Ibu, Bayi & Kanak Kanak

24 Tempat Menarik Di Miri Yang Paling Menyeronokkan!

tempat menarik di Miri

Kredit gambar: www.zazaiman.com

Miri merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Sarawak yang kaya dengan hasil petroleum. Ia telah menjadi bandar pertama bukan ibu negeri di negeri itu yang diisytihar sebagai bandar raya.

Di Miri, terdapat banyak kawasan percutian yang menarik disebabkan oleh kedudukan geografinya yang berada di kawasan laut dan berada di kawasan taman Negara. Oleh itu, jom kita terokai tempat menarik di Miri yang boleh dijadikan sebagai tempat percutian mesra keluarga.

Senarai Tempat Menarik Di Miri

#1. Pusat Kraftangan Miri

Highlighted

Kredit gambar: kalun.jpg

Sebuah destinasi yang menarik untuk anda membeli cenderahati berbentuk kraftangan. Ia menawarkan pelbagai jenis barangangan kraftangan hasil daripada penduduk tempatan. Seperti sulaman, manik, gula barrio dan lain-lain.

Alamat: Jalan Brooke, Miri Handcraft Centre, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: 8.00 pagi-6.00 petang

#2. Taman Awam Miri

Anda boleh mencuba pengalaman meniti titian gantung atau canopy walkaway yang tinggi di sini. Lokasi ini juga menarik untuk aktiviti riadah petang.

Alamat: Bintulu- Miri Road, Taman Awam Miri, 98000 Miri, Sarawak

#3. Tempat Menarik Di Miri: Bukit Canada

lunajesz

Tempat menarik di Sarawak yang seterusnya adalah Bukit Canada. Sesuai untuk anda yang ingin mengenali bumi Miri dari sudut Sejarah. Di puncak bukit ini terdapat beberapa tarikan seperti Muzium Petroleum dan juga The Grand Old Lady, sebuah pelantar minyak yang pertama di Malaysia.

Alamat: Bukit Canada, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (9.00 pagi-4.45 petang), Sabtu dan Ahad (10.00 pagi-4.00 petang)

Harga Tiket Muzium: Percuma

#4. Taman Negara Niah

Lokasi ini merupakan sebuah hutan simpan dan dikelilingi oleh bukit batu kapur. Aktiviti di sini lebih kepada penerokaan hutan, bird watching dan juga penerokaan gua Niah.

Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 pagi-5.00 petang)

Harga Tiket:

Warganegara

  • Dewasa (18-59 tahun): RM10.00
  • Kanak-kanak (6-17 tahun): Rm3.00
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM5.00
  • OKU (6 tahun ke atas): RM5

Bukan Warganegara

  • Dewasa (18 tahun ke atas): RM20.00
  • Kanak-kanak (6-18 tahun): RM7.00
  • OKU (6 tahun ke atas): RM10.00

#5. Tempat Menarik Di Miri: Taman Negara Mulu

Satu lagi destinasi taman negara di Miri yang menawarkan keindahan flora dan fauna di kepulauan Borneo. Antara aktiviti di sini adalah penerokaan gua batu kapur, jungle trekking, meniti titian kanopi dan sebagainya.

Alamat: Gunung Mulu National Park No 11, National Park Pekan Mulu, 98070, Miri, Sarawak

Harga Tiket:

Warganegara

  • Dewasa: RM15.00
  • Kanak-kanak (6-18 tahun): Rm5.00
  • Kanak-kanak(bawah 6 tahun) : Percuma
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM7.00

Bukan Warganegara

  • Dewasa (18 tahun ke atas): RM30.00
  • Kanak-kanak (6-18tahun): RM10.00
  • Kanak-kanak (bawah 6 tahun): Percuma

#6. Pasar Malam Ria Saberkas

ahmadsamsudinkip

Luangkan masa anda untuk berkunjung ke pasar ini. Anda dapat menikmati keenakan dan keunikan makanan-makanan popular masyarakat setempat.

Alamat: Ria Saberkas Night Market, Jalan Saberkas Utama, Saberkas Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Khamis, Jumaat dan Sabtu (4.30 petang-9.40 malam)

#7. Taman Rekreasi Miri City Fan

piperjenni

Sebuah taman rekreasi awam di tengah-tengah bandar Miri. Anda boleh melakukan aktiviti riadah di taman ini, jika anda menginap di hotel berdekatan. Di sini juga terdapat Perpustakaan Awam Miri yang boleh anda lawati.

