Ibu, Bayi & Kanak Kanak

23 Tempat-tempat Menarik Di Kemaman Untuk Anda Lawati

Kredit gambar: traveltriangle.com

Merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu, Kemaman adalah destinasi yang anda wajib singgah kalau ke negeri ini. Pantai, kedai makan, tempat bersejarah dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik, pastinya akan membuatkan percutian anda menyeronokkan!

23 Tempat Menarik Di Kemaman

Nanti kalau anda singgah ke Kemaman, jangan lupa untuk lawati tempat-tempat menarik ini ya?

1. Ma’Daerah Turtle Sanctuary Centre

Highlighted

Kredit gambar: beautifulterengganu.com/

Kemaman merupakan salah satu pusat perlindungan penyu di Terengganu. Nanti bolehlah ke sini dan tengok macam mana telur penyu dilindungi dan anak-anaknya yang telah menetas dilepaskan ke laut.

Alamat: Ma’Daerah Turtle Sanctuary Centre, 24300 Kerteh, Terengganu
Tel: 09-844 4169

2. Bandar Chukai

Kredit gambar: facebook.com/photo/?fbid=1656019657937138&set=p.1656019657937138

Biasanya, pengunjung akan singgah ke pekan Kemaman yang dikenali sebagai Bandar Chukai ini sebelum pulang. Terdapat pelbagai jenis makanan dan barangan yang anda boleh beli di sini sebagai buah tangan dan kenang-kenangan nanti.

3. Kampung Kuala Kemaman (Kuih Bekang Warisan Keluarga)

Kredit gambar: facebook.com/Kuih-Bekang-Warisan-Keluarga-2000901173494664/photos

Kampung Kuala Kemaman sering menjadi tumpuan pengunjung kerana suasana dan cara hidup masyarakat di sini. Antara tarikan di sini ialah keenakan kuih bekang warisan keluarga.

Wajib cuba ya?

Alamat: Jalan Kuala Kemaman – Bangsal Ikan, Kampung Geliga Kecil, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 12.00 tghari – 7.00 mlm
Tel: 011-2855 0314

4. Kedai Kopi Hai Peng

Kredit gambar: followmetoeatla.blogspot.com

Buat penggemar kopi, anda mesti ke Kedai Kopi Hai Peng dan pekena air kopinya bersama roti bakar. Menunya mungkin sama dengan menu di kopitiam yang lain tetapi sentuhannya pasti berbeza!

Alamat: K-3753, Jalan Sulaimani, Kampung Gong Pauh, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 7.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 09-859 7810

5. Zoo Kemaman

Kredit gambar: zookemaman.my

Kalau ke Kemaman bersama keluarga, sesuai sangat untuk singgah di Zoo Kemaman ni. Terdapat banyak spesis haiwan di sini yang pasti akan mengujakan anak-anak anda.

Alamat: Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 09-859 6644

6. Rumah Jambi

Kredit gambar: facebook.com/discoveryterengganu/photos/a.1071510262946082/3101381303292291/

Rumah Jambi adalah salah satu peninggalan bersejarah yang sering dilawati di Kemaman. Terutamanya buat peminat dan pengkaji seni, sesuai sangat untuk ke sini.

Seni bina rumah ini memang menjadi tarikan dan bualan mulut orang ramai. 

Alamat: Rumah Jambi, Kampung Pasir Gajah, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam Tel: 012-550 9364

7. Pantai Peranginan Kemasik

Kredit gambar: facebook.com/kakicuti/photos/pcb.2178045965597016/2178045795597033/?locale=ms_MY

Kalau anda mahukan suasana pantai pula, Pantai Kemasik atau Pantai Peranginan Kemasik adalah antara pilihan yang sesuai. 

Alamat: Pantai Peranginan Kemasik, 24210 Kemasik, Terengganu

8. Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong

Kredit gambar: https://foursquare.com/v/pantai-telaga-simpul/4ee6dac4b8f790fe420a94c3

Selain itu, Pantai Telaga Simpul di Teluk Kalong Kemaman pun cantik dan sesuai untuk berkelah. 

Jangan risau, banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti tandas awam dan surau. 

Alamat: Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu

9. Pantai Teluk Mak Nik

Kredit gambar: https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g3567202-d8370013-Reviews-Pantai_Teluk_Mak_Nik-Cukai_Terengganu.html

Kalau Pantai Teluk Mak Nik pula, ia lebih dikenali dan menjadi tumpuan sebagai tempat yang menjadi pusat pemuliharaan penyu.

Alamat: Pantai Teluk Mak Nik, Kampung Mok Chili, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: 017-932 1926

10. Gerai Lemang Kijal

Kredit gambar: caridestinasi.com

Rugilah kalau ke Kemaman tapi tak cuba lemang di gerai lemang yang best ni!

