Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Eksklusif! 15 Tempat Menarik di Tuaran Yang Perlu Anda Kunjungi

Kredit gambar: Instagram @calvin_mmk_photography

Sabah Negeri Di Bawah Bayu ialah sebuah negeri yang sangat kaya dengan kecantikan pulaunya, keindahan pantainya, bukit-bukaunya yang menghijau, bandarnya yang bersih dan rakyatnya yang peramah. Salah satu daerah di Sabah yang mempunyai banyak tempat menarik ialah di Tuaran.

Tuaran merupakan daerah yang terletak 34 kilometer dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu dan majoriti rakyatnya adalah kaum Dusun.

Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke Sabah pasti akan kembali semula ke sini dek kerana memori indah semasa di sini.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan membawa anda bersama-sama meneroka 15 tempat best di Tuaran yang unik dan sangat best. Pastikan anda baca sampai habis ok!

Senarai Tempat Menarik di Tuaran

#1. Rasa Ria Resort Tuaran – Tempat Menarik Di Tuaran

Highlighted

Kredit gambar: Instagram @sj_summer_72

Inginkan pengalaman menginap di resort mewah dan ditemani pemandangan yang memukau. Rasa Ria Resort Tuaran ada semuanya.

Kredit gambar: Instagram @sj_summer_72

Resort ini adalah salah sebuah resort di bawah rangkaian hotel Shangri-La. Sebuah resort yang pastinya membuatkan anda terlupa akan kesibukan harian anda.

Kredit gambar: Instagram @sj_summer_72

Penginapan yang lengkap, selesa dan sangat menenangkan. Kedudukannya yang dekat dengan pantai pasti membuatkan penginapan anda sangat mendamaikan apabila melihat laut yang terbentang luas.

Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan kepada pengunjung seperti Jungle Walk, Borneo Sunrise dan Ranger Experience pasti membuatkan percutian anda sangat produktif.

Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah

#2. Sabandar Cowboy Town

Kredit gambar: Instagram @kailingtan

Anda peminat filem cowboy? Ingin merasai seperti berada di cowboy town yang sebenar? Jom ke Sabandar Cowboy Town!

Kredit gambar: Instagram @falzainal

Sabandar Cowboy Town terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Sabandar Leisure Rides untuk menunggang kuda sambil menyusuri Pantai Aman Bayu, Mangrove Park memberi peluang kepada anda untuk berjalan sambil melihat hutan paya bakau dan Bamboo Restaurant yang menghidangkan pelbagai makanan yang lazat serta Cowboy Lodge.

Alamat: Jalan Shah Sabandar, Tuaran, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Tiket masuk: Dewasa – RM10 & Pelajar – RM5

#3. River Bay Beach

Kredit gambar: Instagram @m.a.shahh17_

Anda suka melihat matahari terbenam? Ingin melihat pemandangan matahari terbenam yang lain dari yang lain?

River Bay Beach menjanjikan pemandangan matahari terbenam yang terbaik. Hal ini kerana, di sini anda akan dapat saksikan ‘Sunset Mirror’ yang sangat menakjubkan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini.

Antaranya ialah mencanting batik, mangrove walk, healing di private beach anda sendiri, menaiki river cruise, melawat ladang haiwan dan banyak lagi.

Alamat: Kg Laya Laya, 89208 Tuaran, Sabah

#4. Peak of HOPE

Kredit gambar: Instagram @dygfazatul

Untuk kaki bergambar, Peak of HOPE adalah tempat untuk anda. Juga dikenali sebagai Jogja Versi Sabah ini mempunyai pemandangan yang sangat mengasyikkan ditambah pula dengan kecantikan landskap di sini.

Perfect for a picture!

Jika anda berpeluang ke Tuaran, tempat ini wajib ada dalam senarai tempat yang harus anda lawati. Pendek kata, sangat cantik!

Alamat: Highway Tuaran-Teghilan, 89150 Tuaran, Sabah

Tiket masuk: RM20

#5. Chanteek Borneo Indigenous Museum

Tempat menarik di Tuaran yang seterusnya ialah Chanteek Borneo Indigenous Museum yang pernah mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi muzium miniature kostum asli yang pertama di Malaysia.

Di sini anda akan dapat melihat 300 kostum etnik di seluruh Malaysia dipamerkan di sini.

Anda mungkin dapat melihat kostum yang tidak pernah anda lihat sepanjang hidup anda kerana semakin pupus pemakaiannya sekarang.

Di samping itu, terdapat juga persembahan kebudayaan sepeeti tarian kebudayaan iaitu tarian buluh, belajar seni kraftangan, bermain permainan tradisional dan menikmati hidangan tradisional Linopot iaitu nasi yang dibalut menggunakan daun dan lauk keladi.

