Ibu, Bayi & Kanak Kanak

16 Tempat Menarik di Thailand: Terokai Keunikan Hatyai, Songkhla, dan Krabi

tempat menarik di Thailand

Kredit gambar: Instagram @chethanjayaramu

Thailand, dengan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semulajadi, menawarkan destinasi pelancongan yang menarik. Terdapat banyak tempat menarik di Thailand yang boleh Mommy dan keluarga boleh lawati terutama di kawasan Hatyai, Songkhla, dan Krabi yang wajib untuk anda sertakan dalam senarai percutian anda.

Tanpa membuang masa, jom lihat senarai tempat popular di Thailand yang bakal membuatkan percutian anda menjadi mimpi indah di bawah!

Senarai Tempat Menarik di Thailand


#1. Pasar Terapung Hatyai Klong Hae (Floating Market)

Highlighted

Kredit gambar: Instagram @eraabr

Pasar Terapung Hatyai Klong Hae adalah destinasi yang unik untuk mengalami atmosfera pasaran tradisional Thailand. Dengan lebih daripada 50 sampan menjual pelbagai makanan seperti kari Selatan Thai, roti hotdog, dan penkek kelapa, pengunjung akan dimanjakan dengan pilihan yang melimpah.

Kredit gambar: Instagram @nazhatulshakila.mohamadnajib

Jangan lupa menjelajah gerai-gerai darat dan kedai-kedai untuk pakaian, makanan, dan cenderamata. Jadual operasi pasar ini ialah pada hari Ahad dari 1 hingga 9 petang, dan pada hari Jumaat serta Sabtu dari 1 hingga 9 petang.

Alamat: 2FWF+PMG, Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand,

#2. Tempat Menarik di Thailand – Pantai Samila (Songkhla Samila)

Kredit gambar: Instagram @rahma.mawaddah.77

Pantai Samila terkenal dengan Tugu Ikan Duyungnya yang menggambarkan kisah legenda tempatan. Dengan pasir putih dan pemandangan laut yang menenangkan, pantai ini menjadi tempat ideal untuk bersantai dan bergambar bersama tugu yang unik.

#3. Masjid Besar Songkhla

Kredit gambar: Instagram @inmyeyes.amateur

Masjid Besar Songkhla adalah lambang kehadiran komuniti Muslim di Songkhla. Dengan saiz yang besar, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah tetapi juga lokasi popular untuk majlis perkahwinan. Hanya beberapa minit berjalan kaki dari Pasar Terapung, ia adalah tempat yang sesuai untuk solat selepas berbelanja.

Lokasi

#4. Monumen Ketam Gergasi (The Mud Crabs Sculpture)

Kredit gambar: Instagram @_stellachrist_

Monumen Ketam Gergasi atau Black Crab di Krabi menggambarkan penghormatan terhadap hutan bakau dan gaya hidup tradisional penduduk setempat. Sebagai tarikan pelancongan, monumen ini menawarkan pemandangan menarik dan gambaran keunikan habitat ketam hitam.

Alamat: 3W88+VVJ, Pak Nam, Amphoe Mueang Krabi, Krabi 81000, Thailand

#5. Tempat Menarik di Thailand – Pasar Malam Krabi (Krabi Night Market)

Kredit gambar: Instagram @nichnipa_46

Pasar Malam Krabi atau Krabi Town Walking Street adalah tempat untuk membeli-belah dan menikmati makanan tempatan.

Dengan variasi barangan seperti beg kulit, mutiara, dan lukisan pop-art, pasar ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan.

Pasar ini dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang hingga 10 malam.

Alamat: 7 Khongkha Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

#6. Susaan Hoi (Shell Cemetery)

Kredit gambar: Instagram @charley_adventures

Susaan Hoi atau Shell Cemetery antara Ao Nang dan Krabi menyajikan fosil gastropod shell berusia 50 hingga 75 juta tahun. Pengunjung dapat menikmati pemandangan ketika air surut dan menyaksikan kehidupan laut yang pelbagai.

Alamat: 2VFM+4FX, Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

#7. Kolam Zamrud (Krabi Emerald Pool)

Kredit gambar: Instagram @grdelvalls

Krabi Emerald Pool, terletak di Taman Semula Jadi Hutan Thung Teao, menawarkan pengalaman menyeluruh dalam keindahan alam semulajadi.

