Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mesti Lawat Walaupun Dekat! 20 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Seisi Keluarga

Sumber: Adobe Stock

Kebanyakan orang bila merancang nak bercuti, tentu ingin pergi ke destinasi percutian jauh-jauh sebab itu memang perkara biasa! Ada juga yang duduk berdekatan dengan tarikan yang popular tapi tak pernah pergi!

Sama ada Mommy duduk di kawasan Kuala Lumpur atau bercadang untuk menziarahi kota moden tapi penuh sejarah ini, memang banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dilawati.

Jom tengok beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur yang tidak patut dilepaskan.

20 Tempat Menarik di Kuala Lumpur

1. Menara Berkembar Petronas

Highlighted

Sumber: Times of India

Tarikan utama Kuala Lumpur dan mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara Malaysia tentulah Menara Berkembar Petronas atau juga dikenali dengan Petronas Twin Tower.

Dibina daripada konkrit bertetulang, keluli, dan kaca, Menara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di dunia dengan 88 tingkat!

Menara berkembar ini dihubungkan dengan jambatan langit di tingkat 41 dan 42. Reka bentuknya adalah gabungan indah gaya pascamoden dan butiran seni Islam.

Di bahagian bawah menara berkembar ini pula terletak sebuah pusat beli-belah yang popular, iaitu Suria KLCC, dan juga galeri seni, pusat sains, Dewan Filharmonik dan tarikan lain. Memang berbaloi berjalan-jalan di sini!

Alamat: Petronas Twin Tower, Lower Ground, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
– Selasa – Ahad: 10.00 pagi – 6.00 petang
– Isnin: Tutup

Harga Tiket:
– Dewasa: RM28
– Kanak-kanak / Warga Emas: RM14
– Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma

2. Taman Burung Kuala Lumpur

Sumber: TripSavvy

Taman Burung Kuala Lumpur, atau juga dikenali dengan ‘KL Bird Park‘ adalah sebuah taman burung tropika seluas 20.9 ekar, menjadikannya salah satu taman burung berbumbung terbesar di dunia!

Lebih 2,000 burung di sini adalah spesis tempatan dan 10% dari jumlah burung di taman ini diimport dari negara seperti Tanzania dan Eropah.

KL Bird Park ini bukan sekadar taman yang dibuka untuk orang awam, tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan yang penting bagi saintis untuk mengkasi corak tingkah laku spesis tertentu yang sukar untuk di perhatikan di alam liar. Menarik sungguh!

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur

Laman Web: klbirdpark.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang

Harga Tiket:
– Dewasa: RM25
– Kanak-kanak / Warga Emas: RM12

3. Dataran Merdeka

Sumber: MyRokan

Dataran terbuka yang besar ini adalah tempat popular untuk perhimpunan, acara awam, dan Perarakan Hari Kebangsaan. Di sini terletaknya tiang bendera setinggi 100 meter dan disinilah bendera Malaya pertama dinaikkan pada tahun 1957!

Dataran Merdeka juga terkenal dengan bangunan kolonial bersejarah dan kebanyakannya dibuka kepada pelawat yang gemar menjadikannya sebagai latar belakang untuk penggambaran yang cantik!

Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Harga Tiket: Percuma

4. Menara Kuala Lumpur

Sumber: Tiqets

Menara Kuala Lumpur yang lebih popular dengan nama Menara KL ini adalah salah satu menara tertinggi di dunia. Dengan ketinggian 421 meter, ia semestinya menara tertinggi di Asia Tenggara dan berfungsi sebagai menara TV dan komunikasi dan juga balai cerap falak Islam.

Di atas menara ini terdapat restoran berputar yang amat menarik sekali, tapi jangan risau, ia tidaklah berputar dengan laju! Selain itu, dalam menara ini terdapat tarikan lain seperti muzium, akuarium kecil, dan kedai kraftangan.

Kalau berani, Mommy sekeluarga boleh ke Sky Box, iaitu sebuah kotak kaca yang memanjang keluar dari Sky Deck yang menawarkan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah, termasuk di bawah kaki!

Alamat: No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Laman Web: menarakl.com.my

Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 11.00 pagi – 7.00 malam
– Sabtu & Ahad: 10.00 pagi – 7.00 malam

Harga Tiket:
– Dewasa: RM25
– Kanak-kanak: RM19

5. Muzium Negara

Sumber: Malaysia Travel Blog

Muzium Negara merupakan muzium budaya dan warisan yang paling penting di Malaysia. Muzium ini menyimpan koleksi seperti senjata tradisional, pakaian perkahwinan bersejarah, arca gangsa, dan banyak lagi.

