Ibu, Bayi & Kanak Kanak

30 Aktiviti Dan Tempat Menarik di Sarawak – Pasti Nak Datang Lagi!

Kali ini kami akan berkunjung ke Sarawak. Kaya dengan kek lapis Sarawak dan orang utan, Sarawak terletak di Pulau Borneo, yang juga terkenal dengan Raja Putih, Pantai Sematan dan mempunyai 25 taman semula jadi. Terdapat banyak tempat untuk dikunjungi di Sarawak seperti Taman Negara Bako, Borneo Highland Resort dan banyak lagi.

Kuching adalah ibu negeri Sarawak dan ia menjadi tempat yang sungguh menarik untuk dikunjungi bersama keluarga yang tercinta.

Adakah Mommy tahu bahawa Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia?

Antara masa yang sesuai untuk kunjung ke Sarawak adalah antara April hingga September. Tidak dinafikan hujan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja tetapi April hingga September adalah bulan yang lebih kering dalam setahun dan ia merupakan masa yang terbaik untuk melawat Sarawak.

Selain itu, seluruh Sarawak terlindung daripada cuaca paling buruk di Asia Tenggara.

Sebelum Mommy datang ke sini, mari kita plan dulu nak pergi ke mana. Di bawah adalah senarai tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilawati di Sarawak.

30 Aktiviti Dan Tempat Menarik Di Sarawak Bagi Seisi Keluarga

#1 Sarawak Cultural Village

Highlighted

Kredit gambar: Taman Negara

Mahu melihat kehidupan etnik-etnik di Sarawak? Datang lah ke Kampung Budaya Sarawak ini. Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan anak-anak Mommy boleh belajar dan merasai kehidupan etnik-etnik di Sarawak.

Terdapat pelbagai replika rumah serta bangunan etnik-etnik utama di Sarawak seperti rumah panjang Orang Ulu, rumah tinggi Melanau, pagoda orang Cina dan lain-lain. Bukan itu sahaja, anda juga dapat lihat kakitangan yang berpakaian tradisional sedang menjalankan aktiviti seharian mereka di dalam rumah ini.

Selain itu, mereka juga ada menyediakan persembahan kebudayaan sebanyak dua kali sehari. Mereka juga turut mempamerkan kraftangan tradisional masyarakat Sarawak seperti manik Sarawak dan Pua Kumbu yang merupakan tekstil tradisional kaum Iban.

Yang menarik lagi, di sini turut disediakan tempat untuk melangsungkan perkahwinan mengikut etnik-etnik tersebut seperti Melayu, Iban, Bidayuh atau Orang Ulu.

Alamat:  Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching

Harga tiket dan Makan:

  • Dewasa RM75
  • Kanak-kanak RM40

Waktu Operasi: 

  • Selasa – Ahad (9.00 am – 5.00pm)
  • Ditutup pada Isnin

#2 Kalimantan View Point

Kredit gambar: Borneo Highland

Kalimantan View Point ini sebenarnya diberi nama sedemikian kerana dari kawasan tanah tinggi ini anda boleh menikmati pemandangan yang sungguh menakjubkan hingga menampakkan Kalimantan, Indonesia.

Selain enjoying the view, Mommy juga boleh jungle trekking, bermain golf atau mengayuh basikal di sini.

Alamat: Kalimantan View Point, Jalan Borneo, Padawan, Kuching 93100

#3 Muzium Petroleum

Kredit gambar: Trip Advisor

Penuh dengan maklumat yang padat, Muzium Petroleum dapat memberi pelbagai info tentang industri petroleum di Miri, Sarawak.

Muzium ini terletak di Bukit Kanada, Miri. Ia bukan sekadar muzium yang biasa kerana di sini, Mommy boleh berjoging atau mendaki bukit yang berada di sekitarnya.

Alamat: Jabatan Muzium Sarawak, Canada Hill, Jalan Oil Well No. 1, 98000 Miri, Sarawak

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi:

  • Selasa – Khamis (9.00 am – 4.45 pm)
  • Sabtu, Ahad (10.00 am – 4.00 pm)
  • Ditutup pada Isnin, Jumaat

#4 Taman Negara Bako

Kredit gambar: Awesome travel

Mahu melihat keindahan alam dan melalukan aktiviti outdoor? Marilah ke Taman Negara Bako!

Taman Negara Bako merupakan taman negara yang terkecil di Sarawak. Peringatan untuk Mommy, trek di Taman Negara ini agak bahaya dan mencabar, jadi untuk si kecil dibawah usia 12 tahun, Mommy dan Daddy haruslah mengawasi mereka.

