Ibu, Bayi & Kanak Kanak

30+Tempat Menarik Di Pahang Yang Pasti Berbaloi Untuk Dikunjungi

Sumber: Shutterstock

Negeri Pahang terkenal sebagai negeri yang paling besar di Semenanjung Malaysia. Pahang juga terkenal dengan pelbagai tempat pelancongan yang harus dikunjungi Mommy sekeluarga.

Setiap daerah mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Mommy perlu rancang perjalanan dengan baik supaya tidak berlaku percanggahan dengan rancangan Daddy!

Pahang ada 11 daerah yang berbeza dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Jom lihat dengan secara mendalam di bawah:

31 Tempat Menarik Di Pahang Yang Wajib Dikunjungi!

#1 Taman Negara Pahang

Highlighted

Sumber: Shutterstock

Taman Negara adalah tempat yang kaya dengan hijau rimbun yang lebat. Ia terkenal dengan hutan simpan dan memiliki pelbagai haiwan liar. Taman Negara Pahang merupakan hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Usianya sudah melebihi 150 juta tahun.

Untuk meneroka salah satu tempat menarik di Pahang ini, adalah lebih baik untuk Mommy sekeluarga menempah ‘tour guide’ supaya dapat melihat keindahan alam dengan lebih selamat.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah jungle trekking, canopy walk, melihat perkampungan orang asli, meneroka gua-gua yang ada, mandi air terjun dan juga menaiki bot di Taman Negara Pahang ini.

Mommy juga boleh memberi makan ikan kelah yang besar-besar saiznya di sungai Taman Negara ini. Taman Negara Pahang sangat besar tau Mommy. Sebab tu lebih baik Mommy pergi bersama ‘tour guide’ terutamanya jika bersama anak kecil.

Alamat: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Pahang

#2 Genting Highlands

Sumber: Shutterstock

Destinasi hotspot ini telah menjadi tumpuan orang ramai sejak azali lagi, terutamanya bagi mereka yang mahu merasa cuaca dingin ala ala berada di luar negara. Hanya 45 minit sahaja dari Kuala Lumpur, Genting Highlands menawarkan pelbagai aktiviti serta hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Tempat ini semestinya dapat membantu mengurangkan stres dan menikmati masa bersama keluarga Mommy! Mommy boleh ke sini untuk window shopping, atau terus membeli-belah, menikmati pemandangan indah, bermain di taman temanya yang sangat terkenal dan banyak lagi bersama seisi keluarga.

Tahukan secara detail mengenai tempat yang best di Genting Highlands.

Alamat: Genting Highlands, Pahang

#3 Bukit Fraser

Sumber: Shutterstock

Selain Genting Highlands, untuk menikmati cuaca yang dingin, Mommy juga boleh pergi ke Fraser Hill. Dengan suhu 17 hingga 24 celcius, udaranya sangat sejuk seperti berada di dalam aircond! Senibina bangunan sekitar Fraser Hill pula membuatkan kita berada seperti di Eropah. Oleh sebab itu, Fraser Hill juga terkenal dengan gelaran “The Little England of Malaysia”.

Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi di Fraser Hill adalah Hemmant Trail Fraser Hill, Menara Jam, Air Terjun Jeriau, Taman Flora, The Paddock, Bird Interpretive Centre dan sebagainya! Sesuai untuk membawa anak-anak di sini untuk menikmati cuaca dingin supaya mereka dapat berlari dan bermain dengan nyaman.

Alamat: Fraser’s Hill, Pahang

#4 Bukit Tinggi

Sumber: Shutterstock

Sesiapa yang pernah ke Bukit Tinggi, pasti sering dengar mengenai Colmar Tropicale, Berjaya Hills. Seni bina bangunan ini yang menyerupai bangunan di negara Perancis, Colmar Tropicale, ia merupakan sebuah hotel atau resort yang diinspirasikan oleh bandar Colmar di Perancis pada abad ke-18!

Selain seni binanya yang sangat Instagrammable, tempat menarik di Pahang ini juga menawarkan pelbagai kedai cenderahati, dan kafe ala Perancis, galeri seni, dan banyak lagi. Sama seperti Fraser Hill dan Genting Highlands, Mommy yang tinggal di Kuala Lumpur boleh tiba ke sini dalam hanya satu jam sahaja.

