Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cantik Sangat! Jom Ke 12 Tempat Menarik Di Teluk Intan Ini

Kredit gambar: ﹏﹏﹏﹏﹏ / Shutterstock.com

Teluk Intan seperti namanya, merupakan sebuah pekan yang berbentuk teluk di Perak yang seratanya, penuh dengan makanan-makanan tempatan yang best dan tempat-tempat yang menarik. Memang rugi kalau anda ke sini dan tidak merasa makanan-makanan ini dan melawat landmark nya.

12 Tempat Menarik Di Teluk Intan

Nanti bolehlah singgah dan cuba rasai sendiri keenakan makanan tempatan di sini. Pasti akan membuatkan anda teringat-ingat!

1. Restoran M.Gulam Rasul

Highlighted

Kredit gambar: dapnyatv.com/listings/restaurant-m-gulam-rasul/

Roti canai, kari ikan, ayam goreng mamak, air kelapa segar; ini hanya beberapa hidangan yang sering membuatkan mereka yang singgah akan kembali lagi ke Restoran M. Gulam Rasul ini.

Kalau anda peminat masakan kari dan berempah, restoran ini wajib masuk dalam checklist anda!

Alamat: Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 8.00 mlm
Tel: 05-621 1621

2. Menara Condong

Kredit gambar: anajingga.com

Kalau sebut Teluk Intan, tentunya landmark nya yang paling popular adalah Menara Condong.

Seni bina menara ini sering menjadi bualan mulut kerana keunikannya yang kelihatan condong tetapi masih berdiri kukuh hingga kini.

Sekarang, banyak aktiviti yang dijalankan di sekitar perkarangan menara ini seperti jualan mainan kanak-kanak, pasar malam, khidmat sewa kereta mainan kanak-kanak dan bermacam lagi.

Kalau ke sini bersama anak-anak, terutamanya pada waktu malam, sesuai sangat tau.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

3. Padang Speedy

Kredit gambar: foursquare.com

Pagi, petang, siang dan malam; padang ini sentiasa sesak jika tidak dengan pengunjung dari luar, penduduk tempatan di sini. Maklumlah.. ia agak luas dan strategik kedudukannya yang terletak di tengah pekan Teluk Intan ini.

Rata-rata, mereka yang ke sini akan beriadah, berkelah bersama yang tersayang dan mengambil angin petang.

Jangan pula terkejut, pada waktu malam pun ramai orang tau.

Alamat: Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pg – 10.00 mlm

4. Jelapang Padi Sungai Manik

Kredit gambar: http://asalmelayu.blogspot.com/

Antara tarikan lain di sekitar Teluk Intan ialah Jelapang Padi di Sungai Manik. Melihat sawah padi yang kehijauan terbentang, walaupun hanya dari dalam kereta amat mendamaikan dan cukup indah.

Tak kurang juga, ramai yang singgah di jelapang padi ini untuk bergambar dan merakam momen bersama yang tersayang.

5. Ladang Moccis

Kredit gambar: http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Ladang Moccis ini. Beriadah, sukan air dan melihat haiwan dalam mini zoo, seronok juga kan?

Alamat: KM 14, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 6.30 ptg
Tel: 05-621 1122

6. Dataran JPS Teluk Intan

Kredit gambar: asiatravelbook.com/2019/10/teluk-intan21.html

Ramai penduduk sering berkumpul di sini pada waktu petang untuk bersiar-siar. Tak peliklah kan, Dataran Sungai Perak ni terletak berdekatan dnegan Sungai Perak. Memang cantik dan menenangkan suasana di sini.

Alamat: Dataran Sungai Perak, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan, Perak

7. Restoran Udang Galah Teluk Intan

Kredit gambar: facebook.com/Restoran-Udang-Galah-Teluk-Intan-1668588336787081/photos/2851749671804269

Restoran ini cukup terkenal buat penduduk di sini. Mana tak nya, masakan di sini memang sedap-sedap belaka. Seperti namanya, antara menu signature nya ialah, masakan udang galah.

Memang wajib singgah dan cuba ya?

Alamat: 1918, Jalan Sekolah, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-2642 7712

8. River Cruise Teluk Intan Perak

Kredit gambar: https://www.orangperak.com/menyusuri-sungai-perak-di-teluk-intan-dengan-river-cruise.html

Rugi kalau ke sini dan tidak menyusuri Sungai Perak tau. Nanti boleh ke Pulau Bangau dan tengok kawanan burung-burung di sini. Burung-burung lain seperti enggang dan helang pun ada ya.

Kalau nak tengok kelip-kelip pula, bolehlah ke sini pada waktu malam.

Alamat: Jalan Wah Keng Jooi, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pg – 10.00 mlm

9. Taman Rekreasi Teluk Intan

Kredit gambar: https://foursquare.com/v/taman-rekreasi-teluk-intan/4d0f3b1b75468eeca9cfa162

Selain itu, Taman Rekreasi Teluk Intan pun sesuai juga untuk beriadah. Malahan, ada juga yang ke sini untuk berkelah dan bersiar-siar mengambil angin petang.

Alamat: Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

10. Anson Bali Cafe

Kredit gambar: tripadvisor.com

Kalau anda sedang mencari cafe atau tarikan terbaru di sini, bolehlah cuba ke Anson Bali Cafe.

Dari hidangan, minuman dan pencuci mulutnya, pasti anda tidak akan kecewa. Cafe ini pun cantik, sesuai untuk bergambar bersama yang tersayang!

Alamat: 1861, Jalan Manggis, Taman Manggis, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tghari – 8.00 mlm
Tel: 011-2620 1861

11. Stesen Keretapi Teluk Intan

Kredit gambar: b.cari.com.my

Landasan keretapi ini mempunyai nilai sejarah yang berkaitan dengan kematian seekor gajah jantan yang cuba melindungi kawanannya. Anda bolehlah ke sini dan melihat bekas landasannya dan banner yang diletakkan untuk mengingati peristiwa ini.

Alamat: 36000 Teluk Intan, Perak

12. Restoran Mastan Ghani

Kredit gambar: https://foursquare.com/v/restoran-mastan-ghani/52074f5411d2522d815ddb9c

Memang rugi kalau tak singgah untuk pekena mee rebus di Restoran Mastan Ghani ini. Terutamanya kalau anda peminat mee rebus, tentu nanti akan kembali lagi!

Alamat: 26, Persiaran Intanova, Taman Intanova, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 6.30 ptg

Jangan lupa singgah di restoran-restoran dan landmarks di Teluk Intan ini ya? Moga perjalanan anda selamat dan menggembirakan!