Georgetown merupakan sebuah bandar pelancongan yang popular di Pulau Pinang, Malaysia. Para pelancong sangat gemar ke sini disebabkan terdapat banyak tempat menarik di Georgetown yang boleh dilawati.
Antara tarikan utama bandar ini adalah ia sangat terkenal dengan keindahan seni bina warisan serta mempunyai pelbagai jenis makanan yang sangat enak merangkumi citarasa kepelbagaian kaum dan budaya.
Bagi anda yang baharu bercadang untuk melancong ke Penang Negeri Warisan ini terutama bagi kawasan Georgetown, ikuti perkongsian di bawah untuk lihat apakah tempat menarik di Georgetown!
Senarai Tempat Menarik di Georgetown, Pulau Pinang
Berikut merupakan tujuh tempat menarik di Georgetown yang wajib dilawati iaitu:
#1. The Habitat, Bukit Bendera
Jika sebelum ini ramai orang selalu menjadikan Bukit Bendera sebagai destinasi percutian mereka. Tetapi masih ramai yang belum tahu tarikan terbaru di Bukit Bendera iaitu The Habitat.
Anda boleh menikmati pemandangan panorama sekitar Pulau Pinang serta hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.
Alamat:
- The Habitat Penang Hills, Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500, Georgetown, Pulau Pinang
Waktu operasi:
- Setiap hari (9 pagi – 7 malam)
Harga tiket:
- Dewasa: RM54.00
- Kanak-kanak (4-12 tahun)/warga emas: RM36.00
#2. Wonderfood Museum Penang
Jika anda peminat makanan, apa kata anda datang ke muzium ini. Ia menyajikan pelbagai makanan yang menarik dengan warna dan dekorasi yang cukup cantik. Tetapi bukan untuk dimakan tau!
Sebabnya semuanya adalah replika makanan yang terdapat di Malaysia yang dicipta dengan saiz yang besar. Anda berpeluang untuk mengambil gambar dan menghayati keindahan semua makanan tersebut!
Alamat:
- 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang (Bersebelahan CIMB bank)
Waktu operasi:
- Isnin-Ahad, 9am-6pm
Harga tiket:
Warganegara
- Dewasa RM15
- Kanak-kanak RM10
Bukan Warganegara
- Dewasa RM25
- Kanak-kanak RM15
#3. Rumah P. Ramlee Tempat Menarik di Georgetown
Bagi peminat-peminat filem klasik atau filem Allahyarham P. Ramlee jangan lepaskan peluang untuk melawat rumah pelakon, penyanyi dan pengarah kesayangan ramai ini.
Anda akan dapat melihat sendiri rumah dan basikal yang beliau gunakan sewaktu kecil dahulu. Di sini juga masih tersimpan baju-baju beliau, bilik tidurnya dan peti besi yang digunakan keluarganya.
Selain itu, banyak lagi barangan peribadi Allahyarham yang boleh dilihat di sini.
Alamat:
- Jalan P Ramlee, 10460 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi:
- Selasa – Ahad (10 pagi – 5:30 petang)
- Isnin & waktu solat Jumaat (Tutup)
Harga tiket:
- Percuma
#4. THE TOP Komtar
THE TOP Komtar merupakan landmark tertinggi di Pulau Pinang dan mempunyai pemandangan yang indah dari atas menara tersebut.
Selain itu, KOMTAR juga mempunyai pusat beli-belah yang besar dan pelbagai kedai makanan.
Jika anda ke sini jangan lepaskan peluang untuk berjalan di Rainbow Skywalk yang berada di tingkat 68. Rainbow Skywalk adalah jambatan kaca separuh bulat.
Selain itu, banyak lagi tarikan lain yang boleh didapati di sini dengan harga tiket yang berlainan untuk setiap aktiviti.
Alamat:
- 1, Jalan Penang, Komtar George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi:
- Setiap hari
Harga tiket:
- Percuma
#5. Avatar Secret Garden, Tanjung Bungah
Tarikan utama di Avatar Secret Garden adalah lampu-lampu berwarna-warni yang menghiasi taman ini seolah-olah berada dalam filem avatar.
Lampu-lampu LED ini akan bertukar warna dan akan mewujudkan suasana yang cantik dan indah.
Alamat:
- 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Waktu operasi:
- Setiap hari (8 pagi-12 tengah malam)
Harga tiket:
- Percuma
#6. Street Art Balik Pulau Tempat Menarik di Georgetown
Street Art Balik Pulau terkenal dengan koleksi street artnya yang sangat menarik. Terdapat beberapa lukisan besar di dinding bangunan yang cukup mengagumkan.
Sesiapa sahaja yang terpandang pastinya akan terpesona dengan hasil seni tangan yang unik ini. Terdapat 2 lukisan popular iaitu:
- Wrinkled Old Fisherman oleh Julia Volchkova – 11000 Balik Pulau, Penang
- Square ll – Wall Art – No.8 Dataran Tuah, Jalan Besar, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Alamat:
- Street Art Balik Pulau, 18, 6, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Waktu operasi:
- Setiap hari
Harga tiket:
- Percuma
#7. Masjid Kapitan Keling
Masjid Kapitan Keling adalah sebuah masjid India yang terletak di tengah-tengah Georgetown. Bangunan masjid ini sangat indah dan mempunyai seni bina yang unik.
Ianya adalah masjid yang pertama di bandar Georgetown ini dan dibina oleh ketua orang India (Cauder Mydin Merican) yang dibawa masuk oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Masjid ini telah berdiri teguh selama 200 tahun di mana ianya dibina pada 1803.
Alamat:
- 14, Jalan Buckingham, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Waktu operasi:
- Setiap hari
Harga tiket:
- Percuma
Kesemua tempat menarik di Georgetown yang ada dalam senarai ini patut dilawati anda semasa datang melancong ke Pulau Pinang. Jangan lupa mencuba makanan yang enak-enak dan menimba pengalaman baru ketika berada di sini!
Ingin lebih informasi berkenaan tempat menarik di Pulau Pinang? Baca di SINI!