Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Terokai 15 Tempat Menarik di Sibu yang Jarang Diketahui Ramai Ini

Tempat Menarik Di Sibu

Kredit gambar: nowboarding.changiairport.com

Sibu adalah destinasi pelancongan yang menakjubkan merupakan sebuah bandar yang terletak 398 kilometer dari Bandaraya Kuching dan kira-kira 6 jam pemanduan.

Jika datang ke sini, anda boleh meneroka pelbagai tempat menarik di Sibu yang kami pasti akan menjanjikan anda pengalaman luar biasa!

Sibu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan apa yang paling menarik di Sibu ialah terdapatnya Sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak lagi destinasi menarik di Sibu yang menunggu kedatangan anda sekeluarga untuk menerokanya. Pastikan anda baca sampai habis untuk mengetahui apakah tempat menarik tersebut.

Senarai Tempat Menarik di Sibu yang Wajib Singgah

#1. Taman Jubli Bukit Aup – Tempat Menarik di Sibu

Highlighted

Kredit gambar: Instagram @ray_madristy

Jika anda ingin beriadah bersama keluarga sambil bersantai menikmati alam semulajadi, Taman Jubli Bukit Aub adalah destinasi tepat untuk anda.

Taman yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang rendang membuatkan suasana di sekelilingnya menjadi redup dan damai apabila dipandang.

Kredit gambar: Instagram @ray_madristy

Selain beriadah, taman ini juga sesuai untuk tujuan berkelah, bersenam dan bersantai serta mempunyai banyak kemudahan dan tarikan lain yang boleh didapati di sini.

Kredit gambar: Instagram @ray_madristy

Antaranya ialah pondok yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga, menara tinjau, kolam ikan dan juga jambatan gantung.

Bagi yang suka bergambar, banyak tempat cantik di sini yang sesuai untuk bergambar.

  • Alamat: 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia

#2. Tokong Tua Pek Kong

Majoriti penduduk di Sibu adalah beragama Buddha. Oleh sebab itulah, di sini terdapatnya sebuah tokong tertua di Sibu.

Tokong Tua Pek Kong adalah tokong yang dibina pada abad ke-19 dan ianya merupakan tokong utama di daerah Sibu ini.

Ianya juga berperanan sebagai simbolik kepada kebudayaan masyarakat cina di Sibu. Jika anda ke sini, anda akan dapat melihat seni ukir yang rumit tetapi cantik di tokong ini.

Masyarakat cina sering menjadikan tokong ini sebagai pilihan utama sekiranya melibatkan sebarang aktiviti penting keagamaan mereka.

  • Alamat: Jln Temple, 96000 Sibu, Sarawak

#3. Sibu Heritage Centre – Tempat Menarik di Sibu

Kredit gambar: Instagram @lindaniston

Selain itu, anda boleh berkunjung ke Sibu Heritage Centre yang merupakan sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai sejarah terutamanya sejarah Sibu.

Kredit gambar: Instagram @explorerwee

Di sini juga turut mempamerkan warisan budaya bagi masyarakat Sibu.

Kredit gambar: Instagram @explorerwee

Antara yang boleh anda lihat di sini ialah replika rumah panjang, kraf tangan, artifak dan juga pameran kebudayaan serta amalan masyarakat Sibu.

Kredit gambar: Instagram @explorerwee

Ingin mengenali lebih dekat masyarakat Sibu? Anda wajib ke Sibu Heritage Centre.

  • Alamat: 18 2, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat & Isnin (10 pagi – 4.30 petang)

#4. Sibu River Cruise – Tempat Menarik di Sibu

Anda ingin merasai pengalaman menikmati kecantikan matahari terbenam di atas cruise? Jom rasai pengalaman ini di Sibu River Cruise.

Anda berpeluang menikmati kecantikan alam semulajadi dengan menaiki river cruise menyusuri sungai terpanjang di Malaysia, Sungai Rajang.

Cruise di sini mampu memuatkan sehingga 60 orang pada satu-satu masa.

Terdapat 2 pilihan di sini iaitu sama ada anda ingin bersiar-siar melihat persekitaran di sepanjang Sungai Rajang, Sightseeing Cruise atau Sunset Cruise menaiki cruise sambil melihat keindahan matahari terbenam.

