Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Untuk Dikunjungi Yang Amat Istimewa

Sumber: Adobe Stock

Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah Malaysia di bahagian utara pulau Borneo. Juga dikenali dengan nama ‘KK’, terdapat banyak tempat menarik di Kota Kinabalu untuk dijadikan destinasi bercutian.

Bandar yang terletak berdekatan persisiran pantai ini juga dikelilingi oleh hutan hujan, membuatkan banyak lokasi percutian sangat menawan dan istimewa.

Tarikan utama Kota Kinabalu selalunya ialah Gunung Kinabalu, sama ada Mommy sekeluarga ingin melihatnya secara dekat, ataupun bagi yang gemar mendaki untuk menawan gunung tersebut. Namun, terdapat banyak tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh diterokai.

Jom tengok tempat-tempat menarik tersebut yang boleh dikunjungi seisi keluarga.

20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu

1. Gunung Kinabalu

Highlighted

Sumber: ms.unistica.com

Gunung Kinabalu tentu menjadi tempat yang paling popular untuk dikunjungi di Kota Kinabalu. Gunung ini adalah sebahagian daripada Banjaran Gunung Crocker yang terkenal dan berdiri pada ketinggian kira-kira 13,000 kaki di atas paras laut.

Gunung ini terletak di tengah-tengah Taman Negara Kinabalu dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tarikan utama di sini ialah pendakian ke puncak yang akan memberikan pemandangan yang menakjubkan.

Kalau Mommy tak bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu pun, masih boleh menerokai Taman Negara Kinabalu yang kaya dengan flora dan fauna eksotik.

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 5.00 petang

Harga Tiket:
– Dewasa: RM15
– Kanak-kanak: RM10
– Pendakian Gunung: RM120

2. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Sumber: Ana Suhana

Tiada siapa boleh sangkal dengan keunikan kraftangan dari pulau Borneo, samaada kayu yang diukir atau tekstil yang dianyam. Dahulunya dikenali sebagai pasar Filipina, Pasar Kraftangan Kota Kinabalu terletak di sepanjang persisiran pantai di Kota Kinabalu.

Terdapat pelbagai barang unik dan eksotik yang boleh dijumpa di sini termasuk mutiara, seni dan kraf tempatan, ukiran kayu dan tekstil. Boleh dijadikan hadiah cenderahati kepada keluarga dan rakan-rakan, ataupun untuk diri sendiri buat kenangan percutian di KK.

Alamat: Jalan Sinsuran, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang

Harga Masuk: Percuma

3. Menara Jam Atkinson

Sumber: Mai Singgah

Salah satu mercu tanda popular Kota Kinabalu ialah Menara Jam Atkinson yang dibina pada tahun 1902. Menara ini dibina sebagai penghormatan kepada Francis George Atkinson yang merupakan bekas Pegawai Daerah di Kota Kinabalu yang dahulunya dipanggil Jesselton semasa zaman penjajah.

Atkinson meninggal dunia pada tahun 1902 ketika berusia 28 tahun akibat serangan malaria dan serangan jantung, dan menara yang berketinggian 50 kaki ini didedikasikannya untuk mengenang sumbangannya kepada penubuhan Kota Kinabalu.

Alamat: Kota Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Masuk: Percuma (kawasan luar menara jam sahaja)

4. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Credit: holeinthedonut.com

Masjid terbesar di Kota Kinabalu ini berkonsepkan masjid terapung kerana terletak di kawasan perairan yang amat menawan. Masjid ini mampu memuatkan sehingga 12,000 jemaah pada satu masa.

Jika berkesempatan, Mommy boleh melawat masjid pada waktu malam juga apabila ia diterangi oleh cahaya bulan dan dipantulkan dalam air yang mengelilinginya. Indah sungguh!

Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 5.30 pagi – 9.30 malam

Harga Masuk: Percuma

5. Gaya Street / Chinatown

Sumber: Wikipedia

Juga dikenali sebagai Gaya Street (Jalan Gaya), Chinatown di Kota Kinabalu terletak ditengah-tengah bandar ini dan merupakan salah satu tarikan utama di KK. Sewaktu penjajahan British, lokasi ini dipanggil Bond Street, dan pada awalnya jalan ini merupakan laluan kereta api!

Terdapat banyak hotel kecil-kecilan untuk pelancong ‘backpackers‘ di lokasi ini dan juga pelbagai pilihan kedai kopi dan restoran Cina. Selain itu, terdapat juga pasar yang diadakan pada setiap hari Ahad yang boleh Mommy kunjungi yang menjual barangan harian dan juga cenderamata yang boleh dibeli buat keluarga dan rakan-rakan.

Alamat: Gaya Street, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Masuk: Percuma

6. Kereta Api Borneo (Sabah)

Sumber: Viator

Kalau anak-anak Mommy minat bermain dengan kereta api tradisional, membawa mereka menaiki Kereta Api Borneo ini tentu menerujakan. Laluan asal landasan kereta api ini dibina pada tahun 1896 apabila kereta api digunakan untuk memindahkan tembakau ke seluruh Sabah.

Mommy sekeluarga boleh menaiki kereta api ini dari Tanjung Aru ke Tenom dengan melalui hutan rimbun dan sepanjang pantai Sabah yang cantik. Pengalaman yang begitu unik!

Alamat: Tanjung Aru Railway Station, 88999, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang

Harga Tiket: RM318

7. Berlayar di Sungai Klias

Sumber: HolidayGoGoGo

Sungai Klias yang melalui Hutan Simpanan bakau Tanah Lembap ini terletak kira-kira satu setengah jam dari pekan Kota Kinabalu. Jika Mommy sekeluarga ingin ke sini, Mommy boleh melayari Sungai Klias ini dengan bot.

Kalau Mommy sekeluarga bertuah, dari pandangan bot Mommy mungkin boleh nampak pelbagai jenis haiwan yang bermandi di sungai, termasuklat monyet proboscis dan juga serangga kelip-kelip pada waktu petang.

Alamat: Klias River Cruise, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah

Waktu Operasi:
– Sabtu – Khamis: 3.00 petang – 8.00 malam
– Jumaat: 4.00 petang – 8.00 malam

Harga Tiket:
– Dewasa: RM140
– Kanak-kanak: RM90

8. Green Connection Aquarium

Sumber: travelmalaysia.me

Green Connection Aquarium ialah taman tema eko yang mempamerkan kepelbagaian biologi Sabah yang luar biasa. Taman ini menggabungkan zoo, akuarium dan pusat penemuan sains yang menjadikannya satu pengalaman pendidikan alam sekitar yang unik.

Taman ini yang dikendalikan oleh ahli pemuliharaan menempatkan lebih 500 spesies haiwan asli dari sembilan habitat utama, seperti gua batu kapur, hutan tebal, bakau berlumpur, terumbu karang yang indah, pinggir pantai dan lautan terbuka.

Alamat: 93 Lorong Burung Ruai 1, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 9.30 pagi – 5.00 petang

Harga Tiket: RM15

9. Pantai Tanjung Aru

Sumber: Mari Lawat Sabah

Pantai Tanjung Aru adalah salah satu pantai yang popular dan digemari ramai di Kota Kinabalu. Kalau hari minggu tentu ramai pengunjung! Mommy sekeluarga bolehlah bersantai-santai di pantai ini yang sangat panjang ataupun bermandi-manda.

Terdapat beberapa gerai makanan dan minuman juga di sini kalau Mommy sekeluarga bercadang untuk beristirehat lama di lokasi ini. Anak-anak tentu berasa seronok bermain dengan pasir di pantai.

Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Masuk: Percuma

10. Taman Hidupan Liar Lok Kawi Wildlife Park

Sumber: GlobeTrove

Taman Hidupan Liar yang terletak di kawasan luar Kota Kinabalu ialah penempatan bagi pelbagai haiwan liar seperti harimau, orang utan, dan gajah.

