Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tempat Menarik di Janda Baik Buat Mereka Yang Rindukan Alam Semula Jadi

Buat mereka yang letih dengan kehidupan di bandar dan pencemaran bunyi, ambil masa untuk rehat dan jom pergi bercuti di Janda Baik yang kaya dengan alam semula jadi dan suasana yang nyaman!

Terdapat banyak aktiviti dan tempat menarik di Janda Baik yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga! Janda baik merupakan salah satu destinasi yang terkenal untuk “family day” serta menikmati aktiviti luar dan berkhemah bersama keluarga dan aktiviti “team building”.

Disini terdapat pelbagai tempat penginapan seperti homestay, chalet, resort. Selain itu, terdapat juga restoran dan kafe yang boleh dikunjungi sepanjang anda disini.

#1 Kanopi Villa

Highlighted

Sumber: KLNOW

Bila kali terakhir Mommy berkhemah? Di Janda baik, ada tempat penginapan yang dipanggil Kanopi Villa yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman berkhemah dalam suasana ‘anggun’ dan lebih selesa untuk seisi keluarga.

Ala, yang orang panggil ‘glamping’ tu.

Antara kelebihan ‘glamping’ di Kanopi Villa ini adalah kemudahannya yang cukup untuk keperluan Mommy dan keluarga seperti menonton tv, ruang rehat dan banyak lagi.

Kedudukan yang strategik antara rimbunan hijau, memberikan udara yang segar, dan sesuai untuk sesi istirehat atau ‘weekend staycation’ bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Nak berbulan madu bersama pasangan pun best tau!

Harga: Bermula dari RM204+

Alamat: Plot 25929, Kg Janda Baik, Bentong

#2 Aman Rimba Private Resort

Sumber: Aman Rimba

Aman Rimba adalah resort persendirian yang berada di lokasi yang bernama Jalan Damai. Keluarga Mommy dapat berehat disini dengan tenang tanpa memikirkan dunia luar.

Tambahan pula, reka bentuk resort ini adalah seperti kampung Melayu tradisional yang terletak di tepi Sungai Benus. Sungai ini sentiasa mengalirkan air yang jernih dan persekitarannya sangat indah.

Terletak di ketinggian 415 meter diaras laut, Mommy sekeluarga pasti dapat merasakan udara yang segar pada suhu yang nyaman.

Aman Rimba ini juga terkenal dengan buah-buahan yang berada di dusun ini. Terdapat buah seperti, manggis, durian, langsat, mata kucing, rambutan, cempedak dan sebagainya yang boleh dinikmati seisi keluarga apabila tiba musim buah.

Harga: Bermula dari RM4000 untuk 2 Hari 1 Malam

Alamat: Lot 5487 Jalan Damai, Bentong 28750

#3 Kopi n Kraf

Sumber: TripAdvisor

Tak sangka ada kafe dekat Janda Baik kan? Deko kafe ini berkonsepkan tradisional. Sementara itu, menu yang dihidangkan juga lazat sehingga menjilat jari!

Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke kafe ini memberikan ‘rating’ yang tinggi untuk kafe ini. Dah penat-penat drive tu, boleh la singgah ngopi dulu!

Antara menu hidangan yang disediakan adalah makanan tempatan dan makanan Indonesia. Menu yang mendapat perhatian adalah Chicken Kuzi, Indonesian Soto & Bakso, Nasi Ayam Penyet dan sebagainya.

Waktu Operasi: Setiap hari 8AM hingga 7PM. Tutup pada hari Selasa.

Alamat: 27797, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#4 Ikan Bakar Sri Tanjong

Sumber: Foursquare

Ikan Bakar Sri Tanjong merupakan antara restoran yang sering mendapat tarikan para pelancong.

Restoran ini menyediakan menu makanan laut seperti ikan bakar dan sotong bakar yang menjadi kegilaan ramai pengunjung.

Kalau Mommy mengidam untuk makan makanan laut, bolehlah ajak cik Abang singgah makan di sini. Mesti Mommy akan berselera dan kenyang selepas menjamah sotong besar yang dihidangkan di sini!

Waktu Operasi: 5PM hingga 12AM, tutup pada hari Selasa 

Alamat: 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

#5 Pintô Coffee+

Sumber: EatdrinkKL

Pintô Coffee+ merupakan sebuah kafe dengan suasana yang menyenangkan sambil anda minum kopi.

Kalau Mommy dan Daddy adalah penggemar kopi, bolehlah cuba French Press Coffee, Caramel Macchiato dan Avocado Ice blended Coffee. Sekali cuba mesti nak lagi! Bau kopi yang sedap pasti dapat menyegarkan Mommy semula.

Sebagai sebuah premium cafe di Janda Baik, Pintô Coffee+ juga menawarkan pencuci mulut seperti kek, scone serta pancake. Kalau Mommy datang untuk breakfast, boleh cuba pancake mereka dan nikmatinya dalam suasana nyaman, dan pemandangan yang indah.