Terdapat juga beberapa pameran menarik di luar muzium yang boleh dinikmati seperti istana kayu abad ke-19 yang dibina menggunakan seni bina Melayu Terengganu, dan juga beberapa kereta kuda dan kenderaan bermotor zaman dahulu. Memang banyak yang boleh dipelajari kalau Mommy sekeluarga melawati muzium ini.

Alamat: Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Perdana Botanical Gardens, 50566 Kuala Lumpur

Laman Web: muziumnegara.gov.my

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang

Harga Tiket:
– Warganegara Malaysia: RM2
– Warganegara Asing: RM5

6. Pasar Seni

Sumber: Central Market

Dibina pada tahun 1888 oleh penjajah kolonial British, Pasar Seni pada awalnya digunakan sebagai pasar basah untuk warga Kuala Lumpur dan pelombong bijih timah.

Kini, pasar yang juga dikenali sebagai Central Market atau CM terletak di dalam bangunan Tapak Warisan Art Deco dengan kedai-kedai terbuka kecil yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tradisional Malaysia, tekstil batik, dan macam-macam lagi.

Di sebelah bangunan Pasar Seni ini pula terdapat Kasturi Walk yang berwarna-warni dengan pasar lambak terbuka yang melengkapkan Pasar Seni dengan jualan makanan ringan tempatan dan cenderahati.

Kalau Mommy sekeluarga minat muzik, di sini juga selalu terdapat persembahan secara langsung muzik. Memang seronok bersiar-siar di sini.

Alamat: Lot 3.04-3.06, 06, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Laman Web: centralmarket.com.my

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang

Harga Masuk: Percuma

7. Taman Rama-rama Kuala Lumpur

Sumber: Kuala Lumpur – Attractions in Malaysia

Taman Rama-rama Kuala Lumpur atau KL Butterfly Park adalah suatu kebanggaan negara Malaysia kerana ia adalah taman rama-rama terbesar di dunia! Ia menempatkan lebih daripada 5,000 rama-rama dalam kawasan seluas 7,500 meter persegi.

Rama-rama di dalam taman ini terbang bebas di dalam kawasan pejalan kaki yang dilitupi kanopi. Di taman ini, Mommy sekeluarga juga boleh melawat kawasan pembiakan kalau mahu lihat larva rama-rama.

Terdapat juga pameran serangga hidup yang besar seperti kumbang badak sumbu, iaitu kumbang terbesar di dunia. Jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat menarik di Kuala Lumpur ini!

Alamat: Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Laman Web: klbutterflypark.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.30 petang

Harga Tiket:
– Dewasa: RM25
– Kanak-kanak: RM14

8. Taman Botani Perdana

Sumber: Pinterest

Terletak berdekatan dengan Taman Rama-rama yang disebutkan tadi ialah Taman Botani Perdana, sebuah taman era kolonial yang berkeluasan 91.6 hektar. Kalau dah alang-alang melawat Taman Rama-rama tadi, apa kata singgah di Taman Botani Perdana pula.

Terdapat tarikan seperti taman tenggelam yang dikelilingi pergola, herbarium, taman orkid, dan rumah kandang seluas dua hektar untuk rusa terbiar. Taman ini memang cantik untuk bergambar.

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur

Laman Web: klbotanicalgarden.gov.my

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 8.00 malam

Harga Tiket: Percuma

9. Aquaria KLCC

Sumber: Traveloka

Aquaria KLCC sememangnya menjadi destinasi pelancongan yang popular, terutamanya bagi keluarga dengan anak-anak kecil. Aquaria dikatakan adalah antara akuarium terbesar di Asia Tenggara dan adalah rumah kepada lebih 150 spesis dan 5,000 jenis hidupan marin!

Antara tarikan yang paling digemari ramai di sini ialah jerung harimau, kuda laut, ikan karang terang, ular laut, dan terumbu karang.

Terdapat juga hutan banjir Amazon yang sangat menakjubkan kerana mempamerkan kehidupan marin yang wujud dengan ekosistem di mana pokok, tumbuh-tumbuhan dan hidupan laut wujud secara harmoni dengan alam semula jadi ketika hutan Amazon dilitupi air.

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Laman Web: aquariaklcc.com

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 7.00 malam

Harga Tiket:
– Dewasa: RM49
– Kanak-kanak / Warga Emas: RM39

10. Kuil Thean Hou

Sumber: Lonely Planet

Siap dibina pada tahun 1987, Kuil Thean Hou ialah kuil enam tingkat dewi laut Cina Mazu yang terletak di atas tanah seluas 1.67 ekar. Kuil ini dibina oleh seorang Hainan yang tinggal di Malaysia dan ia merupakan salah satu kuil terbesar di Asia Tenggara.