Alamat: Kg Lakang, Tamparuli, 89208 Tuaran, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10 pagi – 5 petang)

#6. Linangkit Cultural Village

Kredit gambar: Instagram @linangkit_cultural_village

Linangkit Cultural Village adalah sebuah perkampungan kebudayaan yang mengetengahkan cara hidup masyarakat etnik Dusun Lotud.

Kredit gambar: Instagram @linangkit_cultural_village

Bukan sahaja cara hidup etnik Dusun Lotud yang anda boleh lihat tetapi juga anda boleh belajar cara hidup etnik ini seperti membuat Linangkit iaitu seni tenunan khas etnik ini.

Malah, anda juga berpeluang untuk melawat rumah panjang kaum Lotud, cara menangkap ikan, memakai pakaian tradisi mereka dan banyak lagi.

Alamat: Kg. Selupoh, 89150 Tuaran, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Tiket masuk:

Warganegara

  • Kanak-kanak (6 -12 tahun) – RM10 *Bawah 6 tahun percuma
  • Dewasa : RM20
  • Warga emas (50 tahun ke atas): RM20
  • Pelajar: RM25

Bukan warganegara

  • Kanak-kanak (6 -12 tahun) – RM20 *Bawah 6 tahun percuma
  • Dewasa : RM40
  • Warga emas (50 tahun ke atas): RM35
  • Pelajar: RM30

#7. Borneo Ant House

Kredit gambar: Instagram @life_in_kk

Tempat menarik di Tuaran yang seterusnya ialah Borneo Ant House iaitu sebuah galeri bawah tanah pertama di Malaysia.

Kredit gambar: Instagram @life_in_kk

Borneo Ant House ini ialah sebuah galeri semut yang mempamerkan 463 replika semut buatan tangan. Anda berpeluang untuk mengenali spesis-spesis semut yang mungkin sebelum ini anda sendiri tidak pernah lihat.

Kredit gambar: Instagram @life_in_kk

Selain pameran berkenaan semut di sini juga terdapat Galeri Pedang yang mempamerkan jenis-jenis senjata bagi masyarakat setempat dan banyak lagi.

Kredit gambar: Instagram @life_in_kk

Di sini bukan sahaja pameran yang menarik dipaparkan tetapi juga terdapat landskap yang sangat cantik, aktiviti canopy walk dan zipline yang pasti menambahkan lagi keseronokkan percutian anda.

Alamat: Highway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran, SABAH Kg.Kindu , Tuaran, 89207 Tuaran, Sabah

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 4.30 petang)

Tiket masuk:

Warganegara:

  • Dewasa: RM18
  • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM9
  • Kanak-kanak (4- 7 tahun): RM3
  • Kanak-kanak (0-4 tahun): Percuma
  • Warga Emas (>60 tahun): RM9

Bukan warganegara

  • Dewasa: RM 36
  • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM18
  • Kanak-kanak (4- 7 tahun) : RM
  • Kanak-kanak (0-4 tahun): Percuma
  • Warga Emas (>60 tahun): RM18

#8. Rumah Tradisional Nelayan

Kredit gambar: Google reviews

Rumah Tradisional Nelayan ialah sebuah rumah tradisional yang didiami oleh nelayan di Tuaran.

Kredit gambar: Google reviews

Di sini anda akan dapat melihat bagaimana kehidupan seorang nelayan etnik Bajau.

Kredit gambar: Google reviews

Antara perkara yang anda boleh pelajari ialah cara menangkap bagaimana mereka menangkap ikan dan cara memasak hidangan lauk yang segar.

Alamat: 89200 Tuaran, Sabah, Malaysia

#9. Pantai Dalit, Tuaran

Kredit gambar: Instagram @cloverqc_qc

Pantai Dalit dikenali sebagai antara pantai yang mempunyai pemandangan paling cantik di Sabah. Sebuah pantai yang sangat sesuai buat mereka yang inginkan ketenangan dan lari dari hiruk pikuk di kota.

Memiliki keindahan yang sangat mengagumkan. Pantai yang bersih, dengan air yang jernih membiru, dikelilingi oleh hutan paya bakau pastinya membuatkan anda berasa sangat relaks apabila berada di sini.

Kredit gambar: Instagram @calvin_mmk_photography

Tempat wajib jika anda inginkan ketenangan semasa bercuti tambah-tambah lagi jika ingin melihat matahari terbenam.

Alamat: 542V+JM, 89200 Tuaran, Sabah, Malaysia

#10. Taman Buaya Tuaran

Kredit gambar: Instagram @tbtcrocodile

Taman Buaya Tuaran adalah salah satu tempat menarik di Tuaran yang harus anda kunjungi. Apa lagi jika anda bercuti bersama anak-anak anda.

Taman Buaya Tuaran ini mempunyai keluasan 11 ekar dan menjadi rumah kepada 5000 ekor buaya dan binatang-binatang lain.