Waktu Operasi:

  • 11AM hingga 9PM pada hari minggu
  • 9:30AM hingga 9PM pada hujung minggu
  • Tutup pada Isnin dan Selasa

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#6 D’Villa Janda Baik

Sumber: D’Villa Janda Baik

D’Villa Janda Baik merupakan salah satu resort yang lain daripada yang lain di Janda Baik. Ia menawarkan penginapan yang luar biasa.

Kemudahan yang disediakan juga sangat lengkap. Jadi, Mommy tak perlu risau dengan apa-apa dan cuma bercuti dengan tenang untuk merehatkan minda.

Bilik-bilik yang ditawarkan di D’Villa Janda Baik terdiri daripada Modern Family Room, Rainforest Rooms, Modern Premier Room, European Premier Room dan Balinese Executive Room.

Harga: Bermula dari RM200+ semalam dan ia tergantung pada jenis bilik yang Mommy pilih.

Alamat: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#7 Fifty4Ferns

Sumber: Fifty4Ferns

Fifty4Ferns merupakan chalet yang penuh dengan pemandangan hijau dan pasti menenangkan percutian Mommy. Chalet ini juga lengkap dengan kolam renang, jacuzzi di bahagian luar, kolam ikan koi, kafe, dan trek jogging untuk beriadah.

Terdapat 12 chalet yang berlainan jenis disediakan di sini yang sesuai mengikut citarasa Mommy sekeluarga.


Harga: Bermula daripada RM400+ semalam.

Alamat: Lot 12188, Lorong Cheringin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Laman web: https://www.fifty4ferns.com.my/

#8 Bidaisari Resort

Sumber: Bidaisari Resort
Sumber: Bidaisari Resort

Resort ini terletak di Kampung Cheringin, Janda Baik. Selain untuk percutian, Bidaisari Resort terkenal sebagai salah satu resort dan tempat menarik di Janda Baik yang lengkap dengan pelbagai aktiviti keramaian – family day, team building dan juga majlis perkahwinan.

Konsepnya yang eksklusif menjadikan resort ini terkenal dalam kalangan pengunjungnya. Yang paling best, Mommy sekeluarga boleh mencuba untuk menunggang ATV, memancing, menunggang kuda secara santai, dan banyak lagi.

Sumber: Bidaisari Resort

Harga: Bermula daripada RM400+ semalam

Alamat: Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Laman web: https://www.bidaisariresort.com.my/

#9 Riverside Janda Baik

Sumber: Ottoman

Terletak di sebelah kawasan Pulau Santap, Riverside Janda Baik menyediakan tempat berkelah dan tapak perkhemahan yang besar untuk Mommy sekeluarga. Kawasan ini dapat menampung sehingga 500 orang pada satu masa.

Riverside Janda Baik ini sangat selesa untuk mereka yang datang pada hujung minggu dan ingin merasai suasana alam semula jadi dengan mandi air terjun, berkelah dan berkhemah.

Air sungai juga adalah jernih dan tidak dicemari. Kalau Mommy pergi pada musim durian. Mommy mungkin boleh dapat makan durian untuk percuma. Lagi best!

Alamat: Lot 5506, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#10 Danau Daun Chalet

Sumber: Mai Singgah

Haa inilah penginapan yang paling best bagi mereka yang ingin merasai suasana rumah kampung yang cantik! Danau Daun Chalet yang terletak di Kampung Sum-Sum Hilir sangat terkenal dengan villa yang lengkap dengan kolam renang tersendiri.

Setiap villa boleh memuatkan sehingga 4-8 orang (berdasarkan pemilihan villa anda). Semenjak bermulanya PKP, Danau Daun Chalet hanya tiga chalet yang dibuka untuk para pengunjung iaitu, Teratak Air, Hillside Cottage dan Danau Daun Cottage.

Danau Daun Chalet ini sesuai buat mereka yang inginkan masa bersama keluarga hanya di rumah dan ‘private pool’ tersendiri, untuk pengalaman yang lebih eksklusif.

Harga: Bermula daripada RM260+ semalam

Alamat: Lot 5347, Janda Baik, Bentong 28750

Jom Bercuti!

Jangan tunggu lagi, rancang percutian Mommy sekarang! Mommy mesti nak bawak satu keluarga untuk melawat semua tempat menarik di Janda Baik ini supaya dapat meluangkan masa bersama dan hilangkan tekanan. Anak-anak pun pasti akan lebih seronok dan gembira kerana mereka dapat menikmati mandi sungai, mandi kolam, barbeku dan banyak lagi!

Dalam menikmati pemandangan hijau tu, Mommy sekeluarga jangan lupa SOP, jaga penjarakkan sosial, dan JANGAN buang sampah merata-rata! Jaga persekitaran alam semula jadi kita ya semua.

Mommy juga boleh membawa peralatan seperti mosquito repellent, balm atau krim dan ubat-ubatan sekiranya terdapat luka-luka ringan atau digigit nyamuk dan serangga.

Selesai checkout daripada Janda Baik, Mommy bolehlah singgah di lagi satu tempat menarik (dan WAJIB untuk dikunjungi!) iaitu Genting Highlands. Ekstra seronok anak-anak Mommy nanti!