Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tempat Menarik di Selangor untuk Kanak-kanak, Sesuai Sebagai Aktiviti Hujung Minggu

tempat kanak-kanak

Apabila tibanya musim cuti sekolah, para ibu dan bapa tentunya sibuk merancang aktiviti keluarga. Untuk kanak-kanak terutamanya, waktu terluang bersama keluarga lah yang ditunggu-tunggu.

Perbezaan pada rutin harian merupakan detik yang sangat istimewa untuk mereka. Sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.

Dalam perkongsian kali ini, dibawah disenaraikan 5 tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak, yang boleh dijadikan rujukan untuk perancangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama yang tersayang.

1. Firefly Park Kuala Selangor

Highlighted

‘Sumber: https://www.facebook.com/FireflyParkResort/’

Terutamanya kanak-kanak yang menetap bersama dengan keluarga di bandar, mereka kurang terdedah dengan keindahan alam semula jadi. Di Kampung Bukit Belimbing yang terletak di Kuala Selangor, terdapat sebuah tempat yang dikenali sebagai Firefly Park Kuala Selangor.

Di sini, para pengunjung akan dibawa merentasi sungai pada waktu malam untuk menyaksikan keindahan cahaya kelip-kelip yang berterbangan.

Para ibu dan bapa dapat memberikan pengalaman yang baru kepada anak-anak dan mengajar mereka untuk lebih menghargai alam dan ekosistem semula jadi. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti aktiviti berenang di kolamnya.

Alamat dan nombor telefon:

  • Firefly Park Resort (Kuala Selangor) Sdn Bhd, Jalan Haji Omar, Kampung, Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • 013-3886310

Waktu operasi dan harga tiket:

  • Dibuka pada setiap hari kecuali jika hari hujan bermula jam 7.00 hingga 10.30 malam
  • Harga tiket adalah rm15 seorang tetapi tertakluk pada perubahan dan promosi.

2. KidZania

‘Sumber: https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur’

KidZania adalah taman tema dan hiburan yang berkonsepkan pendidikan secara berinteraktif. Di sini, kanak-kanak boleh memilih untuk menjalani kehidupan seperti orang dewasa dengan membawa peranan yang pelbagai seperti doktor dan bomba. Mereka akan didedahkan dengan situasi dan pengalaman yang sebenar berdasarkan watak yang dipilih.

Kanak-kanak dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memperkasakan dirinya dari segi sosiologi, psikologi dan fizikal. Keyakinan dan jati dirinya sebagai contoh akan meningkat. Sebab tulah KidZania tak pernah out of the list sebagai antara tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak!

Alamat dan nombor telefon:

  • Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • 1 300 13 KIDZ (5439)

Waktu operasi dan harga tiket:

  • Ahad hingga Jumaat – 10.00 pagi hingga 5.00 petang
    * kecuali semasa cuti sekolah dan cuti umum kebangsaan dan Selangor

  • Setiap Sabtu, cuti umum dan cuti sekolah – 10.00 pagi hingga 7.00 malam

  • Isnin – tutup
    * kecuali semasa cuti sekolah dan cuti umum kebangsaan dan Selangor

  • Harga tiket adalah berbeza untuk setiap peringkat umur kanak-kanak dan dewasa serta bergantung pada pembelian secara online atau pun di kaunter:

 Umur  Pelawat Pembelian di kaunter Pembelian secara online
 0 – 1  Bayi  Percuma  Percuma
 2 – 3  Kanak-kanak kecil  RM 46.00  RM 41.40
 4 – 17  Kanak-kanak  RM 95.00  RM 85.50
 18 – 59  Dewasa  RM 50.00  RM 45.00
 60+  Warga emas  RM 38.00  RM 34.20
 N/A  OKU*  RM 38.00  N/A

Notis penting:
Golongan *OKU boleh membeli tiket dari kaunter tiket sahaja. Kad OKU adalah diperlukan. Untuk tetamu yang mempunyai keperluan khusus, anda hendaklah menghubungi 1300 13 KIDZ (5439) terlebih dahulu untuk mengatur tempahan.