Alamat: Miri City Fan Recreational Park, Jalan Kipas, 98000 Miri, Sarawak

#8. Taman Buaya Miri

Kredit gambar: Facebook @Miri Crocodile Farm

Anda akan teruja dapat melihat haiwan pemangsa ini beraksi secara dekat. Sesudah itu, anda boleh juga bergerak ke bahagian zoo mini yang menempatkan haiwan-haiwan tempatan seperti burung merak dan binturong.

Alamat: Miri Crocodile Farn Cum Mini Zoo, Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Harga Tiket:

Warganegara

  • Dewasa (13 tahun ke atas): RM25.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun : RM15.00
  • Kanak-kanak (bawah 4 tahun): Percuma

Bukan Warganegara

  • Dewasa (13 tahun ke atas): Rm40.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM20.00
  • Kanak-kanak (bawah 4 tahun): Percuma

#9. Pantai Tanjung Lobang

Sebuah pantai yang paling dekat dengan kawasan bandar. Kemudahan pengunjung seperti medan selera dan kemudahan awam di sini lebih lengkap berbanding pantai lain di Miri. Pemandangan yang memukau pasti akan menenagkan jiwa anda.

Alamat: Tanjung Lobang Beach, 98000 Miri, Sarawak

#10. Taman Bulatan

Sebuah taman rekreasi awam di Miri. Sekitar bulan Mac-Mei, anda berpeluang untuk melihat suasana pokok-pokok sekeliling yang berbunga seperti taman bunga Sakura yang terkenal di Jepun.

Alamat: Taman Bulatan Miri, 98000 Miri, Sarawak

#11. Beach Republic

marrylnsalammajang

Merupakan sebuah club house yang berbentuk rekreasi yang menawarkan kepada anda aktiviti seperti bola tampar pantai, berenang dan bermain bola keranjang. Destinasi ini juga sesuai jika anda ingin menganjurkan program teambuilding untuk organisasi anda.

Alamat: Beach Republic Resorts Sdn bhd, Lot 334, Block 5, Lambir Idstrict, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.00 pagi-11.00 malam), Sabtu & Ahad dan Cuti Am (10.00 pagi- 11.30 malam)

Harga Tiket: RM3.00

#12. Miri Central Park

Sebuah taman rekreasi untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti santai di tepi pantai pada waktu petang. Di sini anda boleh bertenggek di tebing tebing pantai untuk melihat suasan matahari terbenam.

Alamat: Miri Central Park, 98000 Miri, Sarawak

#13. Tempat Menarik Di Miri: Pantai Bungai

Seperti pantai-pantai lainnya, pantai ini mempunyai pemandangan dan suasana yang indah dan mendamaikan.

Alamat: Pantai Bungai, Kampung Bungai, Bekenu, Sarawak

#14. Pantai Bakam

eyja_juan

Dikenali dengan penduduk setempat dengan pantai Hawaii, pantai ini menjanjikan suasana asli kawasan desa, kerana kawasan pantai ini hanya popular di kalangan Masyarakat setempat dan tidak terusik oleh arus kemodenan.

Alamat: Pantai Bakam, 98000 Miri, Sarawak

#15. Tempat Menarik Di Miri: Gunung Murud

Jika anda seorang pendaki gunung, ini pasti akan menerujakan anda. Gunung ini ialah gunung tertinggi di Sarawak dan keempat tertinggi di Malaysia. Tempoh menawan puncak Gunung Murud biasanya memerlukan masa antara 2 ke 3 hari.

Alamat: Gunung Murud, Limbang, Sarawak

#16. Taman Negara Loagan Bunut

Tarikan utama di sini ialah tasik semulajadinya yang besar dan bersambung dengan sungai-sungai berdekatan. Pada bulan Februari hingga Mei setiap tahun, paras air di tasik ini akan surut sehinggakan pengunjung boleh berjalan kaki Sahaja di bebrapa bahagian di tasik ini.