One-day trip pun cukup tau Mommy!

Tarikan pelancong yang lain termasuk Rabbit Farm, Japanese Village, Colmar Adventure Park, Horse Trail Rides, Flying fox dan banyak lagi! Untuk masuk ke sini, Mommy perlu bayar pada harga yang murah sahaja.

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

#5 Muzium Sungai Lembing

Sumber: Shutterstock

Dahulunya merupakan sebuah tempat perlombongan di Sungai Lembing, kini ia merupakan sebuah muzium, menjadikannya salah satu tempat menarik di Pahang.

Di sini Mommy boleh melihat peralatan, pakaian, video dan foto sewaktu aktiviti perlombongan giat dijalankan pada suatu ketika dahulu. Bangunan muzium ini adalah rumah pengurus syarikat perlombongan yang juga merupakan seorang penjajah British pada zaman dahulu.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 9AM-6PM, Setiap Hari 

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200, Pahang

#6 Bukit Panorama

Sumber: Shutterstock

Terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, Bukit Panorama terletak dalam sekitar 45 minit dari Kuantan. Pengunjung sering datang ke sini untuk melihat matahari terbit pada awal pagi. Mommy perlu mendaki selama 40 minit untuk sampai ke puncak ini. Untuk yang lebih berpengalaman, mereka dapat sampai ke puncak dalam masa 20 minit sahaja.

Terdapat tangga yang tidak rata tetapi selamat untuk didaki. Peringatan untuk Mommy supaya berpakaian yang sesuai dan bawa juga lampu supaya tidak berada dalam kegelapan sewaktu mendaki bukit. Yang penting, jaga kebersihan sepanjang berada di Bukit Panorama ini.

Alamat: Panorama Foothills, Sungai Lembing, 26200, Pahang

#7 Gua Charas

Sumber: Shutterstock

Gua Charas terkenal dengan batu kapur yang mencecah 400 juta tahun. Ia terletak dalam sekitar 40 minit dari Bandar Kuantan.

Gua ini sering dilawati oleh penganut Hindu dan Buddha kerana pada hujung gua ini terdapat Buddha yang berbaring. Udaranya agak dingin apabila memasuki dalam kawasan ini.

Harga Tiket: Seorang RM2, Tempat letak kereta RM3.

Waktu Operasi: 9AM-5PM, Setiap Hari

Alamat: Jalan Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang

#8 Pantai Cherating

Sumber: Shutterstock

Pantai ini menjadi tempat destinasi kegemaran penduduk dan juga pengunjung luar kerana tempatnya yang strategik. Cherating terletak diantara Kuantan dan juga Kemaman, Terengganu. Dengan pantainya yang cantik, pengunjung dapat belajar untuk meluncur air, mandi di pantai, menikmati masakan dan pelbagai lagi!

Cukup dengan tempat penginapan dan kedai makan, pengunjung amat suka untuk datang ke sini untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang. Baru baru ini juga tempat viral Cafe Marion menjadi hotspot untuk mendapatkan pencuci mulut Perancis! Rugi kalau tak datang.

Alamat: Pantai Cherating, Kuantan, Pahang

#9 Gunung Senyum

Sumber: Shutterstock

Di Temerloh pula ada gunung bernama Gunung Senyum yang menjadi tarikan pelacong kerana ketinggiannya 478 meter. Selain itu, terdapat juga 25 buah gua yang berada di dalam Gunung Senyum ini. Gunung Senyum adalah bukit batu kapur seperti Gua Charas. Ia terletak 45 minit dari bandar Temerloh.

Antara gua yang ada, adalah Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan banyak lagi gua lain yang mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

Kemudahan di Gunung Senyum juga termasuk kedai makan, tandas, surau, tempat perkhemahan dan juga tempat letak kereta. Disebelah tempat letak kereta juga ada rumah tradisional Pahang yang wujud sejak 1907!

