Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Destinasi Tempat Menarik Yang TOP (dan TERKINI!) di Singapore

tempat menarik di singapore

Kredit gambar: Instagram @jiaching0917

Singapura adalah salah sebuah negara jiran yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong selain Thailand. Walaupun kecil, namun siapa sangka, terdapat banyak tempat menarik di Singapore yang cukup ikonik dan berjaya memukau para pelancong yang berkunjung ke sini.

Selain itu, Singapura juga turut dikenali antara negara yang terbersih dan selamat untuk didiami di dunia. Bagi yang mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Singapura, ini 20 tempat menarik di Singapore yang boleh anda lawat!

Senarai Tempat Menarik di Singapore

#1. Universal Studio Singapore – Tempat Menarik di Singapore

Highlighted

Kredit gambar: Instagram @universalstudiossingapore

Antara destinasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke Singapura ialah Universal Studio Singapore.

Kenapa? Ini kerana, Universal Studio Singapore ini ialah salah satu francais Universal Studio yang terdapat di dunia dan ianya adalah cawangan yang pertama dibina di Asia Tenggara.

Jika tidak, Mommy perlu ke Hollywood, Jepun, Korea Selatan dan Florida. Jika ingin merasakan seperti berada dalam salah satu adegan filem Hollywood inilah tempatnya.

Terdapat 7 zon yang mana setiap satunya penuh dengan permainan dan aktiviti menarik.

  • Alamat: 8 Sentosa Gateway, 098269, Singapore
  • Waktu Operasi: Khamis – Ahad (12.00 pm – 7.00pm) | Isnin – Rabu (Tutup)
  • Tiket Masuk: Dewasa (13 tahun ke atas) – S$76 (Anggaran RM240) | Kanak-kanak (4 – 12 tahun) – S$56 (Anggaran RM190)

#2. Garden By The Bay

Selain itu, Mommy juga boleh ke Garden By The Bay yang mana ianya adalah sebuah indoor garden dengan landskap yang sangat memukau setiap orang yang masuk ke sini.

Keunikan reka bentuk bangunannya yang seperti cengkerang sangat menarik perhatian. Melangkah masuk sahaja ke sini anda akan dihidangkan dengan keindahan flora yang menghijau.

Berada di sini pasti membuatkan Mommy seperti tidak mahu keluar.

  • Alamat: 18 Marina Gardens Dr, Singapore 018953
  • Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 2 pagi)
  • Tiket Masuk: Berbeza mengikut tarikan

#3. Marina Bay Sands – Tempat Menarik di Singapore

Kredit gambar: Instagram @rafaelaoliveira.photography

Setiap pelancong wajib ke sini jika melancong ke Singapura. Marina Bay Sands adalah antara tarikan utama yang setiap pelancong akan pergi.

Jika Mommy berkunjung ke sini pastinya akan terpukau dengan reka bentuk bangunannya yang menarik.

Kredit gambar: Instagram @rafaelaoliveira.photography

Pada waktu malamnya pula keindahan bangunan ini akan lebih menarik dengan lampu-lampu yang cantik dan pertunjukkan lampu lasernya yang memukau.

Selain itu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini dan juga terdapat banyak tarikan lain yang berdekatan dengan Marina Bay Sands ini.

  • Alamat: 10 Bayfront Ave, Singapore 018956

#4. Sentosa

Sentosa atau juga dikenali sebagai Pulau Sentosa ialah sebuah pulau resort yang mempunyai banyak tarikan termasuklah simbol Singapura yang menjadi tempat wajib setiap pelancong iaitu Merlion.

Tarikan lain yang boleh Mommy dan keluarga kunjungi apabila ke sini ialah Resort World Sentosa, Tiger Sky Tower, Butterfly & Insect Kingdom dan akuarium terbesar di dunia dan tercanggih pernah dibina iaitu Singapore Aquarium S.E.A.

  • Alamat: Sentosa Island, Singapore

#5. Merlion Park

Kredit gambar: Instagram @jiaching0917

Di samping itu, tempat wajib yang perlu Mommy kunjungi jika ke Singapura ialah Merlion Park di mana terletaknya simbol negara Singapura iaitu Merlion.

Untuk pengetahuan Mommy, Merlion Park adalah tarikan utama pelancong yang datang ke Singapura. Di sini anda dapat melihat 2 patung Merlion dengan setiap satunya mempunyai ketinggian 8.6 meter dan 2 meter.

Mercu tanda Singapura ini mempunyai bentuk kepala singa manakala badannya pula menyerupai bentuk seekor ikan.

Pastikan Mommy mengabadikan kenangan di sini sebagai tanda “hadir” Mommy ke sini.

