Kajang ialah sebuah daerah di negeri Selangor. Sebut sahaja Kajang pastinya ramai yang akan membayangkan Sate Kajang yang popular.
Sebenarnya, di Kajang ini terdapat banyak tempat menarik lain yang boleh dilawati selain dari sate tersebut. Mommy nak tahu tempat menarik lain yang terdapat di Kajang?
Jom scroll sampai bawah untuk ketahui semua tempat menarik yang boleh dilawati di Kajang ini!
Senarai Tempat Menarik di Kajang
#1. Sate Haji Samuri
Jika Mommy sekeluarga berkunjung ke Kajang, jangan lepaskan peluang untuk makan di Sate Kajang Haji Samuri yang sememangnya sangat terkenal dengan keenakan satenya.
Taglinenya sahaja sudah membayangkan kesedapan satenya iaitu ‘Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenarnya’.
- Alamat: Cawangan Bangunan Dato Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang Selangor
- Waktu Operasi: Isnin- Khamis & Sabtu- Ahad (11.30am- 10.30pm), Jumaat (11.30- 11pm)
#2. Bukit Kajang Perdana
Bagi yang sukakan aktiviti mendaki atau hiking boleh mencuba untuk mendaki Bukit Kajang. Bukit Kajang ini mempunyai ketinggian 100m sangat sesuai untuk aktiviti pendakian Mommy sekeluarga.
Di puncak, terdapat kawasan rehat di mana anda boleh menghayati keindahan bukit yang mempunyai taman yang sangat cantik.
Alamat: Kajang Dispersal Link Expy, 43000 Kajang, Selangor
#3. Rumah Makan Cibiuk
Tak sahkan kalau jalan-jalan tapi tak cari makan. Rumah Makan Cibiuk! Jangan lepaskan peluang tau Mommy untuk makan di sini.
Rumah Makan Cibiuk ini menyajikan makanan Sunda.
Tempat makan yang cantik, harga pun berpatutan. Nak rasai kelainan? Jangan lupa ke Rumah Makan Cibiuk ya Mommy!
- Alamat: No, 1-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
- Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam (Sabtu – Khamis) Tutup pada Jumaat
- No. Telefon: 03-8741 5000
#4. Itik Salai Masthar
Bagi peminat masakan salai, ada satu tempat makan wajib anda perlu kunjungi jika ke Kajang. Itik Salai Masthar! Rasai keenakan serta kelainan masakan itik salai di restoran ini.
Pastinya akan membuatkan anda termimpi-mimpi.
- Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
- Waktu Operasi: 7am- 10pm (setiap hari)
#5. Metro Point Complex
Jika ingin membeli belah di Kajang, Metro Point Complex boleh dijadikan destinasi kunjungan Mommy. Terdapat pelbagai tarikan di sini.
Bukan sahaja boleh membeli belah malah dapat menjamu selera bersama keluarga di sini.
- Alamat: Metro Point Complex, 8, Jalan Jelok Indah 9, Taman Jelok Indah, 43000 Kajang, Selangor
- Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam (Setiap hari)
- No. Telefon: 03-8737 3759
#6. Warung Bunian
Antara port untuk menikmati sarapan pagi terbaik di Kajang adalah Warung Bunian. Berkonsepkan suasana kampung, pastinya membuatkan pelanggan yang hadir ke sini terasa seperti makan di kampung sendiri.
Warung ini pernah dikunjungi oleh Jalan Jalan Cari Makan tau!
- Alamat: Warung Bunian, Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor.
- Waktu operasi: 7.30am-2pm
#7. Mishaltit @ De Centrum Mall
Mengidam masakan timur tengah? Jom ke Mishaltit yang terletak di De Centrum Mall. Restoran ini menawarkan masakan timur tengah dan juga western.
Antaranya ialah Double Cheese Shawarma Chicken, Mexican Chicken Pizza, nasi arab dan banyak lagi. Anda kena datang dan rasai sendiri keenakan makanan di sini.
- Alamat: A-G-13 De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, Bangi Government and Private, Trainin, 43000 Kajang, Selangor
- Waktu Operasi: Setiap Hari (2.30 pm – 2.00 am)
#8. Tempat Menarik di Kajang – Bangi Wonderland
Selain itu, Bangi Wonderland juga salah satu tempat menarik di Kajang yang perlu dikunjungi bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil.
Di sini terdapat pelbagai jenis gelongsor air yang menarik. Antaranya ialah Jejak Anaconda, Spiralax, Gelongsor Badan dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak lagi tarikan lain di sini.
Anda boleh rujuk link ini untuk semakan harga tiket!
- Alamat: Bangi Wonderland, 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
- Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang (Setiap hari)
- No. Telefon: 019-682 7174
#9. Pavillion Steak & Grill
Bagi peminat steak, Pavillion Steak & Grill pastinya memenuhi citarasa anda. Retoran ini menyediakan ruang makan yang selesa, dengan alunan muzik klasik yang menenangkan.