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang, Jengka Reserve Forest Kuala Krau

#10 Pantai Hiburan Rompin

Sumber: Majlis Daerah Rompin

Teringin untuk melihat pasir putih di pantai? Mommy boleh berkunjung ke Pantai Hiburan Rompin! Dengan angin yang kuat, Mommy boleh bersantai bersama anak-anak Mommy, berkelah dan bbq disini!

Anak-anak Mommy juga boleh bermain layang-layang di sini.

Alamat: Pantai Hiburan Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang

#11 Bukit Pelindung

Sumber: Shutterstock

Untuk beriadah bersama keluarga, Mommy boleh cuba datang ke Bukit Pelindung. Tempatnya agak curam dan perlu stamina yang tinggi untuk mendaki bukit ini. Bukit Pelindung terletak di dalam kawasan perumahan dan ramai penduduk akan jogging di sini setiap hari. Untuk naik ke puncak, ia mengambil masa dalam 1 jam mengikut kemampuan Mommy.

Di puncak bukit ini, Mommy boleh melihat seluruh Bandar Kuantan dan pemandangannya sangat cantik! Satu peringatan untuk Mommy, tempat letak kereta tidak disediakan, jadi adalah lebih baik untuk Mommy datang awal supaya mudah mencari tempat letak kereta yang sesuai.

Alamat: Jalan Tengku Muhamad, 25250, Kuantan, Pahang

#12 Santuari Penyu Cherating

Sumber: Shutterstock

Untuk menambah satu pengalaman baru kepada anak-anak, Mommy boleh bawa mereka melihat penyu dengan lebih dekat di Santuari Penyu Cherating. Ini merupakan tempat yang memberi perlindungan kepada penyu-penyu yang semakin pupus di Malaysia sejak 1988.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di sini adalah penetasan telur penyu, melepaskan anak-anak penyu ke laut, melihat pameran dan menonton tayangan video mengenai penyu. Yang lagi menarik, Mommy dan anak-anak juga mungkin berpeluang untuk sama-sama menyertai program melihat penyu pada waktu malam.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 9AM-530PM, tutup pada hari Isnin

Alamat: Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu, KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kuantan Pahang

#13 Pantai Pelindung Kuantan

Sumber: Shutterstock

Keunikan pantai pelindung adalah ia tidak mempunyai teluk ataupun batuan yang membuatkan Mommy dan keluarga menikmati pantai yang luas.

Terdapat juga warung makan, kedai keperluan, tandas dan surau juga disediakan. Di kawasan ini juga terdapat tasik pelindung dan orang awam boleh memancing di tasik tersebut secara percuma.

Alamat: Pantai Pelindung Kuantan, 25000, Kuantan, Pahang

#14 Cameron Highlands

Mahu menikmati udara yang sejuk dan nyaman serta penuh dengan pokok yang lebat dan hijau? Mommy boleh berkunjung ke tempat yang terkenal dengan ladang teh, Cameron Highlands. Disini Mommy boleh bawa anak-anak Mommy ke ladang teh BOH, tidur di penginapan yang selesa dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan macam-macam lagi,

Cameron Highlands mempunyai beberapa pekan iaitu, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Tringkap. Cameron Highlands ditubuhkan oleh seorang peneroka British, iaitu Sir William Cameron. Sejak dari itu, ramai penjajah British menjadikan Cameron Highlands sebagai tempat percutian pada zaman dahulu.

Disamping itu, Mommy juga boleh berkunjung ke Ladang Strawberi dan boleh menikmati keunikan makanan seperti ais krim strawberi, nasi lemak sambal strawberi. Mommy juga boleh membeli buah-buahan segar di pasar mereka. Selain itu Mommy boleh datang ke Taman Rama-rama Kea Farm, Cactus Valley, Sheep Farm, Lavender Garden dan banyak lagi!

Alamat: Cameron Highland, Pahang

#15 Krau Wildlife Reserve

Sumber: Shutterstock

Dengan keluasan 60,000 hektar, Krau Wildlife Reserve sudah wujud sejak zaman British lagi. Ia adalah tempat hidupan liar terluas dia semenanjung Malaysia.

Krau Wildlife Reserve terkenal sebagai pusat pengkajian kelawar dan juga burung. Tempat ini juga dijadikan tempat Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan dan Pusat Konserbasi Gajah Kebangsaan.