Di sini juga penuh dengan hidupan liar seperti monyet belanda yang memiliki hidung yang besar yang hanya terdapat di Borneo. Mommy sekeluarga juga boleh beriadah, mandi air terjun dan melihat pantai di sini.

Tetapi, Mommy harus menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Sarawak terlebih dahulu sebelum datang ke sini.

Alamat: Forest Department Sarawak, Bangunan Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium, Petra Jaya 93660, Kuching

Harga tiket:

  • Tiket Bas Asia No  1 dari Kuching ke Terminal Bako: RM3.50 sehala
  • Harga tiket bot dari Terminal Bako ke Taman Negara Bako: RM15 sehala
  • Park Conservation Fee: RM10

#5 Hutan Simpan Semenggoh

Kredit gambar: Melancong Malaysia

Seperti namanya, Hutan Simpan Semenggoh ini kaya dengan hidupan liar. Terletak hanya 20 km sahaja dari Kuching, Mommy boleh ke sini bersama anak-anak untuk melihat orang tua dari dekat.

Orang utan di sini telah dilatih oleh ranger yang telah ditugaskan untuk hidup di dalam hutan.

Lebih menarik, orang utan di sini juga akan pulang ke pusat pemeliharaan pada pukul 9 – 10 pagi dan 3 – 3.30 petang untuk makan. Jadi, Mommy boleh merancang perjalanan untuk ke sini antara waktu-waktu tersebut.

Alamat: Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching

Harga tiket: RM10

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 4.45 pm)

#6 Muzium Islam Sarawak

Kredit gambar: Sarawak Museum Department

Muzium Islam Sarawak ini pada mula hanya sebuah sekolah. Asalnya ia dikenali sebagai James Brooke Malay College kemudian dinamakan sebagai Maderasah Melayu Sarawak pada tahun 1930.

Selepas itu, ia dijadikan muzium pada tahun 1992. Di dalam muzium ini ada menempatkan tujuh buah galeri dengan tema yang berbeza iaitu Galeri Sejarah Islam, Galeri Senibina Islamik, Galeri Senjata, Galeri Seni Perhiasan.

Di sini juga ada menempatkan koleksi Al-Quran dan lain-lain.

Lokasi Muzium Islam Sarawak ini sangat dekat dengan bandaraya. Hanya 15 minit berjalan kaki dari Kuching Waterfront dan berdekatan dengan dewan Muzium Sarawak Tun Abdul Razak.

Alamat: Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi: 

  • Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.45 pm)
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00 am – 4.00 pm)

#7 Sibu Central Market

Kredit gambar: Sarawak Tourism Board

Rugi kalau tak datang ke sini! Sebenarnya pasar ini telah dibuka pada tahun 1996 lagi di Jalan Channel.

Pasar ini kaya dengan pelbagai buah-buahan eksotik, hasil kraftangan, sayur-sayuran dan macam-macam lagi! Ia juga dikenali sebagai pasar yang terbesar dan menarik di Sarawak.

Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

#8 Borneo Samariang Waterpark

Kredit gambar: Buku Pinky

Borneo Samariang Waterpark adalah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak Mommy! Ia dibuka pada 31 Mac 2018 dan berkeluasan 35 ekar. Taman tema air ini terbahagi kepada 3 zon iaitu:

  • Hornbill Island
  • Salak Beach
  • The Santubong Tower

Antara tarikan lain yang ada di taman teman air ini adalah seperti:

  • Leisure Pool
  • Aqua Play
  • Kid’s Slides
  • Mount Mulu Clear Water River
  • Galaxy Slide
  • Canopy Slide
  • 6 Lane Racers
  • Family Raft Ride

Alamat: Borneo Samariang Resort City, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Harga tiket: 

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) RM30
  • Kanak-Kanak (4 – 12 Tahun) RM20

#9 Rumah Terbalik Kuching

Kredit gambar: Jom jalan

Aktivit yang menarik bagi kanak-kanak, Rumah Terbalik Kuching merupakan antara tempat menarik di Sarawak untuk bergambar bersama anak-anak.

Dengan perhiasan dan perabot yang terbalik, pasti anak Mommy akan teruja semasa berada di sini kerana ia seperti kita melawan graviti.

Anda akan berkedudukan pada siling seolah-olah seperti sedang mengangkat barangan yang berat atau berjalan di atas siling. Wow!