Walaupun tidak besar, Taman Hidupan Liar Lok Kawi adalah salah satu taman hidupan liar istimewa dimana pelawat dapat melihat haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat berbanding dengan zoo biasa. Anak-anak tentu akan berasa teruja!

Alamat: Lok kawi Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 9.30 pagi – 5.30 petang

Harga Tiket:
– Dewasa: RM10
– Kanak-kanak: RM5

11. Island Hopping Di Tunku Abdul Rahman Marine Park

Sumber: TripHobo

Tunku Abdul Rahman Marine Park atau Taman Laut adalah suatu tarikan yang amat menawan sekali dan merangkumi lima pulau yang terletak tidak jauh dari pantai Kota Kinabalu, iaitu Sulug, Gaya, Manukan, Sapi, dan Mamutik.

Sulug adalah pulau kecil yang suci dan tidak dibangunkan, manakala Gaya menawarkan tarikan-tarikan menarik pada waktu malam. Aktiviti popular di sini termasuk berenang, menyelam, berjemur dan mendaki di sepanjang denai pulau yang cantik.

Harga Masuk: Bermula dari RM70

12. Muzium Negeri Sabah

Sumber: Wikimedia Commons

Mana-mana lokasi yang popular, kalau tiada muzium tak sah kan? Tentulah, muzium adalah suatu tarikan yang amat bermanfaat dengan pelbagai informasi. Muzium Negeri Sabah pun tiada bezanya, terutamanya jika Mommy sekeluarga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Kota Kinabalu dan Sabah.

Muzium Negeri Sabah ini bukan sahaja mempunyai memorabilia bersejarah, tetapi juga menempatkan Muzium Sains dan Teknologi serta Galeri Seni Sabah dan sebuah perkampungan warisan kecil dengan model rumah tempatan. Unik betul muzium ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk melawatinya!

Alamat: Sabah Museum Complex, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang

Harga Tiket:
– Pelancong Malaysia: RM2
– Pelancong Asing: RM15
– Pelajar beruniform / Warganegara Emas / OKU: Percuma

13. Kampung Budaya Monsopiad (Cultural Village)

Sumber: Viator

Terletak kira-kira 30 minit dari pekan Kota Kinabalu, Kampung Budaya Monsopiad menawarkan sekilas kehidupan di perkampungan tradisional Kadazan, salah satu kumpulan orang asli di Sabah.

Kampung budaya ini didedikasikan kepada Monsopiad yang merupakan seorang pahlawan Kadazan yang terkenal kira-kira 300 tahun yang lalu dan legenda mengatakan bahawa dia membunuh dalam 42 penyerang yang cuba menyerang kampung itu.

Jadi Mommy boleh melihat 42 pameran tengkorak di sini yang terletak di Dewan Tengkorak yang agak mengerikan!

Alamat: Kampung Kuai Kandazon, Jalan Putatan Ramayah, 89507 Penampang, Sabah

Waktu Operasi:
– Selasa – Ahad: 9.00 pagi – 4.00 petang
– Isnin: Tutup

Harga Tiket:
– Dewasa: RM55
– Kanak-kanak: RM20
– Pelajar (dengan tag pelajar): RM30
– Warga Emas: RM20
– Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma

14. Rumah Panggung / Stilt Village

Sumber: James In Borneo

Kalau Mommy nak melawat satu lagi jenis perkampungan, kampung atau rumah atas panggung atau tiang adalah satu lagi tarikan perkampungan budaya yang menarik di Kota Kinabalu. Perkampungan ini terletak di pinggir pantai dan menjadi rumah bagi kumpulan etnik seperti Ubian, Suluk, Iranun, dan Bajau.

Jika Mommy sekeluarga ingin melihat struktur yang menakjubkan ini, seeloknya Mommy boleh pergi sebagai sebahagian daripada lawatan tour bot.

