Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sangat Memukau! Ini 15 Tempat Menarik di Sandakan yang Patut Dikunjungi

tempat menarik di sandakan

Kredit gambar: Instagram @magnuspihl

Sandakan sebuah daerah di Sabah yang terletak agak jauh dari ibu negeri, Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang 331 kilometer atau 3 jam 45 minit pemanduan. Walaupun begitu, terdapat banyak tempat menarik di Sandakan yang sentiasa menarik ramai pelancong ke sini saban tahun.

Jika anda nak tahu, Sandakan mempunyai banyak pulau dan pantai yang cantik serta taman hidupan liar yang sukar dijumpa di semenanjung.

Di bawah ini, kami senaraikan kepada anda 15 tempat menarik di Sandakan yang wajib dikunjung jika anda merancang untuk ke sini. Jom teroka sekarang!

Senarai Tempat Menarik di Sandakan Wajib Pergi

#1. Kampung Buli Sim Sim – Tempat Menarik di Sandakan

Highlighted

Kredit gambar: Instagram @the.sea.garden.sim.sim

Tempat menarik di Sandakan yang pertama ialah Kampung Buli Sim Sim. Kampung Buli Sim Sim ialah sebuah perkambungan di atas air yang memiliki pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan.

Di sini anda bukan sahaja dapat melihat bagaimana orang kampung ini menjalani kehidupan mereka tetapi juga dapat menikmati makanan dengan masakan yang istimewa di restoran atas air di sini.

Pastinya satu pengalaman yang menarik apabila menikmati hidangan di tempat seperti ini.

Selesai menjamu selera anda boleh berjalan-jalan melihat kehidupan masyarakat yang menjalani kehidupan mereka di perkampungan ini.

Alamat: Kampung, Jalan Sim Sim, jalan berhala darat, Sandakan, Sabah

#2. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sabah sememangnya terkenal sebagai destinasi yang mempunyai banyak pusat pemuliharaan dan rehabilitasi haiwan.

Hal ini adalah untuk menjaga dan memelihara haiwan yang semakin pupus. Salah satunya adalah Sepilok Orang Utan Rehabilitation Center. Tempat ini adalah tempat pemuliharaan orang utan.

Di sini anda akan dapat melihat orang utan menjalani kehidupan mereka tanpa sebarang gangguan. Mereka hidup serta main dengan bebas tetapi pada masa yang sama mereka dipantau dan dijaga.

Alamat: Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (9 pagi – 11 pagi, 2 petang – 3 petang) & Khamis (2 petang – 4 petang)

#3. Indah Jaya Waterpark – Tempat Menarik di Sandakan

Kredit gambar: Instagram @amintrimo

Selain pulau, pantai dan pusat pemuliharaan haiwan Sandakan juga mempunyai sebuah taman tema air yang sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

Indah Jaya Waterpark adalah sebuah taman tema air yang tidak terlalu besar tetapi sangat meriah. Taman tema ini seolah-olah seperti taman permainan di dalam air.

Terdapat gelongsor dan beberapa permainan lain yang sesuai untuk anak-anak kecil. Mommy Daddy pun boleh berenang-renang di dalam kolam sambil memantau anak-anak.

Alamat: Indah Jaya Recreation Club, Jalan Lintas Selatan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi:

  • Rabu – Jumaat (1 petang – 6 petang)
  • Sabtu – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Harga tiket: RM12

#4. Deramakot Forest Reserve – Tempat Menarik di Sandakan

Di samping itu, tempat menarik di Sandakan yang lain ialah Deramakot Forest Reserve iaitu sebuah hutan simpan yang masih terjaga rapi.

Hutan simpan ini mempunyai keluasan 55,507 hektar dan ianya adalah satu-satunya hutan simpan di dunia yang diperakui sebagai hutan yang terjaga rapi oleh Forest Stewardship Council.

Hutan simpan ini mendapat perakuan ini kerana aktiviti pembalakan di sekitar hutan ini mematuhi peraturan “Reduced Impact Logging” iaitu Pembalakan Kurang Impak (RIL).

Peraturan ini menggariskan bahawa sebarang aktiviti pembalakan hanyalah boleh melibatkan pokok yang tidak memberi kesan besar kepada tanah dan juga hutan disekitarnya apabila berlaku proses penebangan.

Dalam erti kata lain memberi kesan minimal kepada alam semulajadi di sekitarnya. Ini adalah demi menjaga kelestarian alam untuk generasi akan datang.

Alamat: Deramakot Forest Reserve, Telupid, Beluran, Sabah

Tiket Masuk: RM15 & Kenderaan RM100 & Kamera RM10

#5. Rainforest Discovery Centre

Kredit gambar: Instagram @clarence.egil

Terletak di Hutan Simpan Sepilok-kabili, Rainforest Discovery Centre ini menjadi rumah kepada Orang Utan yang menjadi salah satu spesis haiwan yang dilindungi.

Kredit gambar: Instagram @sabahtourism

Di sini juga anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang menghijau dan menghayati bunyi burung yang menyanyi riang dengan berjalan di canopy walk yang disediakan.