  • Alamat: Merlion Park, Sentosa Island, Singapura

#6. Orchard Road

Kredit gambar: Instagram @ulyritual

Benda wajib apabila melancong pastilah membeli belah bukan? Tempat paling sesuai jika Mommy ingin membeli belah ialah di Orchard Road yang sememangnya terkenal sebagai tempat membeli belah sejak tahun 1850.

Di sini terdapat banyak koleksi barangan berjenama dan terkini dijual. Selain itu, di sini juga terdapat tempat penginapan, galeri seni dan banyak lagi tarikan pelancongan yang lain.

  • Alamat: Orchard Road, Singapura
  • Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)

#7. Singapore Flyer – Tempat Menarik di Singapore

Ingin melihat keindahan Singapura dari sudut yang berbeza? Singapore Flyer yang pernah bergelar roda ferris terbesar di dunia dengan ketinggiannya 165 meter ini pasti membuatkan Mommy terpegun dengan keindahan Singapura dari atas roda ferris ini.

Roda ferris ini mempunyai kapsul-kapsul yang dilengkapi penghawa dingin dan setiap satunya mampu memuatkan sehingga 28 orang penumpang pada satu-satu masa.

  • Alamat: 30 Raffles Ave, Singapore 039803
  • Waktu Operasi: Khamis – Ahad (3 petang – 10 malam)
  • Tiket Masuk: Dewasa S$33 | Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) S$21 | Warga Emas S$24

#8. Clarke Quay

Clarke Quay adalah salah satu tarikan pada waktu malam yang wajib Mommy kunjungi. Tarikan ini terkenal dengan keindahan pemandangan pada waktu malam dengan menaiki Singapore River Cruise.

Selain itu, di sini juga anda boleh menikmati pelbagai menu makanan barat yang pastinya menyelerakan.

Anda dapat menyaksikan Merlion Park, Marina Bay Sands, Raffles Landing Site dan banyak lagi dengan menaiki Singapore River Cruise ini.

  • Alamat: 3 River Valley Rd, Singapore 179024
  • Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 11 malam)

#9. Bugis Street

Kalau tadi dah bershopping barang berjenama dan mahal, apa kata kali ini Mommy ke Bugis Street untuk mendapatkan barangan dan cenderahati dengan harga yang murah.

Di sini terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, dari pakaian, makanan, kosmetik, cenderahati dan banyak lagi.

  • Alamat: 3 New Bugis St, Singapore 188867
  • Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi – 10 malam)

#10. Arab Street – Tempat Menarik di Singapore

Kredit gambar: Instagram @ml_abroad

Siapa cakap dekat Singapura susah nak dapatkan barangan dari negara Timur Tengah. Kalau tak percaya Mommy kena pergi Arab Street dan lihat sendiri kepelbagaian barangan yang didatangkan dari negara Timur Tengah.

Antara barangan yang dijual di sini ialah batu permata, tekstil, batu permata dan banyak lagi.

Kredit gambar: Instagram @ml_abroad

Selain itu, di sini juga terdapat tempat makan menarik yang pasti membuat Mommy terliur.

  • Alamat: Arab Street, Singapura

#11. Madam Tussauds Singapore

Tempat menarik di Singapura yang seterusnya ialah Madam Tussauds Singapore. Madam Tussauds Singapore ini menghimpunkan patung lilin orang-orang terkenal, tokoh-terkenal, artis-artis terkenal.

Rakamkan gambar sebanyak mungkin bersama patung yang anda inginkan. Antara patung yang terdapat di sini ialah Angelina Jolie dan Micheal Jackson.

  • Alamat: 40 Imbiah Rd, Singapore 099700
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10 pagi – 7.30 malam) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (10 pagi– 9 malam)
  • Tiket Masuk: Dewasa (13 tahun ke atas) – $44 | Kanak-kanak (3 – 12 tahun) – $32

#12. Boeing 737 Flight Experience

Kredit gambar: Instagram @justice___6

Boeing 737 Flight Experience adalah sebuah tarikan yang memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai mengemudi kapal terbang dengan Flight Simulator Boeing 737.

Kredit gambar: Instagram @justice___6

Sangat sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi pilot tapi tidak kesampaian. Jika mahukan pengalaman yang lain dari yang lain ini adalah tempatnya.

  • Alamat: Singapore Flyer, 30 Raffles Ave No. 02-06 Singapore 039803
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)
  • Harga Tiket: Semak di laman webnya (semak di sini)

#13. Singapore Science Centre

Mahukan percutian yang berinfomatif kepada anak-anak Mommy? Jom ke Singapore Science Centre yang pastinya akan memberikan pengalaman luar biasa kepada Mommy sekeluarga.

Di sini terdapat 14 jenis pameran sains yang menarik untuk disaksikan. Antaranya ialah Oyr Solar System, Climate Change, Living wih Viruses, Magic Swing dan banyak lagi.

Tarikan utama di sini ialah IMAX teater yang mempunyai 5 tingkat.

