Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Singgah Selangor: Tempat Menarik Di Sekinchan Yang Rugi Kalau Tak Singgah!

Sekinchan merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Selangor. Dengan keluasan kira-kira 180 kilometer persegi, kawasan yang terkenal dengan kehijauan sawah padi ini mempunyai sebuah Muzium Beras yang popular.

Dari Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk sampai ke Sekinchan. Tarikan utama Mommy datang berkunjung ke sini semestinya untuk melihat sawah padi, bukan?

Waktu yang sesuai untuk berkunjung ke sini adalah antara pertengahan Mac hingga Mei serta pertengahan September hingga November. Waktu ini anak-anak padi sudah mula membesar.

Mari kita lihat apa yang best dekat Sekinchan ni! Dibawah merupakan tempat-tempat menarik di Sekinchan yang disertakan dengan harga tiket, alamat, dan waktu operasi.

11 Tempat Menarik Di Sekinchan

#1 Sky Mirror Sekinchan

Highlighted

Kredit gambar: Trip Advisor

Sky Mirror ini sangatlah terkenal di Sekinchan. Pantai ini memberi bayangan yang sangat jelas di dalam air seperti cermin. Ia juga kelihatan seperti berada di luar negara. Mommy boleh mengambil gambar bersama keluarga di ‘cermin’ tersebut sewaktu air surut. Keunikannya menjadikan tempat ini sebagai salah satu tarikan pelancong dan tempat menarik di Sekinchan.

Untuk mendapatkan pemandangan yang indah ini, Mommy harus masuk bersama tour guide. Tambahan pula, sky mirror ini bukan berlaku sepanjang masa. Ia berlaku pada masa-masa yang tertentu sahaja. Jika Mommy pergi pada waktu yang salah, mungkin anda tidak dapat merasai sky mirror ni.

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Harga tiket: Dari RM80 untuk dewasa

Waktu Operasi: 6.00 am – 10.00 pm

#2 Kilang Beras Sekinchan

Kredit gambar: Pacer

Kerana Sekinchan terkenal dengan sawah padi, mesti Mommy akan singgah ke kilang beras ini. Di dalam kilang ini, Mommy boleh melihat cara memproses padi untuk dijadikan beras.

Selain itu, kilang ini juga menjual produk-produk mereka seperti beras yang sudah diproses daripada kilang tersebut. Mommy boleh membeli serta membawanya balik sebagai cenderamata.

Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Harga tiket: RM5

Waktu Operasi: 10.00 am – 5.30 pm, Sabtu: 9.00 am – 6.30 pm

#3 Ladang Teh Sekinchan

Kredit gambar: Mulia Aziz

Sekinchan pun ada ladang teh tau! Ingat Cameron Highlands sahaja yang ada? Tidak, tidak. 

Ladang teh yang terletak di Sekinchan ini dikenali sebagai Ladang Teh Lemon Myrtle. Ianya sangat hijau dan pemandangannya sungguh cantik. Ladang Teh ini menjadi tempat popular untuk mengambil gambar.

Masuk adalah percuma dan disini juga ada menjual hasil ladang teh mereka di sini. Sebelum Mommy pergi, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk membuat tempahan dan dapatkan maklumat lanjut.

Alamat: 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm

#4 Pantai Redang Sekinchan

Kredit gambar: Sekinchan

Haa, jangan tersalah dengan Pulau Redang pula, ini adalah Pantai Redang, Sekinchan. Ia merupakan satu-satunya pantai yang terdapat di Sekinchan. Tambahan pula, pantai ini memang sangat cantik untuk dijadikan tempat bergambar dan berkelah bersama keluarga. Kerana kawasannya luas, Mommy juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam. So romantic!

Kebiasaannya, orang datang untuk berkelah dan bermain layang-layang sahaja kerana pantainya tidak sesuai untuk bermandi-manda. Tetapi ia juga terpulang kepada Mommy dan keluarga.

Untuk masuk ke sini, ia adalah percuma serta terdapat  tempat letak kereta yang banyak untuk pengunjung. Tempat ini sangat terkenal dengan orang tempatan dan tourist, oleh itu jaga keselamatan anda.

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Harga tiket: Percuma

#5 Ah Ma’s House

Kredit gambar: Thesmartlocalmy

Wow, so classic! Untuk Mommy yang mahu mengimbau masa lalu, boleh lah datang ke Ah Ma’s House.

Penuh dengan barang-barang lama seperti di zaman 60-an ke 70-an. Mereka yang sukakan pemandangan yang estetik boleh tengok barang-barang antik yang disediakan. Antaranya adalah radio, kerusi rotan dan macam-macam lagi ada di sini. Mommy juga boleh mengambil gambar bersama keluarga dan membeli kudap-kudapan serta kuih-kuih yang dijual di sini.

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi: 10.00 am – 6.00 pm

#6 Sekinchan Coconut Farm 

Kredit gambar: The Star

Selepas penat berjalan-jalan di Kilang Beras dan Ah Ma’s House, Mommy boleh singgah untuk menghilangkan dahaga di Coconut Farm ini.