  • Alamat: Pulau Babi Wharf, Jalan Khoo Peng Loong 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu Ahad & Cuti umum
  • Waktu Cruise Bersiar-siar: 5.15 petang – 6.15 petang
  • Waktu Cruise Matahari Terbenam: 6.30 petang – 7.30 petang

#5. Pasar Malam Sibu

Kredit gambar: Instagram @foodsnapp_

Pasar Malam Sibu adalah antara tempat makan menarik di Sibu yang boleh anda kunjungi. Di sini anda boleh menemui pelbagai jenis makanan di jual di sini umpama syurga makanan.

Antara street food yang boleh dijumpai di sini ialah dim sum, BBQ, pastry, kuih muih dan banyak lagi. Jika anda ingin ke sini, pastikan anda datang pada pukul 5 petang atau sebelum 10 malam.

Pastikan perut anda juga kosong jika ke sini!

  • Alamat: Jalan Market, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Setiap hari (5 petang – 10 malam)

#6. Lau King Howe Hospital Memorial Museum

Selalu kita lihat kebanyakan muzium berkisar tentang sejarah tempat dan pemimpin. Tapi kali ini kami ingin membawa anda mendekati Lau King Howe Hospital Memorial Museum yang mana sebuah muzium yang mempamerkan berkenaan bidang perubatan.

Muzium ini adalah muzium perubatan yang pertama di Malaysia. Bangunan muzium ini pada asalnya adalah bangunan sebuah hospital pada tahun 1931 yang mana ianya dibuka oleh Mr. Lau King Hwe.

Namun selepas pembinaan Hospital Sibu, pada tahun 80-an, hospital ini mengalami perubahan yang banyak apabila ramai pesakit yang lebih memilih hospital kerajaan.

Selepas ianya ditutup dan dibaikpulih, hospital ini ditukar menjadi muzium sebagai usaha untuk menghargainya

  • Alamat: Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

#7. Sungai Merah Heritage Walk – Tempat Menarik di Sibu

Kredit gambar: Instagram @joharigeo

Bukan itu sahaja, tarikan lain di Sibu yang boleh anda kunjungi ialah Sungai Merah Heritage Walk. Untuk pengetahuan anda, Sungai Merah Heritage Walk ini menjadi bukti penempatan terawal bagi masyarakat cina di Sibu ini.

Persekitaran yang cantik di sini membolehkan anda untuk merakamkan gambar sebagai kenangan.

Bagi yang ingin berjalan sambil menikmat kecantikan tempat ini, anda boleh berjalan kaki melalui laluan berjalan kaki yang disediakan menuju terus ke Taman Memorial Wong Nai Siong, juga salah satu tempat menarik di Sibu.

Bagi yang ingin menenangkan fikiran anda boleh duduk sambil menikmati keindahan di persekitaran Sungai Merah Heritage Walk ini.

  • Alamat: Lorong Sungai Merah 2D4, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

#8. Sibu Town Square

Tempat menarik di Sibu seterusnya ialah Sibu Town Square yang merupakan dataran bandar terbesar di negeri Sarawak.

Tempat yang sering menjadi pilihan penganjur acara-acara besar untuk menganjurkan acara besar mereka ini mempunyai padang yang luas dan bersih.

Antara acara besar yang pernah dianjurkan di sini ialah Borneo Cultural dan Food Festival.

Terdapat patung angsa dan kuda yang cantik di sini sesuai untuk anda yang suka bergambar dan anda boleh menikmati keindahan bandar Sibu dari sini.

  • Alamat: Jln Bujang Suntong, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

#9. Cabe Ijo

Kredit gambar: Instagram @ahmadhadinatafauzi

Ingin mencari tempat makan menarik di Sibu? Apa kata anda cuba makanan di Cabe Ijo iaitu sebuah kedai makan yang menyajikan menu asli Sarawak yang sukar dijumpai di Semenanjung.

Kredit gambar: Instagram @ahmadhadinatafauzi

Jika anda berpeluang ke Sibu ini adalah antara tempat makan menarik di Sibu yang harus anda kunjungi. Kedai ini mempunyai deko hiasan yang cantik, selesa dan santai.

  • Alamat: Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jln Kuda, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi – 11.30 pagi)

#10. Taman Rimba Bukit Lima Nature Reserve

Selepas dibuka pada tahun 2001, Taman Rimba Bukit Lima Nature Reserve ini terus mendapat perhatian ramai pengunjung. Sering menjadi destinasi untuk orang ramai beriadah dan bersenam.