Alamat: No. 281-1-1, Lot 281, Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching

Harga tiket: 

  • Dewasa RM15
  • Kanak-Kanak RM10

Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 7.00pm)

#10 Fort Margherita

Kredit gambar: Culture trip

Fort Margherita telah didirikan pada tahun 1879 dengan tujuan untuk mengawal Sungai Kuching daripada kedatangan lanun. Fakta tentang bangunan ini adalah, ia diberikan nama Fort Margherita sempena nama isteri kepada Charles Brooke, Ranee Margaret.

Di sini juga terdapat The Brooke Gallery yang mempamerkan pelbagai dokumen bersejarah, karya seni dari zaman pemerintahan Raja Putih dan pelbagai lagi artifak lain.

Mommy perlu menaiki bot tambang untuk ke sini dengan bayaran hanya RM1 sahaja.

Alamat: Petra Jaya, Kuching 93050

Harga tiket:

  • Dewasa RM10
  • Kanak-Kanak RM5

Waktu Operasi: 9.00 am – 4.45 pm

#11 Matang Family Park

Kredit gambar: Facebook Pakej Percutian

Mahu melakukan aktiviti bersama keluarga? Boleh kunjung ke Matang Family Park yang terletak 22 km sahaja dari Kuching.

Dengan keluasan 87.30 km, Matang Family Park adalah sebuah hutan hujan tropika dengan landskap yang indah. Taman ini juga terletak di kaki bukit Gunung Serapi dan laluan Sungai Cina.

Di sini juga ada terdapat kemudahan yang disediakan seperti pit bbq, menara pemerhatian, tempat meletak kereta percuma, meja, pondok santai dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Harga tiket: 

  • Dewasa: RM4
  • Kanak-Kanak (6 – 12 Tahun): RM2
  • Bawah 6 Tahun: Percuma

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)

#12 Fairy Cave & Wind Cave

Kredit gambar: Malaysia

Buat mereka yang ingin ke gua seperti dalam kisah dongeng, bolehlah ke Fairy Cave dan Wind Cave ini!

  • Fairy Cave

Adakah Mommy tahu, bahawa gua ini memiliki kisahnya tersendiri. Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan manusia yang tinggal di gua ini, namun, mereka kerap mendera kanak-kanak, lalu mereka disumpah menjadi batu oleh dewa di situ.

Ia dinamakan Fairy Cave kerana bentuk batu stalagmite. Ia berada di bahagian pintu masuk gua yang strukturnya berbentuk seperti dewa bagi masyarakat Cina.

Kebenaran kisah ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa batu yang berbentuk menyerupai manusia yang boleh anda jumpa di dalamnya. Kemasukan ke dalam gua ini adalah percuma.

  • Wind Cave

Gua ini diberikan nama Wind Cave kerana terowong di dalam gua ini adalah tempat laluan angin yang masuk dari satu ruang dan keluar melalui ruang gua yang lain.

Kerana laluan di dalam gua adalah gelap, Mommy dinasihatkan untuk membawa lampu suluh sendiri. Akan tetapi ia juga boleh disewa dengan harga RM3.

Alamat: 94000 Bau, Sarawak

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am – 4.30pm)

#13 Square Tower

Kredit gambar: Viator

Asalnya adalah sebuah penjara. Square Tower merupakan sebuah bangunan berwarna putih dan berbentuk petak. Ia telah siap dibina pada tahun 1879 kerana mahu memperkukuhkan lagi kawalan penjara yang pertama terbina di Kuching.

Walaupun pada asalnya sebuah penjara, seni bina Square Tower ini sungguh menakjubkan. Kini, bangunan ini dijadikan kafe dengan pelbagai hidangan barat.

Untuk ke sini, Mommy boleh datang pada awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu-waktu ini anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dengan suasana sejuk berangin.

Alamat: Jalan Gambier, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

#14 Borneo Highland Resort

Kredit gambar: Agoda

Terletak 80 km dari bandar Kuching, resort ini juga memilki kelab gold yang dikenali sebagai Hornbill Gold and Jungle Club. Ia berdekatan dengan sempadan Sarawak dan Kalimantan.

Dengan ketinggian 600 – 1000 meter, Mommy dapat menyaksikan acara tahunan seperti Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung di sini.

Di kaki bukit Borneo Highlands ini juga terdapat kehidupan masyarakat etnik Bidayuh di mana Mommy boleh melawat Rumah Panjang Annah Rais.