Alamat: Gerai Lemang Kijal, 24100 Kijal, Terengganu
Waktu operasi: Selasa hingga Sabtu, 8.00 pg – 8.00 mlm | Ahad, 8.00 pg – 6.00 ptg | Isnin tutup
Tel: 011-3319 5925

11. Warung Aziz Satar

Kredit gambar: facebook.com/warungazizsatar2/photos/102266538246961

Jangan lupa juga untuk singgah di Warung Aziz Satar untuk merasa satar dan otak-otaknya ya?

Alamat: Warung Aziz Satar, T124, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Jumaat hingga Selasa, 9.00 pg – 7.00 mlm | Khamis, 9.00 pg – 5.00 ptg | Rabu tutup
Tel: 013-209 4212

12. Kelip-kelip Sungai Yak Yah (Yak Yah Fireflies Sanctuary)

Kredit gambar: http://naeltrg.blogspot.com/

Anda akan dibawa menyusuri sungai ini dengan bot dari jeti Sungai Yak Yah dan menyaksikan sendiri keindahan cahaya kelip-kelip yang berterbangan ini. 

Alamat: Yak Yah Kelip-kelip, Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu

13. Masjid Lama Kampung Tuan

Kredit gambar: jejakmihrabmimbar.wordpress.com

Tempat bersejarah popular yang lain di sini ialah Masjid Lama Kampung Tuan. Ratusan tahun usianya dan masih kukuh hingga kini yang telah menjadi warisan turun-temurun.

Alamat: Masjid Lama Kampung Tuan, Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu

14. Pantai Bukit Tampin

Pantai Bukit Tampin pun tidak kurang cantiknya!

Alamat: Pantai Bukit Tampin, Lorong Masjid Lama 1, Kampung Baru, 24210 Kemasik, Terengganu

15. Pantai Penunjuk

Kredit gambar: http://batulesung.blogspot.com/

Selain daripada berkelah di tepian pantai, ada juga yang datang ke Pantai Penunjuk ini untuk memancing.

Alamat: Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

16. Kampung Air Jernih

Kredit gambar: thestar.com.my

Kalau nak tengok dan memahami budaya Cina Hainan, jangan lupa singgah di perkampungan Cina Hainan yang terbesar di Malaysia di Kampung Air Jernih ini ya?

Alamat: Kampung Air Jernih, 24210 Kemasik, Kemaman, Terengganu

17. Pantai Kuala Kerteh

Kredit gambar: mapio.net/pic/p-50186822/

Di Pantai Kuala Kerteh, terdapat chalet untuk penginapan. Jika anda merancang untuk menginap di Kemaman sehari dua, bolehlah ke Pantai Kuala Kerteh. 

Alamat: Pantai Kuala Kerteh, Jln Kampung Tengah 8, 24300 Kerteh, Terengganu

18. Muzium Kemaman

Kredit gambar: http://agarakutidaklupa.blogspot.com/

Terdapat banyak bahan pameran bersejarah di Muzium Kemaman ini. Antaranya adalah, keris, gambar-gambar lama dan tembikar purba. 

Alamat: Muzium Kemaman, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

19. Air Terjun Jeram Penitih

Kredit gambar: https://www.flickr.com/photos/maxdwe/21560990976

 Di Kemaman pun ada air terjun tau selain pantai. Yang uniknya di sini, Air Terjun Jeram Penitih ini mempunyai 8 tingkat air terjun yang cantik.

Alamat: Air Terjun Jeram Penitih, Bandar Seri Bandi, Kemaman

20. Kompleks Kemaman Centre Point

Kredit gambar: https://web.facebook.com/centrepointkemaman/photos/a.101712034780541/114972576787820/

Kalau nak membeli-belah, Kompleks Kemaman Centre Point ada macam-macam tau di sini!

Alamat: Jalan Da Omar, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 09-850 2850

21. Bukit Mak Dayang

Kredit gambar: https://mapio.net/pic/p-47815495/

Untuk aktiviti yang agak lasak seperti hiking, bolehlah ke Bukit Mak Dayang.

Alamat: Bukit Mak Dayang, Kampung Kubang Kurus, 24000 Chukai, Terengganu
Tel: 014-516 8954

22. Taman Rekreasi Bakau Tinggi

Kredit gambar: https://mapio.net/pic/p-55839652/

Kalau nak berekreasi pula, Taman Rekreasi Bakau Tinggi adalah pilihan yang sesuai. Nak keluarkan peluh pada waktu pagi dan petang sesuai sangatlah. Ditambah pula dengan keindahan pemandangan pokok bakau di sini.

Alamat: Taman Rekreasi Bakau Tinggi, 24000 Chukai, Terengganu

23. Tasik Biru Kemaman

Kredit gambar: http://suzilawa.blogspot.com/

Tasik ini tidak sesuai untuk bermandi-manda tau. Rata-rata mereka yang datang ke sini adalah untuk bergambar kerana warna tasiknya. Biru dan unik kan?

Sebab itulah kot ia digelar sebagai Tasik Pepsi Blue.

Alamat: Tasik Biru Kemaman, Kampung Macang Setahun, 24000 Chukai, Terengganu

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di tempat-tempat menarik di Kemaman ini ya kalau berkesempatan. 

Semoga percutian anda menyeronokkan!