Alamat: Bukit Rengit, 28500, Lanchang, Pahang

#16 Air Terjun Lata Bujang

Sumber: Flikr

Air terjun Lata Bujang mungkin bukan tempat yang sesuai bagi Mommy dan anak-anak. Tetapi untuk Mommy dan Daddy yang berminat untuk ke sini dan menikmati aktiviti outdoor, ia akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan!

Perjalan ke air terjun ini bukanlah senang, dan terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi kerana laluannya yang agak licin dan curam. Mommy perlu memakai kasut yang sesuai untuk hiking ke sini. Sekiranya anda bukan yang cepat gentar dengan cabaran, lawatan ke Air Terjun Lata Bujang boleh dijadikan satu tempat menarik di Pahang yang boleh dikunjungi.

Alamat: Air Terjun Lata Bujang, Krau

#17 Hutan Lipur Lentang

Sumber: Shutterstock

Bukit Tinggi mempunyai hutan rekreasi yang terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Benus. Sungai tersebut menyumbang kepada kecantikkan landskap hutan kerana kolam-kolam kecil ini.

Lokasi ini sangat terkenal pada hujung minggu. Disini Mommy boleh berkelah bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kemudahan seperti gerai makanan, tempat untuk berkhemah, gazebo untuk berehat dan tempat pejalan kaki. Tempat letak kereta juga disediakan untuk para pengunjung.

Alamat: Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang

#18 Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam

Sumber: Shutterstock

Shhh, tempat ini sangat tersembunyi berbanding tempat tempat lain yang disenaraikan di sini. Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam terkenal dengan airnya yang sangat biru. Mesti Mommy tertanya kenapa tasik ini biru sangat?

Berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udar Diraja Malaysia, Tasik Biru ini terbentuk daripada bekas projek perlombongan yang dijalankan satu ketika dahulu.

Untuk pengetahuan Mommy, tasik ini tidak selamat untuk hidupan akuatik dan tidak sesuai untuk bermandi-manda. Jadi, para pengunjung hanya boleh berehat dan mengambil gambar sahaja apabila berada di sini.

Alamat: Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam, 26700 Muadzam Shah, Pahang

#19 Bukit Gambang Safari

Sumber: Tripcarte

Sesuai untuk aktiviti kanak-kanak, Bukit Gambang Safari menawarkan kawasan yang sangat luas untuk melihat pelbagai jenis haiwan. Daripada harimau, kuda, reptilia, ikan, beruang dan macam-macam lagi. Tempat ini juga bersih dan terjaga untuk pengunjung bersiar-siar.

Terdapat juga pertunjukan seperti Indiana Stunt Show, African Yabara Fire Show, Wonderful Birds Show, Multi-Animal Show dan banyak lagi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM32, Kanak-Kanak RM22, 3 tahun & kebawah adalah percuma

Waktu Operasi: 1PM-9PM, Selasa-Khamis, 11AM-9PM Jumaat-Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum, Isnin (Tutup Kecuali Cuti Umum/ Cuti Sekolah)

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang

#20 Janda Baik

Janda Baik adalah destinasi yang terkenal dengan tempat penginapan, tempat berkelah dan berkhemah bersama keluarga. Kerana tempatnya yang dingin dan nyaman, selalunya suhu Janda Baik berada di antara 22 hingga 28 darjah celcius setiap masa.

Keistimewaan Janda Baik adalah ia kaya dengan hutan yang mendamaikan bagi pengunjung. Aktiviti seperti berkhemah juga amat terkenal disini. Ia juga terkenal dengan pelbagai aktiviti family day dan team building.

Terdapat beberapa tempat penginapan disini seperti D’Villa Janda Baik, Aman Rimba Private Estate, Saujana Janda Baik Homestay, Danau Daun Chalet dan banyak lagi.

Alamat: Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#21 90 Degrees Café & Art

Sumber: She Walks The World

Apabila Mommy sampai di Kuantan, Mommy boleh singgah di kafe viral ini. Terkenal dengan masakannya yang enak, dekorasinya seperti boho 90 Degrees Café & Art menawarkan pelbagai hidangan seperti Asia dan juga barat. Mesti menarik buat Mommy berkunjung bersama rakan-rakan dan luangkan masa bersama.

