Setiap kali cuti sekolah, Pulau Pinang sebuah negeri di utara tanah air ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Apa yang menarik sangat dengan Pulau Pinang ini?
Tentunya anda tertanya-tanya bukan apakah tempat menarik di Pulau Pinang sehingga membuatkan ia sering dikunjungi ramai pelancong sama ada di dalam atau luar negara!
Nak tahu lebih lanjut? Jom kita terokai 30 tempat menarik di Pulau Pinang sebagai rujukan kepada anda yang ingin berkunjung ke Pulau Pinang di bawah!
Senarai Tempat Menarik di Pulau Pinang
Berikut ialah senarai tempat menarik di Pulau Pinang iaitu:
#1. The Habitat, Penang Hill
The Habitat Penang Hill adalah destinasi yang sangat menarik dan selalu dijaga dengan baik. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti jalan Curtis Crest, jalan atas pokok di kawasan kanopi, dan buaian besar.
Tempat ini dibuka pada hujung minggu sehingga pukul 8:00 malam. Anda boleh berjalan-jalan di waktu senja dengan matahari terbenam di puncak jalan Curtis Crest.
- Alamat: Jalan Bukit Bendera, Bukit Bendera, 11500 Bukit Bendera, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pg – 8:00 mlm
- Harga Tiket: Dewasa – RM49.50 | Kanak-kanak – RM31.50 (termasuk murid dan warga emas)
#2. Pantai Batu Ferringhi antara Tempat Menarik Di Pulau Pinang
Terletak hanya 15 minit dari Georgetown dan antara pantai utama di Pulau Pinang yang menawarkan pemandangan yang sangat mempesonakan.
Mempunyai pelbagai aktitivi dan banyak hotel yang menawarkan servis dan pemandangan laut yang memukau. Jangan lepaskan peluang untuk berseronok di pantai ini bersama keluarga.
- Alamat: Pantai Batu Feringghi, 11050, Pulau Pinang
#3. Galeri Seni Yahong
Bagi peminat seni jangan lepaskan peluang untuk melihat dari dekat seni dari artis dalam dan luar negara di Galeri Seni Yahong.
Di sini menempatkan pelbagai hasil lukisan artis dari Malaysia dan juga dari artis seluruh dunia.
- Alamat: 58 D, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 10:00 pg – 8:00 mlm
- Harga Tiket: Percuma
#4. Akuarium Tunku Abdul Rahman (Akuarium Pulau Pinang)
Bagi yang membawa kanak-kanak atau peminat ikan dan hidupan laut, Akuarium Tunku Abdul Rahman (Akuarium Pulau Pinang) pastinya pilihan tepat untuk anda pergi bersama.
Akuarium yang bersaiz sederhana ini mempunyai 25 tangki. Di sini terdapat hidupan laut yang sangat unik seperti ‘surgeonfish’, ‘lionfish’, belut moray dan banyak lagi.
- Alamat: Kompleks Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 10:00 pg – 5:00 ptg
- Harga Tiket: Dewasa – RM5 | Kanak-kanak – RM2
#5. Bukit Bendera – Tempat Menarik Di Pulau Pinang
Lokasi wajib dilawati jika datang ke Pulau Pinang ialah Bukit Bendera. Jika anda ingin menghayati keindahan Pulai Pinang dari atas anda boleh datang ke Bukit Bendera.
Kawasan tanah tinggi yang boleh diakses menggunakan kereta kabel pastinya memberi kelainan kepada mereka yang pertama kali berkunjung ke sini.
- Alamat: Bukit Bendera, Georgetown, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 7 pagi – 11 malam
- Harga Tiket: Dewasa – RM10 | Pelajar / Warga Emas – RM5 | Kanak-kanak – RM3
#6. Taman Negara Pulau Pinang
Mahu dekat dengan alam semula jadi. Jadikan Taman Negara Pulau Pinang sebagai salah satu tempat kunjungan anda semasa ke Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang ini kaya dengan flora dan fauna yang menarik.
- Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 7.30 pagi – 6.00 petang
- Harga tiket: Percuma
#7. Entopia by Penang Butterfly Farm
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke taman rama-rama yang sangat cantik. Entopia by Penang Butterfly Farm sebuah taman rama-rama yang berinspirasikan taman fantasia dengan lanskapnya seolah-olah berada di taman puteri kayangan.
- Alamat: 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang
- Harga Tiket:
- Dewasa: RM49 | Kanak-kanak / Warga Emas: RM29
- Pakej Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 144
- Pakej Keluarga (2 dewasa + 3 kanak-kanak): RM 167
- Pakej Keluarga (2 dewasa + 4 kanak-kanak): RM 190
- Pakej Keluarga (2 dewasa + 5 kanak-kanak): RM 213
- Pakej Keluarga (2 dewasa + 6 kanak-kanak): RM 236
#8. Muzium Perang merupakan Tempat Menarik Di Pulau Pinang
Bagi peminat sejarah, Muzium Perang wajib ada dalam itinerary anda. Muzium ini merupakan sebuah kubu pertahanan dan kem tentera sewaktu Perang Dunia Kedua tau!
Selain itu, muzium ini merupakan tapak warisan Perang Dunia Kedua yang terbesar di Asia. Ianya juga pernah dijadikan sebagai kem tentera Jepun.
- Alamat: Lot 1350, Mukim 12, 11960 Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang / 7.00 petang – 11.00 malam
- Harga Tiket: Dewasa: RM21 | Kanak-kanak: RM10
#9. Padang Kota Lama
Padang Kota Lama, satu tempat yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terletak di tepi laut dan merupakan tempat yang sering menjadi lokasi pelbagai acara.
Tempat ini sering dijadikan sebagai tempat untuk bersantai, ambil gambar dan beriadah bersama keluarga. Selain itu, di sini juga terdapat banyak tempat makan menarik.
- Alamat: 1, Light St, Georgetown, 10450 George Town, Pulau Pinang
#10. Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park)
Tempat menarik di Pulau Pinang yang seterusnya ialah Taman Burung Pulau Pinang. Sebuah taman yang mempunyai lebih 3,000 ekor burung dari pelbagai spesis pastinya akan membuatkan anda sekeluarga teruja dengan tarikan ini.
Taman burung ini adalah taman burung yang pertama di Malaysia. Anda boleh berinteraksi dengan burung-burung di sini tau. Jadi, jangan lepaskan peluang ke sini tau!
- Alamat: Taman Burung Seberang Jaya, Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700, Perai, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 petang
- Waktu Pertunjukan Burung: 11.00 pagi / 3.30 petang
- Harga Tiket: Dewasa: RM25 | Kanak-kanak: RM15 | Pelajar: RM10
#11. Fort Cornwallis – Tempat Menarik Di Pulau Pinang Sering Dikunjungi
Selain Muzium Perang, tempat bersejarah lain yang boleh dikunjungi adalah Fort Cornwallis. Fort Cornwallis ialah sebuah kubu yang telah dibina oleh Francis Light pada tahun 1786.
Di sini jugalah tempat pendaratan bagi tentera Tentera Syarikat Timur Inggeris semasa menawan Pulau Pinang dahulu.
- Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 10.00 petang
- Harga Tiket: Dewasa: RM10 | Kanak-kanak: RM5
#12. Countryside Stables Penang
Teringin tunggang kuda? Jom ke Countryside Stables Penang. Kandang kuda ini adalah milik peribadi namun telah dibuka kepada umum.
Mempunyai 35 ekor kuda dari pelbagai jenis baka. Selain menunggang terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah berinteraksi dengan kuda, memberi makan kuda, menaiki kereta kuda dan bermacam lagi.