Dikelilingi oleh hutan yang subur, kolam kristal ini memukau dengan kepelbagaian bio dan keunikan haiwan. Tempat best di Thailand ini dibuka setiap hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Alamat: W7G9+27J, Khlong Thom Nuea, Khlong Thom District, Krabi 81120, Thailand

#8. Tempat Menarik di Thailand – Pulau Poda

Kredit gambar: Instagram @chethanjayaramu

Pulau Poda, sebuah pulau kecil dengan pantai pasir putih dan terumbu karang yang menakjubkan, menawarkan pengalaman indah dan aktiviti snorkeling. Pengunjung juga dapat menikmati kecantikan alam semulajadi sekitar pulau.

#9. Pulau Tup

Kredit gambar: Instagram @anneboutelant

Pulau Tup, sebahagian daripada lawatan ‘Four Islands’, menawarkan pasir putih yang cantik dan peluang snorkeling yang menarik. Dikelilingi oleh panorama pantai Krabi, pulau ini memukau dengan keindahan alamnya.

Alamat: XR66+7PC, Ao Nang, Amphoe Mueang Krabi, Krabi, Thailand

#10. Ko Kai (Chicken Island)

Kredit gambar: Instagram @pstravel22

Pulau Ayam atau Koh Kai menawarkan pemandangan unik batu berbentuk ayam dan perairan kristal. Aktiviti snorkeling di sekitar pulau ini memberikan peluang untuk menyaksikan terumbu karang yang menakjubkan.

Alamat: XR34+HPW, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

#11. Tempat Menarik di Thailand – Pantai Railay

Kredit gambar: Instagram @wearejustanothertravelcouple

Pantai Railay, dijangkau hanya dengan bot, memukau dengan pasir putih, tebing batu kapur, gua, dan lagun tersembunyi. Pengalaman yang unik untuk menjelajah tempat ini yang tidak dapat diakses dengan kenderaan darat.

#12. Elephant Trekking

Kredit gambar: Instagram @olga_evsukova

Aktiviti menunggang gajah di Nosey Parker Elephant Camp adalah pengalaman yang mengasyikkan. Dengan bayaran berdasarkan tempoh masa, pengunjung dapat menikmati pemandangan hutan semula jadi sambil menunggang gajah.

#13. ATV Ride

Kredit gambar: Instagram @shinyileong

Song Praek Rafting menawarkan pengalaman ATV Ride selama 30 minit di kawasan hutan. Aktiviti lasak ini sesuai untuk pencinta pengembaraan dan menawarkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan.

#14. Krabi Shooting Range

Kredit gambar: Instagram @kaii_pingping

Krabi Shooting Range menyediakan pelbagai jenis senjata api sebenar untuk menembak. Dengan bantuan penembak terlatih, pengunjung dapat merasai sensasi menembak dengan selamat.

#15. Wat Tham Sua (Tiger Cave Temple)

Kredit gambar: Instagram @helmyfitria

Wat Tham Sua, atau Tiger Cave Temple, adalah pusat meditasi dan kajian arkeologi. Penduduk setempat menggunakan gua kuil utama untuk aktiviti rohaniah.

Pemandangan dari bahagian atas menara batu kapur memperlihatkan keindahan kawasan desa dan Laut Andaman menjadikan tempat ini salah satu destinasi popular di Thailand.

#16. Heaven-7 Hilltop & Ocean View – Tempat Menarik di Thailand

Kredit gambar: Instagram @mitradym

Taman 7 Heaven di lereng bukit menawarkan suasana seperti dalam cerita Alice in Wonderland. Dengan patung kartun dan buah catur besar, taman ini adalah destinasi yang sesuai untuk keluarga. Mini water theme park di sini memberikan peluang untuk berehat dan berseronok selepas aktiviti mendaki.

Dengan destinasi yang begitu pelbagai, percutian anda di Hatyai, Songkhla, dan Krabi pasti memikat hati dan memberikan kenangan yang indah. Jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi keunikan Thailand melalui tempat-tempat menarik ini.


Ikuti panduan dan info destinasi menarik yang lain di SINI!