Alamat: Lorong Kota Padawan 10a, 94200 Kuching

#15 Muzium Sarawak 

Kredit gambar: Jabatan Muzium Sarawak

Di Muzium Sarawak inilah Mommy boleh mendapatkan pelbagai fakta menarik mengenai kehidupan rakyat dan asal usual Sarawak. Mommy juga dapat melihat koleksi barangan yang penting dalam sejarah Asia Tenggara.

Mengikut rekabentuk dewan bandaraya di Perancis, bangunan muzium ini mempunyai beberapa bahagian yang berbeza dan salah satu bahagiannya telah dibuka sejak tahun 1891.

Mereka juga mempunyai bahagian muzium yang terbaharu dan bahagian atasnya sering digunakan untuk program rasmi.

Di tingkat bawah pula terdapat akuarium, memorial pahlawan dan taman botani. Bukan calang-calang muzium tau!

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.00 am – 4:45 pm)
  • Sabtu – Ahad (10.00 am – 4.00 pm)

#16 Muzium Tekstil

Kredit gambar: Asian Itinerary

Seni bina muzium ini sangat unik kerana ia terbina pengaruh daripada Renaissance Inggeris dan Penjajah British. Ia ini dibina pada tahun 1907 dan sebagai pada awalnya merupakan sebuah Pusat Perubatan, kemudian ia menjadi Pejabat Jabatan Pendidikan.

Pada Ogos 2000, muzium ini telah dibuka untuk orang ramai. Di sinilah Mommy boleh melihat penghasilan tekstil Sarawak dari awal penyediaan sehingga ditenun menjadi sehelai kain.

Mommy dapat melihat koleksi tekstil tradisional dan moden Sarawak. Selain itu, koleksi tekstil dan pakaian ini dihasilkan oleh etnik masyarakat Sarawak sendiri seperti masyarakat Iban adalah Pua Kumbu dan daripada masyarakat Melayu pula adalah songket.

Pasti seronok apabila dapat melihat proses ini di depan matakan?

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.45 pm)
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00 am– 4.00 pm)

#17 Taman Negara Niah

Kredit gambar: Niah National Park

Taman Negara seterusnya adalah Taman Negara Niah. Fakta menarik tentang Taman Negara Niah ini adalah pakar arkeologi menjumpai banyak bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara sejak 40,000 tahun yang lalu.

Penemuan tersebut adalah seperti lukisan batu, fosil manusia dan kayak kecil seperti keranda menjadi bukti bahawa gua ini pernah dijadikan sebagai kawasan perkuburan.

Bagi Mommy yang gemarkan aktiviti lasak, bolehlah meneroka Gua Niah, seperti jungle trekking melalui Madu Trail,  Bukit Kasut Trail, melawat Traders Cave, Kuala Gankira dan Rumah Chang.

Adalah lebih baik untuk Mommy bawa bersama lampu suluh, baju hujan atau payung, kasut dan pakaian yang bersesuaian, penghalau nyamuk, serta topeng muka untuk keselamatan diri.

Sebelum itu, Mommy harus membuat tempahan di Jabatan Perhutanan Sarawak dan menginap di hostel ataupun chalet berdekatan.

Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri

Harga tiket:

  • Park Conservation Fee RM10
  • Harga bot sehala ke Taman Negara RM1

#18 Taman Negara Mulu

Kredit gambar: Wiki

Di Taman Negara Mulu terdapat sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular yang tumbuh di sini. Di sini juga kaya dengan kawasan batu kapur yang paling kerap dijadikan kajian di dunia.

Antara tarikan di sini adalah kejernihan lingkaran air batu dan juga gua batu kapur di Taman Negara ini. Pastikan Mommy membawa pakaian dan kasut yang sesuai kerana tempat ini licin dan berair.

Sebelum ke sini, Mommy perlu membuat tempahan bilik dan juga tour untuk percutian Mommy berjalan dengan lancar. Di sini juga, terdapat pelbagai jenis tempat tinggal seperti rainforest lodge, hostel, bangle dan rumah panjang.

#19 Pasar Serikin

Kredit gambar: Tripcarteasia

Perjalanan ke Pasar Serikin dari bandar Kuching mengambil masa dalam 1 jam. Terdapat pelbagai hasil kraftangan yang dijual pada harga yang rendah.

Antaranya adalah:

  • kain batik
  • tikar
  • bubu
  • makanan tradisi

dan banyak lagi.

Peringatan untuk Mommy berkunjung ke sini pada awal pagi kerana pasar ini akan tutup pada 12 tengah hari.

