Bosan dan tak tahu nak buat apa cuti akan datang nanti? Jom kita poie Seremban! Kalau Mommy nak tahu, banyak juga tempat menarik di Seremban ini. Dari tempat berkelah ke taman-taman yang menarik, terdapat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan yang sesuai untuk Mommy pergi bersama anak-anak.
Di sini kita dapat spend time dan bersuka ria. Senarai ini juga menawarkan tempat makan yang best tau! Jangan lupa untuk baca sampai habis kerana ia lengkap dengan alamat, harga tiket dan waktu operasi yang turut disenaraikan di dalam artikel ini.
12 Tempat Menarik Di Seremban
#1 IJM Hill Park, Seremban 2
Wah! Tak sangka wujud lagi dinosaur dan ianya wujud di Seremban! Haa, ini adalah taman reakreasi yang bertemakan dinosaur. Semua ini adalah patung disediakan oleh IJM Land di IJM Hill Park.
Taman ini berkeluasan 30 ekar dengan ketinggian 162 meter dari aras laut. Wah, tingginya! Selain itu, taman ini mempunyai pelbagai kemudahan termasuk trek pejalan kaki dan joging.
Antara spesies yang ada di taman ini adalah Stegosaurus, Ginganotosaurus dan Baryonyx. Di taman ini juga terdapat pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak seperti flying fox, buaian, gelongsor dan macam-macam lagi.
Jangan risau, mereka menyediakan tempat letak kereta tetapi Mommy perlu jalan dan mendaki bukit untuk ke bahagian atas. Kalau nak main dan berjoging pada petang hari, sesuai sangat.
Alamat: S2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: Setiap Hari (6.30 am – 9.00 pm)
#2 Jelita Ostrich Farm
Tahukah Mommy, burung unta adalah burung terbesar di dunia? Telur mereka juga besar sangat! Kita pun boleh berdiri di atasnya. Jika Mommy sekeluarga datang bercuti di Seremban, Mommy boleh membawa anak-anak datang menunggang burung unta di Jelita Ostrich Farm ini.
Para pengunjung juga dibenarkan untuk memberi makan kepada burung unta dengan bantuan pekerja-pekerja di sini. Mesti anak-anak tidak dapat melupakan percutian ini nanti!
Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Harga tiket:
- RM10
- bawah 4 tahun percuma
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
#3 Gunung Angsi
Minat outdoor? Boleh lah datang ke Gunung Angsi. Dengan ketinggian 825 meter (2,702 kaki), Gunung Angsi juga terletak berhampiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ramai orang mendaki di sini kerana ia satu tarikan yang sangat popular sekitar Seremban.
Untuk sampai ke puncak, para pendaki akan mendaki sejauh 4.5 kilometer dan melalui trek sepanjang Sungai Batang Terachi. Mommy boleh sampai ke puncak dalam 4 ke 5 jam, mengikut tahap pendakian Mommy.
Tapi, jangan risau. Untuk mereka yang beginner, anda boleh melalui trek dari Jalan Bukit Putus, kerana ia lebih selamat dan hanya memerlukan 1.5 – 2 jam sahaja untuk sampai ke puncak Gunung Angsi ini. Selamat mendaki!
Apabila berada di puncak, Mommy boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin.
Alamat: Jalan Kuala Pilah, 72009, Seremban, Negeri Sembilan, 70400
Harga tiket: RM 5
#4 Lorong Seni
Kaya dengan pelbagai lukisan, Seremban Street Art dijayakan oleh pelukis berbakat. Antara para pelukis yang terlibat adalah pelukis komik ujang.
Di sini juga dipaparkan lukisan-lukisan yang amat unik. Terletak di Bandar Seremban 2, Lorong Seni menjadi tarikan kepada pengunjung dari merata tempat. Mommy boleh bawak anak-anak Mommy bergambar sepuas-puasnya.
Alamat: 9, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: Buka 24 jam
#5 Taman Alam Veterinar Seremban
Untuk pencinta haiwan, boleh la kunjung ke sini untuk melihat pelbagai jenis haiwan. Taman Alam Veterinar ini terletak di Sikamat, Seremban.
Mommy boleh membawa anak-anak datang ke sini untuk mengenali pelbagai haiwan yang jinak. Antara haiwan yang dipelihara disini adalah rusa jenis timorensis yang berasal dari Indonesia Archipelago.
Alamat: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Lot 1504,Batu 6,Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban,Negeri Sembilan, Malaysia
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
#6 Muzium Negeri
But pencinta sejarah pula, bolehlah datang melawat Muzium Negeri yang terletak di Jalan Sungai Ujong. Luaran muzium ini sungguh unik dengan seni binanya yang menggunakan motif minangkabau, yang terkenal dengan identiti di Negeri Sembilan.
