaran yang selesa menambah nilai pengalaman makan di sini.

LOCA Cherating juga dikenali dengan inisiatif alam persekitaran seperti penggunaan straw buluh yang boleh digunakan semula, menjadikannya pilihan mesra alam yang lebih baik daripada straw plastik.

Terletak berdekatan dengan pantai, restoran ini juga menjadi tempat yang sempurna untuk bersantai sebelum atau selepas berendam di air pantai.

Lokasi: Jalan Kampung Cherating Lama, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang

#6. Pantai Cherating

Kredit gambar: Instagram @thisandrewlee

Jangan lupa juga untuk datang berkunjung ke Pantai best di Pahang ini! Merupakan tempat tumpuan utama di Cherating, Pantai Cherating sering dikunjungi pengunjung kerana di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti kite surfing, windsurfing dan lain – lain lagi.

Pantai Cherating juga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri kerana pantai yang panjang dan sangat cantik.

Lokasi: Pantai Cherating, Kuantan, Pahang.

#7. Tempat Menarik di Cherating: Rimbun Dahan Turtle Hatchery

Kredit gambar: Instagram @baby.carra

Selain dari Santuari Penyu Cherating, di sini juga boleh melihat anak – anak penyu. Lokasinya yang bersempadanan dengan Terengganu membuatkan ia mendapat tumpuan ramai.

Bolehlah datang ke sini dengan dengan kanak – kanak dan biarkan mereka memegang dan melihat anak – anak penyu dilepaskan untuk berjalan ke pantai. Di sini juga pengunjung boleh mendapat informasi yang menarik tentang kehidupan penyu.

Lokasi: Jalan Pantai Chendor, Jalan Kuantan – Kemaman, Kg Chendor 26080 Balok, Pahang.

Waktu Operasi: Hanya dibuka pada musim penyu bertelur ( April – Ogos)

#8. Pantai Teluk Mak Nik

Kredit gambar: Instagram @shootertothestar

Kalau bercuti ke Cherating memang untung kerana dapat pergi ke dua negeri sekaligus kerana Cherating hanya bersebelahan dengan Terengganu. Pantai Teluk Mak Nik atau lebih dikenali sebagai Monica Bay. Terdapat wakaf – wakaf yang redup ditutupi pokok – pokok rhu yang tumbuh meninggi.

Di pantai ini juga terdapat litar terbuka motorcross yang menjadi lokasi perlumbaan peringkat daerah bahkan antarabangsa. Kawasan ni memang ramai lah kalau ada perlumbaan, meriah dengan pengunjung dan peniaga – peniaga kecil.

Lokasi: Pantai Teluk Mak Nik, Geliga Kemaman, Chukai 24000 Terengganu.

#9. Tempat Menarik di Cherating: Limbong Art

Kredit gambar: Instagram @zaidiamin2307

Pernah tak rasa teringin nak mewarna dan mencanting batik? Jangan risau, Limbong Art menyediakan aktiviti untuk para pengunjung mewarna dan mencantik batik sendiri.

Limbong Art juga menyediakan pelbagai cenderahati istimewa yang berkaitan dengan pantai timur. Tak rugilah kalau singgah di sini.

Lokasi: Limbong Art, Kampung Cherating Lama 26080 Balok, Pahang.

Waktu operasi: 10:00a.m – 10:00p.m / Isnin – Ahad

#10. Tempat Menarik di Cherating: Kam’s Surf Shack

Kredit gambar: Instagram @kamsurfshack

Di Malaysia pun ada sukan air? Ya betul. Antaranya ialah bermain papan luncur, kite surfing dan wind surfing. Ombak dan angin yang kuat menjadikan kawasan ini antara tempat yang terbaik untuk bermain papan luncur dan lain – lain.

Tak pandai meluncur? Jangan risau, mereka telah menyediakan kelas untuk pengunjung yang ingin belajar meluncur. Harga pun berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang menarik di sini.

Lokasi: Jalan Kampung Cherating, Kampung Padang Lalang 26080 Balok, Pahang.

Waktu operasi: 8:00a.m – 8:00p.m / Isnin – Ahad

#11. Tempat Menarik di Cherating: Pulau Sg Ular

Kredit gambar: Instagram @idaismail07

Pulau Ular adalah sebuah pulau kecil yang mempunyai kehidupan marin dan terumbu karang yang berwarna warni.

Kepada pengunjung yang sukakan aktiviti snorkeling dan scuba diving, pulau ini sangat sesuai. Selain itu, aktiviti memancing ikan dan sotong juga ada di sini. Kalau nak berkhemah pun boleh di sini.

Pulau ini hanya berjarak 1.3km dan mengambil masa 10 minit menaiki bot untuk sampai.

#12. Muzium Kemaman

Kredit gambar: Instagram @harun.nz

Kepada pencinta sejarah, jangan lupa untuk datang berkunjung ke Muzium Kemaman. Dalam muzium ini terdapat pelbagai artifak – artifak sejarah yang dikumpul dan dapat melihat tokoh – tokoh atau pembesar negeri Terengganu.