Alamat: Serikin, 94000 Bau

Waktu Operasi: Sabtu dan Ahad (8.00 am – 12.00 pm)

#20 Muzium Sejarah Cina Sarawak

Kredit gambar: Jabatan Muzium Sarawak

Berminat dengan sejarah kaum Cina di Sarawak? Bolehlah Mommy datang ke sini untuk melihat sejarahnya.

Muzium ini dibina pada tahun 1912 sehingga tahun 1921. Asalnya ia merupajan sebuah mahkamah untuk kaum Cina.

Kemudian, pada tahun 1993, muzium ini dirasmikan oleh Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi. Terdapat pelbagai sejarah dipamerkan di muzium ini. Pasti Mommy dapat mempelajari sesuatu yang baharu!

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93756 Kuching

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm)
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm)
  • Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja & Hari Malaysia (Tutup)

#21 Jambatan Darul Hana

Kredit gambar: Kamek Miak Sarawak

Mahu melihat keindahan sungai Sarawak? Singgah la ke sini untuk menikmati pemandangan di sekitar Jambatan Darul Hana. Min cadangkan Mommy datang ketika matahari terbenam, sangat cantik dan luar biasa.

Pada waktu malam, pemandangannya jauh lebih menakjubkan dan pada setiap pukul 8.30 malam terdapat persembahan cahaya laser dengan iringan muzik di kawasan pancuran air.

Alamat: Jambatan Darul Hana, Kuching, Sarawak

#22 Annah Rais Hotspring

Kredit gambar: Travel Malaysia

Seterusnya, kita pergi pula ke hotspring ini. Mereka bukan sekadar menawarkan mandian air panas yang baik untuk kesihatan badan, dalam masa yang sama Mommy dapat menikmati keindahan flora dan fauna.

Kawasan ini sangatlah tenang dan pemandangan penuh dengan pokok-pokok hijau. Rugi kalau tak singgah, Mommy! Selepas berpanas, boleh pula bilas dengan sejuk! Baru lah segar untuk melawat tempat menarik di Sarawak yang lain!

Alamat: 93, Annah Rais Longhouse, Jalan Puncak Borneo, Kuching

Harga tiket: 

  • Dewasa RM5
  • Kanak–Kanak RM3

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)

#23 Pantai Damai

Kredit gambar: Pinterest

Seterusnya, Mommy boleh singgah di Pantai Damai untuk mendapatkan fresh air dan angin sepoi-sepoi bahasa. Bukan itu sahaja, Mommy juga boleh lihat hutan hujan tropika yang paling tua di dunia mengelilingi Gunung Santubong.

Alamat: Teluk Bandung Santubong, 93756 Kuching

#24 Tasik Biru

Kredit gambar: Packist

Berminat dengan tempat perlombongan emas pada zaman dahulu? Boleh datang ke Tasik Biru ini! Ia terletak sekitar 35 km dari bandaraya Kuching dan 5 minit sahaja dari bandar Bau.

Tasik ini terbentuk dengan hasil daripada kerja perlombongan emas. Nama asalnya adalah Tai Parit yang bermaksud parit besar dalam perkataan bahasa Cina Hakka. Aktiviti perlombongan di tasik ini bermula dari tahun 1898 sehingga 1921.

Kerana tasik ini menjadi tarikan pelancong, ia lengkap dengan fasiliti seperti kedai makan, taman rekreasi, tandas dan lain-lain.

Alamat: Tasik Biru, 94000 Bau, Sarawak

#25 Tugu Kuching

Kredit gambar: Travetopia

Mahu melihat the iconic Tugu Kuching? Datang lah ke bandar Kuching! Tugu ini sangat unik kerana mempunyai beberapa kucing di tengah-tengah bandar. Pasti anak Mommy akan teruja apabila melihatnya! Tugu ini berada di hadapan pusat membeli-belah dan hotel-hotel di Kuching.

Untuk pengetahuan Mommy, bandar ini dinamakan Kuching kerana terdapat banyak kucing hutan yang wujud di sekitar sungai berhampiran ketika kawasan ini dipenuhi hutan.

Alamat: 93100 Kuching

#26 Taman Buaya Jong

Kredit gambar: Sarawak Masa Kini

Taman Buaya Jong ini merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia. Feeding time di sini adalah pada jam 11 pagi dan 3 petang setiap hari.

Selain itu, di sini juga terdapat mini zoo seperti monyet, biawak monitor, musang, ular sawa dan macam-macam lagi!

