Setelah diumumkan rentas negeri bagi seluruh rakyat Malaysia, mesti Mommy nak bawak anak-anak jalan tengok dunia luar kan? Lama sangat duduk dekat rumah, terutamanya bayi yang lahir semasa pandemik.
Nak bercuti di mana, tempat yang selamat untuk kanak-kanak semua difikirkan oleh ibu bapa. Selain Fraser Hill ataupun Bukit Tinggi, mana lagi nak pergi kan?
Disini Motherhood nak share destinasi yang sejuk iaitu senarai tempat menarik di Genting Highlands yang trending dan boleh dikunjungi Mommy sekeluarga!
Tarikan pelacong yang utama di Genting Highlands ni mestilah sebab suhunya yang sejuk! Suhu yang selalunya berada di paras 17 hingga 19 darjah celcius dan suhu akan menurun lagi pada waktu malam. Macam mana kalau letih dan tak mahu drive balik?
Jangan risau, banyak juga hotel yang boleh dikunjungi.
10 Tempat Menarik di Genting Highlands
#1 Awana Skyway
Stesen Awana Skyway ini terletak di Genting Premium outlet dan destinasi terakhirnya adalah stesen SkyAvenue. Kereta kabel ini adalah sepanjang 2.8km dan berada di ketinggian 620 meter. Pemandangannya sangat cantik. Masa hari berkabus pun cantik!
Mommy dan keluarga boleh menikmati pemandangan hijau ini selama 10 minit. Salah satu cara untuk naik ke SkyAvenue adalah menaiki kereta kabel ini. Bukan sahaja pelancong tetapi orang lokal juga gemar memilih cara ini untuk naik ke atas kerana harganya yang murah dan jimat masa.
Boleh juga Mommy berhenti di Stesen Chin Swee untuk melihat Chin Swee Temple yang terkenal dan tinggi. Selain daripada itu, Mommy dan sekeluarga boleh menikmati suasana yang dingin dan nyaman. Pemandangan yang lebat dengan pokok hijau, mesti cantik bila ambil gambar. Wow! Bestnya!
Harga tiket: Standard Gondola RM16/Glassdoor gondola RM50(Pergi balik)
Masa beroperasi: 7AM hingga 12AM
#2 Skytropolis
Ini adalah salah satu taman tema indoor yang amat digemar oleh orang ramai. Mommy mesti bawak anak-anak disini kerana banyak rides yang sesuai untuk anak-anak Mommy. Rides ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, untuk orang dewasa seperti Mommy dan Daddy juga ada. Selain itu, untuk masuk ke kawasan ini, ia adalah percuma tetapi bila nak naik rides baru bayar. Sebab tu, kalau nak jalan-jalan, ambil gambar pun boleh sahaja.
Harga tiket: Bermula dari RM10
Masa Beroperasi: 10AM hingga 10PM
#3 Snow World
Siapa kata kene pergi luar negara dulu baru ada salji? Genting pun ada lah! Mommy sekeluarga dapat menikmati suasana ala-ala kampung Eropah, memakai baju tebal dan sarung tangan.
Dengan suhu serendah -6 darjah celsius, keluarga dapat menikmati cuaca sejuk dan dapat bermain dalam suasana yang nyaman. Aktiviti sesuai bersama keluarga yang dapat membina orang salji, bebola salji dan gelongsor salji. Puas hati untuk keluarga Mommy semua. Snow World ini terletak di Level T2A, First World Plaza.
Harga tiket biasa: RM50 seorang
Harga membawa MyKad: Dewasa (12 – 59 Tahun): RM40
Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) & Warga Emas (60 keatas) : RM30
Masa Beroperasi: Hari Minggu: 10AM-10:30 PM, Hujung Minggu 9AM hingga 11:30PM
#4 Gohtong Jaya
Keunikkan Gohtong Jaya adalah mempunyai pelbagai kedai dan rumah penginapan. Kedai-kedai ini menawarkan berbagai jenis makanan.
Sementara itu boleh singgah di ladang strawberi dekat sini. Berbaloi untuk singgah kesini! Bandar utama dan tua ini terletak di luar Genting Highlands. Mommy juga boleh bejalan-jalan menikmati udara yang nyaman di bandar ini.
#5 Happy Bee Farm & Insect World
Wah ada ladang lebah dekat Genting! Selain daripada lebah, Mommy juga boleh melihat rama-rama dan juga bunga bunga yang menarik di sini.