IMAX ini akan memberi peluang kepada anda merasai pengalaman seperti berada di dalam video yang ditayangkan.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat Snow City yang akan membawa Mommy bermain salji seperti di luar negara.

  • Alamat: 15 Science Centre Road, Singapore 609081
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10 pagi – 6 petang)
  • Tiket Masuk: Semak harga di laman webnya

#14. Jurong Bird Park

Bagi mereka yang melancong bersama anak-anak kecil Jurong Bird Park adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Kredit gambar: Instagram @alt_perspectives_

Di sini terdapat lebih 8,000 ekor burung daripada 600 spesis burung yang bakal anda lihat jika berkunjung ke sini.

Kredit gambar: Instagram @alt_perspectives_

Burung-burung di sini dibawa terus dari pelbagai negara dari seluruh negara termasuklah negara Eropah, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan banyak lagi.

  • Alamat: 2 Jurong Hill, Singapore 628925
  • Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

#15. Singapore Zoo

Selain Jurong Bird Park, Singapore Zoo juga menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak Mommy yang sukakan dengan haiwan.

Singapore Zoo ini mempunyai lebih daripada 300 spesis binatang. Banyak bukan? Setiap haiwan di sini diletakkan pada 11 zon yang berasingan.

Antaranya ialah Fragile Forest, Wild Africa dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, malah di sini juga terdapat pertunjukan haiwan yang menyaksikan haiwan-haiwan yang dilatih beraksi menghiburkan anda.

  • Alamat: 80 Mandai Lake Road, Singapore 729826
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 pagi – 6 petang)
  • Harga Tiket: Kanak-kanak ($33) | Dewasa ($48) | Warga emas ($20)

#16. Sentosa 4D Adventureland – Tempat Menarik di Singapore

Sentosa 4D Adventureland ialah sebuah tempat yang menawarkan pengalaman yang tidak akan dapat di dunia sebenar.

Jika anda berkunjung ke Sentosa 4D Adventureland anda akan dapat merasai seperti berada di dalam filem fantasy 2: The Mysterious Island, menaiki simulasi roller coaster dan banyak lagi.

Sangat real dan mencabar!

  • Alamat: 51B Imbiah Rd, Singapore 099708
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10 pagi – 9 malam)

#17. Singapore Botanic Gardens

Bagi pencinta alam, Singapore Botanic Gardens pastinya akan memberi ketenangan kepada anda apabila berada di sini. Di sini terdapat banyak taman yang berlainan.

Antaranya ialah Evolution Garden, Ginger Garden, National Garden dan banyak lagi.

Dengan landskap yang cantik dan kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan di sini pastinya akan memukau anda.

  • Alamat: 1 Cluny Road, Singapore 259569
  • Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 12 tengah malam)

#18. National Gallery Singapore

Tarikan terbaru yang Mommy boleh kunjungi ialah National Gallery Singapore yang menempatkan pelbagai karya seni dari seluruh dunia.

Ini adalah galeri pengumpulan karya senin yang laing besar di dunia.

  • Alamat: 1St Andrew’s Road, Singapore 178957
  • Waktu operasi: Ahad – Khamis & Cuti Umum (10 pagi – 7 malam) | Jumaat, Sabtu, Sehari Sebelum Cuti Umum (10 pagi – 10 malam)

#19. Resort World Sentosa – Tempat Menarik di Singapore

Anda tidak tahu nak tinggal di mana selepas datang ke Singapura? Resort World Sentosa adalah jawapannya.

Di sini terdapat penginapan, hotel, restoran dan pelbagai aktiviti lain yang menarik dan berkelas dunia.

Antaranya ialah Universal Studios Singapore, Adventure Cove Waterpak dan banyak lagi.

  • Alamat: 8 Sentosa Gateway, Sentosa Island, Singapore 098269

#20. Dover Street Market

Tempat menarik yang terakhir ialah Dover Street Market. Dover Street Market ini adalah sebuah tempat yang menggabungkan fesyen dan juga seni.

Dover Street Market ini diinspirasikan daripada konsep Kesington Market, London yang terkenal pada era 70 dan 80-an.

Kunjungan Mommy ke sini pastinya menjanjikan pengalaman membeli belah yang menyeronokkan apabila dapat melihat fesyen dan seni bergabung.

Datanglah dan nikmati keseronokan ini sendiri!

  • Alamat: 18 Dempsey Rd, Singapore 249677
  • Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 8 malam)

Macam mana? Mesti tak sabarkan Mommy nak ke sana dengan keluarga? Sebenarnya masih banyak tarikan lain yang menanti Mommy di sana.

Tarikan yang pastinya membuatkan Mommy puas hati dan sangat menikmati masa cuti bersama keluarga Mommy.


Terokai pelbagai lagi tempat-tempat menarik yang lain di SINI!