Hatyai ialah sebuah bandar di wilayah Songkla yang terletak di bahagian selatan Thailand dan merupakan bandar kelima terbesar dalam negara Thailand. Terletak bersempadanan dengan Malaysia, terdapat banyak tempat menarik di Hatyai yang menarik minat ramai pelancong untuk datang ke sini.
Bagi anda yang merancang untuk datang ke sini, boleh masukkan 10 tempat menarik di Hatyai yang kami senaraikan di bawah dalam itinerary anda ke sana nanti!
Senarai Tempat Menarik di Hatyai
#1. Khlong Hae Floating Market – Tempat Menarik di Hatyai
Hatyai sememangnya terkenal sebagai syurga makanan. Antara tempat makan menarik Hatyai ialah Klong Hae Floating Market. Jika anda ke sini anda boleh mendapatkan pelbagai makanan dengan harga yang murah.
Khlong Hae Floating Market adalah salah satu tempat popular yang menawarkan pelbagai makanan dan lebih menarik ianya dijual oleh peniaga di atas bot.
Terdapat hampir 50 buah sampan milik peniaga yang menjalankan perniagaan mereka. Pastikan anda datang ke sini dengan perut kosong ok!
- Alamat: Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand
- Waktu operasi: Jumaat – Ahad (1 tengahari – 9 malam)
#2. Asian Night Bazaar
Ingin mencari barang menarik di Hatyai? Anda boleh ke Asian Night Bazaar. Asian Night Bazaar adalah salah sebuah tarikan pelancong yang terkenal di Hatyai.
Syurga bagi kaki shopping. Asian Night Bazaar ini mempunyai 2 tingkat yang menjual pelbagai barangan yang menarik dan unik.
Antaranya ialah makanan, perhiasan, pakaian, kraftangan dan banyak lagi. Pasti anda akan rambang mata jika ke sini.
- Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4.30 malam – 10 malam)
#3. Hatyai City Municipal Park
Salah satu destinasi tercantik di Hatyai, Thailand. Dari puncak gunungnya, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Taman ini dijaga dengan baik dan menjadi tempat yang ideal untuk berehat dan melepaskan tekanan. Pengunjung juga dapat menikmati sumber semula jadi secara percuma yang terdapat berhampiran pusat bandar.
Bagi yang ingin mendaki ke puncak gunung, disyorkan menggunakan motosikal atau kereta. Di sini juga terdapat restoran yang menyajikan makanan yang lazat serta tandas yang bersih untuk keselesaan pengunjung.
Menarik bukan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang dan alami sendiri pengalaman menarik ini.
- Alamat: Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 8 malam)
#4. Central Festival Mall – Tempat Menarik di Hatyai
Selain Asean Night Bazaar, Cenral Festival Mall juga adalah tempat shopping di Hatyai yang menarik untuk dikunjungi.
Central Festival Mall ialah sebuah pusat membeli belah terbesar di Hatyai yang menawarkan pelbagai tarikan.
Berkeluasan 250,000 meter persegi dengan reka bentuk bangunan yang diinspirasikan dari bentuk kristal, pusat membeli belah ini pasti sangat menarik untuk dikunjungi terutamanya bagi mereka yang suka bershopping.
Di sini anda bukan sahaja boleh membeli belah di kedai-kedai berjenama antarabangsa tetapi juga boleh makan, bermain ice skating, bermain bowling, bermain permainan arked juga menonton wayang 3D Imax dan banyak lagi.
- Alamat: Kanchanavanich Road, Hatyai District, Songkhla, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)
#5. Hatyai Cable Car
Bosan dengan tempat sesak yang penuh dengan manusia? Pastikan trip ke Hatyai anda kali ini tidak membosankan dengan mengunjungi Hatyai Cable Car.
Melihat bandar Hatyai dari sudut yang berbeza pastinya sangat menarik.
Bayangkan anda boleh melihat keindahan bandaraya Hatyai dari atas cable car ini hanya dengan bayaran 200 Baht iaitu sekitar RM25 sahaja.