  • Untuk pembelian secara online, para pelawat boleh membuat pembelian tiket secara dalam talian melalui sistem tiket dalam taliannya. Tiket boleh dibeli seawal satu hari lebih awal, atau sehingga 3 bulan lebih awal.
  • Untuk pembelian di kaunter pula, para pelawat dialu-alukan untuk melawat KidZania dan membuat pembelian di kaunter. Tiket kebiasaannya dijual dalam tempoh beberapa jam ketika hujung minggu dan hari cuti umum. Jadi untuk mengelakkan kehabisan tiket, pembelian awal amatlah disyorkan.

3. Jump Street Trampoline Park

‘Sumber: https://jumpstreetasia.com/the-cage/’

Jika para ibu dan bapa merancang untuk membawa anak-anak melakukan aktiviti fizikal yang tertutup, Jump Street Trampoline Park adalah tempat yang sangat sesuai. Di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti untuk beberapa peringkat umur termasuk lah kanak-kanak.

Lasak atau pun tidak, anda dan anak-anak boleh memilih aktiviti yang diminati. Antara yang sesuai untuk kanak-kanak ialah The Cage.

Para ibu dan bapa usahlah risau kerana sepanjang aktiviti dilakukan, aspek keselamatan amatlah dititikberatkan. Namun, temani dan sentiasa awasi pergerakan anak anda.

Alamat dan nombor telefon:

  • No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor.
  • 03-7969 1051/ 012-2041448

Waktu operasi dan harga tiket:

 Hari  Buka  Tutup
 Isnin – Jumaat  11am  9pm
 Sabtu – Ahad  10am  9pm
 Cuti Sekolah  10am  9pm
 Cuti Umum  10am  9pm
  • RM28 sejam untuk seorang
    *Penambahan Rm6 dicajkan untuk pembelian grip socks. Pemakaiannya adalah wajib.

4. Taman Botani Negara Shah Alam

‘Sumber: https://www.goholidaymalaysia.com/catalogue/zoo-mykad-child/’

Antara tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak dan seisi keluarga, Taman Botani Negara Shah Alam menyediakan pelbagai aktiviti seperti memancing, berbasikal, mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta bermacam-macam lagi.

Aktiviti-aktiviti tersebut sesuai untuk dilakukan bersama kanak-kanak dan seisi keluarga kerana ianya tidaklah terlalu ekstrem. Kebanyakkan adalah bersifat outdoor yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Para ibu dan bapa boleh lah menguatkan ikatan kekeluargaan dan kepercayaan antara ahli keluarga.

Alamat dan nombor telefon:

  • Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, Taman Pertanian Malaysia, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • 03-5510 7048

Waktu operasi dan harga tiket:

  • Pada hari Selasa hingga Ahad, taman ini dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
  • Setiap Isnin, taman ini akan ditutup kecuali jika pada waktu cuti sekolah dan kelepasan am.
  • Harga tiket kemasukkan adalah berbeza untuk setiap peringkat umur:

 Dewasa (12 hingga 54 tahun)

 RM 3.00
 Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun)  RM 1.00
 Warga Emas ( 55 tahun ke atas)  RM 1.00

 Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

 Masuk Percuma

*Harga di atas adalah harga tiket umum untuk kemasukkan setiap pengunjung. Ia tidak termasuk harga untuk sesetengah aktiviti seperti lawatan ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim dan caj bagi kemudahan di sana.

5. Zoo Negara

‘Sumber: https://www.goholidaymalaysia.com/catalogue/zoo-mykad-child/’

Setiap negara kebiasaannya mempunyai zoo yang tersendiri. Begitu juga negara kita, Malaysia. Zoo Negara yang terletak di Ampang, Selangor ini menempatkan pelbagai spesis haiwan seperti haiwan liar dan burung untuk tatapan para pengunjung.

Kanak-kanak bukan sahaja dapat melihat kehidupan dan tabiat haiwan-haiwan ini secara dekat dengan selamat, tetapi mereka boleh juga bergambar untuk kenang-kenangan.

Alamat dan nombor telefon:

  • Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor.
  • 03-4108 3422

Waktu operasi dan harga tiket:

  • Setiap hari: 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Kemasukkan yang terakhir ialah pada jam 4.00 petang.
  • Harga tiket adalah seperti yang tertera dalam gambar di bawah:
‘Sumber: https://www.zoonegaramalaysia.my/openinghours.html’

Di atas adalah beberapa tempat menarik untuk para ibu dan bapa berkunjung bersama anak-anak. Luangkan lah masa bersama mereka untuk perkembangan badan dan minda mereka yang sihat.