Alamat: Taman Negara Loagan Bunut, 98150 Long Lama, Sarawak

#17. Tempat Menarik Di Miri: Miri-Sibuti Coral Reef National Park

Jika anda meminati aktiviti menyelam, di sini terdapat lebih 40 lokasi tapak penyelaman yang bersesuaian dengan tahap kemahiran masing-masing. Anda dapat menikmati keindahan hidupan marin dan juga terumbu karam yang terdapat di perairan sekitar Miri.

Alamat: Miri-Sibuti, Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Mac-November

#18. Tempat Menarik Di Miri: Piasau Boat Club

Sebuah kelab yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Destinasi ini merupakan sebuah kelab rekreasi persendirian, tetapi dibuka kepada awam untuk melihat keindahan di sini.

Alamat: Secretary P.B.C. Sarawak Shell Berhad, Locked Bag No.1,98009 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-9.00 malam), Isnin (12.00 tengah hari- 9.00 malam)

Harga Tiket: Tidak dikhususkan. Sila Semak di website destinasi ini

#18. Siti Payung Kek Lapis Sarawak

Jika anda ingin mencari kek lapis di Miri, inilah kedainya. Kedai ini menyediakan pilihan kek lapis dari pelbagai perisa dan corak. Anda juga berpeluang untuk merasa dahulu sampel kek lapis sebelum membelinya.

Alamat: Kedai Kek Lapis Sarawak Siti Payung, Jalan Pala,98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 9.00 malam)

#19. Taman Bunga Miri

Jika anda sukakan destinesi yang dikelilingi oleh keindahan landskap taman bunga, anda boleh berkunjung bersama keluarga ke taman ini. Jika terdapat acara tertentu di sini, anda akan dihidangkan dengan hiasan lampu berwarna-warni seperti di i-City Shah Alam.

Alamat: Taman Bunga Miri, Jalan Sylvia, 98000 Miri, Sarawak

#20. Miri Marina

Miri Marina ialah sebuah kawasan jeti Pelabuhan kapal layar dan bot-bot mewah. Anda boleh dating ke sini untuk melihat pemandangan kawasan jeti yang persis dengan Pelabuhan mewah di luar negara.

Alamat: Miri Marina,98000 Miri, Sarawak

#21. Taman Negara Bukit Lambir

Destinasi ini sesuai untuk anda yang ingin menikmati keindahan flora fauna kepulauan Borneo, tetapi mempunyai masalah kekangan masa, kerana taman negara ini paling dekat dengan Bandar Miri berbanding taman negara yang lainnya.

Alamat: Taman Negara Bukit Lambir, Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 pagi-5.00 petang)

Harga Tiket:

Warganegara

  • Dewasa: RM10.00
  • Kanak-kanak (6-17 tahun): RM3.00

Bukan Warganegara

  • Dewasa: RM20.00
  • Kanak-kanak(6-17 tahun): RM7.00

#22. Tempat Menarik Di Miri: Luak Esplanade

Satu lagi tempat menarik untuk melihat keindahan matahari terbenam. Pantai ini lebih meriah pada hujung minggu, ditamabah lagi dengan kehadiran penjaja-penjaja yang menjual pelbagai makanan.

Alamat: Luak Esplanade

#23. Pantai Tusan Subis

Tarikan utama pantai ini ialah struktur batuannya yang unik, seperti batu berbentuk kepala seekor kuda sedang minum air. Selain itu, anda berpeluang melihat fenomena Blue Tears yang lazimnya berlaku antara September-Disember.

Alamat: Pantai Tusan Subis, Kampung Terahat, 98150 Bekenu, Sarawak

#24. Tempat Menarik Di Miri: Tamu Muhibbah & Tamu Khas

Sebuah pasar besar atau pasar pagi yang menjual pelbagai barangan keperluan harian penduduk setempat. Jika anda suka untuk merasakan dan menyelami budaya penduduk setempat, inilah tempat yang sesuai untuk diteroka.

Alamat: Tamu Muhibbah& Tamu Khas, 98000 Miri, Sarawak

Kesimpulannya, banyak tempat-tempat menarik di sekitar Miri ini. Bagi yang ingin menjadikan Miri sebagai destinasi percutian jangan lupa masukkan tempat-tempat ini sebagai kunjungan anda nanti. Selamat Bercuti!


Selain perkongsian di atas, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi info dan panduan mengenai tempat menarik yang lain di SINI!