Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10+ Tempat Menarik di Temerloh Yang Rugi Kalau Aok Tok Gi!

Kredit gambar: MYOUTSIDER / Shutterstock.com

Temerloh ataupun orang ramai sekarang panggil ‘Temerlove’ adalah satu bandar yang terkenal dengan ikan patin di negeri Pahang. Kaya dengan hidupan liar serta hutan simpan, Temerloh adalah antara tempat menarik untuk dikunjung di Pahang.

Tahukah Mommy, Temerloh berada di kedudukan titik tengah semenanjung Malaysia? Haaa, kalau nak tahu, mari baca sampai habis!

Sebelum kita ke sana, mari kita lihat dulu pelbagai tempat menarik di Temerloh ini. Senarai ini lengkap dengan alamat, harga tiket dan juga waktu operasi supaya Mommy dapat maklumat yang terkini!

12 Tempat Menarik Di Temerloh

#1 Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Highlighted

Kredit gambar: Harian Metro

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan terletak di Kuala Gandah, Lanchang. Seperti nama diberi, ia adalah tempat perlindungan dan penjagaan gajah. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini sesuai untuk dilawati dengan anak-anak Mommy.

Kenapa ada banyak gajah-gajah di sini? Mereka kurang bernasib kerana ditinggalkan daripada gerombolan mereka ataupun gajah liar dan gajah denak yang telah ditangkap dan kemudiannya dilepaskan oleh Taman Negara. Mesti tak pernah jumpa gajah liar kan? Bolehlaj Mommy berkunjung ke sini!

Mereka bergerak bebas di dalam sebuah kawasan berpagar dan sambil-sambil itu Mommy boleh menonton dokumentari tentang cara-cara gajah ini diselamatkan untuk dibawa ke habitat yang lebih selamat.

Buat anak-anak, mereka boleh mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti melihat persembahan gajah, memberi mereka makan atau bersantai di dalam taman-taman yang indah di sini. Masuk pun percuma!

Alamat: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan, Kuala Gandah, 28500 Lanchang

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi:  

  • Isnin – Ahad (8.00 am – 1.00 pm, 2.30 pm – 4.30 pm)
  • Jumaat (8.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 4.30 pm)

#2 Gunung Senyum

Kredit gambar: Tourism Pahang

Untuk Mommy yang suka kan aktiviti outdoor, boleh datang ke Gunung Senyum. Jangan terpedaya, sebenarnya ada lebih daripada 20 buah gua untuk diterokai. Selain itu, Mommy boleh melihat pokok-pokok herba dan banyak lagi kewujudan flora dan fauna lain.

Gunung Senyum ini berketinggian 1,594 kaki. Masa mendaki ke puncak adalah dalam 4 jam dan untuk turun ke kaki gunung pula adalah dalam 3 jam. Pastikan Mommy rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan ini dan bawa air secukupnya.

Untuk pengetahuan Mommy, hutan lipur di gunung ini turut menyimpan bukti kehidupan masyarakat Zaman Mesolitik. Antara nama gua di sini adalah Gua Terang Bulan, Gua Kolam Tujuh dan Gua Silat.

Alamat: Hutan Eko Rimba Gunung Senyum Jalan Temerloh- Felda Rumpun Makmur, 28050 Kuala Krau, Pahang.

Harga tiket: 

  • Dewasa RM 2.00
  • Kanak-kanak RM 1.00

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 am – 6.00 pm)

#3 Krau Wildlife Reserve

Kredit gambar: Rainforest journal

Mahu melihat keindahan hidupan liar? Datanglah ke Krau Wildlife Reserve. Ia merupakan rizab hidupan liar yang terbesar di bahagian Semenanjung Malaysia. Dengan keluasannya 60,349 hektar, banyak hidupan liar ada di sini. Rizab ini juga sudah lama wujud, sejak zaman pemerintahan British lagi.