Hal ini kerana, di sini terdapatnya laluan yang membolehkan pengunjung untuk berjoging dan juga mempunyai denai hutan yang menarik.

Berkunjung ke sini anda akan dapat menyaksikan lebih 8 spesis hidupan mamalia dan juga 39 spesis burung yang sukar dijumpai.

Antara hidupan yang sukar dijumpai ialah tupai gergasi, kera, broadbill, sunbirds dan juga flowerpeckers.

Bukan itu sahaja malah anda berpeluang untuk merasai berjalan di dalam hutan paya gambut serta menikmati keindahan alam semulajadi yang sangat mempesonakan.

  • Alamat: Jln Sentosa, Fasa 2, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

#11. Kampung Budaya One Malaysia

Kampung Budaya One Malaysia ini menawarkan pameran interaktif, pemandangan yang indah dan bunyi alam semulajadi yang pastinya menenangkan sesiapa sahaja yang berada di sini.

Perkampungan ini menempatkan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia. Ini akan memberi peluang kepada pengunjung terutamanya pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.

  • Alamat: 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9 pagi – 9 malam)

#12. Lin’s Swan Garden

Kredit gambar: Instagram @Google reviews Lance Lee

Jika anda berkunjung ke Sibu jangan lupa untuk singgah ke Lin’s Swan Garden. Sampainya anda di sini, anda akan dapat melihat sebuah patung angsa gergasi yang menjadi tarikan utama di taman hasil kerjsama Persatuan Puak Lin dan juga Majlis Perbandaran Sibu ini.

Patung angsa gergasi ini melambangkan kepesatan pembangunan bandar Sibu. Selain itu, kedudukan patung angsa yang menghadap ke arah selatan membawa maksud keamanan dan kemakmuran bandar Sibu ini.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga 12 jenis haiwan zodiak lain di sini yang pastinya menarik.

Port wajib untuk anda bergambar jika ke sini ialah Pintu Gerbang Sibu yang menjadi kebanggan penduduk Sibu.

  • Alamat: Lebuh Tanah Mas, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

#13. Taman Awam Sibu

Taman Awam Sibu atau juga dikenali sebagai Lake Garden ini sesuai buat anda yang ingin beriadah bersama keluarga.

Di sini terdapat laluan untuk berjoging, taman permainan untuk kanak-kanak dan juga pusat kercergasan. Sangat sesuai buat anda yang ingin melepaskan lelah selepas seharian berjalan-jalan di bandar Sibu.

  • Alamat: Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

#14. Rejang Esplanade – Tempat Menarik di Sibu

Kredit gambar: Instagram @mohdarashnazri

Jika anda berkesempatan ke bandar Sibu, jangan lupa untuk singgah di Rejang Esplanade iaitu sebuah tempat yang sering menjadi pilihan penduduk setempat untuk bersantai pada waktu petang.

Kredit gambar: Instagram @lynn._.linn

Di sini terdapatnya satu patung angsa gergasi yang sememangnya sinonim dengan Sibu. Penduduk tempatan percaya bahawa angsa ini telah menyelamatkan mereka dari kebuluran.

Kredit gambar: Instagram @mohdarashnazri

Disebabkan itulah Sibu terkenal dengan nama Swan City. Anda juga boleh menyaksikan bot-bot kecil yang cukup cantik dan unik berlabuh di kawasan sungai ini.

  • Alamat: 31, Jalan Maju, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia

#15. Pasar Sentral Sibu

Antara tempat menarik di Sibu yang wajib anda kunjungi adalah Pasar Sentral Sibu. Jika anda ingin dapatkan cenderahati buat saudara mara anda Pasar Sentral Sibu ini mempunyai banyak pilihan kraftangan yang sesuai dijadikan cenderahati.

Selain itu, pasar ini juga menjual pelbagai makanan laut dan buah-buahan segar. Anda akan dapat menyaksikan cara hidup masyarakat tempatan jika berkunjung ke sini.

Teringin untuk merasai keenakan mee kolok dan kompia? Pastikan anda datang ke sini untuk merasai kelazatan makanan signature rakyat Sarawak ini.

  • Alamat: Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)

Macam mana? Menarik bukan? Justeru itu, anda kena datang dan rasai sendiri pengalaman bercuti di sini bersama keluarga anda.


Terokai pelbagai lagi tempat-tempat menarik yang lain di SINI!