Hidangannya juga pasti membuatkan anda termimpi-mipi kesedapannya.
Bukan sahaja menyediakan makanan western tetapi juga ada menghidangkan makanan timur tengah juga makanan tempatan. Datang dan rasai sendiri kesedapan hidangan dan layanan 5 bintangnya.
- Alamat: Pavillion Steak and Grill (owned by Pavillion Catering) 6044 Sungai Ramal Dalam Selangor, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
- Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (12.00 pm – 12.30 am) | Jumaat (3.00 pm – 1.00 am)
#10. Pusat Warisan Kajang – Tempat Bersejarah di Kajang
Bagi peminat barangan antik jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pusat Warisan Kajang. Pusat ini menempatkan pelbagai jenis barangan antik untuk tatapan pengunjung.
Namun, sebelum datang ke sini, temu janji pelu dilakukan terlebih dahulu.
- Alamat: Kajang Heritage Centre, 39, Jalan Mendaling, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
- No. Telefon: 012-924 1126
#11. Taman Rekreasi Sungai Chua – Tempat Menarik di Kajang
Taman Rekreasi Sungai Chua adalah destinasi yang popular untuk aktiviti riadah komuniti, terutama larian dan berbasikal pada waktu pagi dan petang.
Taman ini menawarkan trek larian sepanjang kira-kira 1 km, yang ditanda jelas, dan sesuai untuk aktiviti rekreasi kasual seperti berlari, berjalan, Zumba, serta berbasikal.
Selain itu, terdapat gazebo dan bangku untuk bersantai, serta laluan batu untuk urutan kaki.
Taman ini sering dikunjungi pada waktu puncak, iaitu sekitar jam 7 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 7 malam, dengan slot tempat letak kereta yang mencukupi termasuk kemudahan untuk OKU.
Walaupun memancing dilarang, pengunjung masih boleh menyaksikan pemandangan matahari terbit yang indah serta melakukan aktiviti fizikal seperti yoga dan senaman.
Tempat ini juga mesra kanak-kanak, dengan taman permainan disediakan, menjadikannya sesuai untuk aktiviti keluarga.
Terdapat pelbagai jenis ikan besar di sungai berhampiran, seperti Patin, Tilapia, dan Toman, yang menambah tarikan kepada lokasi ini.
Taman ini sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas, menjadikannya tempat yang ideal untuk berkelah dan berkumpul bersama keluarga.
Alamat: 43000 Kajang, Selangor
#12. Masjid Jamek Pekan Kajang – Tempat Menarik di Kajang
Masjid Jamek Pekan Kajang adalah salah satu masjid yang paling menonjol dan indah di daerah Kajang. Terletak strategik di tengah-tengah bandar, ia menjadi tempat persinggahan utama bagi penduduk tempatan dan pengunjung.
Dibina pada tahun 1971 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin, masjid ini merupakan lambang sejarah dan warisan yang penting di Kajang.
Salah satu ciri menarik masjid ini ialah kubah menaranya yang pernah runtuh akibat angin kencang pada tahun 1998-1999, menjadikannya sebahagian daripada sejarah unik bandar ini.
Masjid Jamek Pekan Kajang bukan sahaja mempunyai reka bentuk seni bina yang menarik, tetapi ia juga menawarkan keselesaan luar biasa kepada para jemaah.
Masjid ini berhawa dingin, memberikan suasana solat yang tenang dan nyaman. Masjid ini mempunyai ruang solat yang luas, tandasnya juga sangat bersih dan moden, memberikan keselesaan tambahan kepada setiap pengunjung.
Tidak hairanlah ramai yang merasakan ketenangan luar biasa setiap kali solat di masjid ini.
Selain itu, kemudahan tempat letak kereta yang luas memudahkan pengunjung yang datang ke masjid, terutamanya semasa waktu solat Jumaat atau perayaan.
Surau tambahan juga disediakan bagi mereka yang memerlukan ruang solat tambahan.
Lokasi masjid yang berdekatan dengan sekolah agama rendah menambahkan lagi nilai masjid ini sebagai pusat keagamaan dan pendidikan bagi masyarakat setempat.
Masjid Jamek Pekan Kajang bukan hanya menjadi tempat ibadah, tetapi juga ikon warisan dan kebanggaan bagi penduduk Kajang.
Sesiapa yang melawat bandar ini harus meluangkan masa untuk singgah di masjid ini dan merasai keindahan serta ketenangannya.
Alamat: Masjid Jamek Pekan, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor.
Kesimpulannya, jangan lepaskan peluang untuk ke tempat-tempat menarik seperti di atas sekiranya Mommy sekeluarga berkunjung ke Kajang ya!
Selamat bercuti!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Jom lihat senarai tempat menarik yang lain di SINI!