Sangat murah untuk pengalaman yang menakjubkan seperti ini.
- Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 8 malam)
#6. Champ Puak Elephant Camp Hatyai
Datang ke Hatyai ini tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke Champ Puak Elephant Camp Hatyai. Sebuah tempat di mana anda boleh merasai pengalaman berbeza menaiki gajah.
Jika anda tidak berani untuk menunggang gajah anda boleh mencuba aktiviti lain yang terdapat di sini.
Antaranya ialah menaiki ATV, memanah, bergambar bersama gajah dan menonton persembahan gajah.
- Alamat: 108 Moo.8, km19-Tajeen Rd Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
- Harga Tiket: Berbeza mengikut pakej
#7. Masjid Besar Wilayah Songkla
Kawasan di bahagian selatan Thailand ini adalah sebuah kawasan yang mempunyai ramai rakyat beragama Islam termasuklah Hatyai dan Songkla.
Masjid Besar Wilayah Songkla ini adalah salah satu bukti kewujudan Islam di bumi Songkla dan Hatyai. Jika dilihat dari bahagian luar senibina seperti Taj Mahal di India.
Senibina masjid ini bakal membuatkan anda tertawan dengan kecantikannya.
- Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, 352 Lopburi Ramesuan Rd, Moo 10,& Khlong Hae, Thailand
#8. Samila Beach
Selain itu, tempat menarik yang harus anda kunjungi jika ke Hatyai Ialah Samila Beach atau Pantai Samila yang terkenal dengan tugu ikan duyungnya.
Menurut cerita orang tempatan, tugu ikan duyung ini mempunyai cerita di sebaliknya, namun kesahihan cerita tersebut tidak dapat dipastikan.
Selain tugu ikan duyung tersebut, Samila Beach ini juga terkenal dengan keindahan pantai yang sangat mempesonakan.
Bagi yang inginkan ketengangan sambil menikmati keindahan pantai yang indah ini adalah tempat yang paling sesuai.
- Alamat: Samila Beach, Songkhla, Thailand
#9. Sport Shooting Club Hatyai (SSC)
Asyik tempat makan dan tempat membeli belah sahaja yang selalu dihighlightkan apabila ke Hatyai, apa kata kali ini anda ke Sport Shooting Club Hatyai (SSC) pula.
Jika anda seorang yang sukakan aksi lasak termasuk menembak jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti menembak di sini.
Di sini anda berpeluang, mempelajari cara menembak dan mengenali dnegan lebih mendalam mengenai senjata api. Rugi jika anda lepaskan peluang untuk ke sini.
- Alamat: Sports Shooting Club Hatyai (SSC), 29 Soi 11 Poonnakan Rd, Korhong Hatyai Songkhla 90110
- Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
#10. Thai Odyssey
Thailand sangat terkenal dengan seni urutan mereka. Tempat menarik terakhir yang boleh anda kunjungi ialah Thai Odyssey iaitu sebuah pusat urutan.
Sangat sesuai buat anda yang sudah penat berjalan-jalan di sekitar bandaraya Hatyai dan teringin untuk merelakskan diri dengan urutan yang sangat melegakan di sini.
Persekitaran yang sangat menenangkan, bauan yang sangat menyegarkan menambahkan lagi ketenangan ketika mendapatkan urutan di sini.
Justeru itu, jangan lupa untuk memasukkan Thai Odyssey sebagai salah tempat yang wajib anda kunjungi apabila ke Hatyai.
- Alamat: No. 152 – 156 Niphat Uthit 2 Road | Red Planet Hotel Hat Yai, Hat Yai 90110
- Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10 pagi – 10 malam) | Jumaat – Sabtu (11 pagi – 11 malam)
Maka, tidak hairanlah mengapa Hatyai sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk menghabiskan masa dan bercuti di sini.
Boleh terokai sekarang dan semoga dengan perkongsian di atas menjadi perkongsian berguna buat mereka yang bakal bercuti di Hatyai. Selamat bercuti dan selamat bergembira!
Dapatkan pelbagai lagi info tempat-tempat menarik yang lain di SINI!