Kredit gambar: Instagram @harun.nz

Muzium ini mempunyai 2 tingkat, tidaklah terlalu besar tapi cukup lengkap untuk dilawati.

Lokasi: Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu.

Waktu operasi: 9:00a.m – 5:00p.m / Sabtu – Khamis

#13. Zoo & Taman Rekreasi Kemaman

Kredit gambar: Instagram @barabok

Kalau datang ke Cherating, boleh lah singgah di Zoo & Taman Rekreasi Kemaman ni. Pasti anak – anak seronok melihat banyak haiwan yang ada di sini.

Kredit gambar: Instagram @imankhalishaaaaa

Antara haiwan yang menjadi tumpuan pengunjung adalah buaya, gajah, harimau dan pelbagai haiwan lain. Di sini juga terdapat mini waterpark, boleh lah anak – anak bermain di situ. Kereta kuda juga ada disediakan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaiki kereta kuda.

Lokasi: Taman Rekreasi & Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman 24000 Kemaman, Terengganu.

#14. Royale Chulan Cherating

Kredit gambar: Instagram @noorisaishak

Royale Chulan Cherating merupakan salah satu tempat penginapan di Kuantan yang menjadi pilihan ramai. Resort mewah ini menyediakan 6 jenis bilik yang berlainan, bilik dengan private pool pun ada tau!

Kredit gambar: Instagram @naddyhassan

Kolam mandinya yang menghadap ke Laut China Selatan membuatkan pengalaman bercuti bertamabh seronok. Resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang menginap disitu, antaranya ialah ATV, snorkeling, kayaking dan lain – lain. Suasana resort yang mewah dan romantis ini sangat sesuai untuk yang ingin berbulan madu.

Lokasi: Kampung Cherating Lama, Cherating 26100 Kuantan, Pahang.

#15. Tempat Menarik di Cherating: Casa Itik

Kredit gambar: Instagram @mohdfikrilamin

Casa Itik merupakan sebuah villa mewah berasaskan senibina Sepanyol. Villa ini terletak di tepi pantai, ianya sangat sesuai untuk pengunjung yang inginkan privasi dalam masa sama nak kan suasana pantai.

Kredit gambar: Instagram @namirabaharuddin

Casa Itik ini mempunyai 10 buah bilik dan satu dewan, boleh digunakan untuk membuat family day atau majlis lain. Di sini juga terdapat dua buah kolam renang dan sebuah jakuzi yang betul – betul menghadap ke pantai.

Lokasi: Lot 27105, Jalan Kuantan – Kemaman, Sg Baging, Mukim Sg Karang, Cherating 26080 Kuantan, Pahang.

#16. Yak Yah Firefly Sanctuary

Kredit gambar: Instagram @harshahharis

Selain di Sungai Cherating, pengunjung juga dapat melihat Yak Yah Firefly Sanctuary. Aktiviti ini kebanyakan diatur oleh pihak hotel yang diinap. Banyak kelip – kelip yang dapat dilihat di sekitar sungai itu, terutamanya bulan Julai – Oktober kerana musim membiaknya.

Lokasi: Taman Rekreasi & Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu.

#17. Tempat Menarik di Cherating: Restoran Sri Jembal

Kredit gambar: Instagram @e_za_sbc

Dah bercuti mesti rasa lapar kan? Restoran Sri Jembal merupakan salah satu lokasi menjamu selera yang terkenal di Cherating. Restoran ini popular dengan hidangan ikan bakar, sup rusa, nasi kukus dan lain – lain. Bermacam – macam hidangan istimewa yang ada di sini dan memang patut dicuba oleh pengunjung.

Restoran ini juga menyediakan tempat parking yang banyak untuk para pelanggannya, jadi tak ada masalah untuk berebut parking. Harganya pula dikatakan sangat berpatutan.

Lokasi: Cherating, Jalan Kuantan – Kemaman 26080 Balok, Pahang.

#18. Warung Aziz Satar

Kredit gambar: Instagram @ahmdsuhair

Warung ini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung, terutamanya peminat sata, otak – otak, keropok lekor dan pais ikan.

Pemiliknya mempunyai 3 buah warung dengan nama yang sama, jadi pengunjung boleh singgah saja dimana – mana yang menepati cita rasa. Konsep layan diri adalah konsep yang sangat disukai orang ramai, tak hairanlah kenapa disini ramai sangat pelanggan.

Lokasi: Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu.

Waktu operasi: 9:00a.m – 7:00p.m

#19. Warung Otak – otak Che Wan

Kredit gambar: Instagram @itazzizzati

Hanya berjarak 5km dari Cherating, pengunjung boleh datang ke Warung Otak – otak Che Wan yang popular dalam kalangan orang setempat. Terdapat pelbagai makanan yang menarik di sini terutamanya adalah otak – otak.

Kredit gambar: Instagram @itazzizzati

Lokasinya yang berdekatan dengan Monica Bay membuatkan ia mendapat tumpuan ramai kepada para pelanggan yang membeli dan makan di sekitar Monica Bay.

Lokasi: Kampung Geliga, Chukai, Terengganu.

