Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Staycation di Cyberjaya? Rugi Kalau Tak Ke 15 Tempat Menarik di Cyberjaya Ni

tempat menarik di Cyberjaya

Kredit gambar: digitalnewsasia.com

Cyberjaya dikenali sebagai sebuah bandar untuk masa depan. Yang maju, kaya dengan keindahan alam semula jadi dan binaan-binaan yang menarik.

15 Tempat Menarik Di Cyberjaya

Memang banyak tempat menarik di sini Mommy. Untuk pelbagai tujuan seperti untuk rekreasi, shopping, makan-makan dan bersantai, jangan lupa singgah di destinasi-destinasi ini ya:

#1. Taman Tasik Cyberjaya

Highlighted

Kredit gambar: trip.com

Cantik sangat taman tasik di Cyberjaya ni. Ia sentiasa menjadi hotspot di Cyberjaya untuk beriadah, berkelah bersama keluarga dan photoshoot.

Alamat: Persiaran Semarak Api, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

#2. Masjid Raja Haji Fisabilillah

Kredit gambar: 20umme.com

Inilah masjid di Cyberjaya yang terkenal tu. Terutamanya untuk Mommy yang beragama Islam, wajib singgah tau! Tetapi bukan sahaja untuk beribadat, ramai yang ke sini untuk menghayati keindahan seni binanya.

Alamat: Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Tel: 03-8322 0096

#3. Taman Mini Cyberjaya

Kredit gambar: Facebook@Waz Here World

Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Cyberjaya, Taman Mini Cyberjaya ni pun sentiasa menjadi tumpuan. Di sini ada taman permainan kanak-kanak dan persekitaran yang sesuai untuk beriadah dan meluangkan masa bersama yang tersayang.

Alamat: 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

#4. Giggles & Geeks

Kredit gambar: foodievstheworld.com

Kalau nak cuba western food yang popular di Cyberjaya ni, wajiblah ke Giggles & Geeks!

Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 11.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 019-845 0418

#5. Cyberjaya Lakeside

Kredit gambar: Facebook @Cyberjaya Info

Satu lagi tempat lepak best di Cyberjaya, terutamanya ketika waktu petang adalah Cyberjaya Lakeside. Kalau tak riadah pun, jalan-jalan ambil angin pun lebih daripada seronok dah kat sini!

Alamat: Cyberjaya Lakeside, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 7.00 mlm

#6. Stuff’d

Kredit gambar: Facebook @Stuff’d MY

Macam hidangan restoran Subway, Mommy boleh cuba keenakan dan keunikan makanan di sini. Wrap, burrito, kebab, taco, macam-macam ada!

Alamat: Lot UG-22, DPULZE Shopping Centre, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 pg – 9.00 mlm

#7. Dash Box Hotel

Kredit gambar: @dashboxhotelcyberjaya

Dari segi penginapan pula, Dash Box Hotel boleh memberikan Mommy kepuasan yang dijanjikan. Tengok ajelah di sekitar hotel ni, ada swimming pool, bilik yang selesa, persekitaran yang indah, sesuai sangat untuk honeymoon atau bercuti bersama keluarga.

Alamat: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
Tel: 03-8322 7171

#8. Perdana Lake, Jogging Track, Sunrise Point

Kredit gambar: petitgo.com

Percayalah kalau Motherhood cakap, nanti Mommy ke sini, kecantikan di sekitar Perdana Lake ni sebijik macam dalam gambar!

Alamat: Persiaran Tasik, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 7.00 mlm

#9. Restoran Zam Ikan Bakar

Kredit gambar: wanderlustdj.blogspot.com/

Dah penat-penat jalan tu, kalau teringin nak masakan Melayu ke, Restoran Zam Ikan Bakar lah tempatnya. Bakar berempah, lauk yang digoreng, gulai, celup tepung, semua ada!

Alamat: LOT 4806-0-09 CBD PERDANA, 2, Jln Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 10.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 019-430 0292

#10. Cyberview Resort & Spa

Kredit gambar: lakeview-stay.com

Haa.. amacam? Tengok persekitaran resort & spa ni pun dah cukup mendamaikan. Memang kena singgah walaupun sekali seumur hidup dan cuba spa kat sini Mommy!

Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 03-8312 7000
Laman web: Cyberview Resort & Spa

#11. Masjid Cyberjaya 10

Kredit gambar: dennisgzill.com

Selain daripada Masjid Raja Haji Fisabilillah, Masjid Cyberjaya 10 pun sering menjadi tumpuan penduduk di sini. Terdapat banyak keunikan pada masjid ini berbanding yang lain seperti ia menyediakan bilik rawatan dan turut mempunyai pusat dialisis di sini.

Alamat: 2, Jalan Bukit Jambul, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 10.00 ptg
Tel: 04-644 2255

#12. Saba Restaurant Cyberjaya

Kredit gambar: dennisgzill.com

Berdekatan dengan mall DPulze, ada sebuah restoran yang menyediakan hidangan Timur Tengah iaitu Saba Restaurant. Dengar kata memang sedap makanan di sini, nanti Mommy cuba ya?

Alamat: Ground Floor, 4800 Suite 0-2, A1, Jln Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 11.30 mlm
Tel: 018-378 6915

#13. DPulze Shopping Center

Kredit gambar: my.worldorgs.com

Untuk shopping pula, tentulah di DPulze Shopping Center. Sakan membeli-belah dan bersuka-ria di sini Mommy. Banyak sangat kedai dan tarikan yang best di shopping center ni!

Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-8689 5501

#14. Tamarind Square

Kredit gambar: happygokl.com

Apa je yang tak ada di Tamarind Square ni? Dari tempat hiburan, shopping, beriadah, semuanya ada. Cantik dan penuh dengan tumbuhan menghijau pula tu. Memang di sini dan di DPulze lah tempat berhibur yang utama di Cyberjaya ni!

Alamat: Tamarind Bldg Rd, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 10.00 pg – 10.00 mlm | Sabtu dan Ahad, 24 jam
Tel: 03-8800 8300
Laman web: Tamarind Square

#15. Peacock Bass Spot, Cyberjaya

Kredit gambar: hardworkingangler.com

Untuk Mommy dan Daddy yang suka memancing, kena cuba sekali memancing di sini. Orang kata, kat sini adalah antara tempat terbaik untuk memancing Peacock Bass.

Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

15 Tempat Menarik Di Cyberjaya

Walaupun bandarnya tidaklah besar sangat, banyak aktiviti yang Mommy boleh buat di sini tau. Nanti jangan lupa singgah di destinasi-destinasi di atas ya?

Selamat berseronok Mommy!


Lihat pelbagai tempat menarik di seluruh Malaysia DI SINI!