Kuil tersergam indah ini dibina berunsurkan elemen Buddhisme, Konfusianisme, dan Taoisme dan menampilkan tiang-tiang yang mengagumkan, bumbung yang menakjubkan, ukiran berhias, dan hiasan yang kompleks.

Seni binanya yang hebat inilah yang telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan popular. Terdapat juga gerai cenderahati yang boleh dilawati pelancong.

Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 8.00 malam

Harga Masuk: Percuma

11. Pusat-pusat Beli-belah Bukit Bintang

Sumber: OverseasAttractions.com

Bagi yang suka membeli-belah sambil bersiar-siar, terdapat beberapa pusat beli-belah di Bukit Bintang dalam jarak yang dekat antara satu sama lain. Di kawasan ini juga terdapat pasar jalanan, dan kafe dan restoran mewah.

Pusat beli-belah Berjaya Times Square ini meliputi keluasan 330,000 meter persegi dan merupakan rumah kepada salah satu taman hiburan dalaman terbesar di Asia. Starhill Gallery, pusat membeli-belah paling mewah di bandar ini, juga terletak di kawasan ini.

Alamat: Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

12. Taman KLCC

Sumber: Tiqets

Terletak berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, Taman KLCC adalah taman bandar yang terbesar di Kuala Lumpur dengan keluasan 50 ekar.

Terdapat lebih 2,000 spesis pokok palma dan flora asli di taman ini yang dipilih melalui sistem yang kompleks untuk memastikan ia menarik burung tempatan dan juga burung yang berhijrah!

Salah satu tarikan utama taman KLCC ialah ‘Lake Symphony‘, iaitu sebuah tasik besar dengan jambatan sepanjang 43 meter berserta beberapa air pancut yang boleh memancut air sehingga 180 meter ke langit!

Ia juga menawarkan pertunjukan cahaya dan muzik dua kali sehari. Rugi kalau Mommy tak pergi tengok!

Alamat: Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.00 pagi – 10.00 malam

Harga Masuk: Percuma

13. Petaling Street

Sumber: Cititel Mid Valley

Di kebanyakan tempat, selalunya kawasan seperti ini dinamakan Chinatown, tetapi di Kuala Lumpur is dipanggil ‘Petaling Street‘. Jalannya bermula dengan gerbang besar dan memanjang ke Kuil Chan See Shu Yuen, salah satu kuil Buddha tertua di Malaysia.

Seluruh jalan dilitupi bumbung hijau, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “Naga Hijau”, dan di sini Mommy sekeluarga boleh dapatkan makanan jalanan, rempah ratus, makanan ‘specialty‘ seperti itik panggang masin, dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Petaling, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 8.00 malam

Harga Masuk: Percuma

14. Taman Tema Berjaya Times Square

Sumber: trip.com

Mommy sekeluarga suka naik roller coaster tapi tak mahu berjalan jauh ke Genting Highlands? Di pusat beli-belah Berjaya Times Square terdapat satu taman tema ‘indoor‘ yang amat menakjubkan. Ia menawarkan pelbagai jenis ‘rides‘, permainan, dan hiburan maya untuk percutian keluarga yang menyeronokkan.

Taman tema ini terbahagi kepada dua bahagian bertema, iaitu ‘Galaxy Station‘ yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar, dan ‘Fantasy Garden‘ yang sesuai untuk kanak-kanak kecil dengan tarikan-tarikan yang lebih perlahan.

Alamat: Tingkat 5 & 7, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Laman Web: berjayatimessquarethemeparkkl.com

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 8.00 malam

Harga Tiket:
– Dewasa: RM55
– Kanak-kanak: RM45
– Warga Emas: RM20

15. Masjid Negara Malaysia

Sumber: TripHobo

Masjid Negara Malaysia yang terletak di ibu negara Kuala Lumpur ini boleh memuatkan sehingga 15,000 jemaah. Ia terletak di kawasan dengan taman seluas 13 ekar dan tarikan utamanya ialah menara setinggi 73 meter dan bumbung konkrit bintang berbucu 16.

Kawasan masjid ini juga dihiasi dengan kolam yang memantulkan pemandangan langit dan juga air pancut yang menawan. Jangan lepaskan peluang untuk menziarahi tempat menarik di Kuala Lumpur ini. Sambil itu boleh menunaikan solat fardhu juga!

Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.30 pagi – 9.30 malam

16. Kuil Sri Mahamariamman

Dibina hampir 150 dahulu pada tahun 1873, kuil Sri Mahamariamman ini terletak dihujung Chinatown di Jalan Bandar. Sejak penubuhannya, kuil ini menyediakan tempat ibadat yang penting untuk pendatang India pada zaman dahulu dan kini menjadi warisan budaya dan negara yang penting.

Pada awalnya, kuil ini adalah kuil persendirian yang dibina oleh seorang ketua komuniti Tamil sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Kuil ini hanya mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1920-an.

Alamat: Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
– Isnin: 6.00 pagi – 8.00 malam
– Selasa – Khamis, Ahad: 6.00 pagi – 8.30 malam
– Jumaat: 6.00 pagi – 9.30 malam
– Sabtu: 6.00 pagi – 9.00 malam

17. Plaza Low Yat

Sumber: TripAdvisor

Bagi yang meminati gajet dan peralatan IT terkini, bolehlah ke Plaza Low Yat, kerana ia adalah pusat beli-belah khusus untuk peralatan IT dan teknologi.

Pusat membeli-belah IT yang terbesar ini merangkumi tujuh tingkat yang menempatkan hampir 500 kedai runcit yang menawarkan perkhidmatan teknologi seperti telefon mudah alih, komputer, dan kamera, dan juga pembaikan permainan.

Alamat: 7, Jalan Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,

Laman Web: plazalowyat.com

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 9.30 malam

18. Tugu Negara

Sumber: putegha.blogspot.com

Sama ada anda meminati matapelajaran Sejarah atau tidak, memperingati sejarah negara dapat memupuk semangat patriotik dalam diri. Tugu Negara ialah sebuah arca yang memperingati mereka yang meninggal dunia dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia.

Ia terutamanya didedikasikan untuk pejuang yang menentang pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II dan Darurat Malaya yang berlaku dari tahun 1948 hingga 1960. Kalau Mommy nak tahu, Tugu Negara kita adalah kumpulan arca berdiri bebas gangsa tertinggi di dunia!

Alamat: Taman Botanikal Perdana, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur City Centre, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang

Harga Tiket: Percuma

19. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Sumber: taproot.com

Jangan terkejut, di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur pun ada hutan! Taman Eko Rimba atau Kuala Lumpur Forest Eco Park merupakan salah satu hutan simpan kekal tertua di Malaysia.

Terletak berdekatan dengan Menara KL, taman rimba ini mempunyai pelbagai jenis flora, termasuk tumbuhan menjalar, paku pakis, herba yang jarang ditemui, dan rumput buluh gergasi.

Spesies pokok tropika yang besar juga boleh ditemui di hutan ini, seperti meranti, keruing, chengal dan pulai.

Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang

Harga Tiket:
– Dewasa: RM10
– Kanak-kanak / Warga Emas: RM1

20. Planetarium Negara

Sumber: Pinterest

Anak-anak Mommy minat dengan sistem solar, planet-planet, dan angkasa? Planetarium Negara adalah tempat terbaik untuk menerokai dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara sebegini!

Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal dalam bidang Astronomi dan Sains Angkasa. Seni binanya berinspirasikan pencapaian Astonomi dan Sains Angkasa semasa kegemilangan tamadun Islam.

Terdapat pelbagai pameran, tayangan, kembara simulasi, dan banyak lagi tarikan menarik dan berunsurkan ilmiah yang boleh diterokai Mommy sekeluarga.

Alamat: 53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Laman Web: planetariumnegara.gov.my

Waktu Operasi:
– Selasa – Ahad: 9.00 pagi – 4.30 petang
– Isnin: Tutup

Harga Galeri: Percuma

Harga Tayangan Planetarium:
– Dewasa: RM6
– Kanak-kanak: RM4

Harga Space Pod:
– Dewasa: RM12
– Kanak-kanak: RM8


Tidak dinafikan lagi Kuala Lumpur adalah tempat yang menakjubkan sebagai destinasi pelancongan, tak kira sama ada Mommy sekeluarga bermastautin di luar bandar yang penuh dengan tempat menarik ini atau tidak.

Dah alang-alang Mommy sekeluarga berada di Kuala Lumpur tu, apa kata Mommy teruskan perjalanan ke Selangor pula. Tetapi hati-hati kerana kedua-dua negeri ini boleh menjadi agak sesak pada hari bekerja.

Jadi, rancang percutian dengan baik ya Mommy!