Tambahan pula, di sini juga ditempatkan sebuah pusat penyelidikan yang terkenal di seluruh dunia dalam pengkajian tentang burung dan kelawar. Selain itu, Krau Wildlife Reserve juga menempatkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan. Tunggu apa lagi, jom bawak anak-anak!

Alamat: Bukit Rengit, 28500, Lanchang, Pahang

#4 Monumen Titik Tengah Semenanjung

Kredit gambar: PDT Temerloh

Haa, ini Mommy mesti tak percaya kan? Ini adalah tempat tarikan terbaharu yang Mommy boleh datang apabila sampai di Temerloh. Ia dipanggil sebagai Monumen Titik Tengah Semenanjung. Tempat ini terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang.

Fun fact: Ia adalah jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

Pada tahun 2009, JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) telah mengesahkan bahawa titik tengah Semenanjung jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok melalui kaedah topografi.

Oleh sebab itu, sebagai simbolik kawasan titik tengah itu, mereka telah mendirikan sebuah mercu monumen yang dicondongkan menghala ke arah kiblat dengan pacakan 5 batang buluh mewakili lima Rukun Islam. Menarik bukan?

Alamat: Kampung Woh, 28500 Lanchang, Pahang

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi: 

  • Isnin – Khamis: 10.00 am – 4.00 pm
  • Sabtu & Ahad: 10.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat (Tutup)

#5 Deerland Park

Kredit gmabar: Just gola

Mari kita berkunjung ke Deerland Park pula! Ini sebenarya haiwan yang terkenal dalam sejarah negeri Melaka. Terdapat pelbagai spesis rusa di sini dan bukan sahaja rusa tempatan.

Deerland ini telah lama wujud dari tahun 1996. Seperti zoo mini, ia mempunyai pelbagai jenis, haiwan seperti memerang, burung unta, landak, pelanduk, burung merak, beruang madu. Mesti anak-anak akan teruja!

Deerland juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti belajar menyumpit, merentas hutan, night walking, belajar memasak ala mereka yang tinggal di dalam hutan dan macam-macam lagi.

Alamat: Deerland Park, 28500 Lanchang, Pahang

Harga tiket:

  • Dewasa  RM 7
  • Kanak-Kanak RM 4

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis (10.30 am – 4.30 pm)
  • Sabtu & Ahad (10.30 am – 5.00 pm)
  • Jumaat (Tutup)

#6 Kampungstay Desa Murni

Kredit gambar: Traveloka

Ingin stay di rumah ala-ala kampung? Hanya lebih kurang 15 minit sahaja dari Tol Temerloh di LPT, Kampungstay Desa Murni adalah sebuah penginapan buat mereka yang mahu rasakan suasana rumah kampung yang selesa. Semua binaan di sini diperbuat daripada kayu.

Fasilitinya pula cukup lengkap kerana Kampungstay Desa Murni menawarkan kemudahan wifi, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. Mereka juga turut menawarkan khidmat rawatan spa, sauna dan bekam.

Alamat: Kampungstay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh

Harga: Dari RM140+ semalaman

#7 Dataran Patin

Kredit gambar: mahu mahu

Wajib singgah!

Di sini terdapat banyak restoran yang menawarkan pelbagai masakan yang sedap menjilat jari, terutamanya menu yang terkenal di Temerloh iaitu ikan patin. Tapi adakah Mommy tahu, tempat ini mempunyai jambatan gantung? Untuk menuju ke restoran ini, anda akan melalui sebua jambatan gantung yang merentasi sungai.

Sampai je sini mesti tak tahan nak makan patin tempoyak kan! Mommy juga boleh menikmati pemandangan sungai dan masa bersama keluar tercinta. Hati-hati semasa melalui jambatan gantung ini ya.

Alamat: Pesisir Sungai Pahang Berhampiran Taman Esplanade (Kampung Bangau Tanjung)

Food Hunting Heaven

Bagi Mommy yang suka food hunting, mari kita sambung dengan senarai ini pula!