Alamat: Stilt Village, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 9.00 malam

Harga: Mengikut pakej yang dipilih

15. Platform Balai Cerap Signal Hill (Observatory Platform)

Sumber: I Love Borneo

Platform Balai Cerap Signall Hill yang terletak di lereng bukit berhampiran Padang Merdeka di Kota Kinabalu menawarkan pemandangan bandar yang amat indah.

Terkenal sebagai lokasi tertinggi di pekan Kota Kinabalu, Mommy sekeluarga boleh melihat pemandangan sehingga ke Pantai Tanjung Aru serta melihat beberapa pulau yang membentuk Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Alamat: 78, Jalan Asrama, Signal Hills, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 11.00 malam

Harga Tiket: Percuma

16. Masjid Negeri

Sumber: WorldOrgs.com

Kalau Mommy sekeluarga ingin menziarahi satu lagi masjid, Masjid Negeri menawarkan menara yang menakjubkan yang menjulang setinggi 215 kaki!

Selain itu, pengunjung juga datang ke sini untuk menikmati ciri-ciri seni bina dan reka bentuk Islam masjid ini yang bermodelkan masjid-masjid utama di Mekah dan Madinah di Arab Saudi.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 5.30 pagi – 9.30 malam

Harga Tiket: Percuma

17. Taman Bandar (City Park) Kota Kinabalu

Sumber: Wikimedia Commons

Mommy sekeluarga boleh bersiar-siar di Taman Bandar Kota Kinabalu yang dikatakan adalah satu-satunya kawasan hijau di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu.

Salah satu tarikan utama di taman ini ialah Memorial Borneo Utara British yang dibina pada tahu 1923 dan didedikasikan untuk tentera yang mati di sini sewaktu penjajahan British semasa Perang Dunia Pertama.

Alamat: Jalan Tun Razak, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Tiket: Percuma

18. KK Waterfront

Sumber: KK Waterfront

Salah satu tempat paling popular di Kota Kinabalu ialah KK Waterfront yang dahulunya adalah suatu jalur pantai. Di sini terdapat kehidupan malam dan dipenuhi dengan restoran dan bar yang kebanyakannya menampilkan muzik secara langsung pada waktu malam.

Salah satu tarikan di KK Waterfront ini ialah peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di atas air sambil anda bersiar-siar atau minum petang.

Alamat: Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 4.00 petang – 8.00 malam

Harga Masuk: Percuma

19. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Sumber: Amazing Borneo Tours

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan satu tempat istimewa yang memberikan tumpuan kepada pemuliharaan orang utan dan mengekalkan haiwan bijak ini dalam habitat semula jadi mereka.

Bagi peminat fotografi hidupan liar, ini adalah tempat yang mesti dikunjungi kerana pelawat boleh mendekati orang utan di sini dan dibenarkan memberi mereka makan dari platform. Rugi kalau tak melawat tempat menarik di Kota Kinabalu ini!

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang

Harga Tiket:
– Dewasa / Kanak-kanak: RM5

20. Bukit Kokol

Sumber: Kokol Haven Resort / Amazing Borneo Tours

Bukit Kokol ialah lokasi yang sesuai jika Mommy sekeluarga ingin melawat kawasan yang aman dengan pemandangan yang indah. Terdapat beberapa hotel dan resort di sini jika Mommy bercadang untuk bermalam dan menerokai lokasi ini dengan lebih mendalam atau lebih lama.

Terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pekan Kota Kinabalu, Bukit Kokol tentu akan memukau Mommy sekeluarga dengan bukit-bukaunya yang beralun dan latar belakang yang perfect untuk gambar media sosial!

Alamat: Jalan Kokol, Kota Kinabalu Sabah


Kota Kinabalu tidak dinafikan lagi menawarkan pelbagai jenis tarikan dan lokasi yang menawan dan menakjubkan.

Jangan lepaskan peluang untuk bercuti di tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu ini. Untuk tempat-tempat menarik di Kundasang, Mommy boleh lihat di sini. Selamat bercuti!