Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tempat-tempat Menarik Di Desaru Yang Anda Wajib Pergi!

Kedudukan Desaru yang terletak berdekatan dengan laut telah menjadikan ia salah satu tempat menarik di Malaysia yang sentiasa sesak dengan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Bandar di Johor ini mempunyai pantai yang indah, hutan bakau yang kaya dengan flora dan fauna, bukit-bukau, resort-resort yang cantik dan bermacam lagi yang anda wajib pergi walaupun sekali!

10 Tempat Menarik Anda Wajib Pergi Di Desaru

Untuk percutian anda nanti, apa kata pilih Desaru sebagai destinasi pilihan?

1. Pantai Desaru

Highlighted


Antara tarikan utama di Desaru ialah, pantainya iaitu Pantai Desaru yang dikenali sebagai pantai tercantik di negeri Johor. Betul ke?

Memang dengan sekilas pandang pada air pantai, pasir dan di sekelilingnya, ia kelihatan seperti sebuah lukisan kan? Sebab itulah ia sering menjadi tumpuan penduduk dan pelancong untuk berkelah dan meluangkan masa bersama yang tersayang di sini.

Alamat: Pantai Desaru, 81600, Bandar Penawar, Johor

2. Adventure Waterpark

Kredit gambar: news.nestia.com

Kalau anda sekeluarga lebih suka bermain air di taman tema, bolehlah ke Adventure Waterpark ini ya. Bukan sahaja untuk mandi manda, anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti seperti sambutan hari jadi di sini.

Mesti seronok kalau ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lupa pula untuk bawa pakaian mandi!

Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu operasi: Khamis hingga Ahad, 10.00 pg – 6.00 ptg, termasuk cuti umum dan cuti sekolah
Tel: 07-878 3863
Harga tiket: RM65 untuk seorang

3. The ELS Club

Kredit gambar: thestar.com.my/

Kerana kedudukan geologinya, pembinaan padang golf ELS Club ini unik berbanding dengan yang lain.Contohnya, ada valley course dan ocean course  di sini.

Memang best habis bermain golf dekat dengan laut kan? Suasananya pun eksklusif. Buat peminat sukan golf, anda wajib datang ke sini tau.

Alamat: No. 4, Jalan Danau,, Desaru Coast, 81930 Darul Ta’zim, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 pg – 7.30 mlm
Tel: 07-878 0000

4. Desaru Fruit Farm

Kredit gambar: petitgo.com

Rugi sangat kalau tak singgah di Desaru Fruit Farm ini. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Seperti namanya, terdapat ladang buah-buahan, taman herba dan sayur-sayuran, kolam ikan, ladang buaya dan bermacam lagi di sini.

Kredit gambar: sgmytaxi.com

Alamat: Desaru Fruit Farm, 92, 82200 Kota Tinggi, Johor, Malaysia.
Tel: +60 12-772 1817

5. Desaru Coast Birdwatching

Kredit gambar: klook.com

Terdapat hampir 100 spesis burung di sekeliling bandar ini. Terutamanya buat photographer, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan melihat kecantikan dan keunikan spesis-spesis burung di sini ya?

Alamat: Junglewalla Desaru, Natural History Tours – KKP/LN 4852, Information Center, River Side, Desaru Coast
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 pg – 10.00 pg | 4.00 ptg – 6.00 ptg, cuti hari Isnin
Tel: +60192252300
Harga tiket: RM200 seorang dengan tempahan minimum 2 orang per trip | RM100 seorang kanak-kanak

6. Anantara Mangrove Cruising

Kredit gambar: anantara.com

Di Desaru juga terdapat hutan paya bakau yang merupakan habitat bagi pelbagai spesis flora dan fauna. Anda akan dibawa menyusuri Hutan Belungkor dengan bot melalui pakej-pakej tertentu seperti pakej Anantara ini.

Bolehlah menghayati keindahan hutan paya bakau yang cukup indah ini.

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, Bandar Penawar 81930, Malaysia
Tel: 07-828 0888

7. Desaru Ostrich Farm

Kredit gambar: lwinlee.blogspot.com

Jangan lepaskan peluang juga untuk melihat burung unta dalam habitatnya di Desaru Ostrich Farm ini. Terdapat lebih 100 ekor burung unta di sini tau.

Bukan sahaja boleh sentuh, nak tunggang burung unta pun boleh! Memang seronok kalau bawa kanak-kanak ke sini.

Alamat: EMR 15, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor, Malaysia.
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 6.00 ptg
Tel: +607 826 5846
Harga tiket:
Dewasa, RM12 | Kanak-kanak, RM8

8. Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Kredit gambar: gowaus.com

Antara tempat penginapan yang popular di Desaru ialah Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Resort ini begitu cantik dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pengunjung seperti spa, coffee house, tempat rekreasi, ballroom untuk majlis perkahwinan dan banyak lagi.

Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-884 2800

9. Belungkor Hill Hiking

Kredit gambar: klook.com

Kalau anda sukakan aktiviti lasak pula, bolehlah hiking di Bukit Belungkor ini. Selain dapat mengeluarkan peluh sambil menikmati keindahan pelbagai spesis flora dan fauna di sini, terdapat juga aktiviti menarik yang lain seperti pengutipan madu lebah.

Mesti seronok boleh tengok proses pengutipannya kan?

Alamat: Junglewalla Desaru, Natural History Tours – KKP/LN 4852, Information Center, River Side, Desaru Coast
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg | Cuti hari Isnin
Tel: +60192252300
Harga tiket: RM250 seorang dengan tempahan minimum 2 orang setiap tempahan| RM200 seorang kanak-kanak

10. Kota Tinggi Firefly Park

Kredit gambar: johornow.com

Dengan bayaran hanya sebanyak RM20, anda boleh menikmati keindahan lampu-lampu kecil yang berterbangan dari badan kelip-kelip di Kota Tinggi Firefly Park ini. Dalam kegelapan suasana malam, ia kelihatan begitu indah berterbangan di sepanjang sungai di sini. 

Alamat: Kota TinggiFirefly Park, Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 1.00 tghari – 11.00 mlm
Tel: 017-460 7775
Harga tiket:
Dewasa,RM20 | Kanak-kanak, RM12 | 2 tahun ke bawah, PERCUMA

Anda wajib ke destinasi-destinasi ini walaupun sekali seumur hidup tau. Begitu banyak tempat best dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan, tidak peliklah Desaru memang menjadi tumpuan pelancong kalau ke Johor.