 #8 Lempeng Meletop Bangau Tanjung

Kredit gambar: Rileklah

Pening nak makan breakfast apa bila di Temerloh ni? Mari kita ke Lempeng Meletop Bangau Tanjung ini! Speciality dia mestilah lempeng dengan bermacam jenis kuah kari seperti kuah kari sotong, ikan, daging, kambing, ayam dan juga sambal sardin.

Mana kenyang kalau makan lempeng je kan? Jangan risau, di sini juga Mommy boleh memesan makanan lain seperti nasi lemak, nasi dagang, lontong dan banyak lagi. Pasti semuanya sedap!

Alamat: 100, C119, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (7:30 am – 12 pm)

#9 Vanilla Temerloh

Kredit gambar: PDT Temerloh

Teriknya matahari, mana nak cari makanan sejuk eh? Haa, Mommy boleh datang ke Amani Vanilla Temerloh yang terletak di Kampung Bangau Parit. Ini adalah tempat terbaharu di Temerloh.

Nak tahu kenapa dia istimewa? Sebab, kafe ini terletak dia dalam ladang vanila dan semua aiskrim yang dibuat adalah daripada vanila ladang ini. Jangan lupa ambil gambar dan kongsikan di Instagram! Mesti kawan-kawan Mommy jealous!

Alamat: Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: 

  • Selasa – Khamis (11.00 am – 7.00 pm)
  • Jumaat (11.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 7.00 pm)
  • Isnin (Tutup)

 #10 Hogoh De Coco

Kredit gambar: Worldorgs

Antara tempat terkenal di Temerloh adalah Hogoh De Coco. Popular dengan coconut shake drive-thru, ianya nombor 1 yang terbaik di Malaysia.

Maksud ‘Hogoh’ di Pahang bermaksud goyang atau goncang, ‘De Coco’ pula berasal dari perkataan Sepanyol bermaksud kelapa. So, maksud dia coconut shake juga tapi diselitkan dengan loghat warga tempatan Temerloh.

Alamat: Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am- 10.00 pm)

#11 Warung Selai

Kredit gambar: Twitter Huda Risma

Mahu tempat makan yang estetik dan Insta-worthy? Boleh kunjung ke Warung Selai ini di Batu 4 Jalan Maran selepas Sekolah Rendah Paya Pulai.

Senang sahaja nak cari tempat ni. Dengan dekonya yang klasik, mesti takkan terlepas. Menu di sini adalah pelbagai seperti hidangan masakan Melayu kampung dan beberapa menu Barat yang Mommy boleh pilih. Warong Selai mempunyai menu sarapan hanya di waktu pagi dan hidangan lain pada waktu tengah hari keatas. Waktu petang juga mempunyai menu yang berlainan.

Alamat: Lot 4172, Jalan Maran, Batu 4, 28000, 28000, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: 

  • Rabu – Ahad (9 am – 2pm)
  • Jumaat ( 9 am – 1 pm)
  • Isnin & Selasa (Tutup)

#12 Bambam Cake House

Kredit gambar: Twitter Huda Risma

Buat penggemar dessert, boleh kunjung ke kedai kek ini, iaitu BamBam Cake House. Di sini, mereka menawarkan pelbagai jenis kek yang pasti Mommy suka!

Untuk membuat tempahan pun boleh, Mommy call sahaja. Jangan risau, kalau Mommy nak beli untuk last minute birthday ke anniversary ke boleh datang sini!

Alamat: A21 Gerai MPT Lurah Semantan 28000, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 am – 6.00 pm)

Moh Ler Kome!

Wah! Banyak juga tempat menarik di Temerloh ini. Ada tempat untuk food hunting bagi Mommy yang pencinta makanan dan aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarga. Penuh dengan flora dan fauna! Jangan lupa singgah makan tempoyak ikan patin yang untuk dijamah bersama keluarga sambil menikmai suasana kampung.

Peringatan untuk Mommy supaya telefon tempat-tempat yang mahu dikunjung supaya tidak membuang masa atau mengelakkan berada tempat yang ramai. Jangan lupa untuk pek barang-barang penting sebelum pergi. Have fun, Mommy!