Kredit gambar: Instagram @sabahtourism

Untuk pencinta alam dan mereka yang sukakan ketenangan, Rainforest Discovery Centre ini adalah tempat wajib yang anda perlu kunjungi.

Alamat: Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi – 5 petang)

Tiket masuk:

Warganegara

  • Dewasa: RM7
  • Kanak-kanak: RM3*Bawah 5 Tahun Percuma

Bukan warganegara

  • Dewasa: RM15
  • Kanak-kanak: RM7 *Bawah 5 Tahun Percuma

#6. Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo

Selain Sepilok Rehabilitation Center, Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo juga adalah salah satu pusat perlindungan haiwan yang patut anda kunjungi.

Di sini anda akan dapat menyaksikan secara dekat Beruang Matahari yang semakin pupus. Beruang Matahari adalah spesis beruang yang paling kecil dalam kumpulan keluarga beruang dan kewujudannya semakin terancam dek kerana kerakusan manusia.

Di sini anda akan dapat melihat Beruang Matahari ini menjalani kehidupan mereka dari atas dek pemerhati yang telah disediakan.

Namun, harus diingat supaya tidak membuat bising kerana beruang ini sangat sensitive dengan bunyi bising.

Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 3.30 petang)

Harga:

Warganegara

  • Dewasa: RM15,
  • 12 – 17 Tahun: RM2 *Bawah 12 Tahun Percuma

Bukan warganegara

  • Dewasa: RM30
  • Kanak-kanak: RM5 *Bawah 12 Tahun Percuma

#7. Sandakan Memorial Park

Kredit gambar: Instagram @ktpang85

Sandakan Memorial Park ialah sebuah taman yang menempatkan tugu peringatan yang bertujuan untuk memperingati kejadian kekejaman tentera Jepun.

Kredit gambar: Instagram @ktpang85

Di sinilah peristiwa hitam telah berlaku iaitu sekitar tahun 1945, di mana lebih 2400 orang askar Australia dan British telah menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun apabila mereka telah dibunuh.

Kredit gambar: Instagram @ktpang85

Selain itu, terdapat juga sebuah muzium kecil di sini yang mempamerkan lebih banyak lagi berkenaan bumi Sandakan ini.

Kredit gambar: Instagram @ktpang85

Sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah Sandakan.

Alamat: Sandakan Memorial Park, Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Tiket Masuk: Percuma

#8. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Kredit gambar: Instagram @labukbaysandakan

Seperti yang diperkatakan diawal tadi, Sandakan sememangnya banyak tempat pemuliharaan haiwan yang diancam kepupusan dan sukar dijumpai.

Kredit gambar: Instagram @labukbaysandakan

Antaranya ialah Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary. Procoscis Monkey ialah spesis monyet yang mempunyai hidung besar dan panjang.

Kredit gambar: Instagram @labukbaysandakan

Ianya juga dikenali sebagai Monyet Belanda. Jika anda ingin melihat sendiri spesis monyet yang hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo ini datanglah ke sini sendiri dan lihatlah keletahnya depan mata anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, monyet ini tidaklah seagresif monyet yang lain. Rugi jika anda ke Sandakan tetapi tidak ke sini.

Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Yet Hing Oil Palm Estate, Off Jalan Labuk, Sandakan

Waktu Operasi (Jadual Waktu Pemerhatian):

  • Platform A (9.30 pagi – 2 petang)
  • Platform B (11.30 pagi – 4.30 petang)

Harga: Dewasa RM15 & Kanak-kanak RM5

#9. Pasar Umum Sandakan

Tidak sah sekiranya bercuti jika tidak membeli buah tangan atau ole-ole dari destinasi percutian tersebut bukan?

Jika anda ke Sandakan, anda boleh dapatkan pelbagai cederahati dan barangan tempatan di Pasar Umum Sandakan.

Di sini anda boleh dapatkan mutiara, produk kristal dan pelbagai hasil laut yang segar.

Bukan itu sahaja, pasar 3 tingkat ini juga terdapat pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan, aksesori wanita dan juga makanan tradisi orang Sabah. Pendek kata, pelbagai barangan tempatan boleh anda dapatkan di sini.

Alamat: Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan

Waktu Operasi: Setiap hari (3 pagi – 7.30 malam)

#10. Taman Buaya Sandakan

Kredit gambar: Instagram @et_ismail

Tempat menarik lain di Sandakan yang boleh anda lawati ialah Taman Buaya Sandakan. Taman Buaya Sandakan ini ialah taman buaya terbesar di Malaysia.

Ianya menjadi habitat bagi lebih dari 3000 ekor buaya. Jika anda berkunjung ke sini pada hari Ahad atau cuti umum, anda dapat melihat pertunjukan buaya dan juga ular.

Jadi, pastikan anda masukkan Taman Buaya Sandakan ini ke dalam itinerary anda ok!