Selain itu, Mommy boleh melihat artifak asli, informasi interaktif, dan macam-macam lagi. Di sini, Mommy boleh pelajari juga tentang sejarah peperangan, budaya, seni, dan gaya hidup negeri ini sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini.
Alamat: Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan, 70200, Seremban – Bukit Nenas Hwy, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
#7 Royal Gallery Tuanku Ja’afar
Kemudian, kita beralih ke galeri pula. Sejarah galeri ini adalah ia dibina untuk menghidupkan kembali kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bermula tahun 1967.
Di sini, pengunjung dapat mengenali biografi, latar belakang, dan sumbangan Almarhum kepada negeri dan Malaysia sepanjang beliau masih hidup. Pameran ini bertaraf antarabangsa dan terdiri daripada empat Ruang. Confirm tak bosan!
Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Harga tiket:
- Dewasa RM10
- Pelajar, warga emas, OKU, RM5
- Bawah 6 tahun percuma
Waktu operasi:
- Selasa – Ahad (10.00 am – 5.00 pm)
- Tutup pada Isnin
#8 Taman Tasik Seremban
Ingin berkelah dan menikmati udara nyaman? Mari ke Taman Tasik Seremban! Kaya dengan pokok-pokok hijau dan tasik yang biru. Pasti Mommy dapat menikmati suasana yang nyaman ini bersama keluarga tercinta. Jangan risau, banyak tempat duduk disediakan untuk aktiviti berkelah.
Selain itu, di sini juga terdapat taman permainan untuk si manja!
Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: Setiap Hari (8.00 – 10.00 pm)
#9 Rantau Eco-Park
Mahu aktiviti bersama keluarga? Rantau Eco-Park adalah jawapannya! Hanya mengambil masa sekitar 23 minit dari Seremban, Rantau Eco-Park menyediakan pelbagai aktiviti outdoor untuk Mommy sekeluarga!
Antaranya adalah:
- berenang
- memancing
- berbasikal
- berkayak
- water bicycle
dan macam-macam lagi! Mereka juga ada kolam renang kalau Mommy dan keluarga mahu berendam. Ia amat luas dan mesra kanak-kanak dan dewasa.
Alamat: Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan
Harga tiket: RM 5(kolam renang)
Waktu operasi:
- Isnin & Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)
- Selasa – Jumaat (8.00 am – 6.00 pm)
- Ahad (9.00 am – 9:30 pm)
#10 Hutan Lipur Ulu Bendul
Mommy juga boleh kunjung ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Ia hanya 21 minit dari Seremban. Ia mempunyai air terjun, dan pokok-pokok menghijau. Boleh la Mommy berkelah dan mandi air terjun, tetapi jaga kebersihan tau! Sesuai untuk pergi pada hari minggu.
Yang paling best-nya kat sini adalah kolam mandi yang menggunakan air terjun semulajadi. Wah! Hebat bukan? Confirm selesa dan juga cantiik.
Alamat: 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap Hari (7.00 am -7.00 pm)
#11 Laman Basikal Seremban
Teringin nak naik basikal di jalan raya tetapi selamat? Boleh datang ke sini bersama keluarga anda! Sebenarnya ini adalah taman basikal ataupun laman basikal yang terletak di Seremban 2 yang dibuat untuk kanak-kanak dan para pelajar yang berbasikal.
Ianya khas untuk digunakan untuk mereka belajar berbasikal di jalan raya serta mempelajari simbol-simbol papan tanda yang terdapat di jalan raya.
Kalau Mommy sudah berada berhampiran dengan Taman Tasik Seremban, bolehlah membawa anak-anak, saudara-mara ke sini.
Laman Basikal Seremban menyediakan pelbagai basikal untuk disewa; daripada basikal untuk seorang hingga empat orang pun ada! Harganya pelbagai iaitu berdasarkan jenis basikal jadi pastikan anda survey dulu!
Alamat: Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Harga basikal: Serendah RM 5
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (8.00 am – 11:30 am) (4:30pm – 7:30pm)
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum (8.00am – 7:30 am)
#12 Hard Wood Cafe
Haaa, dah penat-penat berjalan tu, mari kita recommend tempat makan pula. Kalau Mommy teringin sangat masakan kampung yang asli, boleh datang ke sini dan lihat menu yang mereka sediakan.
Mahu masak lomak cili apa? Tentu mereka ada!
Selain itu mereka juga ada menu ayam goreng, aneka gulai, ulaman, ayam kampung, dan lauk pauk lain yang sangat umph rasanya! Suasana pun selesa, sesuai dengan vibe kampung.
Alamat: 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi:
- Isnin – Sabtu (6.00 am – 6.00 pm)
- Tutup pada Ahad
Mari Poie Ke Seremban!
Tunggu apa lagi, Mommy? Mari lah kita poie ke Seremban! Sebelum pergi pastikan Mommy periksa waktu operasi tempat-tempat ini, barulah dapat menikmati percutian ini dengan lebih sempurna!