Terdapat pelbagai pencuci mulut dan hidangan seperti waffle, sandwich, kek dan macam-macam lagi! Terdapat juga galeri seni yang dihasilkan daripada pelukis tempatan.

Mommy minat dengan seni dan mahu mengasah bakat terpendam Mommy? Kafe ini juga menawarkan kelas seni yang sering dianjurkan di sini.

Waktu Operasi: 10AM-11PM Isnin, Rabu, Khamis, 10AM-12AM Jumaat, Sabtu, Ahad, Tutup pada Selasa 

Alamat: B-882, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang

#22 Gunung Tahan

Sumber: Shutterstock

Terkenal dengan puncak yang tertinggi di Semenanjung, Gunung Tahan memiliki ketinggian mencecah lebih 2,000 meter. Kalau Mommy berminat untuk mendaki bersama kawan-kawan, boleh la kunjung ke sini!

Trek gunung ini sangat mencabar buat mereka yang baru pertama kali ke sini. Jadi, jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai.

Alamat: Taman Negara National Park, Pahang

#23 Ana Ikan Bakar Petai

Sumber: TripAdvisor

Tanjung Lumpur terkenal dengan masakan ikan bakar dan makanan laut. Mommy harus kunjung ke Ana Ikan Bakar Petai yang menyediakan pelbagai masakan ikan bakar serta masakan makanan laut ala thai.

Ana Ikan Bakar sangat terkenal dengan pengunjung mahupun penduduk tempatan.

Waktu Operasi: 530PM-12AM Setiap Hari

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

#24 Masjid Sultan Ahmad Shah

Sumber: Shutterstock

Masjid yang paling terkenal di Kuantan kerana warnanya biru dan kecantikkannya yang memukau. Untuk pengetahuan Mommy, inilah Masjid Sultan Ahmad Shah ataupun Masjid Tempurung di negeri Pahang. Ia mampu menampung sehingga 8,000 jemaah dalam satu masa.

Didirikan pada tahun 1992, masjid ini dihiasi dengan tulisan Asma’ al-Husna dan diinspirasikan daripada bangunan pada zaman Uthmaniyah.

Alamat: Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

#25 Lembah Temir Resort

Sumber: Shutterstock

Lembah yang indah dan tersorok di Raub ini terkenal dengan tempat penginapannya yang berada di tepi sungai. Pada mulanya, ia adalah projek dusun durian yang kemudiannya berubah menjadi resort.

Mommy perlu sampai pada waktu siang kerana malam jalannya tiada lampu. Ini memang tempat untuk melarikan diri daripada dunia luar.

Lebih seronok kalau Mommy sekeluarga datang ke sini semasa musim buah kerana ia dikelilingi dusun buah-buahan seperti rambutan, manggis, pulasan, dan banyak lagi.

Lembah Temir Resort ini dijaga dengan rapi dan ia juga menyediakan sarapan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Jadi, Mommy usah risau untuk mendapatkan makanan sepanjang berada di sini.

Tetapi, jangan lupa untuk ‘booking’ terlebih dahulu ya Mommy.

Harga:

  • Dewasa :   RM250/night/pax (seorang)
  • 1 bilik:  RM450/pax/night
  • Kanak-kanak:  RM125/night/pax  (2 -12 tahun)
  • 2 tahun kebawah: percuma

Alamat: C149, 27630 Sungai Ruan, Pahang

#26 Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja Kg.Soi

Sumber: PKNP

Kalau datang ke Pahang, Mommy patut melihat Tenun Pahang yang selalu dipakai oleh keluarga diraja Pahang. Ia adalah fabrik mewah yang dibawa ke tanah melayu pada 16 masihi oleh pembesar Bugis dari Sulawesi ataupun Riau.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang tenun Pahang, Mommy boleh melawat Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja di Sg Soi. Pakaian tenun Pahang, proses penghasilan kain tenun, dan banyak lagi ada dipamerkan di sini.

Kalau Mommy berminat dengan kain tenun, boleh lihat di kedai mereka yang menjual kain tenun, samping, tudung dan sebagainya.