Waktu operasi: 11:00 a.m – 7:00p.m / Isnin – Ahad

#20. Kedai Kopi Hai Peng

Kredit gambar: Instagram @azharmohamed699

Kedai Kopi Hai Peng ini telah wujud sejak 1940-an lagi, lama bukan? Kedai kopi ini juga menjadi tumpuan kerana suasananya yang klasik dan antik. Antara makanan yang ada disini ialah nasi lemak, nasi dagang, roti bakar dan bermacam – macam lagi.

Lokasi: K-3753, Jalan Sulaimani, Chukai, Terengganu.

Waktu operasi: 6:00a.m – 7:00p.m / Sabtu – Khamis

#21. Ombok Cherating Surf Cafe

Kredit gambar: Instagram @allisoneatsssss

Cafe ini merupakan gabungan antara kedai jualan alatan surfing dan cafe. Di sini juga menawarkan kelas surfing bagi mereka tang ingin belajar. Menu yang ada di sini bukan biasa – biasa, antaranya ialah salad avocado, fish and chips, mango cheesecake dan banyak lagi.

Kredit gambar: Instagram @allisoneatsssss

Cafe ini juga menyediakan pelbagai jenis kopi dan smoothie. Memang takkan kecewalah kalau datang sini!

Lokasi: No 1006-1, Kedai Jalan Kemaman, Jalan Kampung Cherating Lama 26080 Kuantan, Pahang.

Waktu operasi: 10:00a.m – 5:00p.m / Selasa – Ahad

#22. Club Med Cherating – Malaysia

Kredit gambar: Instagram @grec_adv

Club Med Cherating Beach, Pahang merupakan destinasi resort mewah sepanjang pantai yang memukau, terletak di antara hutan belantara dan Laut China Selatan.

Dengan lokasinya yang strategik di Km 29, Jalan Kuantan-Kemaman, Pahang Darul Makmur, tepat di Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang, resort ini menawarkan pengalaman santai yang lengkap dengan konsep makanan sepanjang hari.

Terletak hanya 60 km dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Club Med Cherating Beach menyediakan kemudahan yang menyeluruh dalam bangunan panggungnya.

Kredit gambar: Instagram @elizabethtanhx

Bilik-bilik yang hangat dan bersahaja dilengkapi dengan televisyen, peti sejuk mini, dan kemudahan membuat teh dan kopi, sementara suite menambah nilai dengan pemandangan laut, teres, katil empat tiang, mesin espresso, dan minibar.

Lokasi: Hvom 29th miles Jalan Kuantan-Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

#23. Holiday Villa Beach Resorts & Spa Cherating

Kredit gambar: Instagram @_asilahezieltt

Holiday Villa Beach Resorts & Spa Cherating, terletak di Lot 1303 Mukim, Cherating, 26080, Pahang, menawarkan pengalaman percutian mewah di tepi pantai yang tidak dapat ditandingi.

Resort ini menawarkan pemandangan indah Laut China Selatan dan terapung dalam keindahan taman tropika di sepanjang Asian Highway 18.

Kredit gambar: Instagram @_asilahezieltt

Dengan jarak hanya 7 km dari Cherating Turtle Sanctuary, Holiday Villa Beach Resorts & Spa adalah pilihan istimewa bagi mereka yang mencari peluang untuk melepaskan tekanan dan bersantai.

Lokasi: Lot 1303 Mukim, Cherating, 26080, Pahang

#24. Kelip Kelip Sungai Cherating

Kredit gambar: Instagram @iamsyaq

Kelip Kelip Sungai Cherating, destinasi yang wajib anda kunjungi dan sertakan dalam senarai aktiviti semasa melancong di Cherating.

Terletak di 26080 Balok, Pahang, tempat ini menawarkan pengalaman yang unik dengan kakitangan yang mesra, persekitaran yang bersih, dan perkhidmatan yang sangat baik.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai lawatan yang dikendalikan oleh Hafiz dan pasukannya, yang memberikan penerangan yang sangat informatif.

Lawatan boleh diambil pada pukul 7.30 petang atau 8.40 malam yang berlangsung selama satu jam. Saksikan keajaiban dan keindahan kelip-kelip yang bersinar dalam kegelapan hutan bakau, sambil menikmati angin sejuk yang menyegarkan.

Pengalaman ini pasti memberikan nilai yang sepenuhnya berbaloi.

#25. Cherating Briyani & Coffee

Kredit gambar: Instagram @suffian.nordin

Bukan senang nak jumpa restoran yang menyajikan nasi briyani. Sekiranya datang ke Cherating, bolehlah singgah di Cherating Briyani & Coffee ini.

Nasi briyani kambing dan mee udang menjadi menu utama di sini. Kuantitinya juga lebih banyak berbanding dengan restorang lain. Kebersihan restoran ini pun terjaga dengan rapi, memang berbaloilah kalau singgah!

Lokasi: Taman Agroteknologi Mardi, Sungai Belong 26080 Balok, Pahang.

Waktu operasi: 10:30a.m – 8:00p.m / Isnin – Ahad

Diharapkan dengan panduan tempat menarik Cherating ini, anda dapat merancang percutian dengan lebih baik. Selamat bercuti!


Lihat senarai tempat menarik yang lain di SINI.