Antaranya ialah 2 ekor Anakonda Borneo yang masing-masing mempunyai kepanjangan 28 kaki dan 20 kaki. Menarik bukan?

Selalunya kita dengar anaconda di luar negara, tetapi anda dapat saksikannya di Taman Buaya Tuaran.

Kredit gambar: Instagram @tbtcrocodile

Asalnya tempat ini hanyalah tempat untuk pembiakan buaya namun sekarang sudah menjadi tempat tinggal kepada banyak binatang antaranya ialah burung unta, rusa, ikan keli, ikan koi dan juga buaya.

Datang dan rasai sendiri keseronokan berada di sini!

Alamat: Unnamed Rd, 89200 Tuaran, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)

Tiket masuk: Dewasa (RM10) & Kanak-kanak (4 – 12 tahun) (RM5)

#11. Muara Lubang Dua – Tempat Menarik Di Tuaran

Kredit gambar: Google reviews

Sabah sememangnya terkenal dengan keindahan pantainya dan salah satunya darinya ialah Muara Lubang Dua yang menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Muara pantai ini mempunyai pasir yang lembut dan bersih, airnya pula yang tenang serta bunyi deruan air yang sangat mendamaikan.

Kredit gambar: Google reviews

Ketenangan dan kedamaian yang akan memikat sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Alamat: 89200 Tuaran, Sabah, Malaysia

#12. Taman Pencinta Haiwan

Kredit gambar: Google reviews

Anda seorang yang sukakan haiwan atau pencinta haiwan. Jika ya, di Tuaran terdapat satu tempat menarik yang sangat sesuai untuk pencinta haiwan seperti anda iaitu Taman Pencinta Haiwan.

Di sini anda bukan sahaja dapat melihat secara dekat tetapi juga boleh berinteraksi dengan haiwan yang ada di sini. Antara haiwan yang terdapat di sini ialah kijang, burung dan banyak lagi.

Alamat: KG Baru Selaud, 89208 Tuaran, Sabah, Malaysia

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8 pagi – 5 petang)

#13. Pagoda Ling San – Tempat Best di Tuaran

Kredit gambar: Instagram @lexlisalifestyle

Pagoda Ling San adalah sebuah rumah ibadat bagi mereka yang beragama Buddha. Apa yang menariknya Pagoda Ling San ini?

Kredit gambar: Instagram @lexlisalifestyle

Pagoda Ling San ini mempunyai tarikan dari segi arkitektur dan landskap semulajadi yang mengagumkan. Anda akan dapat melihat hasil seni yang terukir di sini dari dekat.

Sangat detail, halus dan cantik!

Alamat: 22, Jln Teo Eeh Tee, 89150 Tuaran, Sabah, Malaysia

#14. Bukit Nomburungui Trail – Tempat Menarik Di Tuaran

Kredit gambar: Facebook @Bukit Nomburungui Trail

Untuk kaki hiking, jangan lepaskan peluang untuk hiking di Bukit Nomburungui Trail. Apa yang menariknya hiking di sini ialah anda akan berjumpa dengan air terjun yang sangat cantik selain dari pemandangan indah apabila tiba di puncak bukit ini.

Pemandangan dari atas bukit ini sangat menakjubkan. Bunyi air terjun dan keindahan alam semulajadi di sekelilingnya menjadikan pendakian anda satu pendakian yang sukar untuk dilupakan.

Alamat: 89250, Tuaran, Sabah

#15. Pantai Shahbandar – Tempat Menarik Di Tuaran

Kredit gambar: Instagram @ziaji_ray

Pantai Shabandar atau Pantai Sabandar ini menjadi destinasi menarik terakhir di Tuaran. Terletak lebih kurang 49 kilomter dari Kota Kinabalu, pantai ini sering menjadi pilihan pelancong dan penduduk setempat untuk bermandi-manda.

Keadaan pantainya yang sedikit landai menyebabkan ramai orang memilihnya sebagai lokasi untuk bersama keluarga.

Selain itu, pemandangannya yang memukau, air yang membiru dan pantai yang bersih juga menjadi antara sebab mengapa ianya menjadi tumpuan ramai orang.

Kredit gambar: Instagram @__syppzzz

Bukan itu sahaja, malah di sini adalah antara port terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam. Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini ok!

Alamat: Pantai Shahbandar, Tuaran, Sabah

Tak sangka kan banyak tempat menarik di Tuaran sebenarnya? Pendek kata, berkunjung ke Tuaran pastinya menjanjikan percutian yang menakjubkan bagi anda sekeluarga.

Anda juga boleh menikmati percutian terbaik yang lebih terurus tanpa banyak masalah dengan memilih agensi pelancongan HolidayGoGoGo yang merupakan pilihan yang tepat. Boleh terokai sekarang dan selamat bercuti!

Jangan lupa juga untuk save post ini sebagai rujukan di masa hadapan ya.


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan tempat-tempat percutian menarik yang lain di SINI!