Waktu Operasi: 8AM-5PM Isnin – Sabtu, 10AM-5PM Ahad

Alamat: Kompleks Pengembangan, Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kg. Soi, Jalan Kempadang Perdana 1, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

#27 Deerland Park Lancang Pahang

Sumber: Justgola

Deerland bukan sahaja menawarkan deer, malah pelbagai haiwan lagi seperti burung unta, rusa, ular sawa albino, burung merak dan banyak lagi haiwan eksotik yang ada disini. Anak-anak Mommy mesti suka berinteraksi bersama hidupan eksotik di Deerland.

Mommy perlu mengambil gambar sebagai kenangan untuk anak-anak. Boleh juga mengambil gambar sambil memegang ular sawa!

Harga: Dewasa  RM7, Kanak-Kanak RM4

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis (10.30 am – 4.30 pm)
  • Sabtu & Ahad (10.30 am – 5.00 pm)
  • Jumaat (Tutup)

Alamat: Jalan Bukit Rengit, 28500, Lanchang, Pahang

#28 Pulau Tioman

Sumber: Shutterstock

Siapa yang tak kenal dengan Pulau Tioman bukan? Pulau Tioman merupakan salah satu pulau yang terkenal di Asia. Air lautnya yang biru dan kaya dengan hidupan marin, menjadikan pulau ini sering dijadikan salah satu pulau yang wajib dikunjungi pengunjung tempatan dan luar negara.

Terdapat beberapa lokasi yang boleh dilawati semasa berada di sini seperti Pusat Taman Marin, Monkey Bay, Salang, Kampung Tekek, Air Terjun Asah dan sebagainya.

Bukan sahaja Pulau Tioman, ada juga Pulau Tulai, Pulau Renggis, Pulau Labas dan banyak lagi!

Alamat: Pulau Tioman, Pahang

#29 Taman Rekreasi Wadi Al-Amin

Sumber: Facebook

6 kilometer dari Bandar Temerloh, terdapat sebuah taman rekreasi yang bernama Taman Rekreasi Wadi Al-Amin. Ia sangat selesa kerana terdapat ruang yang berbeza untuk lelaki dan wanita.

Mommy boleh datang bersama anak-anak Mommy untuk sejukkan badan lepas berada di luar dibawah cuaca yang panas terik.

Harga Tiket: Dewasa (>18 Tahun) RM5, Kanak-Kanak (1 – 17 Tahun) RM3, Warga Emas (>70 Tahun) dan OKU Percuma

Waktu Operasi: 3PM-630PM Selasa – Jumaat, 9AM-630PM Sabtu – Ahad & Cuti Umum, 10AM-630PM Cuti Sekolah, Tutup pada Isnin kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum

Alamat: Kolam Tahfiz Berhala Gantang, Kampung Durian Burung, 28050, Temerloh, Pahang

#30 Brew & Butter Cafe

Sumber: Facebook

Kalau Mommy suka berkunjung ke kafe yang viral, boleh datang ke Brew & Butter Cafe. Terkenal dengan croffle mereka iaitu kombinasi crossaint dan waffle mereka yang mempunyai pelbagai topping seperti coklat, biscoff caramel dan macam macam lagi. Menu hidangannya adalah western dan pelbagai pencuci mulut ada disediakan disini.

Waktu Operasi: 12PM-8PM, Tutup pada hari Isnin

Alamat: C840, Jalan Kenanga Off Jln Bukit Ubi, Perkampungan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang

#31 Hogoh De Coco

Hogoh de Coco terkenal dengan coconut shake, ais krim kelapa, air kelapa, dan banyak lagi menu yang dapat menghilangkan rasa dahaga. Dengar sahaja dah terliur rasanya bukan? 

Setelah penat berjalan di kawasan sekitar, Mommy boleh singgah di sini untuk menikmati pencuci mulut yang disediakan. 

Apa tunggu lagi? Moh la singgah! 

Waktu Operasi: 10AM-11PM, Setiap Hari

Alamat: Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang

Tunggu apa lagi? Moh la datang ke Pahang!

Menarik bukan? Jangan tunggu lagi. Buat perancangan dengan seisi keluarga untuk datang ke Pahang hari ini!