- Alamat: Lot 10050, Jalan Sungai Burung, Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 2.00 petang – 7.00 malam
- Harga Tiket: Dewasa: RM10 | Kanak-kanak: RM5
#13. Rumah P Ramlee- Tempat Menarik Di Pulau Pinang Penuh Nostalgia
Anda peminat P. Ramlee? Ini adalah sebuah lagi tempat pelancongan menarik di Pulau Pinang. Apa kata anda berkunjung ke rumah pelakon dan penyayi pujaan ramai ini.
Lihat sendiri koleksi barangan peribadi Allahyarham P. Ramlee.
- Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.30 petang
- Harga Tiket: Percuma
#14. Rumah Pinang Peranakan (Pinang Peranakan Mansion)
Baba dan Nyonya bukan sahaja ada di Melaka tapi juga di Pulau Pinang. Jika anda berkungjung ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Rumah Pinang Peranakan (Pinang Peranakan Mansion).
Rumah ini ialah rumah seorang orang kaya milik Baba. Di sini anda boleh lihat gaya hidup mereka yang mewah dan adat tradisi mereka.
- Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
- Waktu Operasi: 9.30 pagi – 5.00 petang
- Harga Tiket: Dewasa: RM20 | Kanak-kanak: Percuma
#15. Pantai Tanjung Bungah
Jom rehatkan minda anda dengan berkunjung ke Pantai Tanjung Bungah. Bagi mereka yang sukakan ketenangan sangat sesuai berkunjung ke sini kerana pantai ini tidak banyak aktiviti sukan air.
- Alamat: Pantai Tanjung Bungah, 11200, Pulau Pinang
#16. Tropical Spice Garden
Lain dari yang lain, taman ini menjadikan pelbagai herba sebagai tarikan utamanya.
- Alamat: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang
- Harga Tiket: Dewasa: RM31 | Kanak-kanak: RM18 | Warga Emas / Pelajar: RM25
#17. Masjid Terapung Tanjung Bungah Tempat Menarik Di Pulau Pinang Penuh Ciri Islamik
Terletak berdekatan dengan Pantai Tanjung Bungah. Jika anda berkunjung di masjid ini pada waktu senja anda dapat saksikan sendiri keindahan matahari terbenam.
- Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
#18. Penang Street Art.
Ingin berOOTD sambil melihat lukisan menarik berkunjunglah ke Penang Street Art dengan pelbagai tarikan lukisan yang sangat menarik.
- Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang
#19. Pantai Monyet Merupakan Tempat Menarik Pulau Pinang Penuh Hidupan Liar
Pantai Monyet ialah sebuah pantai yang masih belum dikenali. Tidak seperti pulau lain yang mudah diakses, cara mengakses pulau ini ialah dengan cara meredah hutan yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang.
Tetapi sangat berbaloi kerana anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang cukup menarik. Selain itu, anda juga boleh menyewa perkhidmatan bot untuk pergi ke pulau ini.
- Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
- Harga Bot: RM50-RM60 sehala
#20. Taman Rimba Teluk Bahang
Sebuah taman rekreasi yang terkenal di Pulau Pinang. Dikelilingi hutan rimba yang menghijau. Di sini juga terdapat kolam mandi buatan manusia.
Rehatkan minda dan tubuh anda dengan berkunjung ke sini. Jangan lepaskan peluang juga untuk rasai kesejukan air sungai dengan mandi di sini.
- Alamat: 772, Jalan Tanjung Bungah, Taman Tanjung Bungah, 11050, Pulau Pinang
#21. Taman Bukit Panchor
Taman Bukit Panchor merupakan sebuah hutan lipur di Pulau Pinang. Di sini dapat dilihat banyak pokok dengan pelbagai saiz menjadikan suasana di sini sangat redup.
Terdapat juga tempat pejalan kaki yang diperbuat dari kayu untuk memudahkan pengunjung melihat pemandangan sekeliling. Selain itu, terdapat juga kawasan air terjun untuk bermandi-manda.
- Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang
#22. Muzium Kamera Pulau Pinang
Bagi kaki foto atau penggemar fotografi, ini adalah tempat anda. Terdapat pelbagai jenis kamera antik, aksesori kamera, sudut lenda, gambar-gambar lama dan banyak lagi yang anda boleh tengok sendiri.
Ini adalah satu-satunya muzium seumpama ini di Asia Tenggara tau!
- Alamat: Level B3, Astaka Bukit Bendera, Jalan Tunku Yahaya Petra, Bukit Bendera, 10000 Penang Hill, Penang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 8.00 malam
- Harga Tiket: Dewasa: RM20 | Kanak-kanak / Warga Emas: RM15
#23. Tenankan Fikiran di Tempat Menarik Pulau Pinang iaitu Taman Botani
Jika ingin bersantai, beriadah sambil menikmati alam semulajadi, Taman Botani ialah tempat paling tepat. Mempunyai 11 tarikan utama antaranya ialah Taman Jepun, Taman Herba dan Taman Aquatik.
- Alamat: 673 A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 5.00 pagi – 8.00 malam
#24. Wonderfood Museum Penang
Di sini anda boleh melihat sendiri sejarah budaya makanan popular terutamanya makanan yang berasal dari Pulau Pinang.
- Alamat: 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang
- Harga Tiket: Dewasa: RM15 | Kanak-kanak: RM10
#25. Made in Penang Interactive Museum
Muzium ini adalah muzium berkenaan tentang sejarah kebudayaan orang Pulau Pinang. Muzium sesuai untuk dilawati bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan tempoh percutian yang singkat.
- Alamat: 3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.30 petang
- Harga Tiket: Dewasa: RM25 | Kanak-kanak / Warga Emas: RM15
#26. Resort Pulau Jerejak
Resort yang hanya boleh diakses menggunakan bot ini mempunyai pemandangan yang cukup menarik. Dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa yang tinggi dan pasir pantai yang memutih.
- Alamat: No 1, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Jerejak
- Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30 pg – 12:00 pg
- Harga Tiket: Dewasa – RM25 | Kanak-kanak – RM16
#27. Taman Alam Semulajadi Cherok Tokun
Anda sukakan aktiviti lasak? Anda boleh lakukannya di Taman Alam Semulajadi Cherok Tokun ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah aktiviti merentas hutan, mendaki dan berbasikal.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
- Harga Tiket: Percuma
#28. Pantai Robina
Ingin jauh dari kesibukan di kota? Pantai Robina ialah jawapannya. Sebuah pantai yang masih lagi belum diterokai oleh orang ramai. Pantai yang dipenuhi oleh batu yang besar-besar dan pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau mata yang memandang.
- Alamat: Taman Teluk Molek, 13050 Butterworth, Penang
- Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
- Harga Tiket: Percuma
#29. Masjid Kapitan Keling merupakan Tempat Menarik Pulau Pinang yang Popular
Sebuah masjid yang telah berdiri dari abad ke-19. Didirikan oleh seorang pedagang Muslim India. Masjid ini akan menjadi warna keemasan apabila disinari matahari terbenam.
- Alamat: Georgetown, Pulau Pinang
#30. Taman Rahsia Avatar
Terdapat satu tarikan terbaru di Pulau Pinang iaitu Taman Rahsia Avatar. Ini adalah salah satu tempat menarik di Pulau Pinang pada waktu malam. Suasana malam di sini sangat cantik apabila dihiasi dengan cahaya lampu yang berwarna-warni.
- Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, Pulau Pinang
- Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pg – 12:00 pg
- Harga Tiket: RM1
Dengan berkunjung ke semua tempat menarik yang terdapat di Pulau Pinang ini, anda bukan sahaja dapat merehatkan diri dan enjoy dengan keindahan alam flora dan fauna, tetapi turut mempelajari budaya setempat dan menambah ilmu mengenai banyak perkara menarik di sini.
Dapatkan juga panduan tempat menarik yang lain di SINI!