Sesuai untuk kanak-kanak melihat pelbagai serangga dan mengajar mereka dari mana madu itu datang. Tempat ini juga menawarkan tips masakan menggunakan madu dan sebagainya.
Harga tiket: RM 20 seorang
Masa Beroperasi: 9AM hingga 9PM
#6 Skyworld Themepark
Mesti tertanya-tanya, taman tema ni dah buka ke belum? Berita baik untuk semua yang mahu mengunjungnya ia akan bermula beroperasi tidak lama lagi pada bulan Disember 2021.
Sebelum ini taman tema ini dipanggil 20th Century Fox World. Kini mereka sudah kembali dengan wajah baru dan nama. Terdapat pelbagai rides untuk dewasa dan kanak-kanak di sini. Tidak lama lagi boleh menikmati taman tema dengan udara yang sejuk dan nyaman. Tak sabarnya!
#7 Chin Swee Temple
Untuk ke Chin Swee Temple, setelah menaiki kereta kabel, boleh berhenti di stesen Chin Swee untuk melihat temple tersebut.
Ramai orang mengunjung tempat ini kerana landskapnya yang berbatu dan penuh dengan rimbun hijau. Ia adalah tempat tarikan pelancong yang terkenal di Genting Highlands. Tiada sebarang pembayaran untuk masuk ke sini.
Selain kereta kabel, Mommy sekeluarga juga boleh naik ke sini dengan kereta. Jangan risau, kerana tempat letak kereta ada disediakan.
Masa Beroperasi: 7AM hingga 7PM
#8 Ripley’s Adventure
Muzium Ripley ini adalah aktiviti indoor bagi seisi keluarga. Kelebihan muzium ini adalah di dalamnya mempunyai pelbagai koleksi Robert Ripley. Di dalam muzium ini terdapat 11 galeri yang mempunyai tema yang berbeza-beza.
Selalunya, para pengunjung akan luangkan masa disini selama lebih kurang 45 minit. Selain itu, terdapat juga 4D trick muzium. Tetapi buat masa sekarang, ia ditutup untuk kerja-kerja pembaharuan.
Harga tiket: RM20 seorang
Masa Beroperasi: 9AM hingga 9PM
#9 Genting Premium Outlet
Shopping spree!
Siapa yang kenal dengan Genting Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai GPO ini bukan?
Kalau Mommy mencari tempat membeli belah yang mempunyai banyak jenama terkenal pada harga promosi, bolehlah singgah di Genting Premium Outlet ini. Tak perlu risau dengan cuaca yang panas dan penat berjalan.
Bukan sahaja membeli belah, tapi tempat makan pun ada. Boleh la rehat-rehat selepas membeli!
Masuk adalah percuma, tetapi untuk tempat letak kereta, harga adalah RM5 sehari.
Masa Beroperasi: 10AM hingga 10PM
#10 Genting Sky Avenue
Kalau tak cukup satu shopping mall, Mommy boleh ke dekat Sky Avenue pulak! Pusat membeli belah ini mempunyai lima tingkat.
Reka bentuk Sky Avenue mall sangat futuristik dan banyak pilihan yang boleh diterokai. Terdapat pelbagai tempat makanan, cafe, tempat permainan untuk kanak-kanak, dan tempat ambil gambar.
Sky Avenue mall juga bersambung dengan Taman Tema Indoor Skytropolis, jadi senang lah Mommy nak berjalan dengan anak-anak. Jangan lupa pakai kasut yang selesa untuk memulakan perjalanan Mommy!
Terdapat kemudahan lif dan eskalator, senang untuk Mommy bawak kereta sorong untuk mereka yang mempunyai anak kecil.
Masuk adalah percuma.
Masa Beroperasi: 10AM hingga 10PM
Rancang Perjalanan dengan Baik
Haaa, banyak juga tempat menarik di Genting Highlands ni kan? Taman tema lagi, shopping lagi. Harap-harap Mommy boleh sediakan bajet, pilih tempat yang sesuai untuk anak-anak Mommy.
Yang penting semua anak-anak Mommy seronok dan bersuka ria di Genting Highlands.
Pastikan keperluan keluarga cukup sebelum memulakan perjalanan. Jangan lupa untuk menjaga penjarakkan, SOP dan sentiasa berhati-hati dengan wabak COVID-19. Untuk mengunjung ke tempat menarik yang lain, boleh klik di sini.