Di sini sangat terkenal dengan air kelapa yang segar, coconut shake dan jeli kelapa, serta suasana gerainya yang santai dan menarik untuk bergambar. Confirm satu mesti tak cukup!

Di sini juga terdapat beberapa kedai lain yang menjual makanan dan minuman lain bagi mereka yang inginkan menu lain.

Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor

Harga ticket: Percuma

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad; 10.00 am – 5.30 pm

#7 Sekinchan Wishing Tree

Kredit gambar: selangor travel

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina di sini, sebuah pohon di Sekinchan boleh digunakan untuk membuat hajat.

Mula-mula, mereka akan menulis hajat mereka di atas riben berwarna merah dan lontarkan ke pokok tersebut dengan harapan bila ia tersangkut, hajat mereka akan ditunaikan. Riben itu diikat pada sekeping syiling sebagai pemberat agar ia senang tersangkut pada pokok itu. Oleh itu, pokok ini berwarna hijau kemerahan dan menjadi tarikan pengunjung.

Mommy juga  boleh membuat ritual berkenaan kalau teringin. Jika Mommy hanya ingin bergambar sahaja pun boleh – tiada bayaran masuk dikenakan.

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Harga tiket: Percuma

#8 Bukit Malawati

Bukit ini dinamakan sebagai Bukit Malawati yang terletak berhampiran denagn Kuala Selangor dan menghadap Selat Melaka. Di puncak bukit ini terdapat sebuah rumah api dan tinggalan kubu Kota Malawati.

Pada kurun ke-18, kubu tersebut dibina sebagai benteng pertahanan daripada kemasukan Belanda. Namanya kemudian ditukar kepada Fort Altingburg selepas berjaya ditakluki oleh Belanda. Walaupun berjaya dirampas semula selepas itu, ia akhirnya musnah dalam peperangan.

Haaa kat sini juga atay monyet. Bukit Malawati terkenal dengan monyet daun perak dan kera ekor panjang. Ia terdapat juga tarikan-tarikan lain seperti kereta api (tram), makam diraja dan muzium.

Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Harga tiket: Percuma

#9 Laman Tebu Aidil 

Kredit gambar: Anajingga

Selain ladang kelapa dan teh, Mommy juga boleh datang ke Laman Tebu Aidil.

Tempat ini sering menjadi tempat untuk bergambar. Ia lengkap dengan sebuah kafe yang menyajikan makanan-makanan halal seperti laksa, nasi lemak dan mee kari. Tak pernah lagi kan makan dalam ladang tebu? Haa boleh lah Mommy cuba di sini!

Harga makanan juga berpatutan dan rasa makanan pula sungguh enak.

Kawasan ini tidaklah terlalu besar tetapi disebabkan ia laman tebu, sebab itulah ia menarik. Pastikan Mommy singgah ke sini apabila anda datang ke Sekinchan tau!

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi: 2.30 pm – 7.30 pm kecuali Rabu

Tempat Penginapan 

Penat pulak round Sekinchan. Mommy ingin berehat satu atau dua malam? Boleh lihat tempat penginapan yang menarik ini!

#10 Padi Box

Kredit gambar: Trivago

Dengan warna dan konsepnya yang menarik, Mommy boleh menginap di Padi Box ini. Kelilingnya adalah sawah padi yang hijau, sangat kontra dengan warna kontena homestay ini. Mesti bangun pagi rasa macam tak percaya dikelilingi dengan sawah hijau!

Walaupun berada di tengah sawah padi, homestay ini lengkap dengan penghawa dingin dan katil yang empuk. Confirm selesa! Servisnya bagus dan memuaskan. Mommy juga boleh sewa basikal dia Padi Box ini. Mesti seronok dapat pusing keliling sawah padi!

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

#11 Triangle Farm Cottage House

Kredit gambar: twitter

Wah! Rumah ini berbentuk tiga segi lah! Triangle Farm Cottage House adalah homestay yang sangat menarik di Sekinchan. Bentuknya sangat unik membuatkan para pengunjung tertarik dengan penginapan ini.

Dah selesai pusing-pusing Sekinchan, apa kata menginap di sini kerana ia menyediakan banyak kemudahan seperti kemudahan bermain pingpong, memanah untuk kanak-kanak, berbasikal dan banyak lagi.

Kalau Mommy suka menyayi, tempat ini juga menyediakan karaoke. Mereka juga ada sediakan aktiviti menanam pokok di sini. Mommy hanya perlu membayar RM 8 seorang. Bolehlah cuba aktiviti baru dengan anak-anak. Mesti mereka suka!

Alamat: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Rancang Terlebih Dahulu

Wah! Banyak juga aktiviti yang boleh dibuat semasa berada di sini! Tempat penginapan pun ada, tarikan pelancongannya juga menarik.

Untuk perjalanan yang lancar, Mommy haruslah membuat persiapan rapi dan check terlebih dahulu waktu operasi tempat-tempat menarik serta tempat penginapan di Sekinchan ini.

Semoga senarai ini dapat membantu Mommy sewaktu bercuti di Sekinchan! Akhir kata, enjoy and have fun!