Alamat: Sandakan Crocodile Farm, Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Tiket Masuk: Dewasa (RM12) & Kanak-kanak (RM6)

#11. Pulau Lankayan – Tempat Menarik di Sandakan

Kredit gambar: Instagram @magnuspihl

Jika anda ingin bercuti dengan tenang sambil menikmati keindahan pulau, apa kata anda ke Pulau Lankayan.

Kredit gambar: Instagram @laiaviladevall

Airnya yang jernih, pasir pantai yang memutih dan keindahan alam semulajadi yang pastinya memukau setiap mata yang memandang.

Kredit gambar: Instagram @sabah_packages

Pulau Lankayan ini sangat istimewa kerana dari sini anda boleh mengakses ke 30 lokasi yang menjadi port aktiviti menyelam.

Kredit gambar: Instagram @davies.spiji

Selain itu, ramai pengunjung memilih Pulau Lankayan sebagai destinasi percutian mereka kerana keindahan terumbu karangnya dan hidupan lautnya yang unik.

Antaranya ialah ikan anemone, juvenile cat fish, blue ribbon dan banyak lagi.

Alamat: Pulau Lankayan, Sabah

#12. Pulau Selingan – Tempat Menarik di Sandakan

Pulau Selingan ialah sebahagian dari Taman Laut Pulau Penyu. Untuk pengetahuan anda, pulau ini mempunyai pusat penjagaan dan penetasan telur penyu yang pertama di Malaysia.

Jika anda ingin melihat bagaimana penyu mendarat dan bertelur, Pulau Selinganlah jawapannya. Namun, ianya hanyalah dengan kebenaran dan pengawasan pihak pengurusan.

Ini kerana, pihak pengurusan tidak mahu penyu-penyu tersebut berasa terganggu.

Alamat: Pulau Selingan, Sandakan, Sabah

Tiket Masuk:

Warganegara

  • Dewasa: RM30
  • Kanak-kanak: RM20

Bukan warganegara

  • Dewasa: RM60
  • Kanak-kanak: RM30

#13. Sungai Kinabatangan River Cruise

Ingin merasai menelusuri sungai terpanjang di Sabah sambil menikmati keindahan sepanjang sungai? Jom merasainya dengan Sungai Kinabatangan River Cruise.

Dengan menaiki river cruise ini anda akan dapat melihat sendiri hidupan liar sepanjang pengembaraan anda. Antara haiwan liar yang boleh anda saksikan sendiri ialah gajah, buaya, orang utan, monyet belanda dan banyak lagi.

Ianya lebih menyeronokkan apabila melihat haiwan-haiwan ini di habitat sebenar mereka berbanding di zoo. Banyak pakej yang anda boleh pilih untuk menelusuri sungai ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan mereka.

Alamat: Sungai Kinabatangan, Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari

Harga Tiket: Bermula dari RM195

#14. Agnes Newton Keith House

Kredit gambar: Instagram @lewyee_ng

Agnes Newton Keith adalah sebuah muzium yang mana pada asalnya adalah sebuah rumah milik Mr. Harry Keith dan isterinya Agnes Newton Keith.

Kredit gambar: Instagram @lewyee_ng

Mr. Harry Keith ialah seorang konservator perhutanan manakala isterinya adalah seorang penulis yang telah menaikkan nama negeri Sabah di peringkat antarabangsa melalui penulisannya.

Kredit gambar: Instagram @lewyee_ng

Muzium ini mempamerkan penghasilan perabot lama dan barangan antik.

Kredit gambar: Instagram @andy_pua

Selain itu, muzium ini juga turut menceritakan tentang Agnes Keith, keluarganya dan hasil penulisannya. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga artifak-artifak peninggalan perang dunia untuk tatapan anda.

Alamat: Agnes Keith House, Jalan Istana, 90709 Sandakan Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Tiket Masuk:

Warganegara

  • Dewasa RM2
  • Warga emas 55 Tahun & Kanak-kanak Bawah 12 tahun: Percuma

Bukan warganegara – RM15

#15. Gua Gomantong

Gua Gomantong ialah sebuah gua batu kapur yang terbesar di negeri Sabah. Gua Gomantong ini mempunyai 27 buah gua kecil yang berusia ratusan tahun dan menjadi habitat bagi burung layang-layang.

Gua Gomantong ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Simud Hitam (Balck cave) dan Simud Putih (White Cave). Simud Putihlah yang menjadi habitat bagi burung layang-layang yang premium harganya.

Anda dinasihatkan untuk menyediakan topeng muka sendiri kerana bau najis kelawar yang agak kuat di sini kerana banyak kelawar yang terdapat di sini.

Alamat: Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan, Sandakan Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Tiket Masuk:

Warganegara

  • Dewasa: RM5
  • 18 Tahun & Kebawah: RM2

Bukan warganegara

  • Dewasa: RM30
  • 18 Tahun & Kebawah: RM15

Kesimpulannya, Sandakan adalah salah satu destinasi percutian menarik yang harus dikunjungi. Jika anda berpeluang ke Sabah, jadikan Sandakan sebagai salah satu destinasi anda.


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan tempat-tempat percutian menarik yang lain di SINI!