Bukan itu sahaja, di sni juga mempunyai Muzium Buaya yang mempamerkan tulang buaya. Buaya legend ini diberi nama Bujang Senang yang pernah tinggal di Sungai Batang Lupar, Sarawak sejak 1941.

Kenapa buaya ini terkenal? Kerana banyak manusia sudah menjadi mangsanya. Sebab itulah ia sangat terkenal dengan masyarakat sekitar sini.

Alamat: Siburan, 29Km Kuching-Serian Road, 93250 Kuching

Harga tiket:

  • Dewasa RM22
  • Kanak-kanak RM11

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00am – 5.00pm)

#27 Taman Negara Kubah

Kredit gambar: My World Orgs

Taman Negara Kubah ini adalah antara yang terkenal di negeri Sarawak. Ia mempunyai pelbagai tarikan pelacong seperti gunung, paya bakau dan pelbagai jenis binatang. Ia juga mempunyai Pusat Hidupan Liar Matang yang penghuninya adalah haiwan-haiwan yang terancam seperti orang utan, musang, beruang, dan beberapa spesies burung yang amat dikenali di Sarawak seperti burung Kenyalang dan helang laut.

Mommy juga boleh mendaki Gunung Serapi untuk jungle trekking. Terdapat beberapa trek di sini seperti:

  • Palmetum Trail
  • Waterfall Trail
  • Rayu Trail
  • Selang Trail
  • Belian Trail

Sudah panas-panas berpeluh tu, boleh berkunjung pula ke air terjun untuk bermandi-manda. Refreshing!

Ia juga merupakan Taman Negara yang terkenal di dunia. Odoardo Beccari seorang ahli botani yang terkenal, mendokumentasikan di dalam bukunya, The Great Forest of Borneo bahawa spesies tumbuhan palma yang tumbuh di sini adalah antara yang terbaik di dunia. Hebat, bukan?

Alamat: Taman Negara Kubah Jalan Lundu-Sampadi, 93050 Kuching

#28 Kuching Civic Centre

Kredit gambar: The Borneo Post

Seperti berada di zaman futurisik, bangunan ini menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekelilingnya. Fakta menarik tentang bangunan ini adalah, ia menempatkan planetarium yang pertama di Malaysia, dan dinamakan Planetarium Sultan Iskandar.

Daripada sini Mommy dan keluarga boleh melihat pemandangan yang sangat menakjubkan seperti Gunung Serapi, Santubung dan macam-macam gunung lagi yang berada di Kalimantan.

Alamat: Jalan Taman Budaya, Kuching 93400

Harga tiket: RM2

#29 Kuching Wetlands National Park

Kredit gambar: Sarawak Tourism

Kuching National Wetlands Park ini terletak lebih kurang 15 km dari Kuching dan 5 km dari Pantai Damai. Kawasan ini juga berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu. Untuk menuju ke taman ini, anda akan dibawa menaiki bot dan beberapa orang pemandu pelancong yang akan membantu anda untuk menerokai taman ini.

Taman ini terdiri daripada laut, pantai, dan ekosistem air tawar. Terdapat pelbagai jenis binatang liar di kawasan yang berpaya bukau ini seperti proboscis monkey iaitu monyet yang berhidung besar, helang laut, buaya dan lain-lain.

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: 

  • Isnin – Sabtu ( 9.00 am – 8.00 pm)
  • Tutup pada Ahad

#30 Muzium Kucing

Kredit gambar: Sarawak Attraction In Malaysia

Untuk Mommy pencinta kucing, boleh datang ke Muzium Kucing yang pertama di dunia. Di sini Mommy akan lihat gambar-gambar, seni dan cenderahati yang berkonsepkan kucing.

Pasti anda akan terkejut kerana terlalu banyak koleksi yang berkaitan dengan kucing yang dikumpulkan di sini. Kira-kira 4000 koleksi dan ke atas. Masuk pun percuma sahaja!

Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching
Harga tiket:
  • Percuma
  • RM3 – RM5 untuk mengambil gambar.
Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali cuti umum (9.00 am – 5.00 pm)

Sarawak Check!

Kalau Mommy berminat untuk bercuti ataupun mencari tempat menarik di Sarawak, bolehlah rujuk artikel ini.

Pastikan Mommy plan betul-betul dan pack apa yang patut agar holiday Mommy menjadi lebih smooth dan seronok untuk anak-anak dan keluarga bersama.

Selamat berseronok dengan anak-anak dan stay safe as always!

Untuk melihat tempat menarik yang lain boleh lawati link di sini.